• Tidak ada hasil yang ditemukan

9(a). PINJAMAN DAN BELUM DITERIMA, TIDAK TERMASUK BELUM DITERIMA INSURANS

66,163 70,778 Perbelanjaan ditanggung:

39. PERBANDINGAN ANGKA

Perbandingan angka pada 31 Disember 2009 berikut telah diklasifikasi semula mengikut persembahan tahun semasa menurut penggunaan pakai FRS 4, Kontrak Insurans dan FRS 7, Instrumen Kewangan: Pendedahan.

Seperti yang dinyatakan semula Seperti yang dinyatakan sebelumnya Kumpulan RM’000 RM’000

Penyata kedudukan kewangan

Aset kewangan sedia untuk dijual 650,274 671,348

Pinjaman dan belum diterima 437,793 536,985

Aset diinsurans semula 292,056 -

Kos pemerolehan tertunda 22,544 -

Tunai dan kesetaraan tunai 221,413 9,938

Liabiliti insurans

- Liabiliti tuntutan - (229,021)

- Liabiliti premium - (222,545)

Belum dibayar lain (13,184) (15,416)

Liabiliti kontrak insurans (766,166)

-Liabiliti kewangan lain (93,441)

-Sebelum penggunaan pakai FRS 4, pendapatan dan perbelanjaan daripada kontrak insurans semula mengimbangi pendapatan atau perbelanjaan daripada kontrak insurans yang berkaitan bagi tujuan pendedahan. Berikutan penggunaan pakai FRS 4, pendapatan dan perbelanjaan daripada kontrak insurans semula dipersembahkan pada asas kasar. Penyata pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 telah dinyatakan semula bagi mematuhi syarat-syarat FRS 4. Penggunaan pakai FRS 101 (disemak semula) berkuat kuasa bagi tahun kewangan berakhir 31 Disembar 2010 disebabkan yang berikut:

(i) penyata pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 telah dipersembahkan semula sebagai dua penyata, iaitu penyata pendapatan dan penyata pendapatan komprehensif. Semua perubahan bukan milik dalam ekuiti yang ditunjukkan dalam penyata perubahan ekuiti kini termasuk di dalam penyata pendapatan komprehensif juga pendapatan komprehensif lain. Oleh itu, komponen-komponen pendapatan komprehensif tidak ditunjukkan dalam penyata perubahan ekuiti; dan (ii) penyata kedudukan kewangan pada permulaan tempoh perbandingan terawal, iaitu 1 Januari 2009 telah termasuk

Pada 25 Mac 2010, Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Malaysia) mengeluarkan arahan kepada semua syarikat tersenarai menurut Perenggan 2.06 dan 2.23 Syarat-syarat Pematuhan Pasaran Utama Bursa Malaysia. Arahan tersebut mengkehendaki semua syarikat insurans tersenarai untuk mendedahkan pecahan keuntungan yang tidak sesuai atau kerugian terkumpul pada akhir tempoh pelaporan, dalam keuntungan atau kerugian direalisasikan dan tidak direalisasikan. Pada 20 Disember 2010, Bursa Malaysia mengeluarkan lagi garis panduan mengenai pendedahan dan format yang dikehendaki.

Pecahan keuntungan tertahan bagi Kumpulan dan Syarikat pada 31 Disember 2010, dalam keuntungan direalisasikan dan tidak direalisasikan, menurut arahan, adalah seperti berikut:

Kumpulan Syarikat RM’000 RM’000 Jumlah keuntungan tertahan LPI Capital Bhd dan syarikat-syarikat subsidiarinya

- Direalisasikan 355,243 204,410

- Tidak direalisasikan 4,499 -

359,742 204,410 Jumlah bahagian keuntungan tertahan daripada syarikat bersekutu

- Direalisasikan 2,276 -

- Tidak direalisasikan - -

362,018 204,410

Tolak: Pelarasan disatukan (143,122)

-Jumlah keuntungan tertahan seperti

penyata kedudukan kewangan 218,896 204,410

Penentuan keuntungan direalisasikan dan tidak direalisasikan adalah berdasarkan garis Panduan Perkara No.1 Khas,

Penentuan Keuntungan atau Kerugian Direalisasikan dan Tidak Direalisasikan dalam Konteks Pendedahan Menurut Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Berhad, yang dikeluarkan oleh Institut Akauntan Malaysia pada

20 Disember 2010.

Pendedahan keuntungan direalisasikan dan tidak direalisasikan di atas hanya untuk mematuhi syarat-syarat pendedahan yang ditetapkan dalam arahan Bursa Malaysia dan tidak sepatutnya diguna pakai bagi sebarang tujuan lain.

dengan Piawaian Pelaporan Kewangan dan Akta Syarikat, 1965 dalam Malaysia untuk memberikan gambaran sebenar dan saksama tentang kedudukan Kumpulan dan Syarikat pada 31 Disember 2010 dan prestasi kewangan serta aliran tunai bagi tahun berakhir tersebut.

Maklumat yang dinyatakan di dalam Nota 40 kepada penyata kewangan telah dikumpulkan mengikut garis Panduan Perkara No.1, Penentuan Keuntungan atau Kerugian Direalisasikan dan Tidak Direalisasikan dalam Konteks Pendedahan Menurut

Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Berhad, yang dikeluarkan oleh Institut Akauntan Malaysia.

Ditandatangani bagi pihak Lembaga Pengarah menurut satu resolusi Para Pengarah:

Tan Sri Dato’ Thong Yaw Hong

Tee Choon Yeow

Kuala Lumpur,

Bhd, dengan sesungguhnya dan tulus ikhlas mengaku bahawa penyata kewangan yang dibentangkan di muka surat 192 hingga 269 pada sebaik-baik pengetahuan dan kepercayaan saya adalah betul, dan saya membuat pengakuan ini dengan sesungguhnya mempercayai bahawa ianya adalah benar, dan menurut peruntukan Akta Akuan Berkanun, 1960.

Ditandatangani dan diakui sesungguhya oleh penama yang tersebut di atas di Kuala Lumpur pada 11 Januari 2011.

Tee Choon Yeow Di hadapan saya:

Pesuruhjaya Sumpah Kuala Lumpur

Kami telah mengaudit penyata kewangan LPI Capital Bhd, yang terdiri daripada penyata kedudukan kewangan pada 31 Disember 2010 bagi Kumpulan dan Syarikat, dan penyata pendapatan, penyata pendapatan komprehensif, penyata perubahan dalam ekuiti dan penyata aliran tunai bagi Kumpulan dan Syarikat bagi tahun berakhir tersebut, dan ringkasan polisi-polisi perakaunan penting dan nota-nota penerangan lain, seperti yang dibentangkan di muka surat 192 hingga 268.

Tanggungjawab Para Pengarah terhadap Penyata Kewangan

Para Pengarah Syarikat bertanggungjawab terhadap penyediaan penyata kewangan ini yang memberikan gambaran sebenar dan saksama berdasarkan Piawaian Pelaporan Kewangan dan Akta Syarikat, 1965 dalam Malaysia, dan untuk kawalan dalaman yang ditentukan oleh pengurusan sebagai perlu untuk membolehkan penyediaan penyata kewangan yang bebas daripada salah nyataan material, sama ada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan.

Tanggungjawab Juruaudit

Tanggungjawab kami adalah untuk menyatakan pendapat ke atas penyata kewangan ini berdasarkan audit kami. Kami telah menjalankan audit kami menurut piawaian pengauditan yang diluluskan di Malaysia. Piawaian tersebut memerlukan kami mematuhi keperluan etika dan merancang serta melaksanakan pengauditan untuk mendapatkan jaminan yang wajar bahawa penyata kewangan tersebut bebas daripada salah nyataan material.

Audit melibatkan pelaksanaan prosedur-prosedur untuk mendapatkan bukti audit mengenai amaun-amaun dan pendedahan-pendedahan di dalam penyata kewangan. Prosedur-prosedur yang dipilih bergantung kepada penilaian kami, termasuk penilaian risiko salah nyataan material penyata kewangan, sama ada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan. Dalam membuat penilaian-penilaian risiko tersebut, kami mengambil kira kawalan dalaman yang berkaitan kepada penyediaan dan persembahan yang saksama penyata kewangan Syarikat untuk membentuk prosedur audit di dalam keadaan yang sesuai, tetapi bukan bertujuan untuk menyatakan pendapat mengenai keberkesanan kawalan dalaman Syarikat. Audit juga termasuk menilai kesesuaian polisi perakaunan yang digunakan dan anggaran perakaunan yang munasabah yang dibuat oleh Para Pengarah, serta menilai persembahan keseluruhan penyata kewangan.

Kami percaya bahawa bukti audit yang kami perolehi adalah mencukupi dan sesuai untuk menyediakan asas yang wajar bagi pendapat audit kami.

Pendapat

Pada pendapat kami, penyata kewangan ini telah memberikan pandangan yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Kumpulan dan Syarikat pada 31 Disember 2010 serta prestasi kewangan dan aliran tunainya bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut selaras dengan Piawaian Pelaporan Kewangan dan Akta Syarikat, 1965 dalam Malaysia.

Menurut keperluan Akta Syarikat, 1965 dalam Malaysia, kami juga melaporkan yang berikut:

a) Pada pendapat kami, rekod-rekod perakaunan dan rekod-rekod lain serta daftar-daftar yang dikehendaki oleh Akta supaya disimpan oleh Syarikat dan syarikat-syarikat subsidiari telah disimpan dengan teratur menurut peruntukan Akta tersebut.

b) Kami berpuas hati bahawa penyata kewangan syarikat-syarikat subsidiari yang telah disatukan dengan penyata kewangan Syarikat adalah dalam bentuk dan kandungan yang sesuai dan wajar bagi tujuan menyediakan penyata kewangan Kumpulan dan kami telah menerima maklumat dan penjelasan yang memuaskan yang kami perlukan bagi tujuan tersebut.

c) Laporan audit ke atas penyata kewangan syarikat-syarikat subsidiari tidak tertakluk kepada sebarang syarat dan tidak mengandungi sebarang teguran yang dibuat di bawah Seksyen 174(3) Akta tersebut.

Perkara-perkara Lain

Audit kami telah disediakan bagi tujuan membentuk pendapat ke atas penyata kewangan yang diambil keseluruhannya. Maklumat yang dinyatakan dalam Nota 40 kepada penyata kewangan telah disusun menurut Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Berhad. Proses penyusunan maklumat tersebut adalah tertakluk kepada prosedur pengauditan yang diguna pakai dalam audit penyata kewangan dan, pada pendapat kami, maklumat tersebut telah disusun dengan baik, dalam semua aspek yang material, menurut garis Panduan Perkara No.1 Khas, Penentuan Keuntungan atau Kerugian

Direalisasikan dan Tidak Direalisasikan dalam Konteks Pendedahan Menurut Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Berhad, yang dikeluarkan oleh Institut Akauntan Malaysia.

Laporan ini hanya dibuat untuk ahli-ahli Syarikat, sebagai sebuah badan, menurut Seksyen 174 Akta Syarikat, 1965 dalam Malaysia dan bukan untuk tujuan lain. Kami tidak memikul tanggungjawab ke atas mana-mana pihak lain bagi kandungan laporan ini.

KPMG Khaw Hock Hoe

Nombor Firma: AF 0758 Nombor Kelulusan: 2229/04/12(J) Akauntan Berkanun Akauntan Berkanun

Petaling Jaya, Selangor Tarikh: 11 Januari 2011

Dokumen terkait