KETERANGAN KURSUS
PERJANJIAN BARU
NT 1003 Tinjauan Perjanjian Baru 3 jam kredit Kursus ini merupakan tinjauan kandungan buku-buku dalam Perjanjian Baru. Tema-tema utama dan ciri-ciri khas setiap buku dan juga kaitan setiap buku dengan buku-buku lain dalam Perjanjian Baru akan dikaji.
NT 1113 Kehidupan Kristus 3 jam kredit Satu kajian mengenai kehidupan dan pelayanan serta ajaran Kristus di bumi seperti yang
dipaparkan dalam Injil Sinoptik. Penekanan khusus akan diberikan kepada bahagian-bahagian dan tema-tema tertentu setiap Injil Sinoptik.
NT 2003 Hermeneutik Perjanjian Baru 3 jam kredit
Prasyarat: Tinjauan Perjanjian Baru
Kursus ini mendedahkan para pelajar kepada prinsip-prinsip pentafsiran alkitabiah khususnya dalam Perjanjian Baru.
NT 2153 Surat Roman 3 jam kredit Kursus ini merupakan kajian surat Roman. Ini termasuk tema-tema utama, konteks sejarah serta isu-isu teologi yang berkaitan dengan surat ini. Daripada kajian yang terperinc, pelajar-pelajar akan menerapkan apa yang dipelajari dalam kehidupan sendiri, pelayanan, gereja and masyarakat.
NT 2163 Surat 1 Korintus 3 jam kredit Kursus ini mengkaji surat 1 Korintus dengan memberi tumpuan khas kepada latarbelakang sejarah dan jawapan Paulus terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh gereja tersebut serta cara-cara menghubungkaitkan prinsip-prinsip berkenaan dengan pembangunan gereja kini.
NT 3113 Surat-surat Penjara 3 jam kredit Kursus ini mengkaji surat-surat Rasul Paulus yang dikirim dari penjara, iaitu: Efesus, Filipi, Kolose dan Filemon, dengan menerapkan pedoman pentafsiran Alkitab sepatutnya. Perhatian khusus diberikan pada kegiatan eksegesis teks yang selanjutnya dituangkan dalam bentuk bahan khutbah atau kajian Alkitab dengan menemukan buah-buah fikiran teologi di dalamnya serta implikasi praktisnya bagi kehidupan Kristian masa ini.
TEOLOGI
TH 1003 Dasar-Dasar Pentakosta 3 jam kredit Kursus ini ialah suatu kajian sejarah kebangkitan Pentakosta serta asal-usul teologinya, terutamanya Assemblies of God, USA, di mana ia bermula. Tumpuan juga diberi kepada sejarah nasional. Kajian ini juga ialah untuk penelitian Pernyataan Iman Assemblies of God.
Kursus ini bertujuan untuk menganalisa doktrin Allah yang merangkumi kewujudan Allah dan perwatakan Allah, doktrin wahyu dan firman Allah, dan doktrin manusia yang merangkumi penciptaan manusia dan kejatuhan manusia. Pemahaman doktrin-doktrin utama di atas harus disertai dengan aplikasi praktikal dalam kehidupan peribadi dan pelayanan kita.
TH 2023 Kristus dan Keselamatan 3 jam kredit Kursus ini mendedahkan para pelajar kepada dasar mengenai teologi Kristus dan Keselamatan.
Dari segi teologi Kristus, para pelajar akan mengkaji perkembangan sejarah doktrin Kristus, keilahian, inkarnasi serta kemanusiaan Yesus. Dari segi teologi Keselamatan pula, para pelajar akan mengkaji pekerjaan Yesus Kristus berkaitan dengan keselamatan serta pandangan-pandangan yang berlainan mengenai doktrin ini.
TH 2033 Gereja dan Tanda Akhir Zaman 3 jam kredit Kursus in akan memberikan penjelasan tentang hakikat gereja Tuhan dan pemahaman tentang hal-hal yang akan terjadi pada masa depan (eskatologi). Apabila pelajar mempunyai pemahaman tentang ajaran gereja dan peristiwa-peristiwa yang akan terjadi dengan benar, maka pelajar dapat menjelaskan dan merumuskan kembali doktrin tentang gereja dan eskatologi dengan benar.
Diharapkan dengan pemahaman yang benar, ini maka pelajar dapat mengaplikasikan dalam gereja, pelayanan dan dalam kehidupan sehari-hari.
TH 2043 Roh Kudus 3 jam kredit Kursus ini berkaitan dengan pembelajaran doktrin Roh Kudus, keperibadianNya dan pekerjaanNya. Ia juga melibatkan pemahaman mengenai pembaptisan Roh Kudus berdasarkan pandangan Pentakosta yang merangkumi bahasa roh sebagai tanda awalan pembaptisan Roh Kudus. Perhatian akan diberikan kepada karunia-karunia Roh Kudus, buah Roh Kudus dan juga isu peperangan rohani.
TH 3023 Etik Kristian 3 jam kredit Bidang etika adalah bidang yang mengkaji bagaimana menentukan yang betul daripada yang salah dan yang indah daripada yang buruk. Kursus ini bertujuan memperkenalkan pelajar kepada skop bidang ini dan selanjutnya menolong pelajar membentuk sesuatu pemikiran etika yang berdasarkan Alkitab dan yang mampu menghadapi isu-isu etika yang muncul dalam kehidupan, pelayanan dan masyarakat moden.
TH 3133 Apologetik 3 jam kredit Kursus ini memperlengkapi para pelajar untuk mempertahankan iman Kristian dari serangan-serangan/cabaran-cabaran masa kini, baik dari luar maupun dari dalam kekristianan, dan selanjutnya membangun suatu wawasan dunia (worldview) dan wawasan hidup (lifeview) Kristian yang positif.
TH 2013 Tuhan, Wahyu & Manusia 3 jam kredit
PELAYANAN
MN 1013 Pembentukan Rohani 3 jam kredit Kursus ini menumpukan perhatian kepada keperluan pembentukan karakter dan pertumbuhan dalam kehidupan seorang Kristian. Unsur-unsur dalam pembentukan rohani yang asas akan dibincangkan, termasuk perkara yang membawa perubahan menyeluruh (transformasi) seorang individu.
MN/MS 1213 Gereja Lokal & Misi 3 jam kredit Kursus ini bertujuan untuk melatih bakal pastor dan pemimpin gereja untuk memimpin dan mempengaruhi gereja-gereja tempatan dengan fokus misi dunia, dalam semua dimensi Alkitab, sejarah, budaya dan strategi. Ini akan merangkumi pembentukan program misi gereja baik dalam negeri maupun di luar negeri.
MN 2013 Homiletik 3 jam kredit
Prasyarat: Hermeneutik Lama, Hermeneutik Baru
Kursus ini merupakan pengenalan kepada teori dan amalan ilmu berkhutbah. Pelajar akan didedahkan kepada jenis-jenis khutbah dan belajar bagaimana menyediakan dan menyampaikan khutbah dengan penekanan kepada persiapan peribadi pengkhutbah.
MN 2113 Pendidikan Praktik 3 jam kredit Tujuan Pendidikan Praktik adalah untuk menyepadukan pembelajaran dengan kemahiran pelayanan. Pelajar akan diberi peluang untuk membangun kecekapan melalui prestasi tugas pelayanan di bawah bimbingan penyelia.
MN 2133 Perintisan Gereja 3 jam kredit Kursus ini akan memberikan tumpuan terhadap perintisan gereja di Malaysia. Antara isu –isu yang akan dibincangkan ialah berkenaan dengan kaedah-kaedah perintisan gereja, persiapan kehidupan seorang perintis gereja, faktor-faktor yang dipercayai akan membantu keberkesanan proses perintisan gereja, isu-isu dan cabaran-cabaran yang bakal dihadapi. Perhatian juga akan diberi terhadap peperangan rohani dan kelengkapan senjata rohani dalam kehidupan seorang perintis gereja.
MN 2253 Pelayanan Penyembahan 3 jam kredit Kursus ini memberi tumpuan kepada makna dan dinamik pelayanan penyembahan di gereja termasuk belajar bagaimana cara menjalankan latihan secara efektif. Cabaran utama dalam memimpin penyembahan dalam kumpulan kecil, dan hubungan yang unik antara ibadah dan musik, doa dan penginjilan akan dikaji. Kursus ini juga akan melihat kepentingan hubungan di antara Gembala dan pemimpin penyembahan serta pasukan penyembahan dan membantu pelajar membangunkan kefahaman dan penghargaan kepada ungkapan penyembahan Kristen yang berbeza.
MN 3013 Pelayanan Pastoral 3 jam kredit Ini merupakan kursus praktik tentang panggilan and pelayanan penggembalaan berdasarkan Alkitab. Proses pembentukan peribadi seorang gembala serta prinsip-prinsip etika yang terlibat akan dijelaskan. Pelajar juga akan diajar bagaimana memahami serta memperoleh kemahiran untuk melaksanakan tugas-tugas yang terlibat dalam tuntutan-tuntutan terhadap gembala gereja pada zaman kini. Pengamalan gaya hidup yang mengembangkan pelayanan efektif untuk jangkamasa panjang akan ditegaskan.
MN/GE 3023 Kepimpinan dan Pengurusan 3 jam kredit Keberkesanan kepimpinan bergantung kepada tiga faktor yang utama iaitu kerohanian yang kuat, karakter (kepribadian yang baik) dan kemahiran yang cekap. Kursus ini menumpu khusus kepada mengajar kemahiran-kemahiran kepimpinan supaya pelajar akan menjadi semakin cekap dan yakin di dalam pelayanan mereka.
MN 3033 Kaunseling Pastoral 3 jam kredit Kursus ini memberikan perspektif Alkitab dalam memahami akar punca masalah manusia.
Kajian kes akan digunakan untuk meneroka cara-cara untuk membantu orang Kristian tumbuh dalam kematangan iman mereka semasa mengatasi kesukaran dan masalah individu. Ini bukan hanya langkah rancangan tetapi merupakan strategi alkitabiah untuk membantu dan memberi kaunseling kepada mereka yang mempunyai masalah-masalah individu yang tidak diselesaikan.
MN 3153 Peperangan Rohani 3 jam kredit Kursus ini akan membahas tentang konsep peperangan rohani dari sudut pandang biblika, teologis, historis dan praktis.
PENDIDIKAN KRISTIAN
CE/GE 2343 Pendidikan Kekeluargaan 3 jam kredit Kursus ini membahas tentang rencana Allah dalam perkahwinan dan rumah tangga Kristian.
Akan dibahas tentang hal membangun hubungan pergaulan berkelompok, pacaran, pertunangan, dan perkahwinan yang sihat sesuai dengan Alkitab. Dibahas pula tentang dinamika rumah tangga Kristian dengan cabaran termasuk cabaran membesarkan anak-anak sesuai dengan kehendak Tuhan dan membangun sebuah keluarga yang melayani Tuhan serta menjadi berkat bagi sesama umat manusia.
PENDIDIKAN UMUM
GE 1003 Penulisan Penyelidikan Teologi 3 jam kredit
(Sebelum ini dikenali sebagai "Penulisan Kertas Kajian")
Kursus ini bertujuan untuk membantu para pelajar memahami kaedah penyelidikan untuk menyediakan kertas kajian. Pelajar akan belajar tentang langkah-langkah dalam penyediaan kertas kajian dan bagaimana mempersembahkan kertas kajian menurut format yang betul.
Panduan untuk menulis kritik buku juga akan diliputi dalam kursus ini.
GE 1213 Tinjauan Sejarah Gereja 3 jam kredit Kursus ini meninjau sejarah gereja di dalam perkembangan sejarah kekristianan. Fokus utama kursus ini adalah meninjau mengenai peristiwa-peristiwa penting yang telah berlaku dalam tempoh masa selama 2000 tahun di dalam sejarah gereja, antaranya meliputi perkembangan gereja pada awal abad, pertengahan abad, tempoh pembaharuan, sejarah gereja moden, tokoh-tokoh sejarah, peristiwa-peristiwa yang penting dan kesannya terhadap perkembangan gereja-gereja.
GE/CE 2013 Prinsip & Teknik Mengajar 3 jam kredit Kursus ini membahas teknik pengajaran yang didasarkan pada landasan Alkitabiah serta bertujuan menolong pelajar memperoleh kemahiran mengajar. Pelajar akan didedahkan kepada dasar teologi, prinsip-prinsip pengajaran Kristian, kaedah-kaedah dan strategi-strategi mengajar, proses penilaian pengajaran dan menyusun perancangan satu pelajaran.
GE 2023 Agama dan Kultus 3 jam kredit Pengenalan kepada agama-agama utama dunia dengan perhatian khas terhadap agama-agama dan kultus utama tempatan Malaysia termasuk perbandingan dengan agama Kristian.
GE/CE 2343 Pendidikan Kekeluargaan 3 jam kredit Kursus ini membahas tentang rencana Allah dalam perkahwinan dan rumah tangga Kristian.
Akan dibahas tentang hal membangun hubungan pergaulan berkelompok, pacaran, pertunangan, dan perkahwinan yang sihat sesuai dengan Alkitab. Dibahas pula tentang dinamika rumah tangga Kristian dengan cabaran termasuk cabaran membesarkan anak-anak sesuai dengan kehendak Tuhan dan membangun sebuah keluarga yang melayani Tuhan serta menjadi berkat bagi sesama umat manusia.
GE 3013 Gereja Dan Undang-Undang 3 jam kredit Kursus ini ialah untuk memperkenalkan rangka undang-undang asas untuk perkhidmatan daiam konteks Malaysia. Ini akan merangkumi pengurusan dan undang-undang mesyuarat "Robert's Rule'-'Peraturan Ketertiban' dan Ordinansi undang-undang yang menjejaskan Gereja Malaysia sekarang.
GE/MN 3023 Kepimpinan dan Pengurusan 3 jam kredit Keberkesanan kepimpinan bergantung kepada tiga faktor yang utama iaitu kerohanian yang kuat, karakter (kepribadian yang baik) dan kemahiran yang cekap. Kursus ini menumpu khusus
kepada mengajar kemahiran-kemahiran kepimpinan supaya pelajar akan menjadi semakin cekap dan yakin di dalam pelayanan mereka.
MISI
MS/MN 1213 Gereja Lokal & Misi 3 jam kredit Kursus ini bertujuan untuk melatih bakal pastor dan pemimpin gereja untuk memimpin dan mempengaruhi gereja-gereja tempatan dengan fokus misi dunia, dalam semua dimensi Alkitab, sejarah, budaya dan strategi. Ini akan merangkumi pembentukan program misi gereja baik dalam negeri maupun di luar negeri.