• Tidak ada hasil yang ditemukan

Analisis Data

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN

5.1 Pendahuluan

Kajian ini meneroka tahap kompetensi lisan guru-guru Bahasa Melayu SJKT yang diukur melalui alat kajian FLOSEM dan juga hubungan tahap puas hati. Disebabkan kajian lampua berkaitan dengan focus kajian hamper tiada maka penyelidik menghubungkaitkan dengan isu-isu yang ditumbulalkan semasa kajian dilaksanakan.

5.2 Perbincangan

Berdasarkan pengalaman bekerja selama 14 tahun di Sekolah Tamil, Pn.Rashidah Guru Penolong Kanan SJK(T) Ladang Kuala Ketil berpendapat bahawa murid-murid Sekolah Tamil kurang berperbendaharaan kata. Guru Bahasa Melayu harus menjelaskan perkataan baru dengan makna yang tepat dan jelas. Guru BM yang berbangsa Melayu tidak dapat mengajar dengan berkesan kepada murid-murid yang berbangsa bukan Melayu.

Murid-murid SJK(T) kurang memahami perkataan baru walaupun guru berulangkali memberikan penerangan serta penjelasan.

En.Wan Azman Penyelaras Pusat Kegiatan Guru Kuala Ketil, menyokong pendapat Pn.Rashidah dengan mengatakan beliau pernah hampir berputus asa ketika mengajar murid-murid yang berlatar belakangkan penggunaan Bahasa Tamil yang tinggi semasa mengajar Bahasa Melayu. Beliau menyatakan Bahasa Tamil merupakan bahasa penghantar Sekolah,

Tamil. Seramai 98% murid hanya menggunakan Bahasa Tamil semasa berada di sekolah.

maka penggunaan Bahasa Melayu adalah sangat kurang dan ini mengakibatkan perbendaharaan kata di kalangan murid sangat rendah.

Kini, pengajaran Bahasa Melayu amat berbeza dengan apa yang dibelajar zaman persekolahan dahulu. Beliau menyatakan bahawa pengajaran Bahasa Melayu pada masa kini hanya berfokuskan kepada peperiksaan. Guru tidak dapat melakukan pengajaran mengikut atau berdasarkan kepada kebolehan murid. Malah mereka terpaksa mengejar masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran.(Pn.Meethunakala Guru Option Bahasa Melayu berpengalaman 6 tahun)

Usha Ponnusamy (Jurulatih Utama Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Negeri Kedah, 2010), Pihak sekolah semata-mata bergantung kepada seseorang guru tertentu sahaja untuk mengajar BM. Pihak sekolah juga gagal melatih pelapis. Sekiranya, guru yang kompeten bertukar atau bersara maka tiada pengganti. Ini adalah kerana pihak sekolah berwawas untuk memberikan kelas peperiksaan kepada guru baru dengan alasan tiada pengalaman kerana takut keputusan BM jatuh menjunam. Guru-guru baru pula takut menyahut seruan sekolah untuk membuktikan kebolehan mereka dalam pengajaran BM. Ada segelintir guru juga bersikap lepas tangan dan tidak mahu melibatkan diri dalam kelas peperiksaan yang mencabar serta ingin berada dalam zon selesa. Sikap guru yang tidak bersungguh, sikap acuh tak acuh dalam pengajaran dan bersikap (escapism) telah mengakibatkan keputusan BM dalam UPSR berada pada tahap membimbangkan.

Dalam kajian berkaitan dengan tahap kompetensi dengan menggunakan FLOSEM keputusan ujian menunjukkan majority guru siswazah dan bukan siswazah memiliki Tahap kompetensi Bahasa Melayu pertengahan rendah. Dari sudut tahap komunikasi kebanyakkan guru memahami kesemua isi dan maklumat. Mereka menggunakan bahasa yang mudah untuk mengekspres ide-ide. Secara relative kebanyakkan guru-guru boleh menghasilkan bunyi dan pembinaan ayat kompleks.

Majoriti dari 85 orang guru (65 guru bukan siswazah dan 20 guru siswazah) mendapati kebolehan lisan Bahasa Melayu berada pada tahap pertengahan rendah dan

tinggi. Analisis seterusnya menunjukkan guru siswazah lebih yakin berbanding guru bukan siswazah. Salah satu sebab yang mengkin menyebabkan keadaan ini adalah diperingkat universiti tahap kefasihan Bahasa Melayu yang tinggi diperlukan. Para guru pernah didedahkan kepada persembahan, pidato, forum dan perbincangan untuk mendapatkan gred yang baik dalam kursus diikuti. Tambahan pula para siswazah wajib mengambil bahagian dalam aktiviti kampus untuk meningkatkan jati diri. Kebanyakkan aktiviti dikendalikan dalam Bahasa Melayu.

5.3 Cadangan

Pengkaji mencadangkan beberapa cadangan untuk mengatasi masalah Tahap Kompetensi Lisan guru-guru Bahasa Melayu yang rendah di SJKT.

5.3.1 Cadang kepada pengurusan sekolah

Pihak sekolah patut menggalakkan kesedaran dikalangan guru, staf dan sekolah mengenai budaya dan kepelbagaian rakyat Malaysia. Keperluan penggunaan Bahasa Melayu yang kerap dalam hal-hal pengurusan sekolah perlu dipertingkatkan. Pengurusan sekolah perlu mencari jalan untuk mengadakan aktiviti dalam bagi guru-guru Bahasa Melayu untuk meningkatkan tahap kebolehan lisan mereka.

5.3.2 Cadangan kepada guru

Guru Bahasa Melayu di SJKT perlu aktif mengambil bahagian aktiviti akademik dan social yang yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian pelajaran Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana persatuan untuk menikatkan

kebolehan lisan Bahasa Melayu mereka. Contohnya anjuran pertandingan pidato peringkat kebangsaan, pertandingan deklamasi sajak, pertandingan drama dan sebagainya pasti meningkatkan tahap kompetensi lisan mereka.

Guru-guru Bahasa Melayu di SJKT tidak perlu malu untuk berdialog dengan para pakar Bahasa Melayu atau menjempur pakar Bahasa Melayu untuk mengadakan dialog demi meningkatkan tahap kefasihan Bahasa Melayu mereka. Ini disebabkan kebanykkan guru di SJKT terdiri dari kaum India dan sudah lama bersebati dengan budaya dan bahasa Tamil.

5.3.3 Cadangan kajian lanjutan

Kajian lanjutan boleh brfokus kepada keseluruhan guru-guru SJKT yang mengajar Bahasa Melayu. Selain itu kajian boleh mengasingkan guru opsyen Bahasa Melayu dan bukan opsyen Bahasa Melayu. Dalam kajian ini perbezaan tersebut tidak diambil kira sebab bilangan guru opsyen Bahasa Melayu amat kecil. Tambahan lagi analisis kuantitatif juga boleh digunakan untuk menguatkan lagi hasil dapatan kuantitatif.

5.4 Rumusan

Walaupun kajian tentang Tahap Kompetensi Lisan dijalankan di kebanyakkan Negara luar dan dalam negeri tetapi kajian yang memusatkan sekolah-sekolah Tamil hampir tiada. Kajian ini merupakan batu asas kepada kajian lanjutan demi meningkatkan mutu Bahasa Melayu di sekolah-sekolah Tamil di Negara Malaysia.

Pada dasarnya kajian ini membuktikan kerajaan perlu pandang serius masalah Bahasa Melayu di sekolah-sekolah Tamil sebab ia akan menentukan dasar-dasar kerajaan difahami dan dihayati oleh kaum India yang majoritinya beretnik Tamil.

Keputusan kajian tentang kepuasan dan tahap kompetensi menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara kedua-dua varibel ini. Oleh yang demikian bukanlah persekitaran sekolah atau kualiti pengajaran yang menentukan tahap kompentensi lisan Bahasa Melayu guru-guru Bahasa Melayu di SJKT. Malahan guru sendiri memerlukan perubahan dari segi akademik, dan pembangunan sahniah demi menigkatkan kefasihan Bahasa Melayu masing-masing.

Rujukan

Abdul Shukor Abdullah (1991). Pengurusan organisasi: Perspektif pemikiran dan Teori.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abd. Rahim Abd. Rashid (1999). Profesionalisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah.

Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2000) Kemahiran Interpersonal untuk Guru Bestari.

Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Abu Bakar, Zainudin and S.Haridas, Dineshkumar (2011) Pencapaian akademik di sekolah jenis kebangsaan (Tamil) yang berstatus sekolah kurang murid (SKM) di daerah Kota Tinggi, Johor. Diakses : http://eprints.utm.my/11735/ pada 12-12-12

Atan Long (1978). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bandura, A. (1973). Aggression: Asocial learning analysis. Englewood Cliffs, NJ:

Prentice-Hall.

Bandura, A. (1977). Social learning theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.

Bandura, A. (1986). Social foundations of thought and action: A social cognitive theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.

Bandura, A. & Walters, R. H. (1963). Social learning and personality development. New York: Holt: Rinehart and Winston, Inc.

Carroll, J. B. (1973). Human Cognitive Abilities. New York: Cambridge.

Cashmere Lashkari (2009). Ten Tips to Be a Better Teacher. Akses melalui Talian:ezinearticles.com, pada :12-12-12

Crow dan Crow (1983). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Terjemahan Habibah Elias. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Douglas Brown, H. (1968). “Principles of Language Learning and Teaching.”

Englewood Cliff, NJ: Prentice Hall

Danapal , R. (2007) Hubungan iklim akademik Murid sekolah jenis kebangsaan Tamil Dengan konsep kendiri, relians kendiriDan kesediaan intelek. Tesis USM.

Ee Ah Meng (1987). Pedagogi Untuk Bakal Guru. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ellis, J.(1984). Teaching Through Games – A cource in classroom teachings. Akses melalui Talian:ezinearticles.com, pada :12-12-12

Foster, P. (1965). "The Vocational School Fallacy in Development Planning."

In Education and Economic Development, ed. Arnold A. Anderson and Mary Jean Bowman. Chicago: Aldine.

Gurtler, L. (2002). Humor in Educational Contexts. Paper presented at the 110th annual Meeting of the American Psychological Association, (Chicago, IL, 22–25 August2002. (ERIC Document Reproduction Series No. ED470470).

Hall, G.E., & Hord, S. 1987. Change in school: Facilitating the process. Albany: State University of New York Press.

HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan (2007). Kuala Lumpur : Universiti Terbuka Malaysia.

Iran Herman (1995). Tingkah Laku Lepak Di Kalangan Remaja Luar Bandar.

Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia: true Times

John F. Smith (2008) Praising your students the write way. Akses melalui Talian:ezinearticles.com, pada :12-12-12

John Britto (2005). A Critique on Moden Education: Manitham, Thanjavur. Diakses secara talian pada 12-12-12.

Koeperun Devi Samu (1992) "Masalah pembelajaran Bahasa Melayu di kalangan murid sekolah rendah jenis kebangsaan (Tamil): satu kajian kes. Tesis UUM

Mackey, W. F. (1965). Language Teaching Analysis. Burnt Mill, Harlow, Essex:Longman Group Ltd.

Maslow, A.H (1997). “Motivation & Personality” (2nd ed.). New York : Harper And Row.

Mohamad Johdi Hj. Salleh (2007) Institut Pendidikan International Islamic University Malaysia. Guru Efektif dan Peranan Guru dalam Mencapai Objektif Persekolahan Sekolah Rendah.

Moore, D.W. dan Hotch, D.F., (1982). Parent –Adolescence Separation: The Role of Parental Divorce. Journal of Youth Adolescence. 11. 115-119

Mulyasa, E. (2002). Kurikulum Berbasis Kompetensi. Konsep, Karakteristik, dan Implementasi.

Noran Fauziah Yaakub (2004) Bullying Among National and National Type School (Tamil & Chinese) Primary School Children with Reference Perak. Laporan Teknikal. Tanjung Malim. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Richard-Amato, P.A. (1998) Making It Happen: Interaction in the Second Language Classroom: From Theory to Practice. New York: Longman.

Rogers, D., (1981). Adolescence and Youth. United State: Prentice-Hall

Rogers, Carl R. (1940). "The Process of Therapy." Journal of Consulting Psychology 4, no. 5 161-164.

Rogers, Carl R. (1950). "Client-Centered Therapy: A Helping Process." The University of Chicago Round Table 698 12-21.

Rosenthal, R.; Jacobson, L. (1968). Pygmalion in the classroom. New York: Holt, Rinehart &

Winston.

Sinniah, L (1999). Pillaigalin Kalviyil Petrorgal Uthava Mudiyum.

Slaters, J.C. (1962). "Symmetry and free electron properties of Gallium energy bands". Physical Review 126 (4):

1307. Bibcode 1962PhRv..126.1307S.doi:10.1103/PhysRev.126.1307.

Stanovich, K.E. (1992). Matthew effects in reading: Some consequences of individual differences in the acquisition of literacy: Reading Research Quarterly, 21, 360-407

Waty M. Noor (2008). Majalah Pendidik : Guru sebagai asas motivasi bagi tingkahlaku negative murid-murid: Selangor: Widad. Publication Sdn. Bhd.

Yahaya, Azizi and Chinnapan, Gangagoury (2008) Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil di Johor Bahru.

Dokumen/Buku dari Internet:

http://www.u-library.gov.my/portal/web/guest/national_library_of_malaysia 1. Ordinan Pelajaran 1957 ( Penyata Razak )

2. Wawasan 2020 ( Transformasi Sistem Pendidikan )

3. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006). www.moe.gov.my 4. My Nadi (2010)

5. Education Development Master Plan (2006) 6. Falsafah Pendidikan Negara

Dokumen terkait