• Tidak ada hasil yang ditemukan

MAJLIS DAERAH SETIU

2. PROGRAM PENYENGGARAAN JALAN NEGERI 1. LATAR BELAKANG

2.4.2. Prestasi Penyenggaraan Jalan

2.4.2.5. Pengurusan Penyenggaraan Kecemasan Kurang Memuaskan

Mengikut piagam pelanggan JKR, setiap aduan kecemasan yang diterima hendaklah diselesaikan dalam tempoh 24 jam daripada tarikh aduan diterima. Semakan Audit mendapati, mengikut dokumen laporan kecemasan kesemua 91 sampel kes kecemasan siap disenggara dalam tempoh 24 jam kecuali 3 kes kejadian tanah runtuh yang mengambil masa satu minggu seperti di Gambar 2.23 hingga Gambar 2.30.

Gambar 2.23 Gambar 2.24

Keadaan Jalan Semasa Kejadian Tanah Runtuh

Sumber: JKR Daerah Kemaman

Lokasi: Jalan Teladas, Air Putih, Kemaman (T18 Seksyen 0.1)

Tarikh: 26 Disember 2012

Sumber: JKR Daerah Kemaman

Lokasi: Jalan Teladas, Air Putih, Kemaman (T18 Seksyen 0.1)

Gambar 2.25 Gambar 2.26 Keadaan Jalan Selepas Kerja Pembersihan Tanah Runtuh

Sumber: JKR Daerah Kemaman

Lokasi: Jalan Teladas, Air Putih, Kemaman (T18 Seksyen 0.1)

Tarikh: 26 Disember 2012

Sumber: JKR Daerah Kemaman

Lokasi: Jalan Teladas, Air Putih, Kemaman (T18 Seksyen 0.1)

Tarikh: 26 Disember 2012

Gambar 2.27 Gambar 2.28

Keadaan Jalan Selepas Berlaku Tanah Runtuh

Sumber: Syarikat Konsesi

Lokasi: Jalan Sungai Bari/Ladang Bari, Setiu (Seksyen 1.3)

Tarikh: Tidak Dinyatakan

Sumber: Syarikat Konsesi

Lokasi: Jalan Sungai Bari/Ladang Bari, Setiu (Seksyen 1.3)

Tarikh: Tidak Dinyatakan

Gambar 2.29 Gambar 2.30

Saluran Air Pecah Yang Memberi Kesan Terhadap Struktur Jalan

Sumber: Syarikat Konsesi

Lokasi: Seksyen 4.6, Jalan Sungai. Bari/Ladang Bari, Setiu

Tarikh: Tidak Dinyatakan

Sumber: Syarikat Konsesi

Lokasi: Seksyen 4.6, Jalan Sungai. Bari/Ladang Bari, Setiu

a. Dokumen Sokongan Bagi Laporan Kerja Tidak Lengkap Terhadap Kerja Kecemasan Oleh Syarikat Konsesi

Mengikut perjanjian syarikat konsesi akan menyediakan laporan kerja yang dijalankan bagi tujuan tuntutan pembayaran termasuk laporan kecemasan selepas selesai kerja kecemasan. Ringkasan tuntutan laporan kecemasan ini akan disediakan oleh Pengurus Besar syarikat konsesi dan disahkan oleh Ketua Penolong Pengarah JKR. Laporan ini akan disertakan bersama rekod kerja harian, ringkasan Bill of Quantities (BQ), rekod harian kerja kecemasan berserta gambar, kos kerja harian bagi buruh dan peralatan jentera yang digunakan dan borang Notification Of Emergency (NOE). Semakan Audit terhadap laporan kerja-kerja kecemasan NOE bagi 2 JKR daerah iaitu Hulu Terengganu dan Dungun untuk tempoh 3 tahun dari tahun 2010 hingga Februari 2013 mendapati dokumen sokongan yang diperlukan tidak disediakan. Sebanyak 51 kes melibatkan bayaran sejumlah RM608,877 tidak mempunyai dokumen NOE. Oleh itu pihak Audit tidak dapat memastikan sama ada tuntutan yang dibuat memadai tanpa dokumen NOE. Butiran lanjut adalah seperti di Jadual 2.8. Menurut maklum balas pihak JKR bertarikh 21 Oktober 2013,

dokumen Notification of Defect (NOE) berkenaan telah disediakan oleh Syarikat Konsesi, tetapi tidak dikembarkan bersama Ringkasan Kerja-kerja Kecemasan.

Jadual 2.8

Senarai Ringkas Dokumen Sokongan Bagi Laporan Kerja Tidak Lengkap Terhadap Kerja Kecemasan Oleh Syarikat Konsesi

Tahun/Daerah Bilangan Kes Di Senarai Kecemasan Yang Dituntut Bilangan Mengikut Borang NOE Perbezaan Bil. (RM) Kos Bil. (RM) Kos Bil. (RM) Kos Tahun 2010 JKR Dungun 4 31,586.29 4 31,586.29 - - JKR Hulu Terengganu 33 250,997.89 17 121,161.50 16 129,036.39 Tahun 2011 JKR Dungun 20 72,827.50 3 2,490.00 17 70,337.50 JKR Hulu Terengganu 14 299,175.53 4 21,560.00 10 277,615.53 Tahun 2012 JKR Dungun 6 240,805.03 2 230,571.53 4 10,233.50 JKR Hulu Terengganu 9 164,154.24 5 42,500.00 4 121,654.24 Tahun 2013 JKR Dungun 3 17,450.00 3 17,450.00 - - JKR Hulu Terengganu 2 16,383.68 2 16,383.68 - - Jumlah 1,093,380.16 40 486,703.00 51 608,877.16

b. Tindakan Susulan Terhadap Kerja Kecemasan Yang Dilaksanakan Tidak Mengikut Spesifikasi

Tindakan susulan hendaklah diambil selepas kerja-kerja bagi kes kecemasan dilaksanakan untuk memastikan keadaan jalan dapat digunakan dengan selesa dan selamat seperti mana asal. Lawatan Audit ke 10 tapak kejadian tanah runtuh di 3 daerah, mendapati kes penyenggaraan kecemasan telah dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan oleh syarikat konsesi pada tahun 2010, 2012 dan 2013. Daripada 10 kes kejadian tanah runtuh, 6 kes telah diambil tindakan susulan dan 4 kes masih dalam tindakan. Daripada 6 kes yang telah diambil tindakan susulan, penyenggaraan bagi 3 kes kecemasan telah dilaksanakan tidak mengikut spesifikasi mengakibatkan kejadian tanah runtuh berulang. Tindakan susulan yang diambil bagi setiap kes adalah seperti di Jadual 2.9.

Jadual 2.9

Tindakan Susulan Terhadap Kerja Kecemasan Yang Dilaksanakan Tidak Mengikut Spesifikasi Dan Yang Sedang Diambil Tindakan

Bil. Kes-Kes Kecemasan Yang Berulang

Kerana Tidak Mengikut Spesifikasi Tindakan Susulan

1. Jalan Gaung/Kuala Pueh/Kenyir, Hulu Terengganu (T134) telah pun disenggara tetapi kejadian tanah runtuh berulang disebabkan saliran air keluar tidak diambil kira seperti di Gambar 2.31.

JKR telah pun berusaha mewujudkan saluran air keluar sementara, sehingga permohonan peruntukan diluluskan.

2. Seksyen 1.3 dan Seksyen 4.6 Ladang Bari, Setiu telah pun diambil tindakan. Bagaimanapun, ianya telah runtuh semula akibat arus hujan dan kerja yang dilaksanakan tidak berapa sempurna kerana kekangan peruntukan, seperti di Gambar 2.32 hingga Gambar 2.35.

Sehingga tarikh pengauditan, tindakan susulan selepas kejadian berulang belum diambil tindakan.

Bil. Kes-kes Kecemasan Yang Sedang Diambil Tindakan Tindakan Susulan

1. Jalan Kuala Berang/ Tanggol/ Wakaf Tapai di Hulu Terengganu (T107) tidak dapat menjalankan tindakan susulan kerana melibatkan longkang yang dibina oleh pihak Majlis seperti di Gambar 2.36 dan Gambar 2.37.

Pihak JKR sedang dalam senggaraan bermula 16 Julai 2013.

2. Cerun runtuh di Jalan Teladas, Air Putih, Kemaman (T18, Seksyen 0.1) di mana kejadian tanah runtuh berlaku berulang pada Mac tahun 2013 seperti di Gambar 2.38

Kerja membaik pulih cerun sedang dijalankan.

3. Tanah runtuh di Jalan Tepus – Kuala Jengai, Dungun (T125, Seksyen 9 dan 10) seperti di

Gambar 2.39 dan 2.40.

Sehingga tarikh pengauditan Jalan Tepus - Kuala Jengai, Dungun (T125, Seksyen 9) dalam proses sebutharga. Manakala Jalan Tepus - Kuala Jengai, Dungun (T125, Seksyen 10) pula dalam tindakan membuat anggaran kos.

Gambar 2.31

Saluran Air Sementara Diwujudkan Bagi Menghalang Tanah Runtuh Berulang Disebabkan Saliran Air

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Jalan Gaung/Kuala Pueh/Kenyir Hulu Terengganu (T134)

Tarikh: 23 Jun 2013

Gambar 2.32 Gambar 2.33

Tanah Runtuh Berulang Akibat Hakisan Air Hujan Dan Kerja Penyenggaraan Kurang Sempurna

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Jalan Sungai Bari/Ladang Bari, Setiu (Seksyen 1.3)

Tarikh: 9 Julai 2013

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Jalan Sungai Bari/Ladang Bari, Setiu (Seksyen 1.3)

Tarikh: 9 Julai 2013

Gambar 2.34 Gambar 2.35

Tanah Runtuh Berulang Akibat Hakisan Air Hujan

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Jalan Ladang Jaya/Ladang Bari, Setiu (Seksyen 4.6)

Tarikh: 9 Julai 2013

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Jalan Ladang Jaya/Ladang Bari, Setiu (Seksyen 4.6)

Gambar 2.36 Gambar 2.37 Tanah Runtuh Belum Disenggarakan Kerana Melibatkan Longkang

Majlis Daerah Hulu Terengganu

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Jalan Kuala Berang/Tanggol/Wakaf Tapai (T107)

Tarikh: 23 Jun 2013

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Jalan Kuala Berang/Tanggol/Wakaf Tapai (T107)

Tarikh: 23 Jun 2013

Gambar 2.38

Kerja Soil Nailing Bagi Menstabilkan Cerun Sedang Dijalankan

Sumber: JKR Daerah Kemaman

Lokasi: Jalan Teladas, Air Putih, Kemaman (T18, Seksyen 0.1) Tarikh: 8 Julai 2013

Gambar 2.39

Tanah Runtuh Belum Disenggara Dan Masih Dalam Tindakan Sebut Harga

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Jalan Tepus - Kuala Jengai, Dungun (T125, Seksyen 9) Tarikh: 9 Julai 2013

Gambar 2.40

Tanah Runtuh Belum Dibersihkan

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Jalan Tepus - Kuala Jengai, Dungun (T125, Seksyen 10) Tarikh: 9 Julai 2013

c. Berdasarkan maklum balas JKR bertarikh 29 September 2013, pihaknya akan

melawat ke tapak berkenaan dan akan menilai semula kualiti kerja yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi serta memastikan ianya disiapkan mengikut speksifikasi dan kualiti yang ditetapkan dan pihak JKR juga akan behubung dengan JKR Malaysia (Bahagian Cerun) bagi mendapatkan pandangan serta kaedah pembinaan.

Pada pendapat Audit, tindakan bagi kes kecemasan adalah baik tetapi tindakan susulan terhadap kerja kecemasan kurang memuaskan kerana kualiti kerja yang tidak menepati spesifikasi.

2.5. SYOR AUDIT

Bagi memastikan Akaun Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri sentiasa disenggarakan mengikut keperluan, pihak terlibat perlu memberi pertimbangan kepada perkara berikut: 2.5.1. JKR perlu membuat pemantauan terhadap pelaksanaan kerja oleh syarikat konsesi dan Notification Of Defect (NOD) perlu dijalankan dengan lebih terperinci sebelum perancangan program dirangka.

2.5.2. Pegawai Kewangan Negeri perlu menjelaskan kepada agensi pelaksana tujuan asal peruntukan MARRIS dan mengeluarkan garis panduan tentang perbelanjaan yang dibenarkan supaya tidak berlaku penyalahgunaan.

2.5.3. SUK (Kerajaan Tempatan) perlu lebih proaktif memantau pelaksanaan program. 2.5.4. Agensi Pelaksana hendaklah memberi keutamaan terhadap jalan rosak dan belum disenggarakan dalam perancangan penyenggaraan dan hendaklah membaiki jalan yang rosak bagi mengelak kerosakan struktur pavement secara menyeluruh yang memerlukan pembinaan semula (reconstruction).

2.5.5. JKR perlu mengambil tindakan susulan terhadap kes kecemasan mengikut keperluan.

Dokumen terkait