• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERANCANGAN YANG PERLU PELAN KECEMASAN

Dalam dokumen Soalan SHO Eham (Halaman 35-39)

TOPIK 9: PERANCANGAN KECEMASAN (2 JAM)

3) PERANCANGAN YANG PERLU PELAN KECEMASAN

=PELAN LANTAI

-Pelan lantai yang terdapat menunjukkan lokasi anda dan juga kedudukan pintu kecemasan, alat penggera, peti pertolongan cemas, nama warden, alat pemadam kebakaran dan nama pemberi pertolongan kecemasan yang bertugas

=ISYARAT UNTUK BERKUMPUL DAN MENGOSONGKAN TEMPAT KEJADIAN (EVACUATION)

-Isyarat untuk berkumpul dan meninggalkan tempat kejadian akan diberikan dalam bentuk penggera berterusan.

-Selepas mendengar isyarat yang diberikan kakitangan dan pelawat adalah dikehendaki berkumpul di tangga kecemasan yang telah ditetapkan

=TEMPAT BERKUMPUL

-Apabila diarahkan untuk menggosongkan tempat kejadian oleh warden tingkat, keluar dari bangunan dengan menggunakan tangga kecemasan yang telah ditetapkan dan berkumpul ditempat yang telah ditetapkan.

-Berkumpul bersama warden yang membawa anda meninggalkan tempat kejadian dan tunggu sehiingga kedatangan diambil dan dilaporkan kepada ketua warden -Jika perlu anda akan dinasihati mencari kumpulan setingkat anda dan laporkan diri kepada penyelia atau ketua anda untuk memastikan tiada sesiapa yang tertinggal didalam tingkat yang sama

-Duduk bersama kumpulan anda sehingga dinasihatkan oleh ketua warden untuk kembali semula ke dalam bangunan.

PELAN PENGOSONGAN

PEGAWAI PERHUBUNGAN (COMMUNICATION OFFICER) =Memastikan tempat dan jenis kecemasan

=Berhubung dan rekodkan arahan dan maklumat di antara penyelia, warden tingkat dan penghuni =Rekodkan perjalanan pengosongan (evacuation) dan sebarang tindakan yang diambil oleh warden

WARDEN TINGKAT ATAU WARDEN KAWASAN

=Jalankan pengosongan (evacuation) jika keadaan memaksa proses pengosongan dijalankan =Mengimplimenkan prosedur kecemasan di tingkat masing-masing

=Berhubung dengan penyelia dengan apa jua cara sekali pun dan ikut setiap arahannya

=Perintahkan warden untuk memeriksa tingkat masing-masing untuk mengesan apa-apa yang pelik atau yang disyaki =Beritahu penyelia secepat mungkin tentang keadaan dan tindakan yang harus diambil

Minta kerjasama sesiapa untuk menjalankan tugas warden

WARDEN

=Minimum 2 orang, iaitu seorang warden untuk setiap 20 orang =Bertindak sebagai Warden tingkat atau Warden kawasan

=Memanggil Bomba dan Penyelamat atau mana-mana pasukan kecemasan yang bersesuaian dan berhampiran =Mengendalikan sistem interkomunikasi

=Periksa untuk memastikan semua pintu api (fire door) dan pintu penghalang asap (smoke door) ditutup rapi =Memeriksa semua tingkat dan mengira anggota untuk memastikan tiada sesiapa tertinggal

=Memastikan kakitangan meninggalkan tempat berbahaya dalam susunan yang teratur seperti melalui anak tangga. =Membantu mereka yang cacat atau yang tidak berupaya berjalan untuk meninggalkan tempat kejadian =Berfungsi sebagai ketua untuk membawa kumpulan kakitangan masing – masing ke tempat yang telah ditetapkan

=Menggunakan peralatan memadam kebakaran yang pertama seperti alat pemadam kebakaran (fire extinguisher), “hose reels” dan selimut api oleh orang yang telah dilatih

PERKARA-PERKARA BERIKUT HARUS DIBERI PERHATIAN: =Laluan menyelamat diri.

-Laluan ini dan pintu kecemasan haruslah dikaji untuk memastikan sama ada ia sesuai digunakan semasa kecemasan

=Lif dan eskalator.

-Proses pengosongan haruslah dirancang agar ia tidak melibatkan penggunaan lif dan eskalator, tetapi lif hanya boleh digunakan untuk memindahkan individu yang cacat atau kurang upaya dengan seliaan kakitangan kecemasan yang berkuasa

=Individu yang kurang upaya.

-Senarai terkini yang mengandungi nama, tempat kerja dan apa – apa maklumat yang penting (termasuk orang-orang cacat atau kurang upaya) haruslah disediakan dan disimpan ditempat Ketua Warden yang menjalankan tugas semasa kecemasan. Semasa proses pengosongan individu yang kurang upaya hendaklah dikumpulkan di satu tempat khas. Sepanjang masa semasa proses pengosongan (evacuation) dijalankan warden hendaklah sentiasa bersama individu itu. Untuk mereka yang tidak boleh menggunakan tangga haruslah dipindahkan dengan penyeliaan Ahli Bomba dan penyelamat.

=Penggiraan bilangan ahli.

-Individu haruslah dipindahkan didalam keadaan yang teratur dan bilangan yang dipindahkan haruslah sama dengan dengan bilangan individu yang hendak dipindahkan. Pelawat dan kontraktor juga perlu diambil kira. Adalah menjadi tanggungjawab warden untuk memastikan semua orang di tingkat atau kawasan jagaan beliau dipindahkan dengan selamat. Fungsi ini adalah lebih penting daripada penggiraan bilangan individu selepas dipindahkan.

=Kawasan berkumpul.

-Didalam sesetengah situasi kadang kala proses pengosongan dijalankan di antara tingkat bangunan. Jikalau pengosongan adalah lebih sesuai dijalankan di luar bangunan, satu kawasan berkumpul yang khas harus disediakan di mana ia adalah jauh dari bangunan untuk memastikan tiada siapa tercedera akibat daripada kaca terjatuh ataupun objek-objek lain. Pergerakan individu secara ramai boleh menyebabkan beberapa masalah seperti gangguan laluan lintas, oleh itu laluan pengosongan yang terselamat haruslah difikirkan untuk meninggalkan bangunan ke tempat berkumpul yang selamat termasuk laluan alternatif untuk kenderaan kecemasan tidak terganggu.

=Pertimbangan lain.

-Pelan yang disediakan haruslah merangkumi pencapaian dan aktiviti lain yang penting seperti mengiringi orang awam dari premis berkenaan, memastikan keselamatan wang tunai dan barang-barang berharga, masa bertindak bagi setiap perkhidmatan kecemasan.

=Operator telefon.

-Peranan dan tanggungjawab operator telefon (jika perlu) haruslah dipertimbangan semasa penyediaan pelan tindakan kecemasan.

=Pengurusan tempat berkumpul.

-Di dalam keadaan tertentu adalah perlu untuk menentukan tempat berkumpul yang sesuai di beberapa kawasan di dalam bangunan untuk digunakan semasa prosedur pengosongan.

=Penghadkan pergerakan kenderaan bermotor.

-Dalam sebarang kecemasan, ruang jalan didalam kawasan kejadian hendaklah bebas melainkan kenderaan kecemasan. Laluan hendaklah sentiasa bebas untuk laluan kenderaan perkhidmatan besar. Sekurang-kurangnya dua (2) laluan masuk ke tempat kejadian hendaklah disediakan. Kenderaan yang tidak terlibat tidak dibenarkan berada di dalam kawasan kejadian, untuk memudahkan tugas ini anda hendaklah berhubung dengan pihak yang bertanggungjawab mengendalikan lalulintas.

PENGLIBATAN AGENSI-AGENSI YANG BERKAITAN

kelancaran proses menyelamat.

PROSEDUR-PROSEDUR YANG PERLU DI PATUHI (STRATEGI PENCEGAHAN DAN PELAN TINDAKAN) >Prosidur:

=Komunikasi dan laporan kecemasan

=Penutupan (Shut down) dan pemindahan (evacuation) pekerja, pengiraan pekerja =Memadam kebakaran, pertolongan cemas dan penyelamat

=Satu pelan lakar kawasan haruslah disertakan didalam pelan dengan menunjukkan sempadan, bangunan, jalan, pintu masuk, pintu keluar, pintu kecemasan dan lain-lain maklumat penting yang mungkin diperlukan.

=Individu yang bertanggungjawab untuk tindakan kecemasan spesifik dan juga tanggungjawab masing-masing perlulah disertakan.

=Pihak pentadbiran haruslah melakukan penilaian risiko (risk assesstment) untuk mengenalpasti prosedur kecemasan harus diadakan atau diujudkan untuk dijalankan oleh anggota semasa kecemasan.

=Orang perseorangan hendaklah dilantik untuk bertanggungjawab bagi tugas-tugas spesifik semasa berlaku sesuatu insiden kecemasan. Ini juga termasuk perlantikan penolong untuk mengisi kekosongan semasa cuti sakit atau cuti.

=Kemudahan dan perkhidmatan kecemasan dalaman yang disediada haruslah disenaraikan, contohnya: -Peralatan komunikasi

-Self-contained breathing apparatus (SCBA) dan Personal Protection Equipment (PPE) -Peralatan memadam api/pasukan Bomba

-Pegawai Pertolongan Cemas (First Aiders) yang terlatih/kawasan untuk mangsa -Pasukan penyelamatan

=Adalah penting setiap kemudahan dan perkhidmatan kecemasan diselenggara dan diuji selalu. Latihan (drill) yang intensif haruslah dilakukan dan diadakan sepanjang tahun.

=Pelan itu haruslah mengandungi elemen seperti berikut: -Jenis kecemasan

-Prosidur laluan kecemasan dan laluan kecemasan

-Prosedur yang harus diikuti oleh kakitangan yang bertanggungjawab untuk penutupan operasi kilang yang kritikal sebelum kilang itu dikosongkan. -Prosidur untuk memastikan bilangan pekerja dikira selepas prosidur pemindahan telah dijalankan

-Cara yang sesuai untuk melaporkan kebakaran dan hal kecemasan lain -Prosidur memadam api dan prosidur menangani tumpahan bahan kimia

-Nama dan jawatan individu atau jabatan yang bertanggungjawab semasa kecemasan untuk mudah dihubungi jika sebarang maklumat tambahan atau sebarang penerangan diperlukan mengenai pelan ini.

=Bagi pelan pengosongan kecemasan, pelan lantai atau peta tempat kerja yang menunjukkan pintu kecemasan, tempat berlindung dan laluan haruslah disertakan. Semua kakitangan haruslah diberitahu tentang tindakan yang perlu diambil semasa kecemasan.

PENGUMPULAN MAKLUMAT DAN LATIHAN =Latihan dan informasi atau maklumat =Mengkaji semula pelan

=Cara yang paling bagus untuk menilai pelan kecemasan ialah dengan melantik beberapa orang pemerhati untuk menilai dan merekod keadaan sebenar semasa di adakan satu latihan kecemasan. „Simulated emergencies‟ adalah satu latihan yang bagus.

=Semua kakitangan dikehendaki menjalani latihan semasa kursus induksi dan juga semasa senaman. Maklumat mengenai prosidur keselamatan haruslah ditampal di papan notis

Dalam dokumen Soalan SHO Eham (Halaman 35-39)

Dokumen terkait