• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penyakit Ternakan 1 Tiada selera makan

Dalam dokumen Nota sains pertanian tg pertanian tg (Halaman 57-62)

BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN DAN PENGELUARAN TERNAKAN

8. Kadar daun kepada batang tingg

1.4.2 Penyakit Ternakan 1 Tiada selera makan

2. Cirit birit

3. Suhu badan tinggi 4. Mata kuyu dan berair 5. Tidak aktif

6. Pengeluaran berkurangan 7. Bulu kasar dan kusut 8. Penurunan berat badan Tiada selera makan

Tanda tiada selera makan perlu dikenal pasti untuk mengesan serangan penyakit yang sedang dialami. Jika simtom tiada selera makan disertai dengan cirit atau sebarang pengeluaran mukus

yang berlebihan menunjukkan ternakan sedang sakit. Cirit birit

Cirit birit ialah pembuangan tinja yang kerap ataupun perkumuhan tinja yang lembut atau cair. Cirit

birit berlaku akibat pemakanan tidak sesuai, pencemaran peralatan dan sumber makanan atau minuman, jangkitan cacing, radang usus disebabkan bacteria, virus atau protozoa dan keracunan

makanan.Ternakan akan lemah, lesu, hilang selera makan dan sakit abdomen. Suhu badan tinggi

Suhu maksimum badan normal pada ternakan ayam ialah 43 °C, kambing 40.5 °C dan lembu 39.5 °C. Jika suhu melebihi paras tersebut ternakan akan mengalami keadaan demam dengan suhu

badan tinggi. Pengesanan kenaikan suhu badan boleh dilakukan dengan memasukkan thermometer

ke dalam dubur atau meletakkannya di celah kepak.

Mata kuyu dan berair

Apabila mata ternakan kuyu atau mengeluarkan mukus yang melebihi paras biasa menandakan ternakan sedang sakit. Ternakan yang sihat mempunyai mata yang bersinar.

Tidak aktif

Jika ternakan sering duduk atau baring, sukar berjalan atau berjalan dalam keadaan tidak seimbang

dan sering tertinggal daripada kumpulannya, ini menunjukkan ternakan tersebut sedang sakit. Gangguan ini akan menyekat pergerakkanya dan menjadikan ternakan tidak aktif.

Pengeluaran hasil berkurangan

Pengeluaran susu, telur atau keupayaan membuat kerja yang menurun adalah simtom ternakan sakit. Simtom ini dapat dikesan jika penternak membuat catatan pengeluaran harian.

Bulu kasar dan kusut

Ternakan yang sihat mempunyai bulu yang kemas, berkilat dan bersih. Ternakan yang mempunyai

bulu yang kusut dan kasar biasanya mengalami gangguan jangkitan cacing atau kekurangan mineral

dalam makanan. Penurunan berat badan

Penurunan berat badan dapat dikesan apabila timbangan dibuat dan dicatatkan. Penurunan berat

badan yang berterusan atau mendadak menandakan ternakan sedang sakit. Punca penyakit ternakan

1. Serangan pathogen dan parasit

Parasit ialah organisma yang menumpang hidup dan mendapat faedah daripada perumah. Parasit terdapat dalam dua bentuk iaitu Endoparasit dan Ektoparasit.

a. Endoparasit

Endoparasit ialah organisma yang hidup dalam badan ternakan terutama pada sistem pencernaan. Endoparasit boleh menyerang usus, hati, peparu, pembuluh darah dan sistem pencernaan ternakan.

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 200959 Terdapat empat kumpulan endoparasit yang sering menyerang ternakan ruminan iaitu : i. nematod seperti Hemonchus contortus

ii. sestod (cacing pita) seperti Hemoniesia expansa iii. trematod seperti Faciola sp

iv. protozoa seperti koksidia dari sepsis Eimeria zurnii b. Ektoparasit

Ektoparasit pula ialah organisma yang terdapat pada kulit dan memudaratkan ternakan yang dijangkiti. Antara kesan jangkitan ektoparasit ialah berat badan menurun.

Patogen ialah mikroorganisma yang hidup secara pasif pada ternakan. Contoh patogen ialah bacteria, virus, protozoa dan kulat.

2. Kekurangan nutrien

Kekurangan nutrien akan menyebabkan kurang daya ketahanan badan dan akhirnya menyebabkan penyakit.

Ternakan memerlukan makronutrien dalam jumlah yang lebih besar berbanding mikronutrien.

3. Kecederaan fizikal

Kecederaan fizikal disebabkan oleh : a. pemangasaan sejenis b. serangan binatang liar c. terjatuh

d. tertusuk benda tajam

Kecederaan fizikal yang biasa dialami ialah luka kulit luar. Ternakan yang mengalami kecederaan

fizikal yang tidak serius perlu diasingkan daripada kumpulan sehingga sembuh.

4. Kecacatan kongenital

Kecacatan konginetal atau cacat sejak lahir meliputi kecacatan bentuk tubuh, bilangan anggota yang abnormal dan kebutaan. Kecacatan konginetal juga disebabkan oleh kekurangan vitamin, mineral dan mutasi kromosom semasa peringkat janin. Ternakan ini tidak ekonomik untuk diternak dan perlu dihapuskan.

5. Pencemaran makanan dan minuman

Makanan dan minuman yang tercemar boleh mendatangkan pelbagai penyakit kepada ternakan. Pencemaran makanan boleh disebakan oleh bahan beracun semula jadi seperti keracunan mimosin, hydrogen sianida dan oksalat atau anasir luar.

Pencegahan dan pengawalan penyakit

Penyakit perlu dicegah dan dikawal supaya tidak merebak dan menjadi wabak. Langkah pencegahan dan pengawal penyakit yang boleh diambil ialah :

1. Kuarantin

Kuarintin ialah menahan sementara atau mengasingkan ternakan yang dibawa masuk daripada negara asing ke dalam satu tempat khas untuk mencegah kemasukan penyakit eksotik ke Malaysia.

Antara penyakit eksotik yang sangat dilindungi ialah antraks, rabies, rinderpest, equine ensefalitis dan sebagainya.

Kuarantin dijalankan ke atas semua jenis haiwan import kecuali daripada negara Brunei, Singapura, United Kingdom, Eire, Northern Ireland, Australia dan New Zealand.

Bidang kuasa kuarantin dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Kementerian Pertanian Malaysia.

Jika serangan agak kronik ternakan yang dijangkiti penyakit perlu dihapuskan. Penghapusan dilakukan secara membunuh dan bangkai ditanam atau dibakar dalam insinerator bagi mengelakkan patogen merebak kepada ternakan lain.

3. Pemvaksinan

Pemvaksianan ialah pemberian vaksin kepada ternakan. Vaksin ialah suatu bahan antigen yang digunakan untuk merangsang perkembangan antibody bagi memberikan keimunan terhadap penyakit tertentu.

Vaksin dihasilkan daripada kultur bacteria atau virus yang telah hilang kemudaratannya tetapi sifat antigen masih dikekalkan.

Pemvaksinan boleh dijalankan secara : a. pemberian melalui mulut

b. calaran pada otot c. suntikan subkuteneus d. dicampur dalam makanan

Pemvaksinan digunakan untuk mengawal : a. penyakit kuku dan mulut

b. Salmonelosis c. Brucelosis d. Puru e. Sampar f. Bronkitis

4. Penggunaan baka yang resistan

Setiap baka ternakan mempunyai ketahanan tersendiri terhadap iklim, patogen dan parasit. Jika baka import hendak digunakan, sebaiknya baka ini dikacukkan dengan baka tempatan untuk menghasilkan baka yang resistan kepada halangan yang sedia ada.

5. Pengawalan vektor

Vektorialah organisma seperti lalat, tikus, lipas dan burung yang membawa mikroorganisma berparasit. Akibatnya penyakit akan berjangkit daripada seekor ternakan kepada ternakan yang lain atau kepada manusia.

Kawalan vektor dijalankan dengan mengamalkan sanitasi, reban yang tertutup dan semburan ubat pencegah.

6. Amalan sanitasi

Amalan sanitasi atau menjaga kebersihan hendaklah dilakukan pada peringkat sebelum memasukkan ternakan, semasa menternak dan selepas musim menternak

a. Sebelum memasukkan ternakan

Reban, peralatan dan ruang yang boleh dijadikan perumah oleh parasit atau patogen hendaklah dibersihkan. Selepas dibersihkan jalankan program pembasmian kuman. b. Semasa menternak

Reban sentiasa bersih daripada tinja, air kencing atau sisa makanan. Air kencing dan tinja haiwan akan membebaskan gas ammonia dan hydrogen sulfid yang boleh menganggu sistem pernafasan. Sisa makanan juga boleh menarik perhatian haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan lalat.

c. Selepas musim menternak

Bersihkan reban daripada tinja, sisa makanan dan kotoran lain. Peralatan yang telah digunakan, dibersihkan dan disimpan dalam satu tempat simpanan.

7. Penakaian

Penakaian ialah pengasingan ternakan berpenyakit daripada kelompok ternakan (mengelakkan penyakit berjangkit).

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 200961 Makanan yang diberikan mestilah mengandungi semua kelas makanan dalam kuantiti yang betul. Apabila ternakan mendapat semua zat makanan yang diperlukan, tubuh badannya akan dapat menghasilkan antibody untuk melawan penyakit.

Bahan untuk merawat penyakit

Ternakan yang sakit perlu menerima rawatan dengan segera. Tindakan ini boleh mengelakkan penyakit ternakan daripada menjadi kronik dan mengakibatkan kematian.

Kaedah rawatan meliputi :

1. Antiseptik

Antiseptik merupakan bahan kimia yang memusnah atau merencatkan pertumbuhan bacteria penyebab penyakit. Antiseptik digunakan secara luaran dan dalaman.

Antiseptik luaran digunakan untuk merawat luka atau kudis (iodin dan benzyl benzoate). Antiseptik dalaman pula digunakan untuk merawat infeksi usus dan urinary.

2. Antibiotik

Antibiotik ialah sebatian kimia hasil fermentasi mikrob seperti kulat dan bacteria bagi tujuan menghalang pertumbuhan mikrob lain.

Antibiotik digunakan sebagai dadah terapi, mengawal atau merendahkan jangkitan penyakit yang teruk dan bahan penggalak pertumbuhan ternakan.

Antibiotik boleh diberikan secara suntikan atau sebagai bahan aditif dalam makanan.

3. Racun cacing

Racun cacing atau anthehelmintik perlu diberikan bagi kawalan serangan cacing terhadap ternakan khasnya yang meragut bebas. Contoh seperti albendazol, fenbendazol, ivermektin dan levamisol.

Terdapat lima kaedah pemberian iaitu :

a. pemberian secara mulut

Dilakukan sebelum musim hujan, awal musim kemarau, ternakan bunting 4 bulan dan anak berumur 4-6 minggu. Alat yang digunakan ialah “drenching gun” dan kaedah ini sesuai bagi perladangan komersial dalam sistem “feed lot”.

b. suntikan melalui kulit atau otot

Alat yang digunakana ialah jarum suntikan yang diisi dengan racun cacing.

c. Aditif dalam bahan makanan

Racun cacing atau vaksin pencegah cacing dicampurkan dalam bahan makanan ternakan.

Aditif akan dicampur ke dalam konsentrat bagi tujuan mengelakkan kerosakkan, menambah vitamin dan mineral serta mengawal jangkitan penyakit.

d. Genut

Genut yang mengandungi racun cacing diikat pada pokok dalam kawasan ternakan meragut. Ternakan akan menjilat genut untuk mendapatkan garam dan pada masa yang sama menelan racun cacing.

Kaedah ini sesuai digunakan bagi kawasan sistem ekstensif dan perladangan komersial.

e. Kapsul lepas lambat

Racun cacing yang terkandung dalam kapsul diberikan melalui mulut dan masuk ke dalam sistem pencernaan ruminan. Kapsul akan hadam dan racun cacing yang terkandung di dalamnya akan membunuh cacing secara perlahan.

f. Racun parasit luar

Racun parasit luar ialah bahan kimia ayang digunakan untuk mengawal dan membunuh endoparasit . Penggunaan racun parasit luar boleh dilakukan secara :

i. semburan ii. celupan iii. sapuan iv. suntikan v. mandian

Contoh racun parasit luar ialah Retenone, benzyl benzoate, Asuntol dan BHC (benzin Heksaklorida).

1.5 Genetik

Genetik ialah kajian tentang baka dan ciri organisma diwarisi. Ciri yang boleh diwarisi terkandung di dalam gen. Genialah sebahagian juzuk daripada sel dalam benda hidup yang menentukan baka.

Apabila sepasang ternakan menjalani program pembiakbakaan, anak yang akan dilahirkan mengandungi gen kedua-dua induknya.

Dalam dokumen Nota sains pertanian tg pertanian tg (Halaman 57-62)

Dokumen terkait