• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perkara yang dilarang dengan Adsense. Jangan buat:

Dalam dokumen Panduan Raja Adsense (Halaman 48-65)

• Jangan klik Adsense anda sendiri.

• Jangan menawarkan hadiah kepada orang yang klik Adsense anda. • Jangan menyuruh pelawat laman web anda klik adsense anda. • Jangan menipu.

• Menggunakan program tertentu untuk klik secara automatik. • Mengunakan robots untuk klik

Perkara yang perlu dipastikan:

• Pastikan laman web anda tidak mempunyai broken link.

• Pastikan website anda tidak mengandungi bahan yang menyalahi undang-undang.

• Tiada bahan pornografi.

Anda mestilah jujur jika hendak membuat duit dengan Adsense.Jangan lah anda melakukan perkara-perkara diatas kerana Google pasti dapat mengesan tindakan anda. Mereka mempunyai mekanisme yang sangat canggih untuk mengesan fraud click. Bahkan ads yang keluar juga bergantung kepada negara pelawat tersebut.Akaun anda akan ditamatkan sekiranya anda cuba menipu. Jaga reputasi anda.Orang tidak akan percayakan anda jika anda menipu.Google mempunyai mekanisme yang berkesan untuk mengesan mereka yang cuba menipu untuk mendapat duit dengan cepat dan senang. Malah mereka telah menyaman ramai ahli adsense yang melanggar polisi mereka. Jangan sampai anda menjadi sebahagian dari orang tersebut.

Jangan jadi bodoh kerana ingin kaya cepat. Malah saya pernah menjumpai blog dari Malaysia yang menawarkan e-book percuma tapi dengan syarat klik ads pada blog tersebut. Apa yang dibuat itu pasti akan menyebabkan akaun Adsense digantung. Jadi saya menegur dia demi kebaikan dia. Ini menunjukkan ada segelintir rakyat Malaysia mahu kaya dengan cepat malah sanggup melanggar etika. Jangan sampai Google mehalang akaun Adsense dari Malaysia.

Jaga reputasi sebagai “internet marketeer” dari Malaysia. Jangan rosakkan reputasi kita ibarat “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Ia akan menyebabkan orang lain tidak berpeluang untuk menikmati pendatan di internet melalui Google Adsense. Industri ini baru sahaja hendak mengembangkan sayap ke Malaysia, jangan halang perkembangannya.

Tips berguna

Kebanyakan mereka yang membuat duit beribu-ribu dengan Adsense mempunyai lebih dari 100 laman web. Mereka merupakan pakar pakar dalam membuat duit di internet yang merupakan online marketing expert. Seluruh masa mereka dikorbankan untuk perniagaan internet. Sesetengah webmaster pula mempunyai 1 atau 2 laman web tapi ia mempunyai 100 ++ page. Ia akan membuatkan ia lebih banyak topik yang di tawarkan di laman web mereka. Setiap page laman web mereka berada dalam enjin carian. Ini membuatkan mereka memdapat beratus dollar setiap hari dari Adsense.

Jangan bergantung kepada 1 laman web sahaja. Ia tidak akan membantu anda mencapai jumlah minimum untuk bayaran dengan cepat. Ambil masa 2,3 jam sehari untuk membuat laman web yang baru. Tiada jalan pintas dalam perniagan internet. Masih banyak rahsia dunia internet yang belum di bongkar. Anda perlu melakukan “try & error” bagi mencari rahsia tersebut. Kebanyakan pakar mencuba dan membaiki dari kesilapan mereka dan akhirnya mereka kini menjadi jutawan dengan hanya berada di hadapan komputer tanpa perlu berjumpa sesiapa untuk menjual barang.

Saya berharap agar panduan ini dapat membantu anda menjelajahi dunia internet yang tanpa sempadan ini.

Google bukan skim cepat kaya!

Tapi orang boleh kaya jika jujur dengan Google melalui Google Adsense.Dah ramai yang berjaya dengan Google Adsense.Mereka jujur dalam menawarkan khidmat mereka kepada Google. Google akan membalasnya dengan berkongsi pendapatan mereka dari pengiklan dan sponsor mereka kepada anda.

Tools and Scripts

• Adsense preview tool from Google – preview your Adsense ads • Adsense Desktop – Tool for analyzing Adsense Statistics

• AdsenseLog – Another tools for analyzing stat • AdsenseChart – Chart generator for you Stat

• Revenue Checker – Check and monitor Adsense revenue • Adsense monitor – Adsense tracking script

• Adsense Chart and Graphs –tools for show graph and chart • Adword TrafficEstimator – tool for estimate traffic and bid

Rahsia Memaksimakan Pendapatan Adsense Rahsia Pertama: Format Ads

Pilih format ads yang sesuai. Anda boleh pilih banners,skyscrappers, squares, link dan sebagainya. Anda boleh melihatnya dan memilih di https://www.google.com/adsense/adformats

Anda boleh meletakkan sehingga 3 ads pada satu page. Sebenarnya jika banyak ads tetapi tiada orang yang klik tiada gunanya. Pastikan pilihan ads adalah sesuai dengan laman web anda.

Saya sarankan anda mengunakan ads 336x280 dan 300x250 untuk bahagian tengah laman web. Sila rujuk pada gambarajah kedudukan ads. Letakkan pada bahagian yang mungkin menjana lebih banyak klik.

Rahsia Kedua: Pastikan Ads tidak kelihatan seperti Ads

Orang melayari internet kebanyakannya ingin mencari maklumat bukan untuk klik iklan. Ads yang dimasukkan mestikan diubah suai agar boleh mengadaptasi dengan laman web.

Kesilapan utama kebanyakan Publishers/webmaster meletakkan ads yang disediakan Google secara by default. Mereka langsung tidak mengubahnya agar kelihatan lebih menarik dan dapat mengadaptasi dengan laman web seperti warna latar dan text.

Gunakan kemudahan yang disediakan oleh Google iaitu untuk mengubah warna latar,teks,link dan border. Pastikan ia sama dengan telah sedia ada di laman web anda. Ia sebenarnya membantu meningkat CTR laman web anda.

Rahsia Ketiga: Gunakan Text Ads.

Pilih Text ads, orang takkan klik gambar. Gunakan ads text,orang pasti akan klik jika kelihatan link dari laman web anda. Bayangkan jika anda menjadi pelawat, anda akan klik gambar??

Jangan gunakan ads image. Pilih hanya ads text kecuali anda merasakan perlu gunakan ads image. Jangan hanya ambik code yang disediakan oleh Google. Namun,anda jangan pula mengubah kod Java Script Adsense tersebut.

Akaun anda mungkin akan digantung jika anda mengubah kod Adsense tersebut walaupun anda Pakar dalam Java Script,jangan ubah!! Gunakan kemudahan yang disediakan sahaja.

Rahsia Keempat: Rekabentuk

Bina laman web dengan menonjolkan Adsense. Jangan sembunyikan ads anda.Jangan letak ads ditempat yang tidak dilihat oleh pelawat. Tiada siapa yang akan klik jika ia tersembunyi.

Buatkan ads anda kelihatan seperti ia sebahagian dari content laman web anda. Kebarangkalian untuk orang klik ads anda adalah tinggi jika ads anda disebati dengan content. Kata orang “kacau sehingga sebati,sampai tiada beza dengan bahan lain”. Macam memasak pulak.he.he.he

Anda sebenarnya boleh meniru laman web orang lain. Tapi anda boleh mengubahnya dan jadikannya template anda. Saya sendiri pun pernah melakukan. Tapi content didalamnya mestilah lain. Hanya jadi template,bukan tiru 100% didalamnya.

Rahsia Lima: Buang Border

Pastikan border ads disamakan dengan warna latar laman web. Ubah warna sehingga ia kelihatan seperti sebahagian dari link laman web anda.

Click-Through laman juga dapat digandakan dengan membuang border ads.Jika terdapat border,ia akan kelihatan seperti iklan. Kita tidak mahu ia kelihatan seperti iklan walaupun ianya iklan. Buatkan ia seperti sebahagian laman web anda. Jadikan ia seolah olah link dalam laman web anda.

Rahsia Enam: Warna Text ads

Warna text ads juga merupakan salah satu rekabentuk. Pastikan warna text bagi ads sama seperti warna bagi warna text laman web anda. Contoh senang adalah seperti pada blogger.

Jangan buatkan ia berbeza dengan kandungan laman web anda. Warna teks sebenarnya mempengaruhi orang untuk klik. Selitkan dekat dengan link laman web anda.

Rahsia Tujuh: Kurang Ads lagi Baik

Kadang kala,meletak banyak ads kadang kala boleh mengurangkan pendapatan adsense kita kerana ads yang bernilai rendah yang keluar kerana terlalu banyak ads. Gunakan pada kedudukan yang dirasakan akan menjana klik yang banyak. Walaupun keyword yang kita gunakan bernilai tinggi. Namun tidak semua ads tersebut bernilai tinggi. Jika guna jenis ads yang sama digunakan. Kemungkinan untuk ads bernilai rendah keluar sangat tinggi. Anda boleh campur ads for text dan ads for link.

Rahsia Lapan: Selang selikan kandungan dengan Ads

Anda boleh buat selang seli kandungan dengan ads. Pada TV pun ada iklan.Apabila pelawat sedang menghayati kandungan,tiba tiba ada ads(iklan). Cara ini boleh menjana banyak klik.

Selitkan ads di kalangan content laman web anda samada pada permulaan atau pertengahan content laman web anda.

Rahsia Sembilan: Sertakan Google Search Box

Anda mestilah masukkan Search box Google. Masukkan sekali sedikit ayat pada pada hujung kandungan laman web anda. Contohnya “Can’t Find what you’re looking for? Try Google Search!”.

Pelawat yang mencari maklumat pasti akan mengunakannya jika mereka masih tidak menemui maklumat yang dikehendaki. Lebih lebih lagi anda mendorong mereka mengunakan Search Box Google dengan meletakkan sedikit ayat untuk mempengaruhi mereka.

Rahsia Sepuluh: Gunakan Ads secara maksimum

Gunakanlah ads secara maksimum. Jika anda merasakan anda perlu mengunakan 3 ads pada satu page,gunakanlah. Pastikan kedudukan ads adalah sesuai.

Namun,jangan gunakan bentuk yang sama. Gunakan bentuk berlainan gunakan bentuk text dan link. Sekali lagi campur dengan content laman web anda.

Rahsia Sebelas: Jangan jadi website“Indah Khabar dari rupa”

Pastikan anda tidak melakukan keyword spam. Pelawat pasti berasa kecewa jika maklumat yang dikehendaki tidak dijumpai walaupun ia dijanjikan dengan apa yang dikehendaki. Orang pasti tidak akan melawat lagi laman web itu jika mereka dah tahu apa yang dikehendaki mereka tidak akan dijumpai oleh mereka.

Saya sendiri pernah terkena dengan taktik ini. Pada enjin carian lain,apabila ke laman web. Ia ke laman web yang tidak sepatutnya. Siap dengan spyware lagi apabila masuk ke laman web tersebut.

Apabila laman web mengandungi apa yang diinginkan oleh mereka,pasti mereka akan melawat lagi laman web anda untuk mencari maklumat lain. Bina trademark untuk laman web anda. Inilah yang digunakan oleh mereka yang berjaya iaitu kandungan yang bagus dan terbaik.

Rahsia Dua Belas: Pastikan Kandungan laman web adalah keyword Mahal Pastikan kandungan laman web mengandungi keyword yang bernilai tinggi. Ia akan meningkatkan pendapatan anda walaupun jumlah klik yang sedikit. Buat sedikit kajian.

Gunakan apa yang saya terangkan pada permulaan panduan ini. Ia akan membantu anda berjaya dalam Adsense.

Rahsia Tiga Belas: Gunakan Channel

Gunakan channel untuk mengesan klik. Ia akan membantu untuk membaiki prestasi laman web tersebut. Google benarkan anda membuat 200 channel. Jadi anda boleh membuat untuk 200 page.

Anda boleh gunakan tools lain untuk mengesan klik pada adsense anda. Anda boleh lihat pada servers log untuk melihat laporan tentang Adsense anda. Ini dapat membantu anda untuk melakukan perubahan pada laman tersebut.

Rahsia Empat Belas: Buat kajian keyword dan nilai keyword

Buat kajian keyword dan nilai bagi keyword nagi laman web. Cara ini saya telah terangkan pada permulaan panduan ini. Sila rujuk pada bahagian Kajian Keyword dan nilai keyword.

Rahsia Lima Belas: Masukkan Adsense pada forum, message board & discussion groups.

Masukkan code Adsense pada forum,message board & discussion groups yang anda bina. Ia merupakan satu cara yang sangat berkesan walaupun mungkin nilai ads yang mungkin keluar bernilai rendah. Namun, ia merupakan satu cara menarik pelawat yang berulang.

Ramai internet marketer mengunakan forum untuk berkongsi maklumat dengan mereka yang lain. Mereka pasti akan kembali ke forum yang mereka sertai bagi melihat dan mencari maklumat bagi menambah pengetahuan mereka.

Bagaimana Untuk mengisi Borang Tax untuk Adsense

1.Klik Pada My Account pada bahagian atas.Pada bawah tab tersebut terdapat tab Tax Information.

2. Klik radio button “No” pada bahagian kiri dan klik butang Continue. Lihat rajah bawah..

3.Kemudian ia akan tanya “Do you have U.S Activities related to your particition in Adsense? Anda pilih No.

5.Kemudian anda akan dibawa ke laman seperti dibawah.

6.Tuliskan nama anda seperti pada akaun Adsense anda. Kemudian klik butang Submit Information.

Alternatif kepada Adsense

Kini terdapat berbagai bagai program seakan akan Google Adsense. Walaupun ia tidak sebagus Adsense tapi yang penting adalah kita boleh dapat duit darinya. Malah Yahoo! pun telah melancarkan Yahoo! Publisher yang seakan akan Adsense.Fungsi sama seperti Adsense dan “Pay per Click” lain pun telah mengambil langkah yang sama setelah melihat kejayaan Google Adsense. Malah apa yang menarik tentang program lain ini adalah ia mempunyai nilai minimum yang lebih rendah iaitu USD25 sahaja untuk menerima bayaran. Ia kini dalam versi beta dimana peserta dari negara tertentu sahaja diterima. Tak lama lagi ia akan dibuka kepada umum.

Jika anda tidak diterima oleh Adsense. Anda boleh mencuba untuk memohon program lain ini. Mungkin anda boleh mendapat pendapatan yang lebih tinggi berbanding Google Adsense. Siapa tahu kan? “Tuah ayam nampak di kaki,Tuah manusia tiada siapa yang tahu. “

Ia adalah alternatif yang baik untuk anda. Ia adalah sebagai idea baru kepada anda untuk menjana wang tanpa modal dengan iklan ini. Tapi ingat, jangan campurkan iklan ini bersama. Akaun Google Adsense anda pasti akan dibatalkan jika anda dikesan meletakkan iklan dari Penyedia iklan yang lain.

Pastikan anda membaca TOS (Terma dan Syarat) setiap Penyedia iklan terbabit. Jangan melanggar syarat mereka. Anda akan rugi jika akaun anda dibatalkan. Cara untuk untuk mengaplikasi iklan adalah sama seperti Google Adsense. Ada yang membayar sehingga 60% dari jumlah bidaan untuk setiap klik dan bayaran minimum yang rendah seperti RevenuePilot.

Anda juga patut mencuba Yahoo! Publisher dan program lain. Persaingan untuk “pay per click” semakin panas. Yang untung adalah anda kerana mempunyai lebih banyak pilihan menjana wang diinternet tanpa sebarang modal.

Ini adalah program yang boleh anda sertai: Yahoo! Publisher

Yahoo! baru sahaja melancarkan Yahoo! Publisher untuk menyaingi Google Adsense. Ia masih dalam beta version, namun ia sudah sedia untuk kita gunakan untuk menjana wang diinternet. Bentuk ads adalah seakan akan Adsense. Code pun hampir sama. Jadi jangan risau akan kelainannya. Tapi ingat,jangan letak ads Yahoo! bersama Adsense. Akaun anda pasti akan ditamatkan jika anda berbuat demikian. Untuk maklumat lanjut lihat http://publisher.yahoo.com/ . Setakat ini ia hanya dibuka untuk rakyat US sahaja.Kita tunggu saje la, ia akan dibuka pada umum nanti setelah beta version tersebut berjaya.

Bidclix adalah satu “pay per click” search engine yang menawarkan perkongsian pendapatan dari pengiklanan kepada webmaster/publisher. Cek akan dihantar setelah mencapai jumlah USD50. Lebih rendah berbanding Adsense. Untuk maklumat lanjut sila lihat http://www.bidclix.com/

Bidvertiser

Ia adalah seakan akan Adsense. Apa yang berbeza dengan Bidvertiser ialah jika laman web anda popular. Ads yang bernilai tinggi akan keluar. Jadi lagi tinggi la anda dapat. Anda boleh meletak sebanyak mungkin ads pada laman web anda. Tiada sekatan tentang jumlah yang anda hendak letak berbanding hanya 3 dengan Adsense. BidVertiser akan membayar 30 hari pada bulan setelah anda mencapai USD10 bagi bayaran dengan Paypal dan USD50 jika anda memilih cek sebagai bayaran. Untuk maklumat lanjut sila lihat http://www.bidvertiser.com/ .

Adbrite

Adbrite adalah lebih kepada laman web e-commerce. Namun ia menawarkan bayaran kepada webmaster yang setuju untuk menyediakan tempat untuk iklan mereka. Jika anda memilih untuk cek anda perlu menanti sehingga USD50 untuk menerima bayaran. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.adbrite.com/ . Adhearus

Adhearus adalah pay per click yang sedang meningkat naik. Anda boleh membuka lebih dari satu akaun. Tapi hanya satu akaun untuk satu laman web anda. Ia turut menerima laman web yang tidak mengunakan English. Bayaran dibuat pada awal bulan jika anda mencapai USD20 pada bulan yang lalu. Jika belum mencapai nilai minimum,ia akan dibawa ke bulan hadapan sehingga anda mencapai nilai minimum mereka. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.adhearus.org/webmaster.php

Allfeeds

Allfeeds juga adalah enjin carian “pay per click” yang menawarkan pengkongsian pendapatan yang lumayan. Jumlah minimum adalah USD50 untuk mendapat bayaran. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.allfeeds.com/ .

BannerBoxes

BannnerBoxes adalah seperti broker diantara enjin carian dan laman web pengiklan. Ia menawarkan 70% dari jumlah bidaan dari pengiklan. Anda akan dibayar setelah 30 hari setelah bulan anda mencapai USD10. Bayaran adalah melalui Paypal Mass Pay System. Satu kekurangan jika anda mendapat wang melalui Paypal iaitu sukar untuk mengeluarkan wang tersebut. Anda perlu

mempunyai akaun Bank US untuk mengeluarkan wang tersebut. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.bannerboxes.com/ .

Clicksor

Clicksor menawarkan webmaster untuk menaja wang melalui laman web atau blog mereka. Anda boleh mendapat sehingga 70% dari nilai ads dan 85% jika mempamerkan iklan sendiri dengan menjadi pengiklan. Anda akan dibayar jika mencapai nilai minimum iaitu USD50 jika melalui cek atau USD20 jika melalui Paypal. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.clicksor.com/ .

SearchFeed

SearchFeed menawarkan webmaster peluang menjana pendapatan dengan sistem Two Tier .Pendapatan yang akan diperolehi webmaster dari 35% hingga 50% dari pendapatan iklan tersebut. Jumlah minimum dengan SearchFeed adalah USD25. Untuk maklumat lanjut sila layari http://home.searchfeed.com/ . Chitika

Chitika adalah eMiniMalls.Ia lebih kepada tempat untuk memasarkan barangan mereka. Sesetengah orang mengatakan ia boleh diletakkan bersama Google Adsense kerana ia non-contextual seperti Adsense. Jumlah minimum ialah USD10 untuk mereka yang berada di negara yang diterima Paypal dan USD50 untuk negara yang tidak tersenarai dalam Paypal. Negara kita termasuk dalam senarai untuk menerima wang Paypal tetapi tidak boleh mengeluarkannya. Jika anda hendak mengeluarkannya,anda perlu cari kawan atau saudara mara dari singapura untuk mengeluarkan wang dari Paypal. Anda juga boleh memilih untuk menerima cek iaitu USD50. Ia membayar dari 60% dari pendapatan pengiklanan. Untuk maklumat lanjut sila layari https://chitika.com/ .

PixelAdGroup

PixelAdGroup adalah satu penyedia iklan yang berkongsi pendapatan mereka bersama webmaster. Minimum bayaran adalah USD50. Untuk maklumat lanjut,sila layari laman web berikut http://www.pixeladgroup.com/.

RevenuePilot

RevenuePilot merupakan salah satu rangkaian Pay per Click yang menawarkan webmaster dan orang seperti kita menbuat duit dengan iklan dari mereka. Mereka membayar 60% daripada jumlah bidaan. Jika keyword bernilai $1 maka kita akan mendapat 60sen. Minimum bayaran adalah USD25 samada dengan Paypal atau cek. Namun ia hanya membayar klik dari negara tertentu sahaja seperti US,Canada,Australia dan UK. Untuk maklumat lanjut sila layari laman dibawah:https://secure.revenuepilot.com/signup.jsp

Bonus untuk Anda.

220 High Paying Keywords

220 Keyword yang bernilai tinggi. Ia bernilai diantara $2-$100 per klik secara purata. Bayaran sebenar mungkin berlainan diantara Pay Per Click Seach Engine. Namun, ia hampir menyamai nilai sebenar yang dibayar oleh pengiklan.

1.Acne 2.Adult Diaper 3. Adult Education 4.Advertising 5. Aerobics Cardio 6. Affiliate Revenue 7. Alcohol Treatment 8. Auctions 9. Annuity

10. Anti Spam Software 11..Anti Virus Protection e 12. Audio Streaming 13. Asbestos 14 Bextra 15. Bankruptcy 16. Bonds 17. Borrow Money 18 Business Credit 19 Blue Cross 20. Build Muscle 111. Master Degree 112. Malpractice Lawyer 113. Mesothelioma 114.Mortgages 115 Marketing 116. Marriage Wedding 117. Martial Arts 118. Medicine 119. Meditation

120. Mobile Cell Phone 121. Mortgage Refinance 122. Motivation 123. Motorcycles 124. Music 125. Need Money 126. Negotiation 127. Network Marketing 128. Networking 129. Nutrition 130. Online Banking

21. Book Marketing 22. Breast Cancer 23. Broadband Internet 24.Bachelor Degree 25. Careers Employment 26. Car Insurance 27. Casinos Online 28. Credit Cards 29. Consumer Credit 30. Credit Counseling 31. Cheap Hosting 32. Cash Advance 33. Consolidate 34. Cruising Sailing 35. Currency Trading

36. Cellular Cell Phone Plans 37. Cell Phone Rental

38. Calling Cards 39. Canadian Pharmacy 40.Credit Score 41. Cancer 42. Death Insurance 43. Dental Plans 44. Debt Consolidation 45. Drug Rehab 131. Online Marketing 132. Online Trading 133. Organizing 134. Outdoors 135. Online Auction 136. Online Shopping 137. Online Degree 138. Parenting 139.Pay per click

140. Personal Injury Attorney 141. Personal Domain Name 142. Private Jets

143. Pay Day Loans 144. Personal Finance 145. Personal Tech 146. Pets 147. Philosophy 148. Photography 149. Poetry 150. Pregnancy 151. Politics 152. Positive Attitude 153. PPC Advertising 154. Public Relations 155. Presentation

46. Depression 47. Distance Learning 48. Data Recovery 49. Dating 50. Debt Relief 51. Diabetes 52. Divorce 53. Domain Names 54. Doctorate Degree 55. Dedicated Hosting 56. Equity Loans 57. Equity Line Credit 58. Email Hosting 59.Email Marketing 60.Elder Care 61. Ezine Marketing 62. Ezine Publishing 63. Extra Money 64. Eloan 65. Facelift 66. Fashion Style 67. Fishing 68. Fly Fishing 69. Food 70. Fitness Equipment 156. Psychology 157. Public Speaking 158. Real Estate 159. Register Domain 160. Rewards Cards 161. Reduce Debt 162. Refinance 163. Refinance Quotes 164. Rehab 165. Recipes 166. Relationships 167. Religion 168. Structured settlements 169. Satellite 170. Spyware 171. Spam Filter 172. Sales 173. Sales Management 174. Sales Teleselling

Dalam dokumen Panduan Raja Adsense (Halaman 48-65)

Dokumen terkait