• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 3 : PENGURUSAN DAKWAH DI NEGERI MELAKA MAJU

3.2 Sejarah Islam Negeri Melaka

3.2.1. Pengaruh Islam Di Melaka

Melaka sudah termaktub dalam sejarah di Malaysia sebagai salah sebuah pusat penyebaran Islam yang tersohor. Ini kerana ia telah memainkan peranan yang penting dalam penyebaran Islam seiring dengan peranannya sebagai pusat penyebaran agama Islam yang dipikul olehnya serentak dengan penubuhan dan perkembangan kesultanan Melayu Melaka. Syed Naquib al-Attas pernah mengatakan

“Jikalau dahulu mereka (Raja dan pembesar) asyik menggemari renungan, foya, dongengan, khayal dan sebagainya, kini mereka giat menganjurkan penulisan dan penafsiran ilmu-ilmu sejarah dan tasawuf serta falsafah Islam” 10

Kenyataan ini jelas menunjukkan tentang pengaruh Islam yang terpahat dalam sistem pemerintahan kerajaan Melayu Melaka. Lantas, ia membuktikan tentang kemasyhuran Melaka sebagai sebuah kerajaan yang bertunjangkan Islam dari segi politik dan pentadbirannya.

Bagi memperluaskan perbincangan ini, perlu dilihat tentang peranan yang dimainkan oleh Islam dalam segenap ruang kehidupan masyarakat di Melaka ini. Melaka terkenal sebagai sebuah negeri Islam yang terulung di Kepulauan Melayu pada abad ke 15 Masihi walaupun terdapat beberapa pandangan yang menafikannya. 11

10 Syed Muhammad Naquib al-Attas (1972), Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. h. 120

11 Ahmad Jelani Halimi (2008), Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publications and Distributors. h. 247. Perkara ini ada kebenarannya kerana dikatakan bahawa penduduk Melaka ketika itu tidak mempunyai budaya keislaman langsung seperti meminum arak dan pembohong dalam urusan jual beli. Lihat G.R. Tibbets (1979), A Study of Arabian Texts

154

Terdapat berbagai pendapat yang membincangkan tentang pemerintahan di Melaka berunsurkan Islam. Sungguhpun Melaka merupakan sebuah negeri Islam, namun pemerintahannya tidaklah keislaman sepenuhnya. Undang-undang seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka tidaklah berlandaskan sepenuhnya undang-undang atau peraturan Islam. Ia hanya mempunyai pengaruh Islam seperti Hukum Kanun Melaka yang mempunyai 40.95 peratus sahaja hukum-hukumnya yang mengikut hukuman Islam. Manakala Undang-undang Laut Melaka hanya mempunyai satu fasal sahaja dari 25 fasal yang terdapat di dalamnya yang mengikut hukum Islam sebenar. 12

Berdasarkan kepada Undang-undang Melaka ini, ia berpaksikan kepada dua peraturan iaitu adat dan agama. Peraturan adat ini bergantung kepada Adat Temenggung, manakala peraturan agama pula bersandarkan kepada mazhab Syafii. 13 Hukum agama sering dimulakan dengan perkataan “mengikut hukum Allah” atau “mengikut dalil Allah”. Namun, kebanyakan daripada fasal-fasal itu tidak semestinya hukum Islam. 14

Lanjutan kepada perbincangan ini, wajar dibincangkan dengan lebih mendalam berhubung pengaruh Islam di dalam sistem perundangan Islam bagi membuktikan tentang peranan Islam serta kedudukan Melaka sebagai sebuah negeri Islam ketika itu. Jika ditinjau dari sudut sejarah, memang tidak dapat dinafikan bahawa Melaka mempunyai pentadbiran yang sistematik serta mempunyai undang-undang tertentu yang mengawal peraturan dan pentadbirannya.

12 Muhammad Yusuf Hashim (1989) Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. h. 221-223

13 Ahmad Jelani Halimi, op.cit. h. 249

155

Hukum Kanun Melaka juga dikenali dengan nama Undang-undang Darat Melaka atau Risalat Hukum Kanun. Ia mempunyai 44 fasal dan berkuatkuasa di Melaka serta kawasan-kawasan di bawah jajahan takluknya. 15. Undang-undang ini mempunyai 46 naskah salinan yang disebut dengan pelbagai nama seperti Undang-undang Melaka, Undang-undang Negeri dan Pelayaran, Surat Undang-undang, Kitab Undang-undang Raja Melaka, Undang-undang Sultan Mahmud Syah, Kitab Hukum Kanun dan Surat Hukum Kanun. 16

Untuk perbincangan lanjut berhubung dengan pengaruh Islam dalam perundangan Melaka ini sewajarnya disoroti tentang amalan yang terdapat di dalamnya. Menurut Undang-undang Jenayah yang termaktub di dalam Hukum Kanun Melaka ialah Hukuman Qisas, Hudud, Ta‟azir dan Diat. 17

Dalam Hukum Kanun Melaka, fasal 5.1 ada menyebut bahawa kesalahan membunuh orang hendaklah dibalas dengan bunuh juga. 18 Ini selaras dengan al-Quran menerusi firman Allah iaitu

































































Maksudnya : Dan kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya

bahwasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka luka (pun) ada qisasnya. Barangsiapa yang melepaskan (hak qisas) nya, maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara

15 Mahayuddin Hj. Yahya dan Ahmad Jelani Halimi, op.cit. h. 643.

16 Jayaudin Jamaudin dan Ruziatul Adnan (1991), Sejarah Islam : India-Nusantara-China. Kuala Lumpur : Penerbit Elman. h. 187

17 Abdullah Ishak (1991), Islam Di India, Nusantara dan China. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise. h. 193

156

menurut apa yang diturunkan Allah, maka, mereka itu adalah orang-orang yang zalim. (Surah al-Māidah (5) : 45)

Menerusi ayat ini, jelas menunjukkan tentang perintah Allah supaya hukuman jenayah yang dilakukan berupa nyawa dan anggota manusia perlu dibalas seperti mana yang dilakukan oleh si penjenayah tersebut.

Hukum Kanun Melaka juga memperuntukkan bagi kesalahan mencuri, iaitu terdapat dalam fasal 7:2 dan 11:1 yang menetapkan potong tangan ke atas pencuri. Hukuman tersebut dilaksanakan ke atas seseorang jika harta yang dicurinya itu cukup kadarnya dan tiada sesuatu sebab yang menghalang seseorang itu dari dikenakan hukuman tersebut. 19 Hal ini selari dengan apa yang termaktub dalam al-Quran menerusi firman Allah iaitu:

              

Maksudnya : Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah

tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan dari Allah. dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

(Surah al-Māidah (5) : 38).

Menerusi ayat ini, jelas menunjukkan bahawa dalam Hukum Kanun Melaka membincangkan tentang hukuman yang selayaknya diterima oleh mereka yang melakukan kesalahan mencuri ini.

Berdasarkan keterangan di atas, ia memberi gambaran bahawa pengaruh Islam memang wujud di Melaka seawal kurun ke 15 atau lebih mudah pada awal

157

penubuhannya sebagai sebuah kerajaan yang berdaulat. Menerusi aspek perundangan, jelas membuktikan tentang pengaruh Islam di dalam kerajaan Melaka ini seterusnya menjadikan ia sebagai pusat penyebaran Islam di rantau ini walaupun terdapat pelbagai pendapat sejarahwan yang skeptikal dan pesimis terhadap fakta ini. Pentingnya di sini ialah perlu diketengahkan tentang keunggulan Melaka sejak dahulu lagi memainkan sumbangan yang besar terhadap penyebaran Islam di Tanah Melayu atau di Malaysia kini.