• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERPADUAN UMMAH DALAM KONTEKS ASIA TENGGARA

Dalam dokumen PERPADUAN UMMAH MERENTASI IDEOLOGI (Halaman 93-97)

Prof. Madya Dr. Abd. Aziz Hanafi

Islam merupakan sebuah agama atau lebih tepat lagi al-din yang berasaskan prinsip perpaduan. Allah SWT menegaskannya sebagaimana firman-Nya;

ۡمُكۡيَلَع ِ َّللٱ َتَمۡعِن ْاوُرُكۡذٱَو ْۚاوُقَّرَفَت َلَو اٗعيِ َج ِ َّللٱ ِلۡبَ ِب ْاوُمِصَتۡعٱَو

اٗنٰ َوۡخِإ ٓۦِهِتَمۡعِنِب مُتۡحَب ۡصَأَف ۡمُكِبوُلُق َ ۡيَب َفَّلَأَف ٗءٓاَدۡعَأ ۡمُتنُك ۡذِإ

ُ َّللٱ ُ ِّيَبُي َكِلَٰذَك ۗاَهۡنِّم مُكَذَقنَأَف ِراَّلنٱ َنِّم ٖةَرۡفُح اَفَش َٰ َع ۡمُتنُكَو

١٠٣ َنوُدَتۡهَت ۡمُكَّلَعَل ۦِهِتٰ َياَء ۡمُكَل

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

(Surah Āli ʿImrān 3: 103)

Sejarah telah membuktikan bahawa Rasulullah s.a.w telah berjaya menyatukan kabilah-kabilah Arab melalui tali persaudaraan Islam sedangkan sebelum itu mereka telah bersengketa selama beratus-ratus tahun lamanya. Islam juga telah menyatukan Muhajirin dan Ansar atas nama persaudaraan Islam sehingga mereka sanggup berkongsi apa-apa sahaja sesama mereka. Firman Allah SWT:

َ ۡيَب َتۡفَّلَأ ٓاَّم اٗعيِ َج ِضرَۡ ۡ

لٱ ِف اَم َتۡقَفنَأ ۡوَل ۚۡمِهِبوُلُق َ ۡيَب َفَّلَأَو

٦٣ ٞميِكَح ٌزيِزَع ۥُهَّنِإ ۚۡمُهَنۡيَب َفَّلَأ َ َّللٱ َّنِكَٰلَو ۡمِهِبوُلُق

Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Perpaduan yang wujud pada ketika itu seolah-olah tidak lagi menjadi realiti yang seharusnya diteladani oleh umat Islam pada masa kini. Dunia Islam yang pernah menguasai hampir dua pertiga dunia menerusi pemerintahan khilafah Islamiyyah kini bukan sahaja bercerai-berai bahkan saling berperang dan berbunuhan sesama sendiri. Islam kini sinonim dengan pelbagai label negatif; keganasan, kemiskinan, peperangan, dan seumpamanya. Meskipun label-label tersebut merupakan propaganda media anti-Islam, namun sebahagiannya berpunca daripada sikap umat Islam sendiri yang semakin jauh dan terpesong daripada al-Quran dan al-Sunnah. Sebahagian umat Islam di semua peringkat kini tidak lagi berakhlak dengan Akhlak Islamiyyah. Hakikatnya, Rasulullah s.a.w diutuskan ke dunia ini adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang baik.” (Riwayat al-Bukhari, Ahmad, dan al-Hakim)

Dalam konteks Asia Tenggara, bibit-bibit perpecahan sedang mula kelihatan. Sarjana-sarjana dan ulama-ulama kini saling bertelingkah atas perkara-perkara yang remeh-temeh dan bersifat furu’ semata-mata. Lebih memburukkan keadaan, pertelingkahan tersebut berlaku secara terang-terangan melalui media massa dan media sosial yang akhirnya menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat awam. Masyarakat menjadi bingung dan menyebabkan mereka hilang hormat terhadap institusi ilmu dan ulama Islam. Sikap ego dan sindrom ‘holier-than-thou’ yang dihidapi segelintir sarjana Islam perlu dibuang. Umat Islam seluruhnya wajib kembali kepada ajaran Islam yang syumul. Firman Allah SWT:

َكِلَٰذ ِۚرِخلۡأٓٱ ِمۡوَلٱَو ِ َّللٱِب َنوُنِمۡؤُت ۡمُتنُك نِإ ِلوُسَّرلٱَو ِ َّللٱ َلِإ ُهوُّدُرَف ٖءۡ َش ِف ۡمُتۡعَزَٰنَت نِإَفۡ

٥٩ ًليِوۡأَت ُن َسۡحَأَو ٞ ۡيرَخ

Kemudian jika kamu berbantah-bantahan (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

(Surah al-Nisa’ 4: 59) Para sarjana dan ulama seharusnya sependapat dalam isu-isu berkaitan prinsip-prinsip perundangan Islam seperti persoalan Akidah, Akhlak, dan Ibadah. Perpaduan di kalangan mereka menjadi benteng umat Islam daripada serangan ideologi dan pemikiran yang menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar. Perpecahan dan pertelingkahan hanya menguntungkan kumpulan-kumpulan yang sentiasa mencari peluang menyesatkan umat Islam seperti Islam Liberal dan gerakan keganasan seperti IS. Golongan ilmuwan Islam juga seharusnya sependapat dalam membela dan mempertahankan persoalan berkaitan Al-Quran, sahabat-sahabat nabi, persoalan dalam alam ghaib seperti kiamat.

Dalam konteks persoalan cabang atau furu’ bahagian syariat, Islam membenarkan wujud kepelbagaian dan perbezaan pendapat yang wujud disebabkan perbezaan daripada aspek tahap ilmu, persekitaran atau ‘uruf, dan aliran pemikiran atau mazhab. Perbezaan pendapat berkenaan boleh diuruskan dengan memberi keutamaan kepada pendapat

yang paling kuat dan muktabar. Persoalan-persoalan cabang seperti persoalan Al-Quran, Sunnah Rasulullah, para sahabat, persoalan akhlak, persoalan asa yang tidak boleh dipastikan, tidak sepatutnya dijadikan sebagai isu untuk perpecahan ummah. Firman Allah SWT:

١٠ َنوُ َحۡرُت ۡمُكَّلَعَل َ َّللٱ ْاوُقَّتٱَو ۚۡمُكۡيَوَخَأ َ ۡيَب ْاوُحِل ۡصَأَف ٞةَوۡخِإ َنوُنِمۡؤُمۡلٱ اَمَّنِإ

Sesunggunya orang-orang yang beriman itu bersaudara. Maka berdamailah dalam kalangan kamu dan bertaqwa kepada Allah, mudah-mudahan kamu diberi rahmatnya.

(Al-Hujurat 49: 10) Malaysia kini sudah berada di ambang kerangka perpaduan ummah yang dipupuk dan dijana melalui seminar-seminar yang diadakan di pelbagai peringkat sama ada di peringkat negeri, negara dan antarabangsa. Malah badan-badan perwakilan Malaysia yang menghadiri seminar tersebut mengambil semua resolusi yang bermanfaat untuk ditimbang dan diterima serta diamalkan di peringkat negara Malaysia. Penyertaan para ulama dan sarjana Malaysia dalam seminar-seminar sedemikian menunjukkan kesediaan kita untuk meneroka dan mencari cara-cara penyelesaina untuk perpaduan para ulamak sedunia. Sekiranya perancangan ini berjaya, Insya-Allah usaha kita dalam memupuk perpaduan di kalangan para ulama dan sarjana Islam di peringkat negara dan antarabangsa akan tercapai. Semoga akhlak yang mulia ini akan tercapai dalam jangka masa terdekat demi menggalas tugas dan tanggungjawab yang berat dalam menghadapi cabaran dan tribulasi semasa.

Kesimpulannya, perpaduan di kalangan sarjana dan ulama Islam amat penting dalam menghadapi cabaran dan mehnah semasa. Sarjana dan ulama Islam seharusnya berperanan dalam menjelaskan kekeliruan pemikiran yang wujud di kalangan umat Islam di negara ini dan bukannya menambah kekusutan mereka dalam memahami ajaran Islam yang sebenar.

BIODATA RINGKAS PENULIS

Profesor Madya Dr. Abd. Aziz Hanafi merupakan pemegang Sijil Tinggi Kolej Islam

Malaya dan melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar di peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah di universiti yang sama dalam jurusan Siasah Syariah. Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Akademi Islam, Universiti Malaya (kini dikenali sebagai Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Institut Pengajian Islam, Kementerian Ugama Islam Brunei. Kini, beliau merupakan profesor madya di Kuliyyah Syariah dan Undang-undang, Kolej Universiti Insaniah, Kedah. Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah dan Ahli Mesyuarat Majlis Agama Islam Kedah Darul Aman.

Dalam dokumen PERPADUAN UMMAH MERENTASI IDEOLOGI (Halaman 93-97)