• Tidak ada hasil yang ditemukan

JEMAAH AHMADIYAH DI KELURAHAN ALUN-ALUN CONTONG, SURABAYA DAN AKTIVITINYA

3.3. Penubuhan Dan Perkembangan Ahmadiyah Di Surabaya

Awal penubuhan aliran Ahmadiyah di Surabaya tidak dapat terlepas daripada peranan-peranan mubaligh Ahmadi yang menyebarkan dakwah mereka yang dipimpin oleh Maulana Rahmat Ali, seorang mubaligh daripada Hindustan yang diberi tugasan oleh Khalifatul Masih II, Mirza Basiruddin Mahmud Ahmad untuk menyebarkan Ahmadiyah di Indonesia. Setelah beliau berhasil menyebarkan Ahmadiyah di Sumatera kemudian beliau meninggalkan kota Padang menuju Pulau Jawa, dengan tujuan pertama kota Jakarta atau pada saat itu bernama Batavia.

Di Batavia dakwah beliau mendapatkan sambutan yang baik, sehingga dapat diterima oleh masyarakat luas. Apabila sampai pada tahun 1932 pengikut Ahmadiyah sudah mencecah kepada berpuluh-puluh orang, maka diputuskan untuk menubuhkan secara rasmi pertubuhan Ahmadiyah tersebut di bandar Batavia. Setelah beberapa tahun berkembang di beberapa bandar di pulau Jawa semisal Jakarta, Bogor, Bandung, dan Yogyakarta maka beberapa pendakwah pun ditugaskan untuk menyebarkan dan membina suatu pertubuhan Ahmadiyah di bandar Surabaya.

131

87 Perkembangan Ahmadiyah di bandar Surabaya dimulai semenjak kedatangan dua orang bersaudara yang berkebangsaan India, yakni Haji Abdul Hamid dan Muhammad Abdul Ghofar yang menetap dan berdakwah di Surabaya sekitar tahun 1935. Selain daripada itu ada juga seorang Ahmadi warga Surabaya yang telah lama menetap di Jakarta dan kembali lagi ke Surabaya dengan membawa serta dua orang saudaranya yang telah menjadi pengikut Ahmadi iaitu Abu Hasan dan Mohammad Sobari. Kemudian, pada tahun 1938 telah menetap pula seorang utusan rasmi daripada Ahmadiyah bernama Malik Aziz Ahmad Khan di Surabaya. Sejak saat itu, tabligh di Surabaya mengalami kemajuan apatah lagi dengan masuknya keluarga bangsawan Raden Sulaiman, Raden Harun, dan Supardi ke dalam aliran Ahmadiyah sehingga pada tahun itu pulalah terbentuk cawangan Ahmadiyah di Surabaya.132

Dalam versi lain133 disebutkan bahawa jemaah Ahmadiyah di Surabaya tidak terlepas daripada peran seorang yang berkebangsaan India yang bernama Abdul Ghafoor. Abdul Ghafoor mulai menetap di Surabaya pada tahun 1925. Setahun kemudian Abdul Ghafoor kembali ke Jullundur, India dan berkesempatan hadir dalam majlis Jalasah Salanah Qadian pada tahun 1926. Pada saat itu Abdul Ghafoor bukanlah seorang anggota jemaah Ahmadiyah akan tetapi ia tertarik dengan dakwah yang dilakukan oleh Ahmadiyah di Surabaya yang dinilai terlampau moden.

Selepas daripada Jalsah Salanah tersebut maka Abdul Gofoor berkeinginan dan berazam ingin bersumpah menjadi seorang Ahmadi. Maka pada tahun itu juga Abdul Ghafoor bersumpah kepada Khalifah Ahmadiyah pada saat itu yang bernama Hadrat

132 50 tahun Jemaat Ahmadiyah Indonesia, sinar Islam hlm 31-33.

133

88 Khalifatul Masih II Mirza Bashiruddin Mahmud Ahmad. Kemudian ia pun kembali ke Surabaya dan berhasil meyakinkan ke dua saudaranya untuk bersumpah dan menjadi seorang Ahmadi. Dan semenjak saat itu lah ketiga adik beradik tersebut melakukan dakwah untuk menyebarkan Islam dalam hal ini adalah fahaman Ahmadiyah.

Kedua versi tersebut kemudian bertemu dan selari dengan sejarah datangnya salah seorang Muballigh Ahmadiyah yang bernama Maulana Malik Ahmad Khan ke Surabaya atas perintah daripada Amir Jemaah Ahmadiyah pada tahun 1938. Melalui Tabligh yang intensif dalam berbagai majlis dan pertemuan maka beberapa bumiputera Surabaya pun bergabung dan bersumpah untuk menjadi seorang Ahmadi.

Setelah memiliki anggota yang cukup banyak, pada tahun yang sama dibentuklah Jemaah Ahamadiyah Surabaya secara rasmi. Dengan pengetua pertama yang terpilih iaitu Mangku Wisastro. Adapun yang menjabat sebagai Sekertaris Jenderalnya adalah Raden Sulaiman dan bidang kewangan Abdul Ghafoor. Pada tahun 1941 Mangku Wisastro meninggal dan digantikan oleh Harun, seorang officer Marine yang berasal daripada tanah Sunda.

Pada perkembangannya di Surabaya, Ahmadiyah tak lepas daripada pasang surut serta dugaan dan hambatan, terlebih lagi pada masa penjajahan Jepun. Yang mana para anggota jemaah Ahmadiyah disyaki oleh Jepun sebagai perisik Inggeris. Sehingga pada

89 masa kurun tahun 1942-1945 Ahmadiyah tidak leluasa bergerak dan menyebarkan

tabligh mereka.134

Pada tahun-tahun pasca kemerdekaan, Ahmadiyah mulai dapat memikat dan menambah pengikut mereka. Terlebih lagi setelah pemerintah Republik Indonesia dalam hal ini adalah Menteri Kehakiman menetapkannya secara rasmi sebagai badan hukum pada tahun1953135. Begitu pun Ahmadiyah di Surabaya sedikit demi sedikit menampakkan kemajuannya, terlebih lagi ketika pusat markas Jemaah Ahamadiyah untuk cawangan Surabaya dan juga merupakan masjid dibina yang beralamatkan di jalan Bubutan I no 2 Surabaya, Jawa Timur. Maka semakin ramailah orang yang datang, yang pada mulanya hanya ingin tahu kemudian bersumpah menjadi Jemaah Ahmadiyah.

Belakangan ini menurut data yang terkumpul, jumlah pasti daripada anggota Jemaah Ahmadiyah yang terdaftar dalam file Jemaah Ahmadiyah Surabaya berkisar antara 70 sampai dengan 150 orang. Tidak hanya mereka datang daripada wilayah persekitaran Ahmadiyah, akan tetapi juga datang daripada wilayah-wilayah lain di dalam bandar Surabaya atau pun luar bandar yang tidak memiliki pusat Ahmadiyah ( Ahmadiyah Centre). Manakala anggota JAI yang hidup di persekitaran Markas hanya berkisar antara 10 sampai dengan 15 kepala keluarga sahaja.136

134 Ibid.

135 Hal ini tercantum dalam penetapannya pada tarikh 13-03-1953, nombor JA.5/23/13 yang di muat dalam Berita Negara Republik Indonesia nombor 22 tarikh 31-03-1953.lihat Iskandar Zulkarnain (2005), Gerakan Ahmadiyah di Indonesia, LKIS, h. 291.

136 Data ini didapati berdasarkan Hasil temu bual dengan mubaligh Ahmadiyah Jawa Timur A. Sibthe Hasan dan seksi Isa‟at Rdh. Bambang Sutarto pada Jum‟at 12 november 2010.

90 Sejak terbentuknya JAI di Surabaya telah pun berkali-kali bertukar Ahli Jawatan Kuasa, untuk saat ini masa periode kepengurusan JAI memasuki periode yang ke 24. Di mana di dalam tiap-tiap tiga tahun sekali JAI Surabaya akan menukar pengetuanya yang di tentukan oleh JAI pusat di Jakarta. Untuk AJK maka Pengetua Cawangan lah yang mengangkat mereka. Untuk periode masa kepengurusan JAI Surabaya tahun 2010-2013 , berikut susunannya :

Pengetua Cabang : Tarkoh Saleh Ahmadi S.sos

Sekertaris Am : Toni Kuncoro.

Bendahari : Bambang Srimara SE.

Sek. Tarbiyah & Taklim : Bener Jaelani.

Sek. Tabligh : Ashari Budiono.

Sek. Umur Ammah/Humas : Fadhil Ahmad Damarik.

Sek. Maal : Arif Usman SE.

Sek. Ta‟lim Quran : M.Ahwan SH.

Sek. Isa‟at : Rdh. Bambang Sutarto.

91