Definisi Penilaian Perkembangan
Perkembangan ialah perubahan secara kuantitatif yang berlaku secara berterusan dari lahir hinggalah ke akhir hayat. Ia juga dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.
Aspek Penilaian Perkembangan Fizikal.
Penilaian dari segi fizikal merangkumi penilaian dari aspek menggunakan kemahiran anggota badan. Ianya bertujuan untuk memastikan bahawa kanak-kanak akan membesar mengikut bentuk tubuh dan ketinggian yang sesuai dengan usianya. Selain itu, kanak-kanak juga akan dinilai tahap perkembangan dari segi motor halus dan motor kasar.
Kognitif.
Penilaian perkembangan kognitif merangkumi kemahiran kanak-kanak berfikir seperti membuat persepsi, memahami konsep, menyelesaikan masalah dan kebolehan mengingat. Penilaian ini berdasarkan tahap umur kanak-kanak selari dengan kebolehan kognitif mereka.
Sosial.
Aspek sosial merangkumi kebolehan kanak-kanak berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan kawan-kawan di persekitarannya. Kanak-kanak yang berkebolehan berkawan dan bermain bersama rakan menunjukkan perkembangan sosial yang baik. Sekiranya kanak-kanak itu lebih suka menyendiri dan tidak mahu bercampur-gaul bersama rakan yang lain menunjukkan bahawa kanak-kanak ini memerlukan bimbingan untuk menyakinkan dirinya ketika berhadapan dengan rakan-rakan yang lain.
Emosi.
Aspek emosi merangkumi kebolehan kanak-kanak menguasai dan mengawal perasaan. Kanak- kanak akan dinilai melalui reaksi yang ditunjukkan oleh mereka iaitu seperti perasaan gembira, gelisah, pendiam, risau, dan malu. Kanak-kanak yang emosinya stabil dan tiada tekanan akan menunjukkan sikap yang ceria dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi ketika bersama rakan yang lain. Bagi kanak-kanak yang mempunyai tekanan emosi lebih cenderung duduk
mendiamkan diri dan sentiasa diselubungi perasaan takut, bimbang, dan tiada keyakinan diri ketika berhadapan dengan rakan-rakan yang lain. Kanak-kanak yang menghadapi masalah ini perlu dibimbing dan sentiasa memberi peluang kepadanya untuk meningkatkan kembali keyakinan dirinya.
Bahasa Dan Komunikasi.
Aspek ini merangkumi kemahiran bertutur menggunakan bahasa yang difahami. Perkataan yang digunakan juga jelas selari dengan peringkat umur kanak-kanak. Kanak-kanak yang berumur empat tahun dan mempunyai masalah artikulasi iaitu masalah sebutan yang tidak jelas contohnya ‘buku’ disebut ‘butu’, ‘makan’ disebut ‘matan’, ‘pokok’ disebut ‘potok’ dan lain-lain lagi. Untuk mengatasi masalah ini guru dan ibu bapa mestilah melatih kanak-kanak ini menyebut ayat-ayat mudah dahulu seperti ayat suku kata terbuka. Setelah menguasai ayat mudah barulah menyebut ayat suku kata tertutup.
Pengurusan Diri.
Aspek ini merangkumi kebolehan kanak-kanak menjaga dan memelihara diri sendiri dari segi makan, minum, memakai pakaian, menggunakan tandas, mandi, kekemasan diri, memakai kasut, dan lain-lain. Kanak-kanak yang biasa, mampu melakukan perkara-perkara ini pada usia empat tahun ke atas. Sekiranya ada dikalangan kanak-kanak yang masih gagal melakukan salah satu perkara di atas contohnya memakai pakaian dan memakai kasut maka kanak-kanak ini perlu di beri latihan setiap hari agar dapat menguasai kemahiran tersebut.
Tujuan Penilaian Perkembangan Menilai perkembangan kanak-kanak.
Penilaian perkembangan kanak-kanak bertujuan untuk menilai tahap perkembangan dari segi fizikal, kognitif, sosial, emosi, bahasa dan pertuturan, dan pengurusan diri. Sekiranya kanak- kanak ini ketidakupayaan berkembang secara normal, maka guru boleh menjalankan proses intervensi untuk membantu kanak-kanak tersebut berkembang mengikut tahap umurnya. Mengesan kekurangan kanak-kanak
Melalui proses penilaian perkembangan ini, guru dapat mengesan tahap perkembangan kanak- kanak tersebut. Dari enam aspek penilaian yang telah disebutkan, mungkin kanak-kanak ini mengalami kekurangan perkembangan dari segi kognitif dan bahasa. Oleh yang demikian guru dapat merancang proses intervensi yang sesuai untuk kanak-kanak tersebut.
Mengambil tindakan untuk mempertingkatkan tahap perkembangan.
Setelah guru mengenal pasti kekurangan perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak ini, guru merancang program intervensi yang sesuai untuk meningkatkan tahap perkembangan selari dengan usianya. Proses intervensi ini melibatkan latihan latih tubi latihan yang berterusan untuk melatih kanak-kanak ini berkembang mengikut tahap perkembangan yang normal.
Penglibatan keluarga dalam proses mempertingkatkan tahap perkembangan.
Penilaian perkembangan yang dijalankan akan membantu guru dan ibu bapa mengenal pasti tahap kekurangan kanak-kanak berdasarkan enam aspek tadi. Kanak-kanak yang mengalami kekurangan dapat dibantu untuk meningkatkan keupayaan dengan lebih cepat sekiranya guru dan ibu bapa dapat bekerjasama untuk mengatur program yang sesuai dengan kanak-kanak tersebut. Sekiranya program pemulihan dilakukan berterusan di sekolah dan di rumah, sudah tentu kanak- kanak ini akan menguasai kemahiran dengan lebih cepat.
Kegunaan Penilaian Perkembangan
Kanak-kanak akan mengalami perkembangan sejak lahir hingga berumur 6 tahun. Dalam tempoh ini kanak-kanak akan mengalami banyak pembelajaran dan berkembang mengikut tahap umur yang tertentu. Perkembangan ini akan terbantut sekiranya kanak-kanak ini mengalami
ketidakupayaan. Ketidakupayaan ini akan membezakan kanak-kanak ini berbeza dengan kanak- kanak yang lain. Sekiranya masalah ini dibiar beralarutan ianya akan memberi kesan jangka panjang kepada keluarga dan kanak-kanak tersebut. Oleh yang demikian perbezaan ini perlu dikesan diperingkat awal agar pihak yang rapat dengan kanak-kanak ini seperti guru dan ibu bapa dapat membantu mengurangkan masalah kanak-kanak ini melalui program intervensi. Melalui program ini kanak-kanak akan dilatih dan diasuh sehingga mereka dapat meningkatkan kebolehupayaan dalam kemahiran yang patut mereka kuasai selaras dengan umur mereka. Dalam hal ini guru dan ibu bapa perlu memainkan peranan dan sentiasa peka dengan perkembangan kanak-kanak. Langkah ini penting agar kanak-kanak yang tidak berkeupayaan akan diatasi pada peringkat awal.
PENILAIAN PENCAPAIAN