• Tidak ada hasil yang ditemukan

Gaya bahasa melibatkan cara dan ayat seseorang pengarang menyampaikan buah fikiran dan pandangannya sendiri. Antara gaya bahasa bagi karya bahasa Melayu Klasik adalah seperti berikut :

HBML4103

24

a. bahasa kiasan / perbandingan

b. bahasa pertentangan

c. penggunaan peribahasa

d. penggunaan pantun

6.3.1 Gaya Bahasa Kiasan

Salah sebuah karya bahasa Melayu Klasik iaitu Hikayat Hang Tuah didapati banyak menggunakan bahasa kiasan bagi mengambarkan tindak tanduk watak ataupun sesuatu benda. Dengan adanya penggunaan bahasa kiasan ini gambaran sesuatu peristwa dapat di sampaikan dengan jelas dan menarik. Peristiwa-peristiwa yang melibatkan penggunaan bahasa kiasan ini ialah :

a. Ular cintamani yang ditangkap oleh Hang Tuah di Pulau Biram Dewa

telah digambarkan sebagai :

…….. rupanya dan besarnya seperti pisang emas dan warnanya seperti emas sepuluh mutu.

(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 43)

b. Pelanduk Putih yang menerajang anjing Raja Melaka ke dalam sungai itu

digambarkan :

……. seekor pelanduk putih, seperti kambing besarnya.

(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 67)

c. Kecantikan dan kejelitaan Tun Teja di bandingkan dengan,

……. bulan purnama empat belas haribulan, gilang gemilang, berkilau-kilauan.

HBML4103

25

6.3.2 Gaya Bahasa Pertentangan

Salah satu ciri yang membezakan ayat bahasa Melayu Klasik dengan ayat bahasa Melayu Moden adalah gaya bahasa pertentangan sering digunakan.

Salah satu ciri yang membezakan ayat bahasa Melayu Klasik dengan ayat bahasa Melayu Moden adalah wujudnya gaya bahasa pertentangan. Gaya bahasa pertentangan sebenarnya bertujuan untuk mencela, mengkritik dan meyakiti hati seseorang. Biasanya gaya bahasa pertentangan ini wujud dalam pertuturan dan penulisan bahasa Melayu Klasik. Kata-kata kritikan tersebut biasanya ditujukan oleh seseorang penutur kepada watak yang lain.

Menerusi Hikayat Hang Tuah beberapa ayat yang menggunakan gaya bahasa pertentangan telah dikenal pasti. Antaranya adalah,

“Cis? Si Tuah itu hendak menunjukkan laki-lakinya kepadaku? Tetapi Si Tuah itu bukan padanku; padanku Raja Melaka juga. Adapun pertikamanku yang empat ribu ini kuamuk di dalam negeri Melaka itu sejam lamanya; syahadan gajahku yang bernama Syah Kertas yang gila makan minyak ini kurandungkan pada balairung raja Melaka yang tujuh belas ruang itu. Jikalau tiada kuperbuat demikian seperti cakap ini,

bukanlah anak raja Terengganu”.

(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 254)

Kata-kata kritikan ini dilemparkan oleh Megat Terengganu setelah mengetahui peristiwa penculikan Tun Teja. Megat Terengganu sengaja menonjol-nonjolkan kelebihan dirinya sendiri dengan mempersendakan kekuatan Hang Tuah dan juga pertahanan negeri Melaka.

Pengarang mewujudkan sekali lagi penggunaan bahasa sarkasme melalui watak Megat Terengganu di dalam petikan di bawah.

HBML4103

26

“Cis? Sang maniaka itu hendak menunjukkan laki-lakinya pada aku. Jika sampai aku ke Melaka, yang pertikamanku empat ribu orang ini kuamukkan di dalam negeri Melaka itu sejam lamanya dan gajahku yang bernama Syah Kertas yang gila makan minyak ini kurandungkan pada balairung raja Melaka yang tujuh belas ruang itu. Jika tiada kuperbuat

seperti cakapku ini, bukanlah anak raja Terengganu.”

(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 259)

Pada kali ini, kata-kata sindiran tersebut dilemparkan kepada Raja Melaka. Dengan adanya perulangan penggunaan bahasa sarkasme, pengarang berharap dapat menghidupkan suasana penceritaan. Para pembaca seakan-akan dapat merasai suasana dan latar berlakunya peristiwa tersebut.

6.3.3 Gaya Bahasa Sindiran

Gaya bahasa sindiran atau satira banyak didapati di dalam hikayat bahasa Melayu Klasik tetapi tidak pada karya moden. Pengarang mewujudkan gaya bahasa ini bertujuan untuk mengejek dan menyindir sesuatu perbuatan ataupun watak di dalam sesebuah karya sastera. Penggunaan gaya bahasa sindiran ini jelas kelihatan pada Hikayat Hang Tuah menerusi kata-kata yang diucapkan oleh Bendahara Paduka Raja semasa menyindir para pegawainya, iaitu :

Maka kata Bendahara , “Naiklah ke atas balai itu duduk. Tuan-tuan sekalian hendak ke mana datang pada hamba ini, kerana hamba ini bukan pegawai raja? Adakah pegawai raja meninggalkan temannya? Jika hamba pegawai, pada ketika itu juga hamba memberi balas akan orang yang

henak membunuh hamba itu?”

HBML4103

27

Semasa Patih Kerma Wijaya mengetahui bahawa Ratu Lasem telah mengambil anaknya, Ken Sumirat tanpa memberitahu kepadanya, kata-kata sindiran di bawah telah diucapkan olehnya.

“Lihatkan ratu Lasem ini memberi aku malu! Beberapa aku membuat kebaktian padanya tiada juga kelihatan padanya dan beberapa pula negeri

kukalahkan tiada juga berguna kebaktianku…..”

(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 51)

Pengarang juga menggunakan gaya bahasa satira semasa menggambarkan kata-kata sindiran yang ditujukan oleh Hang Tuah kepada Patih Gajah Mada. Wacana dialog tersebut adalah seperti berikut.

Maka sahut Tun Tuah, “Pada bicara manira, janganlah seperti pelenter

itu tiadakan manira tikam, jikalau penggawa Majapahit itu sekalipun

manira tikam juga.”

(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 163)

Kata-kata pedas yang dilemparkan oleh Hang Tuah ini dirasai oleh Patih Gajah Mada sehinggakan dia malu tersipu-sipu.

Gaya bahasa satira sekali lagi digunakan oleh pengarang dalam pertuturan Raja Melaka setelah mendengar fitnah Patih Kerma Wijaya terhadap Hang Tuah. Kata-kata baginda adalah :

“Wahai Si Tuah! Harapnya aku akan dia maka berbuat pula akan aku demikian ini.”

HBML4103

28

6.3.3 Gaya Bahasa Hiperbola

Gaya bahasa hiperbola biasanya terdapat dalam hasil-hasil karya klasik. Namun begitu gaya bahasa ini jarang ditemui di dalam karya bahasa Melayu Moden. Gaya bahasa hiperbola bermakna menceritakan sesuatu perkara ataupun benda secara berlebih-lebihan. Tujuan penggunaan gaya bahasa jenis ini adalah untuk menekan tentang keistimewaaan perkara ataupun benda yang disebut-sebutkan. Cara begini berjaya meninggalkan kesan yang berkekalan dalam ingatan seseorang pembaca.

Contoh penggunaan gaya bahasa hiperbola dapat dilihat daripada pemerian pengarang tentang kekayaan dan keagungan saudagar Nala Sang Guna di Benua Keling. Petikan daripada Hikayat Hang Tuah menjelaskan,

…… sehingga gedung berisi harta jua dua puluh gedung dan gedung

yang berisi emas dan perak tujuh buah; lain daripada itu, gedung yang berisi dagangan daripada kain dan permata dan mutiara dan suf, sakhlat,

ainul-banat dan tembaga suasa dan timah berpuluh gedung …..

(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 425)

Semasa menceritakan keagungan Benua Cina pula, pengarang juga menggunakan gaya bahasa hiperbola. Hal ini jelas kelihatan daripada wacana pemerian pengarang tentang rumah-rumah berhala dan patung-patung di bahagian tengah negeri Cina. Di antaranya berbunyi :

…… indah-indah perbuatannya dan berbagai-bagai rupa binatang

ditulisnya, seperti binatang hidup rupanya, sehingga tiada berkata-kata dan bernyawa juga; disuruhnya berdiri ia berdiri, disuruhnya duduk ia

duduk, disuruhnya berkata-kata ia berkata-kata…….

HBML4103

29

6.3.4 Penggunaan Peribahasa

Penggunaan peribahasa di dalam ayat-ayat bahasa Melayu Klasik berupaya menjadikan sesebuah karya semakin menarik. Penggunaan jelas membayangkan ketinggian budi dan pekerti penutur dan penulisnya. Bagi memperlihatkan contoh-contoh penggunaan peribahasa dalam karya bahasa Melayu Klasik penulis telah memetik beberapa potong ayat yang dikesan menggunakan peribahasa ini.

6.3.5 Penggunaan Pantun

Penggunaan pantun digunakan oleh pengarang dengan tujuan mengindahkan jalan cerita serta meninggalkan kesan yang mendalam dalam ingatan pembaca. Malahan teknik penggunaan pantuan adalah satu teknik yang biasa digunakan dalam hasil-hasil sastera klasik. Dengan adanya penggunaan pantun, sesuatu peristiwa dapat disampaikan dengan lebih jelas.

Di dalam Hikayat Hang Tuah, terdapat satu adegan di mana Hang Tuah berbalas pantun bersama-sama dengan sahabat-sahabatnya. Mereka berbalas pantun sambil bersuka ria di taman larangan Betara Majapahit. Hang Jebat dan Hang Kasturi memulakan pantun tersebut, iaitu,

Hang Jebat Hang kasturi Budak-budak raja Melaka Jika hendak jangan dicuri Mari kita bertentang mata.

HBML4103

30

Selepas itu, Hang Kasturi berpantun sekali lagi, iaitu,

Gajah lekir kuda beraksa Di mana kuhempaskan Sama lebur sama binasa

Orang kayu di manakan aku tunangkan.

(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 195 dan 196)

Tiba giliran Hang Lekir berpantun,

Adakah perisai bertali rambut Rambut dipintal akan cemara Adakah bisa tahu takut Kami pun muda lagi perkasa.

(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 195 dan 196)

Gaya bahasa Melayu Klasik dilihat telah memasukkan pelbagai unsur seperti yang telah dibincangkan iaitu bahasa kiasan, bahasa pertentangan, hiperbola, peribahasa dan pantun. Penggunaan elemen-elemen gaya bahasa ini dilakukan dengan tujuan menarik minat pembaca terhadap sesebuah karya sastera yang dihasilkan. Selain dari bertujuan menzahirkan perasaan negetif iaitu mengejek dan menyindir ianya juga digunakan untuk memberikan penekanan terhadap sesuatu keistimewaan sesuatu perkara atau benda. Elemen ini amat dititik beratkan di dalam bahasa Melayu Klasik bagi meninggalkan kesan yang berkekalan di ingatan sesorang pembaca. Namun begitu menerusi gaya bahasa Melayu Moden elemen-elemen yang telah dibincangkan tidak begitu ketara penampilannya. Pertuturan dan penulisan dalam bahasa Melayu Moden dilihat lebih bersifat terbuka, telus dan berterus terang. Ini adalah kerana masyarakat moden hari ini lebih bersikap terbuka dan berterus terang dalam mentafsir sesuatu perkara. Mereka juga mahukan sesuatu perkara itu disampaikan dengan tepat dan cepat tanpa ada unsur-unsur lain yang mengelirukan pendengar dan pembaca.

HBML4103

31

Dokumen terkait