• Tidak ada hasil yang ditemukan

ŸwuröNà6¨ZtBÌ•ôftƒ

Jadual 4.1 Statistik Berdaftar Kes Permohonan Anggapan Mati (015) Bagi Negeri- Negeri-Negeri Di Malaysia Dari Tahun 2005 Sehingga Tahun 2009

3. TIADA Perintah terhadap kos

5.1 RUMUSAN KESELURUHAN

5.2.4 Peranan Media Massa

Peranan media massa juga adalah amat penting dalam menangani isu-isu kekeluargaan Islam. Hal ini demikian setiap rumah mempunyai sebuah televisyen dan juga komputer bagi melahirkan masyarakat yang berpengetahuan luas. Berdasarkan iklan akhbar harian Utusan pada 21 Januari 2010 menyatakan bahawa Jumlah penduduk Malaysia dijangka mencecah 28.9 juta orang pada tahun 2010 berdasarkan kadar pertumbuhan kira-kira 2.1 peratus pada setiap tahun. Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan, Datuk Wan Ramlah Wan Abd. Raof telah berkata, bahawa jumlah penduduk tahun 2009 meningkat 1.54 peratus iaitu daripada 27.7 juta pada tahun 2008 kepada 28.2 juta orang. Orang Melayu kekal dengan kaum paling banyak iaitu 66.7 peratus diikuti Cina 24.6 peratus dan India 7.4 peratus dan kaum lain iaitu Bumiputera Sabah dan Sarawak adalah sebanyak 1.3 peratus.

Jika dilihat daripada statistik ini, Jabatan Perangkaan Malaysia memaklumkan penduduk di Malaysia pada tahun 2010 hampir mencecah 30 Juta orang dan masyarakat melayu yang dikategorikan Islam adalah mempunyai jumlah yang hampir mencecah 20 juta lebih penduduk. Oleh itu setiap rumah akan mempunyai sekurang-kurangnya satu televisyen, satu komputer, satu radio dan satu telefon berdasarkan skala pendapatan masyarakat yang sedang meningkat. Oleh itu rangkaian-rangkaian ini adalah sesuatu yang paling hampir dengan diri masyarakat untuk memberikan pendedahan yang secukupnya mengenai kefahaman undang-undang kekeluargaan Islam secara amnya.

Berdasarkan capaian alat komunikasi yang telah wujud terhadap masyarakat di Malaysia ini, maka input yang disalurkan kepada masyarakat seharusnya lebih membanggakan dan perkara ini secara langsungnya melibatkan para wartawan agar mereka sentiasa mencari bahan yang sarat dengan pengetahuan terutama sekali berdasarkan aspek kekeluargaan Islam.

Kewujudan syarikat televisyen (TV) berbayar dan ASTRO Malaysia dalam menyediakan rancangan seperti Kes Syariah serta Sebutan Syariah juga menyumbangkan peningkatan pemahaman masyarakat terhadap isu-isu kekeluargaan Islam di Malaysia ini.

Seharusnya perkara ini perlu dipergiatkan lagi bagi mempertingkatkan skala pengukuran kefahaman masyarakat di Malaysia terhadap isu kekeluargaan Islam

seterusnya menghindarkan masyarakat yang tertindas dan teraniaya dari mendapatkan hak mereka yang sewajarnya.

Peranan para wartawan dengan mewujudkan kolaborasi dengan pengamal undang-undang perlu dipertingkatkan agar sesuatu perkara yang murni dan yang sedang hangat dibincangkan dapat diberikan pendedahan kepada masyarakat mengikut garis panduan yang telah disediakan. Perkara ini mempunyai kebaikan dengan memberikan pendedahan awal terhadap kes yang telah dibicarakan agar sesuatu kes itu mendapat pengajaran dan teladan kepada masyarakat umum seterusnya memberikan pendedahan berkaitan dengan permohonan anggapan mati.

5.3 KERJASAMA SEMUA PIHAK

Berdasarkan peranan yang telah dijelaskan di atas tadi, semua pihak seharusnya berganding bahu dalam memberikan kerjasama antara satu sama lain bagi melicinkan proses pentadbiran kehakiman. Di samping itu juga semua pihak hendaklah pro-aktif dalam menjalankan tugas masing-masing, seperti institusi kehakiman, menjalankan tugas dengan mendengar kes, membicarakan kes seterusnya memutuskan kes dengan adil dan saksama. Peranan media menghebahkan isu-isu semasa berkaitan dengan perundangan Islam selaras dengan perkembangan ke arah Negara maju perlu dipertingkatkan. Pertubuhan kerajaan dan juga pertubuhan bukan kerajaan perlu membantu Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia bagi memberi pendedahan kepada masyarakat Islam di Negara ini secara meluas sehingga ke peringkat akar umbi seterusnya melahirkan masyarakat yang celik undang-undang agar mereka mengetahui hak mereka yang sebenar.

Selain daripada itu juga, pihak kerajaan melalui Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Malaysia melalui Jabatan Bantuan Guaman memperhebatkan lagi membantu masyarakat yang kurang mampu bagi mendapatkan perkhidmatan guaman seterusnya memberikan nasihat dan pandangan melalui klinik undang-undang bergerak di suatu kawasan bandar sehinggalah ke kawasan pedalaman dan perkara ini seharusnya terpakai dalam segala aspek kekeluargaan Islam.

5.4 KESIMPULAN

Bidang kuasa Mahkamah Sivil dalam perkara anggapan mati ini terdapat di dalam Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (AKTA 164). Ianya jelas terpakai terpakai kepada orang bukan Islam. Akan tetapi peruntukan berkaitan dengan anggapan mati di bawah seksyen 108 Akta Keterangan 1950 turut diguna pakai oleh orang Islam bagi perkara yang melibatkan perwarisan. Bagi pembubaran perkahwinan telah jelas bahawa peruntukan yang diguna pakai oleh orang Islam ialah sepertimana Akta/enakmen Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri. Hal ini demikian, perkara berkaitan agama Islam adalah di bawah kuasa negeri sepertimana yang diberikan kuasa oleh Parlimen di bawah Jadual Dua, Senarai Dua Senarai Negeri dalam Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan perbincangan di dalam bab lima ini, cadangan yang dikemukakan perlulah direalisasikan dengan sewajarnya agar ianya tidak menjadikan cadangan hanya tinggal cadangan sahaja. Pemikiran sebahagian masyarakat yang memandang serong terhadap

institusi kehakiman Syariah perlu diperbetulkan agar ianya menjadi selaras dengan konsep kehakiman Syariah iaitu menegakkan keadilan.

Persepsi masyarakat yang hanya memandang institusi kehakiman Sivil juga perlu diperbetulkan bagi masyarakat yang beragama Islam. Sesuatu perkara setelah pindaan perkara 121(1A) jika berkenaan orang-orang Islam instistusi yang berkompeten bagi mendengar kes adalah Mahkamah Syariah. Jika perkara yang nyata disebut di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil maka perkara yang melibatkan bidang kuasa Mahkamah Sivil perlu dikemukakan di Mahkamah Sivil. Akan tetapi kebanyakan isu kekeluargaan Islam adalah dibicarakan, didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Syariah.

Seharusnya isu yang berkaitan dengan konflik bidang kuasa ataupun dikenali sebagai perkongsian bidang kuasa tidak berlaku lagi setelah pindaan ke atas perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dibuat. Justeru itu, peranan semua pihak dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing perlu dilaksanakan dengan penuh dedikasi agar permasalah berkenaan dengan kekeluargaan Islam mudah di atasi.

BIBLIOGRAFI