• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bagi orang-orang lama [Melayu], pakaian yang kita pakai sehari-hari itu ada tiga fungsinya. Dari segi kesihatan, pakaian itu mengawal dan memelihara kepanasan tubuh supaya suhu badan kita mantap dan dengan demikian kesihatan tubuh kita tetap pada tahap sihat.52 Itulah sebabnya maka bahan-bahan pakaian dipilih supaya sesuai iklim tempat si pemakainya.

Dari segi kebudayaan, pakaian itu ialah ciri yang ketara untuk mengenal dari daerah mana atau dari lingkungan apa si pemakainya itu. Fesyen pakaian atau stail memakainya menampakkan sama ada orang Melayu itu Melayu Johar, Melayu Singapura, Melayu Brunei atau sebagainya.

Keadaan pakaian itu juga menampakkan sama ada si pemakai itu dari kalangan petani, nelayan, tentera, pegawai negeri atau sebagainya. Selain itu, pakaian itu menampakkan sama ada si pemakai itu orang lelaki atau orang perempuan.

Dari segi agama pula, pakaian itu ialah penutup aurat. Orang Melayu beragama Islam; dan Islam menuntut umatnya - lelaki dan perempuan - supaya menutup auratnya. Batasan aurat orang lelaki tidak sama dengan orang perempuan.

Selain daripada itu, pakaian itu juga memelihara maruah atau akhlak pemakainya. Pakaian yang dipakai untuk menghadiri majlis, untuk berhari raya, untuk sembahyang Jumaat dan sebagainya tidak sama dengan pakaian yang dipakai untuk pergi ke ladang, pergi berperang, pergi ke pasar ataupun yang dipakai di rumah.

Waktu sekolah, waktu bekerja, orang-orang Melayu memakai pakaian rasmi yang ditetapkan oleh sekolah atau majikannya tetapi pada waktu lapang, waktu di rumah, mereka memakai pakaian santai yang memenuhi kehendak ketiga-tiga fungsi yang tersebut di atas. Pada waktu mengaji, sembahyang, ke majlis kenduri ataupun waktu rumah mereka didatangi tamu, orang Melayu zaman dahulu memakai baju kurung dan kain gombang; yang lelaki bersongkok dan yang perempuan bertudung kepala. Ada dua macam baju kurung bagi lelaki iaitu 'kurung Teluk Belanga' yang lehemya bertikam 'tulang belut' dan 'kurung cekak musang' yang lehemya berselangka.

Orang Melayu zaman dahulu mendidik anaknya supaya berpakaian dengan pakaian yang baik [yang senonoh]; kadang-kadang yang bagus. Anak-anak tidak dibenarkan makan dengan tidak berbaju, berseluar/berkain gombang dan bersongkok. Siap berpakaian yang baik anak-anak itu disuruh duduk bersila [bagi lelaki] dan bertimpuh [bagi perempuan] dengan tertib kemudian membasuh tangan.

Sebelum menyuap nasinya, [anak yang sudah mengaji] disuruh membaca: Allhumma baariklanaa fiimaa razaktanaa wa qwinaa azaban naar, Bismillah. .. [Ya Allah, berkatilah kami dengan apa yang Engkau rezekikan dan hindarkanlah kami dari azab neraka, Dengan nama Allah ... ]

Selepas makan disuruh pula membaca: Alhamdulillaahil ladzi ath 'manaa wa saqaana waja'alnaa minal Muslimin ... [Segala puji bagi Allah yang telah memberi kita makan dan minum, dan yang menjadikan kita umat Islam]. Kemudian baru membasuh tangan dan beredar dari tempat makannya.

Di rumah sendiri, pada masa bergaul dengan muhrimnya, perempuan dibolehkan tidak menutup rambutnya, tetapi apabila keluar rumah wajib mereka menutup seluruh auratnya [termasuk rambutnya].

Di dalam rumah orang Melayu tidak memakai alas kaki. Di luar rumah mereka bercapal, berselipar, berselipar, berterompah atau berkasut, tetapi apakala hendak masuk ke rumah alas kakinya ditanggalkan dan ditinggalkan di luar rumah; mereka masuk ke rumah berkaki ayam. Berbeza dengan orang Barat yang masuk ke rumah membuka topi tetapi tidak menanggalkan kasutnya.

Sebagai satu tatasusila, apabila hendak menemui orang tua-tua [sama ada tua umurnya atau tua ilmunya] atau orang-orang terhormat, orang Melayu zaman dahulu: yang lelaki harus berbaju kurung, berkain gombang dan bersongkok, manakala yang perempuan harus berpakaian cara Melayu dan bertudung kepala.

Menemui seorang alim [guru Quran, misalnya]: untuk menyerahkan anaknya mengaji, misalnya, tidak boleh dengan memakai singlet berlengan pendek [semacam T-shirt] begitu sahaja! Hal yang demikian itu dianggap tidak sopan dan tidak menghormati adat.54

Apalagi si ibu yang dalam keadaan rambut [sebahagian auratnya] terdedah di depan guru Quran [seorang lebai yang dihormati masyarakat] seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi itu tidaklah sesuai. Hal yang demikian itu dianggap tidak beradab.

Demikian pula dengan sang anak yang hendak diserahkan mengaji. Selain daripada ia harus dipakaikan baju kurung seperti bapanya, janganlah ia didudukkan mendepani ibu bapanya. Anak-anak. duduk di depan orang tua demikian itu pun dianggap kurang sopan juga. Yang eloknya: dudukkanlah dia di samping bapanya ataupun di antara ibu dengan bapanya.

Lihatlah tepak sirih [dalam ilustrasi itu]. Tepak itu mempunyai enam cembul; tanpa petak sirih dan saku kacipnya. Tepak sirih yang betul hanya mempunyai empat cembul sahaja [masing-masing untuk diisikan: pinang racik, gambir, kapur dan tembakau/bakik sirih]. Kalau suka [optional] boleh bubuh satu lagi cembul kecil untuk diisikan sesuatu ramuan istimewa yang digemari pemakan sirih tertentu.

Membawa tepak sirih kosong [tanpa sirih, pinang, gambir dan kapur] untuk melambangkan penyerah-terimaan demikian itu adalah merupakan lambang yang kosong; yang tidak bermakna apa-apa.

Masa kini, orang sudah tidak mengambil kisah tentang pakaian seolah-olah pakaian itu tidak membezakan peribadi pemakainya. Malah [walaupun sukar dipercayai] ada lelaki Melayu yang tidak punya sepersalinan pun baju Melayu. Ada pula lelaki yang bersembahyang Jumaat di masjid memakai T-shirt yang belakangnya tercap "Guiness Stout is Good for you". Apa ini?

Tenas Effendy, menerusinya bukunya Ungkapan Tradisiona/ Melayu Riau mengungkap pakaian Melayu itu:55

Seluar Panjang semata kaki Goyang bergoyang ditiup angin Ka/au se/erang kain tak sampai Diberi tampun sebelah atas Seluar Pelasah separuh tiang Elok dikundang pergi ke ladang Tapi jangan dibawa bertandang Seluar Sempit sepalut nangka Elok dipakai berpatut-patut Seluar pendek seluar sampak Tempat terpakai dalam rimba. Yang dikatakan baju:

Pertama baju Teluk Belanga Tebuk /eher bertulang be/ut Kedua baju Cekak Musang Leher tegak empang leher

Ketiga baju Bersingkap Dada Belah leher sampai ke bawah

Keempat baju Atas Ang in Yang dibawa alim ulama

Kelima baju kutang

Yang dipakai di dalam rumah Yang betina lain bajunya Pertama disebut Baju Kurung _ Kedua disebut Kebaya Panjang

Ketiga bemama kebaya Pendek Pakaian dalam bernama Kutang

Kainnya pula:

Pertama Pelekat bertapak catur Kedua kain Tenun-tenunan,

Kalau dibuat kain damping Kepala kain sebelah kanan Kalau betina memakai kain Kepala terletak di samping kiri

Ketiga kain lepas

Yang disebut kain panjang Keempat kain Selingkup Kain sarung dibuat tu.dung Kelima kain Basahan Kalau jantan separas lutut Kalau betina sekembanan

Kain selendang banyak ragamnya Destar dan tanjak 42 macamnya

Dokumen terkait