MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA
2 Disember 013, menyatakan lokasi dewan yang jauh daripada penempatan atlet dan jurulatih menyebabkan ianya tidak menjadi pilihan untuk latihan
2.4.4. Peralatan Sukan
2.4.4.2. Peralatan Sukan Tidak Disenggara/Usang/Rosak
Semua peralatan sukan hendaklah disenggara dan dijaga supaya dapat berfungsi dengan baik. Peralatan yang rosak atau usang hendaklah dibaiki segera atau diganti supaya atlet dapat menjalani latihan dengan berkesan. Lawatan Audit pada bulan Jun 2013 ke lokasi latihan dan tempat penyimpanan peralatan sukan mendapati peralatan gimnastik, angkat berat, perahu layar, memanah dan pencak silat tidak disenggara, penyimpanan tidak teratur, berkarat, usang dan rosak. Butiran lanjut seperti di perenggan berikut:
a. Peralatan Gimnastik
Lawatan Audit ke Dewan Gimnastik Ayer Leleh mendapati peralatan gimnastik seperti uneven bar dan trampoline telah berkarat, koyak dan rosak. Menurut jurulatih, peralatan tersebut tidak dapat digunakan lagi kerana faktor keselamatan atlet.
Maklum balas daripada MSNM bertarikh 2 Disember 2013, menyatakan MSNM sedang mendapatkan kelulusan dan dalam proses untuk memasang peralatan gimnastik yang berada di Stadium Hang Jebat ke Dewan Gimnastik Ayer Leleh.
Lawatan susulan Audit ke Dewan Gimnastik pada bulan Disember mendapati, peralatan yang sama masih digunakan kecuali uneven bar yang telah ditukar baru.
Keadaan peralatan gimnastik di Dewan Gimnastik Ayer Leleh seperti di Gambar 2.33 hingga Gambar 2.36.
30
Gambar 2.33 Gambar 2.34
Uneven Bar Berkarat Uneven Bar Yang Telah Diganti Baru
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Dewan Gimnastik, Ayer Leleh Tarikh: 17 Jun 2013
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Dewan Gimnastik, Ayer Leleh Tarikh: 13 Disember 2013
Gambar 2.35 Gambar 2.36
Uneven Bar Yang Rosak Dan Berkarat Trampoline Net Yang Koyak
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Dewan Gimnastik, Ayer Leleh Tarikh: 17 Jun 2013
Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Dewan Gimnastik, Ayer Leleh Tarikh: 17 Jun 2013
b. Peralatan Angkat Berat
Lawatan Audit ke Pusat Latihan Angkat Berat mendapati peralatan seperti barbell, olympic bar dan home gym rosak, pecah dan tidak disusun dengan teratur serta tidak disenggara. Bagaimanapun, aktiviti latihan sukan angkat berat masih diteruskan walaupun peralatan yang disediakan kurang sempurna. Keadaan peralatan angkat berat adalah seperti di Gambar 2.37 hingga Gambar 2.39.
Sebelum Selepas
31
Gambar 2.37 Gambar 2.38
Home Gym Yang Rosak Antara Barbell Yang Usang, Rosak Dan Tidak Disusun Dengan Kemas
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Pusat Latihan Angkat Berat, Ayer Leleh Tarikh: 17 Jun 2013
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Pusat Latihan Angkat Berat, Ayer Leleh Tarikh: 17 Jun 2013
Gambar 2.39
Olympic Bar Usang Dan Pecah
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Pusat Latihan Angkat Berat, Ayer Leleh Tarikh: 17 Jun 2013
c. Peralatan Perahu Layar
Lawatan Audit ke Kompleks Perahu Layar Hang Jebat mendapati peralatan sukan perahu layar seperti enjin bot, layar perahu, tiller, split hook dan launching trolley telah rosak dan perlu diganti baru. Menurut jurulatih bertanggungjawab, tiller perlu sentiasa dalam keadaan baik untuk mengemudi perahu layar manakala tanpa split hook, perahu layar tidak dapat bergerak. Launching trolley pula tidak dapat digunakan secara maksimum semasa latihan kerana tayarnya rosak. Selain itu, daripada pemerhatian Audit, terdapat barang yang tidak berkaitan dengan perahu layar diletakkan di tempat simpanan dan tidak disusun dengan kemas. Kompleks Perahu Layar Hang Jebat pula didapati tidak mempunyai khidmat pengawal keselamatan. Maklum balas daripada MSNM bertarikh 2 Disember 2013, menyatakan Kompleks Perahu Layar Hang Jebat adalah di bawah tanggungjawab Perbadanan Stadium Melaka. Manakala pembelian peralatan baru perahu layar bernilai RM30,540 menggunakan peruntukan Tabung Amanah Sukan telah pun diluluskan oleh Jabatan Ketua Menteri Melaka. Keadaan peralatan sukan perahu layar adalah seperti di Gambar 2.40 hingga Gambar 2.45.
32
Gambar 2.40 Gambar 2.41
Layar Perahu Yang Koyak Dan Ditampal Enjin Bot Yang Rosak
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Kompleks Perahu Layar Hang Jebat Tarikh: 20 Jun 2013
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Kompleks Perahu Layar Hang Jebat Tarikh: 20 Jun 2013
Gambar 2.42 Gambar 2.43
Tiller Joint Yang Rosak Tayar Launching Trolley Yang Tidak Boleh Digunakan Lagi
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Kompleks Perahu Layar Hang Jebat Tarikh: 20 Jun 2013
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Kompleks Perahu Layar Hang Jebat Tarikh: 20 Jun 2013
Gambar 2.44 Gambar 2.45
Barangan Lain Yang Disimpan Tidak Disusun Kemas
Banner Dan Tiang Besi SUKMA XIII 2010
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Kompleks Perahu Layar Hang Jebat Tarikh: 20 Jun 2013
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Kompleks Perahu Layar Hang Jebat Tarikh: 20 Jun 2013
Batang Kayu
33 d. Peralatan Pencak Silat Dan Memanah
Peralatan pencak silat disimpan di Dewan MSN, SSN SMK Seri Kota manakala peralatan memanah di Lapang Sasar Memanah Ayer Keroh. Lawatan Audit ke dua-dua lokasi mendapati peralatan pencak silat dan memanah tidak disusun dengan kemas. Ruang penyimpanan peralatan pencak silat adalah terlalu sempit di samping terdapat barangan lain yang tidak berkaitan. Peralatan memanah juga tidak disusun kemas dalam tempat penyimpanan yang didapati kunci pintunya telah rosak. Selain itu, pihak Audit mendapati target butt yang digunakan juga telah usang dan perlu diganti. Keadaan peralatan pencak silat dan memanah seperti di Gambar 2.46 hingga Gambar 2.50.
Gambar 2.46 Gambar 2.47
Peralatan Silat Tidak Disusun Kemas
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Dewan MSN SSN SMK Seri Kota Tarikh: 17 Jun 2013
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Dewan MSN SSN SMK Seri Kota Tarikh: 17 Jun 2013
Gambar 2.48 Gambar 2.49
Tempat Penyimpanan Peralatan Memanah
Peralatan Memanah Yang Tidak Disusun
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Lapang Sasar Memanah Ayer Keroh Tarikh: 13 Jun 2013
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Lapang Sasar Memanah Ayer Keroh Tarikh: 13 Jun 2013
Body Protector Chest Guard
Shield Target
34
Gambar 2.50
Target Butt Sukan Memanah Yang Usang
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Lapang Sasar Memanah Ayer Keroh Tarikh: 13 Jun 2013
Pada pendapat Audit, pengurusan dan penggunaan peralatan sukan adalah kurang memuaskan kerana terdapat peralatan sukan yang tidak digunakan, tidak disenggara dan dijaga dengan baik serta ada peralatan yang rosak tidak diganti. MSNM perlu mengenal pasti peralatan sukan yang rosak dan seterusnya mengambil tindakan pelupusan mengikut peraturan yang ditetapkan.