• Tidak ada hasil yang ditemukan

A3.2 : PENILAIAN PROGRAM PEMBANGUNAN DAN LATIHAN / AKTIVITI ATLET / MURID HURAIAN Menilai keberkesanan program yang disediakan bagi tujuan pembangunan dan latihan/ aktivit

atlet/ murid PENJELASAN

DESKRIPSI

Keupayaan pegawai untuk:

 menilai keberkesanan program pembangunan dan latihan/ aktiviti atlet/ murid

- peningkatan penguasaan kemahiran semasa latihan/ aktiviti/ kejohanan/ pertandingan/ program/ persembahan

- kemampuan atlet/ murid untuk mengaplikasi kemahiran yang diberikan semasa latihan/ aktiviti/ kejohanan/ pertandingan/ program/ persembahan

 menjustifikasi hasil penilaian program pembangunan dan latihan/ aktiviti atlet/ murid - keberhasilan program pembangunan dan latihan/ aktiviti berdasarkan pencapaian

semasa atlet/ murid

 membuat penambahbaikan program pembangunan dan latihan/ aktiviti atlet/ murid - menyusun semula program yang telah dirancang

- memberi cadangan dan menyediakan perancangan baharu

PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN

Semakan bahan

Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:

 maklum balas daripada pihak yang berkenaan

 soal selidik terhadap atlet/ murid

 dokumen lain yang berkaitan Temu bual

Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:

 Sejauh manakah program ini mampu memberi sumbangan kepada pembangunan dan latihan/ aktiviti atlet/ murid?

 Adakah program ini dilaksanakan di tempat lain?

 Sejauh manakah keberkesanan program ini di tempat tersebut?

 Adakah atlet/ murid dapat mengikuti program yang dirancang dengan baik? Pencerapan

Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:

 tahap penguasaan kemahiran atlet/ murid semasa latihan/ aktiviti/ kejohanan/ pertandingan/ program/ persembahan

 tahap kefahaman atlet/ murid terhadap latihan/ aktiviti/ kejohanan/ pertandingan/ program/ persembahan

Pemerhatian

 dijalankan secara umum/ tidak formal tentang pencapaian atlet/ murid secara keseluruhan semasa latihan/ aktiviti/ kejohanan/ pertandingan/ program/ persembahan

 dijalankan secara umum/ tidak formal tentang penglibatan atlet/ murid dalam latihan/ aktiviti/ kejohanan/ pertandingan/ program/ persembahan

D3 : KEMAHIRAN E1 : PERANCANGAN A1.1 : PENGETAHUAN

HURAIAN Pengetahuan ialah kefahaman dan penguasaan pegawai dalam bidang kandungan mata pelajaran, ilmu pedagogi/ andragogi dan refleksi.

PENJELASAN DESKRIPSI

Keupayaan pegawai untuk:

 mengetahui dan memahami isi pelajaran bidang berkaitan

- dapat menjelaskan skop (sukatan) mata pelajaran yang berkaitan - mampu menghubungkaitkan isi pelajaran dengan hasil pembelajaran

 menguasai isi pelajaran bidang berkaitan

- dapat menerangkan isi pelajaran secara mendalam - mampu menghuraikan isi pelajaran

 mempunyai pengetahuan tentang pedagogi/ andragogi bidang berkaitan

- dapat merasionalkan strategi, kaedah, teknik yang digunakan untuk menyampaikan isi pelajaran

- berupaya untuk menjelaskan kaedah-kaedah bersesuaian tentang bidang berkaitan

 mengetahui dan menguasai refleksi dalam PdP/ latihan

- menulis refleksi yang boleh digunakan untuk memberi impak positif kepada peningkatan amalan profesional

- membuat analisis hasil pembelajaran berdasarkan objektif pembelajaran PENJELASAN

KAEDAH PENILAIAN

Semakan Bahan

Penilaian berdasarkan contoh-contoh yang berikut: IPG KM ELTC IAB : : : :

Proforma Kursus/ Jadual 3/ Ringkasan Maklumat Kursus Sukatan Pelajaran

Sukatan Pelajaran, Proforma Kursus, Modul Latihan terkini Rancangan Sesi Latihan dan Nota Sesi Latihan terkini, bahan/ edaran pengajaran

Temu bual

Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:

 Bolehkah anda terangkan mana-mana tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran?

 Apakah pendekatan/ strategi yang paling sesuai digunakan untuk tajuk ini?

 Bagaimana anda menggunakan refleksi untuk mencapai objektif hasil pembelajaran? Pemerhatian

Contoh-contoh pemerhatian yang boleh dilakukan (secara tidak formal):

 sesi perkongsian ilmu

 mesyuarat

D3 : KEMAHIRAN E1 : PERANCANGAN A1.2 : PERANCANGAN

HURAIAN Perancangan ialah kebolehan pegawai untuk membuat perancangan PdP dan pemilihan sumber pendidikan yang sesuai serta dapat menunjukkan bukti hasil perancangan melalui dokumen yang berkaitan.

PENJELASAN DESKRIPSI

Keupayaan pegawai untuk:

 merancang dan menyediakan Rancangan Pengajaran/ latihan mengikut keperluan kurikulum dan organisasi

- mendokumentasi Rancangan Pengajaran berdasar kalendar akademik institusi

 memilih sumber pendidikan yang dapat membantu menyokong proses PdP - menilai, menyediakan dan mendokumentasikan BBM yang sesuai

- contoh-contoh: klip video, bahan maujud, artikel, bahan bacaan, model, carta dan peralatan

PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN

Semakan bahan

Penilaian boleh dibuat berdasarkan mana-mana contoh yang berikut: IPG KM ELTC IAB : : : :

Dokumen ISO terkini, Kalendar Akademik dan Folio Pensyarah Rancangan Pengajaran Semester (RPS), Kalendar Akademik Kalendar Tahunan, Sukatan Pelajaran, Proforma Kursus, Modul Latihan dan Folio Profesional

Rancangan Sesi Latihan (RSL), Nota Sesi Latihan (NSL), bahan/ edaran pengajaran

Temu bual

Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:

 Terangkan langkah-langkah yang anda lakukan untuk membuat perancangan PdP?

 Jika berlaku kecemasan, bagaimana anda mengubah suai rancangan pengajaran?

 Dari manakah anda memperoleh BBM untuk bahan pengajaran? Pemerhatian

Contoh-contoh pemerhatian yang boleh dilakukan (secara tidak formal):

 sesi perkongsian ilmu/ mesyuarat/ bengkel/ forum/ media sosial

 perbincangan untuk menyelesaikan masalah

D3 : KEMAHIRAN E1 : PERANCANGAN

A1.3 : PENGETAHUAN PENTAKSIRAN

HURAIAN Pengetahuan pentaksiran ialah kebolehan pegawai untuk melaksanakan penilaian dan pentaksiran dalam PdP

PENJELASAN DESKRIPSI

Keupayaan pegawai untuk;

 menjelaskan aspek penilaian dan pentaksiran dalam PdP seperti format, aras dan skop penilaian

 menjelaskan keperluan analisis item dan data

 menjelaskan keperluan instrumen penilaian yang berkaitan

 membezakan jenis-jenis pentaksiran dan penilaian mengikut keperluan PENJELASAN

KAEDAH PENILAIAN

Semakan bahan

Penilaian boleh dibuat berdasarkan mana-mana contoh yang berikut: IPG KM ELTC IAB : : : :

Jadual Spesifikasi Tugasan (JST), rubrik, Buku Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus, Buku Panduan Penggubalan Kertas Peperiksaan, Buku Panduan Pelaksanaan Amali Kursus, moderasi/ penyelarasan pemarkahan, analisis item dan data, tindakan penambahbaikan

Tugasan, laporan amali, tutorial, kuiz, ujian

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), Jadual Spesifikasi Tugasan (JST), rubrik, Buku Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus, Buku Panduan Peperiksaan, item pentaksiran, skema pemarkahan, moderasi / penyelarasan pemarkahan, analisis item dan data, tindakan penambahbaikan

Lembaran kerja, hasil bengkel Temu bual

Contoh soalan yang boleh diajukan:

 Apakah fokus utama dalam pembinaan JST/ JSU yang anda bangunkan?

 Apakah kriteria yang diambil kira untuk menyediakan item/ soalan yang mempunyai unsur-unsur KBAT?

 Bagaimana anda melaksanakan moderasi/ penyelarasan pemarkahan? Pemerhatian

Contoh-contoh pemerhatian yang boleh dilakukan (secara tidak formal)

 sesi perkongsian ilmu/ mesyuarat/ bengkel/ forum/ media sosial

 perbincangan untuk menyelesaikan masalah

D3 : KEMAHIRAN E2 : PELAKSANAAN A2.1 : PENYAMPAIAN

HURAIAN Penyampaian ialah kebolehan pegawai untuk menyampaikan isi pelajaran dan melaksanakan PdP.

PENJELASAN DESKRIPSI

Keupayaan pegawai untuk:

 melaksanakan kaedah-kaedah pengajaran seperti syarahan, pembentangan, tunjuk cara, simulasi dan kolaborasi

 menggalakkan persekitaran pembelajaran yang harmonis melalui pengawalan kelas yang mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif

 mewujudkan pembelajaran yang aktif dan interaktif

 mengaplikasikan unsur KBAT mengikut situasi yang sesuai

 mempelbagaikan teknik penyoalan

 melaksanakan refleksi PdP PENJELASAN

KAEDAH PENILAIAN

Semakan bahan

Penilaian boleh dibuat berdasarkan mana-mana contoh yang berikut: IPG KM ELTC IAB : : : : :

Dokumen ISO terkini, folio pelajar, folio pensyarah

Rancangan Pengajaran, Bahan Bantu Belajar - TMK (Internet, multimedia)/ buku/ majalah/ surat khabar

Modul Latihan, Nota Sesi Latihan, Bahan Bantu Belajar, Borang Penilaian Pensyarah, Jadual Kursus

Bahan latihan, Borang Penilaian Pensyarah/ Pegawai Latihan (BK9)

Temu bual

Soalan-soalan yang boleh diajukan:

 Apakah kaedah pengajaran yang akan anda gunakan semasa pengajaran?

 Adakah anda berpuas hati dengan penglibatan pelajar pada sesi PdP yang anda laksanakan tadi?

 Bagaimanakah anda menilai keberkesanan proses PdP anda? Pencerapan

Penilaian berdasarkan contoh-contoh yang berikut:

 pengurusan kelas/ bilik darjah selamat, kondusif dan terkawal

 set induksi yang merangsang pelajar dan berkaitan dengan tajuk pelajaran

 penyampaian dan perkembangan PdP yang kreatif dan berkesan

 cekap mengurus masa Pemerhatian

Contoh-contoh pemerhatian yang boleh dilakukan (secara tidak formal)

 maklumbalas/ reaksi/ tingkah laku daripada pelajar

 dapat menyelesaikan masalah

D3 : KEMAHIRAN E2 : PELAKSANAAN

A2.2 : PENGGUNAAN SUMBER PENDIDIKAN

HURAIAN Penggunaan sumber pendidikan ialah kebolehan pegawai untuk memilih, menyediakan dan menggunakan sumber pendidikan

PENJELASAN DESKRIPSI

Keupayaan PYD untuk:

 memilih dan menyediakan sumber pendidikan daripada pelbagai sumber

 memilih dan menilai BBM yang sesuai dan berkesan

 mengaplikasikan sumber pendidikan yang berkesan

 menyampaikan sumber pendidikan secara kreatif dan inovatif

 mengintegrasikan TMK/ BBM/ sumber-sumber lain

 menerap unsur-unsur inovasi dalam TMK/ BBM PENJELASAN

KAEDAH PENILAIAN

Semakan bahan

Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh- contoh yang berikut:

 Bahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) seperti internet, multimedia

 Buku/ majalah/ surat khabar/ model/ carta

 Sumber-sumber lain yang berkaitan PdP Temu bual

Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:

 Adakah sumber pendidikan yang anda gunakan dapat membantu mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan?

 Bagaimana anda mengaplikasi bahan/ sumber pendidikan dan mengintegrasi TMK/ inovasi di dalam pengajaran?

 Mengapa anda menggunakan bahan/ sumber pendidikan ini? Pencerapan

Penilaian berdasarkan contoh-contoh yang berikut:

 bahan sumber pendidikan yang digunakan bertepatan dengan isi pelajaran.

 bahan sumber pendidikan digunakan secara optimum. Pemerhatian

D3 : KEMAHIRAN E2 : PELAKSANAAN

Dokumen terkait