• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penyakit sel ialah penyakit yang melibatkan masalah pada sel sama ada dari sudut kuantiti atau kualiti atau kedua-duanya. Jadi, perbincangan mengenai penyakit sel boleh dibahagikan kepada tiga iaitu;

1. Kuantiti 2. Kualiti

3. Kuantiti Dan Kualiti

KUANTITI : Penyakit sel jenis kuantiti ada dua iaitu;

1. Bilangan 2. Saiz

BILANGAN : Bilangan sel yang bertambah dinamakan hiperplasia,

bilangan sel yang berkurang dinamakan kematian sel. Kematian sel ada jua jenis iaitu;

1. Nekrosis 2. Apoptosis Penyakit Unsur Kuantiti Api Haba Angin O2& CO2 Air H2O & pH Tanah Peningkatan Pengurangan Kualiti Perubahan Nutrien Bahan Asing

165 Penyakit Sel Kuantiti Bilangan Hiperplasia Kematian Sel Apoptosis Nekrosis Saiz Hipertrofi Atrofi Kualiti Jenis Metaplasia Displasia Kedudukan Koristoma Susunan Hamartoma Kuantiti & Kualiti Inflamasi Akut Bernanah Tidak Kronik Spesifik Tidak Neoplasia Tahap Benigna Malignan Jenis Sel Unipoten Ekstraunipoten

167

BENTUK : Penyakit bentuk melibatkan perubahan pada organ

daripada bentuk asalnya. Contohnya ialah organ yang bulat menjadi segi empat atau segi tiga.

PERMUKAAN : Penyakit permukaan melibatkan perubahan pada

permukaan organ daripada keadaan yang sepatutnya. Contohnya ialah perubahan menjadi lebih licin, lebih kasar, berbiji, berketul dan bergaris.

KEDUDUKAN : Penyakit kedudukan melibatkan perubahan pada

kedudukan organ daripada tempatnya yang sebenar. Contohnya ialah tergeliat, terkehel dan terseliuh.

PELERAIAN : Penyakit peleraian melibatkan terputusnya hubungan

pada struktur organ yang pada asalnya adalah bersambung. Contohnya ialah luka, koyak dan tulang yang patah atau retak.

KUANTILITI: Penyakit organ kategori ini melibatkan apa-apa sahaja

perubahan pada organ sama ada secara kuantiti dan kualiti yang terkeluar daripada batas normal. Contohnya ialah jari yang tergeliat dan menjadi bengkak, atau jari yang terlebih dan berbentuk melengkung. Penyakit Organ Kuantiti Bilangan Saiz Ruang Peluasan Penyempitan Pemenuhan Pengosongan Kualiti Bentuk Permukaan Kedudukan Peleraian Kuantiliti

190

ARTROPOD

Artropod ialah haiwan yang mempunyai rangka di bahagian luar, boleh juga disebut sebagai kulit yang agak keras. Terdapat pelbagai spesies artropod, namun artropod yang terlibat dalam bidang perubatan hanyalah artropod yang ada kaitan dengan keadaan tubuh manusia.

Artropod yang terlibat dalam bidang perubatan secara umumnya boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu serangga, araknid dan krustasea. Contoh serangga ialah nyamuk, lalat, pinjal (flea), kutu

(louse/lice) dan pepijat (bug). Contoh araknid ialah sengkenit (tick),

tungau/hama (mite) dan kala jengking. Contoh krustasea ialah siklop. Artropod boleh memberi kesan kepada tubuh sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Kesan secara langsung ialah apabila artropod itu sendiri yang menyebabkan penyakit seperti melalui gigitan atau toksin yang dimasukkan ke dalam tubuh manusia. Kesan secara tidak langsung pula ialah apabila artropod itu menjadi objek tumpangan bagi organisma lain yang boleh menyebabkan penyakit seperti bakteria, virus, protozoa dan helmint. Contoh penyakit yang berpunca daripada artropod ialah kudis

191

buta (scabies) dan gatal-gatal yang disebabkan oleh tindak balas imuniti jenis alergi terhadap antigen pada artropod. Sebahagian artropod mempunyai bisa atau toksin yang boleh memberi kesan yang sangat berbahaya seperti toksin sengkenit yang boleh menyebabkan lumpuh dan bisa kala jengking yang boleh menyebabkan kematian.

Adapun organisma lain seperti haiwan yang bersaiz besar, maka ia boleh dimasukkan dalam kategori punca keadaan tubuh jenis lain. Contohnya ialah harimau, apabila harimau membaham seseorang maka perkara ini boleh dikategorikan sebagai trauma iaitu punca fizikal. Jika seseorang itu dipatuk ular beserta bisa, maka patukan itu dikira sebagai trauma, manakala bisa ular itu pula boleh dianggap sebagai bahan racun iaitu salah satu pecahan punca kimiawi. Begitulah juga dengan haiwan-haiwan lain.

Walaupun organisma yang telah disebutkan dikatakan sebagai punca, adakalanya ia bukanlah punca utama, contohnya apabila tubuh kekurangan nutrien untuk sistem imuniti, maka sistem imuniti akan lemah lalu menyebabkan organisma bahaya masuk ke dalam tubuh. Dalam kes sebegini, kekurangan nutrien adalah punca pertama dan utama, organisma hanyalah punca sampingan.

198

PALPASI NADI : Palpasi nadi merupakan kaedah untuk mengetahui

keadaan seseorang itu dengan cara menyentuh nadi seseorang dan mengambil bacaan gerakan nadi tersebut berdasarkan panduan tertentu. Kaedah ini wujud dalam pelbagai Perubatan Tradisional seperti Perubatan Yunani, Perubatan Ayurveda dan Perubatan Tradisional Cina. Secara asasnya kesemua sistem Perubatan Tradisional mempunyai dasar dan prinsip yang sama dalam mentafsirkan gerakan nadi, namun terdapat beberapa perbezaan.

PEMERHATIAN LIDAH : Pemerhatian lidah ialah kaedah mengenal

pasti keadaan seseorang itu melalui pemerhatian pada lidahnya dari sudut bentuk, warna, ketebalan dan lain-lain. Kaedah diagnosis ini banyak ditekankan dalam Perubatan Ayurveda dan Perubatan Tradisional Cina.

206

A : Hentian antara penghujung kecutan nadi dan permulaan denyutan nadi.

B : Gerakan denyutan nadi.

C : Hentian antara penghujung denyutan nadi dan permulaan kecutan nadi.

D : Gerakan kecutan nadi.

Lokasi yang digunakan untuk palpasi nadi ialah arteri pada pergelangan tangan. Ia dipilih berdasarkan beberapa sebab antaranya ialah kedudukannya yang tidak terlindung di sebalik organ lain khususnya otot skeletal, kedudukannya yang dekat dengan jantung, bentuknya yang lurus, mudah untuk perawat mengambil bacaan kerana ia biasanya terdedah dan baik untuk pesakit kerana tidak perlu mendedahkan kawasan yang biasanya ditutup.

Secara asasnya palpasi nadi menggunakan 10 aspek penilaian nadi iaitu;

1. Kadar Denyutan Nadi 2. Ketukan Denyutan Nadi 3. Kelajuan Denyutan Nadi 4. Tempoh Hentian Nadi 5. Pemenuhan Arteri 6. Kelembutan Arteri 7. Suhu Arteri 8. Kesamaan Nadi 9. Keseragaman Nadi 10. Timbangan Nadi

Saya akan jelaskan satu persatu aspek-aspek nadi ini secara ringkas, insyaAllah.

207

KADAR DENYUTAN NADI (Besar-Sederhana-Kecil) : Kadar

denyutan nadi ada tiga iaitu nadi besar, nadi sederhana dan nadi kecil. Ia dibuat dengan merujuk kepada satu nilai denyutan nadi yang dibuat berdasarkan tiga perkara iaitu;

1. Kepanjangan Nadi (pendek-sederhana-panjang). 2. Kelebaran Nadi (halus-sederhana-lebar).

3. Kedalaman Nadi (luar-sederhana-dalam).

Kepanjangan ialah panjang denyutan nadi yang diukur dengan menggunakan empat jari selain ibu jari. Sekiranya panjang nadi dirasai pada tiga jari atau kurang maka ia dinamakan nadi pendek, sekiranya ia dirasai pada empat jari maka ia dinamakan nadi seimbang dan sekiranya ia dirasai sebagai melebihi empat jari maka ia dinamakan nadi panjang.

Kelebaran nadi ialah kelebaran denyutan nadi yang dirasai pada hujung jari. Sekiranya kelebaran nadi dirasai tidak memenuhi hujung jari maka ia dinamakan nadi halus, sekiranya ia dirasai memenuhi hujung jari maka ia dinamakan nadi sederhana dan sekiranya ia dirasai melebihi hujung jari maka ia dinamakan nadi lebar.

Kedalaman nadi ialah tempat nadi dikesan berdasarkan jaraknya dengan permukaan kulit. Sekiranya denyutan nadi dapat dirasai pada permukaan kulit dan tanpa perlu menekan jari padanya maka ia dinamakan nadi luar, sekiranya ia tidak dirasai pada permukaan kulit dan perlukan tekanan yang lemah maka ia dinamakan nadi sederhana dan sekiranya ia tidak dirasai pada permukaan kulit bahkan perlu ditekan dengan kuat maka ia dinamakan nadi dalam.

209

1. Kekuatan Quwwah Syahwaniyyah 2. Struktur Arteri

Quwwah syahwaniyyah yang kuat dan struktur arteri yang lembut menyebabkan berlakunya nadi kuat. Keadaan yang sebaliknya menyebabkan berlakunya nadi lemah dan keadaan yang sederhana antara kedua-duanya menyebabkan berlakunya nadi sederhana.

KELAJUAN DENYUTAN NADI (Cepat-Sederhana-Lambat) :

Kelajuan denyutan nadi merujuk kepada kadar denyutan nadi dalam tempoh masa tertentu. Terdapat tiga jenis nadi berdasarkan kelajuan denyutan nadi iaitu nadi cepat, nadi sederhana dan nadi lambat. Penentuan kadar kelajuan denyutan nadi memerlukan pengalaman yang banyak kerana tiada satu ukuran khusus untuk menentukannya, ia boleh dipengaruhi oleh pelbagai perkara seperti umur, jantina, pekerjaan dan bangsa.

PUNCA KELAJUAN DENYUTAN NADI

Punca yang menyebabkan berlakunya perbezaan pada kelajuan denyutan nadi ada dua iaitu;

1. Kekuatan Quwwah Haiwaniyyah 2. Kepanasan

Quwwah haiwaniyyah yang kuat dan kepanasan yang tinggi menyebabkan berlakunya nadi cepat. Keadaan yang sebaliknya menyebabkan berlakunya nadi lambat dan keadaan yang sederhana antara kedua-duanya menyebabkan berlakunya nadi sederhana.

210

TEMPOH HENTIAN NADI ( Berturutan-Sederhana-Terpisah) :

Tempoh hentian nadi merujuk kepada tempoh hentian yang berada antara penghujung kecutan nadi dan permulaan denyutan nadi. Sekiranya tempohnya adalah pendek dan dirasakan seolah-olah setiap denyutan nadi adalah kurang jelas serta bersambung antara satu sama lain, maka ia dinamakan nadi berturutan. Sekiranya tempohnya adalah panjang dan dirasakan seolah-olah setiap nadi adalah jelas serta terpisah antara satu sama lain, maka ia dinamakan nadi terpisah. Adapun tempoh hentian nadi yang pertengahan antara kedua-duanya dinamakan nadi sederhana.

PUNCA TEMPOH HENTIAN NADI

Punca yang menyebabkan berlakunya perbezaan pada tempoh hentian nadi ialah keadaan quwwah haiwaniyyah. Quwwah haiwaniyyah yang aktif mengambil oksigen dan mengepam jantung menyebabkan tempoh hentian nadi berkurang lalu menyebabkan denyutan nadi seolah-olah bersambung dan ia dinamakan nadi berturutan. Keadaan yang sebaliknya menyebabkan berlakunya nadi terpisah dan keadaan pertengahan antara kedua-duanya menyebabkan berlakunya nadi sederhana.

216

Dokumen terkait