74. Mana-mana orang atau kumpulan orang, yang sebaik sebelum
tarikh yang ditetapkan, menjalankan aktiviti latihan kemahiran
boleh terus berbuat demikian dalam tempoh dua belas bulan
dari tarikh yang ditetapkan, tetapi dalam tempoh itu orang atau
kumpulan orang itu hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan,
memohon bagi pentauliahan di bawah Akta ini.
HURAIAN
Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk menggalakkan, melalui latihan kemahiran, pembangunan dan kemajuan kebolehan seseorang yang diperlukan bagi kerjaya; dan untuk mengadakan peruntukan yang berkaitan dengannya.
BAHAGIAN I
2. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan kuasa Menteri untuk menetapkan
tarikh permulaan kuat kuasa Akta yang dicadangkan.
3. Fasal 2 mengandungi takrif beberapa ungkapan yang digunakan dalam Akta yang dicadangkan.
BAHAGIAN II
4. Fasal 3 memperuntukkan bagi penubuhan Majlis Pembangunan Kemahiran ("Majlis").
5. Fasal 4 memperkatakan fungsi Majlis untuk meluluskan Standard, untuk menasihati Menteri tentang perkara yang berkaitan dengan Akta ini dan apa- apa perkara yang dirujukkan kepadanya dan fungsi lain yang dinyatakan dalam Akta ini.
6. Fasal 5 memperkatakan keanggotaan Majlis dan memberi kuasa kepada Menteri untuk melantik anggota silih ganti berkaitan dengan anggota tertentu Majlis.
7. Fasal 6 dan Fasal 7 bertujuan memperuntukkan pelantikan Timbalan Pengerusi dan Setiausaha Majlis.
8. Fasal 8 bertujuan memberi kuasa kepada Majlis untuk menubuhkan Jawatankuasa, melantik Pengerusi suatu Jawatankuasa dan untuk memberi elaun kepada mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Jawatankuasa.
9. Fasal 9, 10, 11, 12, 13 dan 14 bertujuan memperuntukkan pelantikan, pelantikan semula, pembatalan dan peletakan jawatan anggota Majlis, kewajipan anggota Majlis, kekosongan jawatan anggota Majlis, mesyuarat Majlis, kuasa Majlis untuk mengundang orang lain ke mesyuaratnya dan saraan atau elaun anggota Majlis itu.
10. Fasal 15 dan 16 bertujuan mengadakan peruntukan mengenai minit mesyuarat Majlis dan tatacara Majlis.
BAHAGIAN III
11. Fasal 17 bertujuan memperuntukkan pelantikan Ketua Pengarah Pembangunan
Kemahiran, Timbalan Ketua Pengarah dan pegawai bagi maksud Akta ini, dan bagi memperuntukkan fungsi dan kewajipan Ketua Pengarah.
12. Fasal 18 bertujuan memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk mewakilkan fungsi dan kuasanya kepada mana-mana pegawai awam. 13. Fasal 19 bertujuan memberi kuasa kepada Menteri untuk memberi arahan kepada Ketua Pengarah.
BAHAGIAN IV
14. Fasal 20 memperkatakan tentang penubuhan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan.
15. Fasal 21 bertujuan memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk mengkaji semula dan mengubah Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan.
16. Fasal 22 bertujuan memperuntukkan bagi penggunaan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan untuk membangunkan kurikulum kebangsaan bagi program latihan kemahiran dsb.
BAHAGIAN V
17. Fasal 23 memperkatakan kriteria yang perlu dipenuhi oleh penyedia latihan kemahiran untuk pentauliahan.
18. Fasal 24 memperkatakan permohonan untuk pentauliahan oleh penyedia latihan kemahiran kepada Ketua Pengarah.
19. Fasal 25 member! kuasa kepada Ketua Pengarah untuk meluluskan atau menolak suatu permohonan bagi pentauliahan.
20. Di bawah fasal 26 sijil pentauliahan hendaklah menyatakan premis tempat program yang ditauliahkan akan dijalankan. Jika penyedia latihan kemahiran berhenti menyediakan latihan kemahiran bagi program yang ditauliahkannya, penyedia latihan kemahiran dikehendaki menyerahkan sijil pentauliahan itu untuk mengelakkan penyalahgunaan sijil itu.
21. Fasal 27 bertujuan untuk memperuntukkan bagi permohonan untuk pembaharuan pentauliahan.
22. Fasal 28 bertujuan untuk memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk mengenakan syarat baru dan mengubah, meminda atau membatalkan mana- mana syarat pada masa atau selepas pemberian suatu sijil pentauliahan. 23. Fasal 29 memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk menggantung atau membatalkan sijil pentauliahan. Suatu notis bertulis hendaklah diserahkan kepada penyedia latihan kemahiran dengan menyatakan alasan penggantungan atau pembatalan tersebut.
24. Di bawah fasal 30 Ketua Pengarah dikehendaki untuk menyiarkan fakta penggantungan atau pembatalan itu kepada orang awam.
BAHAGIAN VI
25. Fasal 31, 32 dan 33 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa suatu penyedia latihan kemahiran, yang terkilan dengan keputusan Ketua Pengarah yang dibuat di bawah fasal 25, 27 dan 29 boleh merayu kepada Menteri yang mempunyai kuasa untuk mengesahkan, membatalkan atau mengubah keputusan Ketua Pengarah dan keputusan Menteri atas rayuan itu adalah muktamad.
BAHAGIAN VII
26. Fasal 34 memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk menganugerahkan suatu Sijil.
27. Fasal 35 bertujuan memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk menyatakan kehendak yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu Sijil boleh dianugerahkan.
28. Fasal 36 memberi kuasa kepada Majlis untuk memberi pengiktirafan
kepada mana-mana kelayakan kemahiran sebagai setaraf dengan Sijil yang dianugerahkan di bawah Bahagian ini.
BAHAGIAN VIII
29. Fasal 37 bertujuan memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk melantik mana-mana pegawai awam atau mana-mana pegawai jabatan yang bertanggungjawab bagi pembangunan kemahiran untuk melaksanakan tugas pemeriksaan dan pengesahan.
30. Fasal 38 bertujuan untuk membolehkan pemeriksaan oleh Inspektor dari semasa ke semasa untuk memastikan bahawa penyedia latihan kemahiran mematuhi Akta yang dicadangkan dan peraturan yang dibuat di bawahnya. 31. Fasal 39 bertujuan memberi kuasa kepada seorang Inspektor untuk menjalankan pemeriksaan ke atas penyedia latihan kemahiran yang berhubungan dengan pentadbiran penyedia latihan kemahiran dan program latihan yang dijalankan.
BAHAGIAN IX
32. Fasal 40 bertujuan memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk melantik mana-mana pegawai awam atau mana-mana pegawai jabatan yang bertanggungjawab bagi pembangunan kemahiran untuk melaksanakan kewajipan penguatkuasaan dan penyiasatan.
33. Fasal 41 dan 42 memperkatakan kuasa seseorang pegawai penguat kuasa.
34. Di bawah fasal 43 dan 44 seorang pegawai penguat kuasa diberi kuasa untuk menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan dan menyita apa-apa dokumen semasa menjalankan pemeriksaan.
35. Fasal 45 dan 46 memperkatakan permohonan oleh seorang pegawai penguat kuasa untuk suatu waran geledah dan kuasa Majistret untuk mengeluarkan waran tersebut.
36. Fasal 47 dan 48 memberikan kuasa kepada pegawai penguat kuasa_untuk memasuki premis, menggeledah dan menyita tanpa waran atau notis.
37. Di bawah fasal 49 seorang pegawai penguat kuasa diberi kuasa untuk mengelak mana-mana premis.
38. Fasal 50 menghendaki seseorang Inspektor dan seseorang pegawai penguat kuasa untuk mengemukakan kad kuasanya yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah apabila menjalankan kuasanya di bawah Akta yang dicadangkan. 39. Di bawah fasal 51 tiada seorang pun berhak ke atas kos prosiding, ganti rugi atau relief lain, dsb., berkenaan dengan penyitaan melainkan jika penyitaan atau tahanan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.
BAHAGIAN X
40. Fasal 52 bertujuan mengadakan peruntukan mengenai kesalahan dan penalti berhubung dengan mana-mana orang yang mengambil pelatih bagi
suatu program latihan yang dikatakan sebagai suatu program yang ditauliahkan tanpa suatu sijil pentauliahan yang sah.
41. Fasal 53 memperuntukkan kesalahan dan penalti berhubung dengan larangan mempromosi suatu penyedia latihan kemahiran melalui iklan, dsb. 42. Fasal 54 memperkatakan tentang kawalan pengiklanan.
43. Fasal 55 mengadakan peruntukan mengenai kesalahan dan penalti yang berhubungan dengan persijilan di bawah Akta yang dicadangkan.
44. Fasal 56 menyatakan penalti yang dikenakan yang berhubungan dengan pelanggaran mana-mana syarat yang dikenakan di bawah fasal 28.
45. Fasal 57 menyatakan kesalahan dan penalti yang berhubungan dengan permohonan untuk pentauliahan suatu program latihan kemahiran di bawah Akta yang dicadangkan.
46. Fasal 58 menyatakan kesalahan dan penalti yang berhubungan dengan kegagalan penyedia latihan kemahiran untuk mempamerkan atau menyerahkan sijil pentauliahan.
47. Fasal 59 menyatakan kesalahan dan penalti yang berhubungan dengan kegagalan untuk mengemukakan dokumen apabila dikehendaki oleh Inspektor, dsb.
48. Fasal 60, 61 dan 62 memperkatakan tentang penalti am, penalti dalam hal kesalahan berterusan dan kesalahan oleh pertubuhan perbadanan perkongsian atau persatuan.
49. Fasal 63 menyatakan tentang tanggungjawab penyedia latihan kemahiran kerana kesalahan yang dilakukan oleh anggota lembaga pengarah, pegawai, kakitangan atau ejennya.
50. Fasal 64 bertujuan untuk memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk mengkompaun kesalahan tertentu dan melepaskan atau melucuthakkan apa-apa yang disita tertakluk kepada mana-mana terma dan syarat yang dia fikirkan patut.
51. Fasal 65 memperuntukkan bahawa suatu pendakwaan untuk suatu kesalahan di bawah Akta yang dicadangkan tidak boleh dimulakan tanpa keizinan bertulis Pendakwa Raya.
52. Fasal 66 memperuntukkan anggapan bagi maksud pembuktian kesalahan dalam mana-mana prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta yang dicadangkan.
BAHAGIAN XI
53. Fasal 67 bertujuan untuk memperuntukkan pengiktirafan kepada Sijil bagi maksud kelayakan memasuki pekerjaan dalam perkhidmatan awam.
54. Fasal 68 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang dilantik atau menjalankan kuasa mengikut undang-undang bagi seseorang yang dilantik di bawah Akta yang dicadangkan hendaklah dianggap menjadi pekhidmat awam.
55. Fasal 69 bertujuan untuk melindungi Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai Kerajaan daripada apa-apa tindakan guaman atau prosiding undang- undang terhadap mereka bagi apa-apa tindakan atau ketinggalan yang dilakukan di bawah Akta yang dicadangkan jika tindakan atau tinggalan itu dilakukan dengan suci hati.
56. Fasal 70 bertujuan untuk menghendaki daftar yang mengandungi maklumat yang berhubungan dengan Standard, Sijil dan penyedia latihan kemahiran disenggarakan.
57. Fasal 71 bertujuan untuk menghalang mana-mana anggota Majlis dan jawatankuasa, pegawai, pekhidmat atau ejen jabatan yang bertanggungjawab bagi pembangunan kemahiran daripada mendedahkan apa-apa maklumat yang telah diperoleh semasa menjalankan kewajipan mereka.
58. Fasal 72 bertujuan memberi kuasa kepada Menteri untuk membuat peraturan-peraturan.
59. Fasal 73 bertujuan untuk memberi kuasa kepada Menteri untuk mengecualikan dengan perintah mana-mana orang, kumpulan orang atau penyedia latihan kemahiran daripada peruntukan Akta yang dicadangkan.
BAHAGIAN XII
60. Fasal 74 bertujuan untuk menjadikan wajib bagi mana-mana orang atau kumpulan orang yang menjalankan aktiviti latihan kemahiran sebelum berkuat kuasanya Akta yang dicadangkan untuk memohon bagi pendaftaran dalam masa dua belas bulan selepas mula berkuat kuasanya Akta yang dicadangkan.
1MPL1KAS1 KEWANGAN
Rang Undang-Undang ini akan melibatkan Kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya belum dapat ditentukan sekarang ini.