PRINSIP-PRINSIP AM UNTUK SERANGAN
4.4 PERATURAN-PERATURAN ASAS DALAM BOLA TAMPAR
Kefahaman mengenai peraturan-peraturan asas bola tampar adalah penting untuk memenuhi kepuasan dan keseronokan pemain. Pengetahuan ini menjadi lebih penting untuk guru dan jurulatih permainan bola tampar.
4.4.1 SUSUNAN GILIRAN ( ROTATION ORDER )
Susunan giliran setiap pasukan yang ditetapkan pada permulaan berbaris haruslah kekal disepanjang set permainan. Enam pemain setiap pasukan mesti berada dalam gelanggang seperti rajah di bawah. Tiga pemain berada disepanjang jaring yang dikenali sebagai pemain depan. Mereka terdiri daripada pemain kiri ( menduduki posisi 4 ), pemain tengah ( posisi 3 ) dan pemain kanan ( posisi 2 ). Tiga pemain yang lain
merupakan pemain belakang dengan pemain kiri ( menduduki posisi 5), pemain tengah ( posisi 6 ) dan pemain kanan ( posisi 1 ) seperti berikut :
JARING
4 3 2
5 6 1
zon servis
Selepas servis dilakukan, pemain-pemain dibenarkan bergerak bebas di gelanggang sendiri dan di zon bebas. Apabila pasukan yang menerima servis telah mendapat hak
iaitu pemain di posisi 2 akan bergerak ke posisi 1 untuk menjadi pemain membuat servis, dan pemain di posisi 1 akan bergerak ke posisi 6 dan seterusnya semua pemain bertukar posisi. Jikalau berlaku sesuatu kesalahan posisi atau kehilangan giliran, kesalahan itu didenda dengan kekalahan rali dan seterusnya kesalahan mesti dibetulkan.
4.4.2 BOLA DALAM ( BALL IN )
Bola adalah dalam apabila ia menyentuh lantai gelanggang bermain, termasuk garisan sempadannya.
4.4.3 BOLA KELUAR ( BALL OUT ) Bola adalah keluar apabila
:-1.0 Sebahagian bola yang menyentuh lantai adalah di luar garisan sempadan gelanggang.
2.0 Ia menyentuh sesuatu bahan di luar gelanggang, siling atau orang di luar gelanggang bermain.
3.0 Ia menyentuh antena, tali, tiang atau bahagian jaring yang berada di luar antena atau penjalur tepi.
4.0 Ia berjaya melintasi satah tegak jaring ( vertical plane of the net ) dengan keseluruhan atau sebahagian bola berada di luar ruang lintasan.
4.4.3 KESALAHAN AKSI BERMAIN
Sebarang aksi bermain yang melanggar peraturan permainan bola tampar adalah kesalahan bermain dan ini akan membawa kepada suatu kekalahan dalam rali.
4.4.4 BERMAINKAN BOLA ( PLAYING THE BALL )
Setiap pasukan berhak melakukan tiga pukulan maksimum untuk mengembalikan bola melintasi jaring. Pukulan-pukulan pasukan termasuk pukulan sengaja oleh pemain dan sentuhan bola secara tidak sengaja. Seorang pemain tidak boleh memukul bola dua kali berturut-turut, kecuali semasa mengadang. Sentuhan adang ( block contact ) tidak diambil kira sebagai suatu pukulan pasukan. Selepas sesuatu sentuhan adang, pasukan itu berhak melakukan tiga pukulan untuk mengembalikan bola kepada pihak lawan.
4.4.5 SENTUHAN SERENTAK
Dua atau tiga pemain boleh menyentuh bola pada masa yang sama. Apabila dua teman dari pasukan yang sama menyentuh bola dengan serentak, ia akan di ambil kira sebagai dua pukulan kecuali semasa mengadang. Jikalau tiga teman dari pasukan yang sama menyentuh bola dengan serentak, ia juga akan diambil kira sebagai tiga pukulan. Jikalau dua atau tiga teman daripada pasukan yang sama menghulur untuk memukul bola tetapi hanya seorang sahaja menyentuhnya, maka ia hanya dikira sebagai satu pukulan. Untuk sentuhan serentak oleh kedua-dua pihak lawan di atas jaring dan bola masih kekal dalam
Jikalau sentuhan serentak oleh kedua-dua pihak lawan mengakibatkan bola pegang ( held ball ), maka ia dikenali sebagai kesalahan serentak dan rali itu dimainkan semula.
4.4.6 KESALAHAN SEMASA BERMAIN BOLA
Pemain tidak dibenarkan memainkan bola seperti berikut :
1. Empat sentuhan : sesuatu pasukan memukul bola empat kali sebelum mengembalikan bola kepada pihak lawan.
2. Pukulan larang ( irregular hit ) : bola menyentuh bahagian di bawah lutut seorang pemain.
3. Pukulan terbantu ( assisted hit ) : pemain yang menerima bantuan daripada rakannya atau sebarang objek supaya dapat mencapai bola dalam kawasan bermain. 4. Bola pegang (held ball ) : pemain tidak memukul bola dengan betul iaitu bola dipegang, diangkat, ditolak, dibawa atau dilontar.
5. Dua sentuhan ( double contact ) : pemain memukul bola dua kali berturut-turut atau bola menyentuh beberapa bahagian badannya secara berturutan.
4.4.7 KESALAHAN PEMAIN DI JARING
1. Pemain menyentuh bola atau pihak lawannya dalam ruang lawan sebelum atau semasa pukulan-serangan daripada pihak lawannya.
2. Pemain masuk ruang lawan di bawah jaring dan mengganggu pihak lawan bermain. 3. Pemain masuk gelanggang lawan.
4. Pemain menyentuh jaring.
4.4.8 SERVIS PERTAMA BAGI SESUATU SET
Servis pertama untuk set satu dan lima dilakukan oleh pasukan yang ditentukan oleh lambungan duit. Set-set lain akan dimulakan dengan servis oleh pasukan yang tidak melakukan servis dahulu dalam set sebelumnya.
Melakukan servis
Penservis mesti memukul bola dalam masa lima saat selepas pengadil bola tampar meniupkan wisel pertama untuk servis dibuat. Servis yang dilakukan sebelum tiupan wisel pengadil akan dibatalkan dan diulangi. Bola akan dipukul dengan sebelah tangan atau sebarang bahagian lengan selepas bola dilambungkan atau dilepaskan dan sebelum bola itu menyentuh permukaan bermain. Jikalau bola selepas dilambungkan oleh penservis dan mendarat tanpa disentuh, ia dianggap sebagai percubaan servis. Selepas sesuatu percubaan servis, pengadil harus membenarkan servis dibuat semula tanpa berlengah-lengah lagi dan penservis mesti melakukannya dalam masa tiga saat yang
melakukan pukulan servis atau melonjak bagi servis lompat, penservis tidak boleh menyentuh gelanggang, ( termasuk garisan belakang ) atau lantai di luar zon servis. Selepas pukulannya, dia boleh memijak atau mendarat di luar zon servis atau di dalam gelanggang.
Kesalahan servis
Kesalahan berikut akan mengakibatkan satu pertukaran servis walau pihak lawannya berada dalam posisi yang salah. Penservis :
1. Melanggar susunan servis
2. Tidak melakukan servis dengan betul. 3. Melanggar peraturan percubaan servis.
Selepas bola dipukul dengan betul, servis itu akan menjadi satu kesalahan ( kecuali jika ada pemain berada dalam posisi salah ) jikalau bola itu :
1. Menyentuh pemain daripada pasukan yang membuat servis atau gagal melintasi satah tegak jaring ( vertical plane of the net ).
2. Menyentuh jaring. 3. Keluar.
4. Melalui atas satu perlindungan individu atau berkumpulan ( an individual or collective screen ).
Beberapa contoh kesalahan pukulan serangan ( attack-hit faults ) seperti di bawah : 1. Pemain memukul bola dari ruang dalam bermain pihak lawan ( the playing space of the opposing team ).
2. Pemain memukul bola keluar.
3. Pemain barisan belakang melengkapkan pukulan serangan dari zon depan dan keseluruhan bola itu berada di atas paras atas jaring semasa pukulan dibuat. 4. Pemain melengkapkan sesuatu pukulan serangan ke atas servis lawan apabila keseluruhan bola itu berada di zon depan dan di atas jaring ( above the top of the net ).
4.4.10 KESALAHAN MENGADANG ( BLOCKING FAULTS )
1. Pengadang menyentuh bola dalam ruang lawan sama ada sebelum atau serentak dengan pukulan serangan lawan.
2. Bola menyentuh pengadang pada bawah lututnya.
3. Sebagai pemain barisan belakang, dia melengkapkan satu adangan atau menyertai sesuatu adangan yang lengkap.
4. Dia mengadang bola dalam ruang lawan dari luar antena. 5. Dia mengadang bola servis pihak lawan.
4.4.11 GANGGUAN BIASA DALAM PERMAINAN
Gangguan atau tergendalaan yang biasa berlaku dalam permainan merujuk kepada masa hentian ( time-outs ) dan penggantian pemain ( player substitutions ). Tempoh masa bagi sesuatu masa hentian ialah 30 saat. Setiap pasukan berhak meminta maksimum dua masa hentian untuk setiap set. Pada masa hentian, pemain-pemain yang sedang bermain mesti pergi ke zon bebas yang berhampiran dengan bangku mereka. Setiap pasukan berhak menggantikan enam pemain untuk setiap set. Pada ketika permintaan dibuat, pemain-pemain mesti bersedia untuk masuk atau berdiri dekat dengan jurulatih. Jikalau tidak, penggantian itu tidak akan dibenarkan dan pasukan itu dikenakan denda kerana terlewat. Penggantian mesti dilakukan dalam zon penggantian.
4.4.12 JARAK WAKTU ( INTERVALS )
Semua jarak waktu antara set termasuk antara set keempat dan kelima adalah selama tiga minit. Dalam tempoh masa ini, pertukaran gelanggang dan pendaftaran berbaris pasukan-pasukan di borang skor dilakukan.
4.5 SERVIS
Servis dilakukan untuk memulakan permainan. Servis dilakukan dari bahagian belakang luar gelanggang. Terdapat dua jenis servis, iaitu servis bawah tangan dan servis atas kepala. Dalam permainan bola tampar hanya pasukan yang membuat servis boleh mendapat mata. Justeru, servis sesuatu pasukan hendaklah tepat dan berkesan. Teknik servis ini perlu dikuasai oleh setiap pemain. Dalam mempelajari teknik servis, perkara-perkara yang berikut ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya :
a. Perkara yang pertama dalam mempelajari servis ialah kebolehan untuk menghantar bola ke dalam gelanggang pihak lawan secara konsisten.
b. Seterusnya, pemain itu hendaklah cuba menghantar bola itu ke sasaran yang berlainan di seluruh bahagian gelanggang pihak lawan.
c. Perkara yang ketiga ialah kuasa, iaitu menguasai teknik menghantar bola dengan laju.
d. Seterusnya, pemain itu hendaklah menguasai sesuatu yang boleh mengelirukan pihak lawan, misalnya dengan membuat servis yang bolanya berputar ( top spin atau float ).
Walaubagaimanapun, pemain-pemain baru hendaklah menguasai cara menghantar bola ke dalam gelanggang pihak lawan secara selamat terlebih dahulu.