• Tidak ada hasil yang ditemukan

pentadbiran kerajaan UMNO di bawah pimpinan Sheikh Ahmad. Kajian ini juga akan cuba menganalisis faktor-faktor mengapa Parti Rakyat tidak mendapat sambutan daripada penduduk negeri Perlis walaupun Parti Rakyat dan Parti Buruh telah bersatu dalam Malayan People Socialist Front (SF) pada tahun 1957.

1.3 Permasalahan Kajian

Penulisan sejarah Perlis belum lengkap dan masih banyak bahagian yang tidak dikaji. Sejarah Perlis hanya dikaji dari sudut perkembangan pentadbiran dan pengukuhan kuasa Raja Perlis. Tumpuan yang luas diberikan kepada usaha dan kebijaksanaan golongan pemerintah Perlis untuk “melepaskan ikatan” daripada negeri asalnya iaitu Kedah. Kejayaan melepaskan ikatan daripada pengaruh Kedah diangkat sebagai kejayaan membentuk negeri Perlis yang berdaulat dan berautonomi. Walhal dalam tempoh masa 1839 hingga 1957, Perlis sebenarnya tidak merdeka malah berada di bawah pengaruh Siam, Jepun dan British. Walaupun penting untuk mengetahui sejarah kemunculan Perlis sebagai negeri “serpihan” daripada Kedah, tetapi sejarah politik Perlis, khususnya dalam tempoh masa pentadbiran British tidak wajar diabaikan. Malahan sejarah politik Perlis hari ini adalah kelangsungan daripada perjuangan rakyat Perlis yang dirintis oleh kumpulan elit Melayu melalui pertubuhan politik seperti PMPs, PKMM, PAS dan UMNO untuk merdeka membentuk kerajaan di negeri Perlis.

Walaupun wujud pergerakan politik seperti PMPs, PKMM, UMNO dan PAS di Perlis sebelum merdeka, tetapi tidak mengundang minat pengkaji sejarah untuk mengkaji sejarah politik Perlis. Sejarah politik Perlis seolah-olah tidak memberi makna dan impak yang besar kepada perkembangan politik di Semenanjung Tanah Melayu. Negeri Perlis

14

seolah-olah dilupakan dalam pengkajian sejarah perkembangan nasionalisme menentang penjajahan British di Tanah Melayu. Malah tidak ada kebangkitan rakyat Perlis yang ditulis oleh pengkaji sejarah. Keadaan ini memperlihatkan hipotesis awal yang memberi gambaran seolah-olah tiada penglibatan rakyat Perlis dalam memperjuangkan kemerdekaan dan elit pemerintah menerima kehadiran British. Penglibatan orang Melayu Perlis menentang Malayan Union disingkap secara ringkas tanpa menyentuh pergerakan pertubuhan politik yang tersusun. Kemunculan UMNO secara “tiba-tiba” dalam penulisan sejarah Perlis menyebabkan tiada catatan sejarah yang lengkap mengenai UMNO Perlis.

Perkembangan gerakan Islah yang membawa kepada konflik Kaum Muda dan Kaum Tua pesat berkembang di Tanah Melayu sejak sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Perlis merupakan negeri yang paling kuat menerima pengaruh gerakan Islah sekitar tahun 1930-an31 sehingga Perang Dunia Kedua. Malangnya tidak ada kajian dan penulisan yang menyentuh secara terperinci mengenai pengaruh gerakan Islah dalam politik dan pentadbiran Perlis. Penulisan mengenai gerakan Islah di Perlis lebih berfokus kepada pembaharuan dalam perkara-perkara ibadat dalam agama Islam sahaja. Persoalan seperti sejauh manakah gerakan Islah yang muncul di Perlis mempengaruhi kesedaran nasionalisme awal dalam kalangan penduduk Perlis tidak pernah dibangkitkan oleh mana-mana pengkaji sejarah. Rumusan umum bahawa gerakan Islah menyumbang kepada kesedaran politik Tanah Melayu tidak boleh dijadikan petunjuk bahawa gerakan Islah dan Kaum Muda menyumbang kepada kebangkitan dan kesedaran nasionalisme rakyat Perlis, kerana belum ada kajian yang dibuat mengenainya.

31

Lihat Mohd Radzi Othman dan O. K Rahmat, Gerakan Pembaharuan Islam: Satu Kajian di Negeri Perlis dan Hubung Kaitnya dengan Malaysia. USM, 1996. hlm 96-143. Lihat juga Abdul Rahman Hj Abdullah, Gerakan Islah di Perlis: Sejarah dan Pemikiran, Penerbitan Pena, Kuala Lumpur, 1989.

15

Pergerakan politik Perlis pra-merdeka dan pasca-merdeka juga tidak pernah ditulis seolah-olah tiada kelangsungan perkembangan dan persaingan politik di negeri Perlis. Perlis dilihat sebagai negeri yang di dominasi UMNO dan parti politik seperti PAS dan PRM tidak begitu berpengaruh. Walhal, telah wujud konflik dan persaingan politik di negeri Perlis terutamanya antara UMNO dan PAS sejak tahun 1950an. PAS walaupun tidak pernah berjaya membentuk kerajaan tetapi mempunyai kekuatan dan pengaruh sehingga hampir menggugat kedudukan UMNO Perlis pada pilihan raya 1969. Keupayaan PAS untuk bertahan dan menjadi persaingan kepada UMNO menunjukkan bahawa negeri Perlis juga mempunyai ragam politik yang menarik untuk dikaji dan ditulis. Pengekalan PAS sebagai parti yang berpengaruh dan perseimbangan kepada kerajaan Perikatan Perlis tidak wajar diabaikan dalam penulisan Sejarah Perlis.

Sejarah Perlis seolah-olah kaku, tidak dinamik di mana golongan pemerintah dan elit Melayu hanya berfungsi dalam urusan pentadbiran tanpa menghiraukan perkembangan politik yang sedang berlaku di Tanah Melayu. Walhal, mereka merupakan golongan yang berpendidikan dan berpengaruh dalam masyarakat Melayu. Fungsi dan peranan mereka dalam menggerakkan kesedaran berpolitik terhadap masyarakat Melayu tidak harus diabaikan dalam pengkajian dan penulisan Sejarah Perlis. Malahan mereka juga berperanan aktif dalam pertubuhan-pertubuhan politik seperti PMPs, PKMM Perlis, UMNO dan PAS.

1.4 Metodologi

Pengkajian Transformasi Dan Dinamika Elit Di Perlis Kurun Ke-19 Hingga 1970-an adalah bersifat penyelidik1970-an mikro mengenai negeri Perlis. Kaji1970-an ini merupak1970-an

16

penyelidikan kualitatif berbentuk historiografi atau kajian persejarahan. Data kualitatif berbentuk deskriptif, berupa kata-kata lisan atau tulisan tentang tingkah laku manusia yang dapat diamati.32 Mengikut Patton, Data kualitatif terhasil daripada tiga jenis data sebagai mana berikut;

(a) Hasil pemerhatian: huraian terperinci tentang situasi, kejadian, interaksi, dan tingkah laku yang diamati di lapangan.

(b) Hasil pembicaraan: kutipan langsung dari pernyataan orang-orang tentang pengalaman, sikap, keyakinan, dan pemikiran mereka dalam kesempatan temu bual mendalam.

(c) Bahan tertulis: petikan atau keseluruhan dokumen, surat-menyurat, rakaman, dan kes sejarah.33

Ketiga-tiga langkah di atas dilaksanakan dalam mengumpul maklumat kajian seterusnya membuat penganalisisan dan penyaringan fakta dalam membina persejarahan Perlis seperti mana yang dinyatakan dalam objektif kajian.

Pengumpulan data dan maklumat kajian melibatkan penyelidikan perpustakaan dengan memberi fokus kepada dokumen awalan seperti koleksi John Hamer, catatan peribadi tokoh, fail SUK Perlis dan Kedah, minit mesyuarat PAS dan UMNO Perlis, laporan suruhanjaya pilihan raya 1959 – 1978. Koleksi John Hamer meliputi beberapa fail sulit seperti Fail 2 berkenaan komunis di Perlis, Fail 3 berkenaan Memorandum Sulit melibatkan negeri Perlis (Sebelum Perjanjian Perlis – British 1930), Fail 4 berkenaan Perjanjian Perlis – British 1930, Fail 5 berkenaan Diari Sheikh Ahmad dan Fail 6

32

Lihat perbincangan Bogdan dan Taylor dalam Pengantar Metode Penelitian Kualitatif, Usaha Nasional, Surabaya, 1984,hlm 47

33

M. Q. Patton, Qualitative Evaluation and Research Methods (2nd ed.), CA: Sage Publications Inc, Newbury Park, 1990, hlm 68 – 69.

17

berkenaan Persatuan Sulit di Perlis dan tokoh politik Perlis. Selain itu laporan akhbar dan kajian berkenaan pilihan raya 1955 – 1978 turut diteliti khususnya yang melibatkan negeri Perlis.

Kaedah penyelidikan kepustakaan dilaksanakan adalah bertujuan mengumpul data-data dan maklumat yang diperlukan dan kemudiannya penulis menganalisis bahan-bahan tersebut untuk menghasilkan disertasi ini. Sumber juga diperoleh daripada bahan-bahan ilmiah seperti buku-buku dan jurnal. Surat khabar dan majalah sezaman terutamanya sekitar tahun 1930-an hingga 1970-an seperti Warta Malaya, Utusan Melayu, Berita Harian, Majlis, dan Suara UMNO diteliti untuk memperoleh maklumat kajian. Selain itu Majalah seperti Warisan Indera Kayangan turut dirujuk. Turut juga dirujuk artikel-artikel berkenaan sejarah negeri Perlis dan Kedah daripada majalah ilmiah, kertas kerja seminar, kolokium dan tesis. Pengkaji turut merujuk bahan-bahan Koleksi Indera Kayangan di Perpustakaan Awam Kangar, Perlis yang merupakan rujukan yang penting dalam kajian ini. Surat-surat persendirian yang tersimpan di Arkib Negara Kuala Lumpur dan Arkib Negara cawangan Kedah berkaitan tajuk kajian juga dirujuk dalam mengumpul maklumat mengenai sejarah politik Perlis.

Sumber-sumber pertama merupakan dokumen rasmi tidak bercetak antaranya seperti catatan-catatan ringkas, fail-fail, minit mesyuarat dan surat-surat persendirian yang diperoleh daripada Pejabat PAS Negeri Perlis, pejabat perhubungan UMNO Perlis, dan orang perseorangan. Selain itu surat-surat persendirian seperti sejarah Tan Sri Sheikh Ahmad bin Mohd Hashim dan Surat menyurat Sultan Abdul Hamid akan digunakan juga. Sementara dokumen rasmi yang bercetak seperti Salasilah Perlis, Report of the Adviser To

Dokumen terkait