• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perkataan pokok yang digunakan secara umum untuk menunjukkan bahawa pokok-pokok merupakan makhluk Allah S.W.T yang sentiasa sujud kepadaNya

TINJAUAN KAJIAN BERKAITAN 2.0 Pendahuluan

3.3.5 Perkataan pokok yang digunakan secara umum untuk menunjukkan bahawa pokok-pokok merupakan makhluk Allah S.W.T yang sentiasa sujud kepadaNya

Terdapat dua ayat yang membincangkan perihalan ini dalam Al-Qur’an Al-Karim. Ayat-ayat tersebut ialah:

1. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Hajj ayat 18:

ِْلْاَو ُموُجُّنلاَو ُرَمَقْلاَو ُسْمَّشلاَو ِضْرَْلْا ِفِ ْنَمَو ِتاَوَمَّسلا ِفِ ْنَم ُهَل ُدُجْسَي َهَّللا َّنَأ َرَ ت َْلََأ﴿

ُلاَب

ُرَجَّشلاَو

﴾ ِساَّنلا َنِم ٌيِثَكَو ُّباَوَّدلاَو

Maksudnya: “Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di

bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan dan bintang-bintang dan gunung-ganang dan pokok-pokok dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia?”(22:18)

2. Firman Allah S.W.T dalam surah Ar-Rahman ayat 6:

ُمْجَّنلاَو﴿

ُرَجَّشلاَو

﴾ِناَدُجْسَي

Maksudnya: “Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pokok-pokok kayu,

masing-masing tunduk menurut peraturanNya”. (55:6)

Kedua-dua ayat ini menunjukkan bahawa selain daripada manusia, tumbuh-tumbuhan yang melata dan pokok-pokok kayu juga sentiasa sujud kepada Allah S.W.T. Menurut

Ibn ‘Abbas, al-Sudaiy dan Sufyan, perkataan

ُمْجلَا َّن

dalam ayat ini bermaksud

tumbuh-tumbuhan melata dan tidak bermaksud bintang sebagaimana tafsiran sebahagian ahli

tafsir seperti Mujahid, Qatadat dan al-Hassan. Ini kerana sandaran perkataan

ُرَج َّشلَا

selepas perkataan

ُمْجلَا َّن

.

Dalam ayat ini terdapatnya gaya bahasa

ُةَيِرْوَ تْلَا

(al-Tawriyyat). Gaya bahasa al-Tawriyyat

bermaksud satu perkataan mempunyai sebutan yang sama, tetapi hakikatnya mempunyai dua makna yang berbeza, makna yang hampir dan makna yang jauh. Pendengar beranggapan makna hampir itu yang dimaksudkan oleh penutur, tetapi

sebaliknya penutur bermaksud kepada makna yang jauh.49

97

3.4 Penutup

Kesimpulan keseluruhan bab ini ialah:

Terdapat dua bentuk perkataan tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur’an Al-Karim. Bentuk

pertama ialah perkataan

ُتاَب َنلا

(tumbuh-tumbuhan) dalam bentuk

ُمْسلََّا

(kata nama) yang

berasal dari perkataan

ٌتْبَ ن

. Manakala bentuk kedua pula ialah perkataan

َتَبْ نأ

(tumbuhkan) dalam bentuk

ُلْعِفلَا

(kata kerja) yang berasal dari perkataan

َتَبَ ن

.

Perkataan

ُةَرَج َّشلَا

(pokok) adalah sebahagian daripada perkataan yang merujuk kepada

maksud tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur’an Al-Karim.

Kekerapan penggunaan perkataan tumbuh-tumbuhan dalam bentuk kata nama dalam ayat Al-Qur’an Al-Karim adalah sebanyak 9 kali. Manakala kekerapan penggunaan perkataan tumbuh-tumbuhan dalam bentuk kata kerja pula sebanyak 17 kali. Terdapat satu ayat yang mengulangi penggunaan kata kerja tumbuhkan sebanyak dua kali. Ayat tersebut ialah ayat 60 dari surah al-Naml.

Kata kerja

َتَبَ ن

dalam Al-Qur’an Al-Karim terdiri daripada tujuh pola kata yang berbeza.

Pola kata yang paling banyak digunakan ialah pola kata

اَنْلَعْ فَأ

untuk perkataan

اَنْ تَبْ نَأ

. Pola

kata

َلَعْ فَأ

untuk perkataan

ْمُكَتَبْ نَأ

dan perkataan

اَهَ تَبْ نَأ

. Pola kata yang lain pula ialah

ْتَلَعْ فَأ

untuk perkataan

ْتَتَبْ نَأ

,

ُلِعْفٌ ي

untuk perkataan

ُتِبْنُ ي

,

اوُلِعْفُ ت

untuk perkataan

اوُتِبْنُ ت

,

ُلِعْفُ ت

untuk

perkataan

ُتِبْنُ ت

dan

ُلُعْفَ ت

untuk perkataan

ُتُبْنَ ت

.

Makna asal perkataan

ٌتْبَ ن

dan

َتَبَ ن

adalah merujuk kepada makna tumbuh-tumbuhan.

Walaupun begitu, ada ketikanya penggunaan perkataan

ٌتْبَ ن

dan

َتَبَ ن

dalam konteks yang

berlainan akan mengakibatkan perubahan pada makna penggunaannya. Makna

perkataan

ُتاَب لا َّن

dalam bentuk kata nama yang terdapat dalam Al-Qur’an Al-Karim

98

Jadual 3.3: Makna perkataan

ُتاَب لا َّن

Bil Perkataan

ٌتْبَ ن

Makna

ٌتْبَ ن

1. Al-An’am: 99 Rezeki

2. Al-Naba’: 15

Al-‘A’raf : 58

Tumbuh-tumbuhan hijau yang basah dan boleh dimakan terus seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin.

Tumbuh-tumbuhan yang tidak dimakan buahnya oleh binatang dan serangga, tetapi manfaatnya diperolehi terus dari tumbuhan tersebut seperti rumput, lalang, tembakau dan sayur-sayuran.

3. Taha: 53 Tumbuh-tumbuhan yang berpasangan.

4. Yunus: 24 Nikmat dan keseronokan yang Allah S.W.T anugerahkan

kepada manusia.

5. Al-Hadid: 20

Al-Kahf: 45

Kehidupan manusia di atas muka bumi ini yang hanya bersifat sementara.

6. Al-‘Imran: 37 Membesar dengan didikan yang sempurna dan akhlak yang

terpuji.

7. Nuh: 17 Kejadian dan perkembangan manusia yang sempurna.

5. Makna perkataan

َتَبَ ن

yang terdapat dalam Al-Qur’an Al-Karim seperti berikut:

Jadual 3.4: Makna perkataan

َتَبَ ن

Bil Perkataan

َتَبَ ن

Makna

َتَبَ ن

1. Al-Hijir: 19

Luqman: 10

Kami ciptakan tumbuh-tumbuhan, binatang dan hasil galian seperti emas dan perak.

2. Al-Syua’ra’: 7 Al-Qaf: 7-9 ‘Abasa :27 Al-Naml: 60 Al-Saffat: 146 Al-Nahl :11 Al-Hajj: 5

Kami tumbuhkan semua jenis tumbuh-tumbuhan. Kami tumbuhkan daripada sesuatu yang tiada kepada yang ada.

3. Yasin: 36 Kami jadikan manusia, binatang dan haiwan secara

berpasangan.

4. Al-‘Imran: 37 Kami besarkan dengan didikan.

5. Nuh: 17

ُءاَشْنلإا

(mengadakan).

6. Al-Baqarat :261 Bercambah atau menumbuhkan anak tunas yang baru,

daripada yang sedikit kepada yang lebih banyak.

7. Al-Baqarat: 61 Kekuasaan Allah S.W.T yang menumbuhkan

tumbuh-tumbuhan secara pantas dan terus membesar tanpa melibatkan proses tumbesaran tumbuh-tumbuhan yang normal.

99

Tumbuh-tumbuhan yang diciptakan oleh Allah S.W.T adalah dari pelbagai jenis bentuk, sifat dan warna. Terdapat tumbuh-tumbuhan yang mempunyai batang dan ada pula yang melata di atas tanah. Selain itu, terdapat juga jenis tumbuh-tumbuhan yang menghasilkan buah dan ada pula yang tidak menghasilkan buah. Semua jenis tumbuh-tumbuhan ini bermanfaat kepada manusia, binatang dan alam sekeliling.

Tumbuh-tumbuhan yang diciptakan oleh Allah S.W.T adalah secara berpasang-pasangan. Terdapat tumbuh-tumbuhan jantan dan tumbuh-tumbuhan betina. Keperluan gender jantan kepada gender betina adalah untuk tujuan pembiakan.

Pokok

ُةَرَج َّشلَا

merupakan antara perkataan yang terdapat dalam Al-Qur’an Al-Karim. Ia

merupakan sebahagian daripada maksud tumbuh-tumbuhan yang digunakan dalam Al-Qur’an Al-Karim. Pokok merujuk kepada maksud tumbuh-tumbuhan yang mempunyai batang. Manakala tumbuhan yang tidak mempunyai batang dan hidup secara melata

dikenali sebagai

ُمْجَّنلا

. Perkataan pokok digunakan sebanyak 26 kali dalam Al-Qur’an

Al-Karim dalam lima topik yang berlainan. Topik-topik tersebut ialah:

i. Perkataan pokok yang merujuk kepada pokok yang berada di syurga dan neraka.

ii. Perkataan pokok yang disandarkan kepada pengkisahan nabi-nabi tertentu dalam

Al-Qur’an Al-Karim.

iii. Perkataan pokok yang digunakan secara umum untuk menunjukkan kekuasaan

Allah S.W.T.

iv. Perkataan pokok yang digunakan secara umum untuk menunjukkan

perbandingan antara dua perkara yang mempunyai persamaan.

v. Perkataan pokok yang digunakan secara umum untuk menunjukkan bahawa

pokok-pokok ini juga merupakan makhluk Allah S.W.T yang sentiasa sujud kepadaNya.

Pokok di syurga menceritakan tentang pengkisahan Nabi Adam a.s yang direkodkan dalam empat ayat Al-Qur’an Al-Karim. Ayat-ayat tersebut ialah surah al-Baqarat ayat 35, surah al-’A‘raf ayat 19-20, surah Taha ayat 120 dan surah al-’A‘raf ayat 22.

Pokok di neraka merujuk kepada pokok al-Zaqqum yang dicatatkan dalam lima ayat Al-Qur’an Al-Karim. Ayat-ayat tersebut ialah surah al-Saffat ayat 64, surah al-’Isra’ ayat 60, surah al-Saffat ayat 62, surah al-Dukhan ayat 43 dan surah al-Waqi‘at ayat 52.

100

Terdapat tiga pengkisahan para anbiya a.s yang disandarkan dengan perkataan pokok dalam Al-Qur’an Al-Karim. Pengkisahan pertama adalah pengkisahan Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat dalam peristiwa perjanjian al-Ridwan di Hudaibiyyat dalam surah al-Fath ayat 18. Pengkisahan kedua ialah pengkisahan Nabi Musa a.s yang mendapat wahyu dari Allah S.W.T dalam surah al-Qasas ayat 30 dan pengkisahan ketiga ialah pengkisahan Nabi Yunus a.s dalam surah al-Saffat ayat 146.

Terdapat enam ayat yang menggunakan perkataan pokok yang digunakan secara umum untuk menunjukkan kekuasaan Allah S.W.T. Ayat-ayat tersebut ialah surah al-Nahl ayat 10, firman Allah S.W.T surah al-Naml ayat 60, surah Yasin ayat 80, surah al-Waqi‘at ayat 72, surah al-Mu’minun ayat 20 dan surah al-Nahl ayat 68.

Terdapat tiga ayat menggunakan perkataan pokok yang menunjukkan perbandingan antara dua perkara yang mempunyai persamaan. Ayat-ayat tersebut ialah surah Ibrahim ayat 24-26, surah Luqman ayat 27 dan surah an-Nur ayat 35.

Terdapat dua ayat yang menggunakan perkataan pokok yang digunakan secara umum untuk menunjukkan bahawa pokok-pokok ini juga merupakan makhluk Allah S.W.T yang sentiasa sujud kepadaNya. Ayat-ayat tersebut ialah surah al-Hajj ayat 18 dan surah Al-Rahman ayat 6.

101

BAB 4

KAJIAN LEKSIKOGRAFI NAMA TUMBUH-TUMBUHAN DALAM