• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERASMIAN PENUTUP SEMINAR PEMIKIRAN DAN KETOKOHAN DR BURHANUDDIN AL-HELMY

Maksudnya: Dan orang-orang yang datang kemudian daripada mereka berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dalam iman, janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman.

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan RahmatMu ke atas kami". (Al-Hasyr: 10)

Seminar Pemikiran dan Ketokohan Dr Burhanuddin Al-Helmy ini sangat tepat diadakan pada waktu sekarang dan kita kena ketengahkan program-program seumpama ini secara lebih kerap lagi. Sebagai membuktikan bahawa kita berterima kasih di atas pengorbanan

143

mereka dalam pelbagai lapangan yang disumbangkan dengan sentiasa menukilkan kebaikan peribadi dan jasa mereka. Inilah tuntutan dalam ayat yang saya bacakan di awal ucapan tadi.

Kita lihat di negara lain, tokoh-tokoh mereka disanjung dengan pelbagai variasi contohnya Korea mempunyai tokoh-tokoh yang boleh dibanggakan dan mereka agungkan seperti King Sejong The Great, Eulji Mundeok dan Yi-Sun Sin. Sejarah Rusia memuncak apabila diwarnai dengan kehadiran tokoh agung seperti Tsar Peter The Great, Vladimir Lenin dan Josef Stalin. Boleh dikatakan kebanyakan sejarah sesebuah bangsa di dalam sesebuah negara ada tokoh agungnya yang tersendiri. Jadi, di negara dan negeri kita perlu disanjung tokoh-tokoh yang telah berjasa mengikut etika yang dibenarkan dalam Islam.

Golongan orientalis barat suka merendah-rendahkan peranan dan jasa tokoh-tokoh Melayu dalam sejarah dan memperagung-agungkan tokoh di kalangan mereka sahaja. Raja Haji, Sultan Iskandar Muda dan Tok Janggut dianggap sebagai perompak dan pemberontak.

Manakala tokoh-tokoh seperti Francis Drake (seorang perompak lanun sebelum dilantik menjadi ketua ekspedisi ke Amerika Selatan pada tahun 1577) dan Francis Light (seorang peniaga candu) pula dianggap sebagai tokoh besar yang mempunyai jasa dan patut disanjung.

Selain itu, di Malaysia kita, penyelidikan dan pelajaran mengenai riwayat hidup tokoh-tokoh agung ini kurang diberi perhatian. Sejarah

144

lengkap mengenai tokoh-tokoh Melayu tidak diletakkan dalam silibus pelajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah. Kalau ada pun, ianya hanyalah tokoh-tokoh Melayu di Malaysia dan bermula dari era Melaka sahaja.

Silibus pengajaran mengenai sejarah bangsa Melayu hanya disempitkan di wilayah Malaysia, sedangkan sejarah Melayu itu sendiri berselerakan di serata Asia Tenggara. Sebab itulah, generasi muda Melayu yang tinggal di Malaysia tidak mengenal sejarah dan asal usul mereka sendiri. Ini kelemahan yang perlu diakui oleh kita.

Tokoh-tokoh yang lahir di Malaysia dalam memacu harakah Islamiyyah terlalu ramai, mereka bukan sahaja menjadi pemimpin gerakan akan tetapi membangunkan masyarakat dengan tarbiyah yang sahih dan mengeluarkan negara ini daripada belenggu jahiliyah.

PAS sebagai harakah Islamiyah di Malaysia telah berjaya memacu ummah dengan keterampilan dan kehebatan tokoh-tokoh yang dilahirkannya dan salah seorang tokoh hebat PAS ini kita perbincangkan pada seminar sehari suntuk ini iaitu Dr Burhanuddin Al-Helmy.

Dr Buhanuddin digelar al-Hulaymi atau al-Helmy kerana karakternya yang tenang dan penyabar, seperti bapanya yang digelar Abi Halim.

Saliha Haji Hassan dalam tulisannya, Dr Burhanuddin Al-Helmy, A Political Biography telah menyatakan: “Pilihan kata asal al-Hulaimi itu benar-benar melambangkan keperibadian Dr Burhanuddin yang lemah-lembut, santun, tenang, sabar. Istilah al-Hulaimi menurut

145

hukum tatabahasa Arab mempunyai makna yang sama dengan al-Helmy tetapi dalam bentuk yang merendah atau lebih kecil (Saliha Hj. Hassan 1997; Dr Burhanuddin Al-Helmy, A Political Biography).

Beliau turut dikenal sebagai Pak Doktor dalam kalangan pengikut dan rakannya.

Beliau telah menguasai pelat bahasa Arab dengan baik. Malah, beliau juga seorang ahli tafsir al-Quran yang dikatakan mampu menguasai nahu saraf. Selain itu beliau juga boleh bertutur dan menulis dengan baik dalam bahasa Urdu, Belanda, Inggeris, Perancis dan Jerman.

Ertinya beliau berkebolehan menguasai tujuh bahasa besar dunia.

Bapanya telah hantar beliau belajar di Pondok Pulau Pisang, Jitra, Kedah. Tuan guru pondok itu ialah Tuan Guru Haji Salleh Ismail iaitu sahabat kepada bapa Dr Burhanuddin al-Helmy. Di sinilah, permulaan beliau mempelajari dengan baik akan pendidikan Islam dan bahasa Arab.

Jika di teliti kepada sumbangannya ia teramat banyak dan antara pembabitannya dalam dunia akademik dan politik:

· Penerbit majalah Taman Bahagia, Singapura

· Penyunting majalah Kehidupan Dunia Akhirat, Singapura

· Ahli Persatuan Jama’atul Islamiah

· Ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM), 1939

· Penasihat Adat Istiadat dan Kebudayaan Melayu semasa pendudukan Jepun

· Pemimpin Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung

146 (KRIS), 1945

· Ketua Umum Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), 1945

· Pengerusi PUTERA-AMCJA, 1947

· Ahli Jawatankuasa Perhubungan Bangsa-bangsa Asia, 1947

· Ahli pengasas PEPERMAS, 1947

· Ahli pengasas MATA, 1947

· Ahli pengasas Hizbul Muslimin, 1948

· Wakil Malaya di Persidangan Afro-Asia Bandung, 1955

· Jurucakap Barisan Kebangsaan Melayu, 1955

· Melancarkan penubuhan Parti Rakyat Malaya, 1955 Semasa gabungan beliau dan Prof Dr Zulkifli Mohammad telah memantapkan perjuangan PAS. Selepas diberikan amanah memimpin PAS, Dr. Burhanuddin Al-Helmy menunjukkan betapa gigihnya beliau melaksanakan tugas tersebut sehingga diberi kekuasaan memerintah di Terengganu dan Kelantan pada PRU tahun 1959. Dr.

Burhanuddin Al-Helmy dan pimpinan PAS telah menyusun tenaga kerja jentera PAS dipindahkan dari satu negeri ke satu negeri untuk menawan negeri. Walhasilnya, Dewan Undangan Negeri Terengganu, PAS telah menang 13 daripada 24 kerusi dan berjaya membentuk kerajaan negeri di Terengganu.

Manakala di peringkat Parlimen pula, calon-calon PAS menang empat kerusi, iaitu Ustaz Hasan Adli di Kuala Terengganu Utara, Khadijah Sidek di Dungun, Harun Pilus di Terengganu Tengah dan

147

Dr. Burhanuddin Al-Helmy di Besut. Seterusnya beliau menggunakan kempen ini ke Kelantan dan ternyata taktik ini berkesan sekali sehingga PAS memenangi 28 daripada 30 kerusi Dewan Undangan Negeri dan berjaya membentuk kerajaan di Kelantan. PAS turut memenangi sembilan daripada sepuluh kerusi Parlimen di Kelantan.

Dr Burhanuddin Al-Helmy adalah seorang yang progresif, realistik, berpandangan global serta sentiasa bertindak berpandukan prinsip-prinsip Islam. Beliau progresif kerana beliau menolak sebarang bentuk dan unsur kolonialisme. Motivasi utama dalam perjuangan politiknya dalah untuk memerdekakan rakyat Tanah Melayu, bahkan seluruh bumi Asia daripada penjajahan. Bahkan di zamannya lagi beliau telah mencetuskan idea gabungan atau tahaluf siyasi dengan kesediaan beliau bekerjasama dengan mana-mana pihak parti politik bukan Melayu atau bukan berasaskan Islam akan tetapi memiliki cita-cita dan tujuan yang sama, iaitu untuk sama-sama mencapai matlamat perjuangan membebaskan rakyat daripada penjajahan.

Dengan pendekatannya terbuka ketika itu telah berjaya menempatkan PAS dalam kancah arus perdana politik negara. PAS dilihat ada kelainan tetapi tetap teguh dengan dasarnya yang sama-sama mahu mengejar cita-cita kemerdekaan. Pakatan politik yang diwujudkan olehnya dengan parti-parti bukan Melayu dan bukan berasaskan Islam telah melonjakkan PAS sebagai sebuah parti yang berjuang di atas satu ideologi yang jauh lebih jelas daripada UMNO. Kelainan inilah yang disebut oleh pimpinan PAS hari ini sebagai aqidah perjuangan

148

yang telah diperjuangkan oleh beliau sejak sekian lama bersama pimpinan lain pada ketika itu.

Jadi, sempena 63 tahun ulang tahun PAS ini, amat tepat diperbincangkan tokoh yang banyak berjasa ini termasuklah selepas daripada ini perlu juga diwacanakan tokoh-tokoh hebat yang lain seumpama Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Prof Dr Zulkifli Muhammad, Ustaz Haji Yusof Rawa dan juga Dato Hj Fadhil Mohd Noor. Semoga ianya bermanfaat untuk generasi pada hari ini.

Akhirnya, dengan lafaz yang mulia:

ميحرلا نمحرلا الله مسب

Saya rasmikan Seminar Pemikiran dan Ketokohan Dr Burhanuddin Al-Helmy.

هتاكربو الله ةمحرو مكيلع ملاسلاو مكلو يل ميظعلا الله رفغتسأو اذه يلوق لوقأ

149

PERASMIAN TEMU MATO JJEMOK KKIRO ANOK