• Tidak ada hasil yang ditemukan

University of Malaya

BAB 2: TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan

2.4 Persepsi Guru Terhadap Pengajaran KBAT

Guru adalah individu yang bertanggungjawab untuk menyediakan murid agar mampu berfikir dengan aras tinggi dalam mencari penyelesaian masalah dan membuat keputusan dengan lebih bijak dan berkesan sama ada untuk diri sendiri dan masyarakat. Oleh itu, guru Pendidikan Islam perlu mempunyai ilmu pengetahuan serta persepsi yang baik terhadap pengajaran KBAT dan seterusnya mampu mempengaruhi pengajaran di dalam kelas.

Persepsi memainkan peranan penting dalam kehidupan. Terdapat berbagai definisi yang ditakrifkan oleh tokoh psikologi barat bermula dari abad ke 16 sehingga tercetusnya dua aliran kumpulan yang membezakan pandangan mereka tentang persepsi pada awal abad ke-20. Ahli psikologi Gestalt menyarankan persepsi diorganisasikan mengikut prinsip semula jadi manakala ahli psikologi empirikal menyatakan persepsi lahir daripada pembelajaran daripada pengalaman138. Merujuk kepada Kamus Dewan, persepsi membawa maksud gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran atau tanggapan139. Persepsi bergantung kepada cara seseorang melihat sesuatu perkara samada dari sudut yang positif atau negatif. Ainon Mohd menyatakan persepsi sebagai tahap pertama dalam proses berfikir. Persepsi bermaksud minda membaca alam, mentafsir dan memahami alam140.

Hal ini disokong melalui kajian yang dijalankan oleh Sukiman Saad141 et.al iaitu terdapat hubungan kolerasi yang kuat antara persepsi guru terhadap pengajaran berfikir dan amalan pengajaran berfikir. Persepsi guru terhadap pengajaran kemahiran berfikir

138 Mohd Azhar Abdul Hamid, Meningkatkan Daya Fikir, ( Batu Caves: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd, 2007), 53.

139 Kamus Dewan, ed. ke-4, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,2005), 1193.

140 Ainon Mohd & Abdullah Hassan, Pemikiran Logikal dan Kritikal, ( Kuala Lumpur: UTUSAN

PUBLICATIONS&DISTRIBUTORS SDN. BHD., 1996), 36.

141 Sukiman Saad et.al, “Pengajaran Kemahiran Berfikir: Persepsi dan Amalan Guru Matematik Semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Bilik Darjah”, Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia 2, no 1

45 akan menghasilkan tindakan dalam mencorakkan pengajaran guru di dalam kelas. Dalam memastikan pengajaran KBAT diaplikasi dengan baik semasa pengajaran dan pembelajaran, bergantung kepada beberapa faktor. Faktor utama yang mempengaruhi kejayaan ini adalah guru142. Seperti kata Imam al-Ghazali, tugas dan tanggungjawab seorang guru lebih besar daripada ibubapa kerana guru yang berperanan mengajar ilmu dunia dan akhirat143. Dengan kata lain, guru menjadi tunjang kepada keilmuan dan pengetahuan murid.

Berdasarkan kajian Samsoo Sa-U dan Nik Suryani, faktor dalaman yang membentuk persepsi positif guru terhadap pengajaran KBAT ialah efikasi guru dan nilai pengajaran sama seperti kajian yang telah dijalankan oleh Rosnani dan Suhailah (2003). Selain itu, faktor luaran yang membantu persepsi positif terhadap pengajaran KBAT pula ialah sokongan dari kurikulum dan sekolah144.

Rajah 2.2 Persepsi Guru Terhadap Pengajaran KBAT

Sumber : Berdasarkan Samsoo Sa-U & Nik Suryani Nik Abd Rahman ( 2010)

142 Arthur L. Costa, Teacher Behavior, 359-369.

143 Al-Ghazzali, Ihya Ulumuddin, terj. Ismail Yakub, 137.

144 Samsoo Sa-U & Nik Suryani Nik Abd Rahman, “ Factors Influencing Teachers’ Perceptions on Teaching Thinking : A case Study in Kuala Lumpur, Malaysia” ( Kertas Kerja, The 4th International Postgraduate Research Colloqium IPRC Procedings, International Islamic University Malaysia), 148.

Persepsi Guru Terhadap Pengajaran KBAT

Nilai Pengajaran KBAT Efikasi Guru

Sokongan Kurikulum dan Sekolah

46

2.4.1 Nilai Pengajaran KBAT

Umum mengetahui nilai pengajaran KBAT dijalankan secara eksplisit dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Antara nilai-nilai yang terdapat dalam pengajaran KBAT ialah menggalakkan murid berfikir luar dari kotak pemikiran mereka, berani mengeluarkan hujah dan idea, menjadikan murid lebih berdikari dan kehadapan. Daripada kajian Nor Hasmaliza Hassan145, Sukiman Saad et.al146, Mustapha Kamal147

dan Samsoo Sa-U148 mendapati guru memberi respon yang positif terhadap nilai KBAT. Antara nilai pengajaran KBAT ialah dapat membantu pelajar dalam meningkatkan pencapaian akademik149, nilai tambah kepada peluang pekerjaan150, berguna untuk diaplikasikan di dalam kehidupan seharian ( di luar sekolah), menjadikan murid berfikiran matang, bersikap teliti dalam membuat keputusan, peka dan prihatian, bertanggungjawab dan berjiwa besar151. Menurut David S. Martin, antara lain nilai pengajaran KBAT dijalankan dalam kurikulum adalah sebagai salah satu strategi untuk menyelesaikan masalah peribadi dan keperluan untuk menghadapi masalah negara dan dunia yang lebih kompleks152.

145 Nor Hasmaliza Hasan dan Zamri Mahamod, “ Persepsi Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran” ( Kertas Kerja, Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Kesusasteraan Melayu Kali Keempat, Fakulti Pendidikan UKM dan Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Batu Lintang, 5-8 Mac 2015.

146 Sukiman Saad et.al, “ Pengajaran Kemahiran Berfikir: Persepsi dan Amalan Guru Matematik Semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Bilik Darjah”, Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia 2, no 1.

147 Mustapha Kamal bin Ahmad Kassim, “Persepsi Siswa Guru Diploma Pendidikan Lepas Ijazah Program Pelajar Cemerlang Terhadap Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur) ( Kertas Kerja, Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan ( SPPK), Institut Pendidikan Guru Malaysia, IPG Kampus Ilmu Khas, 5-7 Julai 2015).

148 Samsoo Sa-U & Nik Suryani Nik Abd Rahman, “ Factors Influencing Teachers’ Perceptions on Teaching Thinking : A case Study in Kuala Lumpur, Malaysia” ( Kertas Kerja, The 4th International Postgraduate Research Colloqium IPRC Procedings, International Islamic University Malaysia).

149 Maureen Shyamala Rajamoney, “HOTS In Writing Skills In The Classroom Among Students in a Secondary School in Seremban, Malaysia” ( Kertas Kerja, Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan ( SPPK), Institut Pendidikan Guru Malaysia, IPG Kampus Ilmu Khas, 5-7 Julai 2015).

150 Rahimin Affandi, et.al, “Pemikiran Kritis dan Kemahiran Penyelesaian Masalah di IPTA Islam Malaysia: Satu Analisis Paradigma” ( Kertas Kerja, SKIS 08).

151 Mohd Azhar Abd. Hamid, Pengenalan Pemikiran, 115-116.

152 David S. Martin, For Administrators:, 123.

47

2.4.2 Efikasi Guru

Selain itu, efikasi guru adalah salah satu faktor dalaman yang berperanan memberi kekuatan dan semangat kepada guru dalam melaksanakan KBAT dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Efikasi guru adalah melibatkan kemampuan dan kehendak yang tinggi untuk melakukan perubahan. Teori efikasi kendiri pada umumnya mula diperkenalkan oleh Bandura (1977) iaitu kepercayaan peribadi seseorang untuk melaksanakan sesuatu tugasan mengikut piawaian yang telah ditentukan. Selepas itu, teori ini telah dikembang oleh Ashton (1984) dan Gibson & Dembo (1984) dengan memberi fokus kepada efikasi kendiri guru153. Menurut Ashton efikasi guru ialah kayu ukur terhadap keyakinan guru bahawa guru mempunyai pengaruh ke atas prestasi murid secara keseluruhan, bukan sahaja dalam bidang akademik malah dalam membina peribadi murid. Selain itu, efikasi guru juga berperanan mendorong guru melaksanakan tugas dalam mendidik dan membimbing murid yang memerlukan kepada kesabaran,ketahanan, dan kreativiti yang tinggi. Guru yang mempunyai efikasi yang tinggi sentiasa berfikiran positif terhadap murid154. Dr Hossein Nasr, Dr Baloch, Dr. Aroosi dan Dr. Badawi sepakat menyimpulkan institusi perguruan berperanan melahirkan guru yang berdedikasi dan tanggungjawab yang mampu mendorong murid supaya berminat dengan tatasusila etika dan moral yang diajarnya dan yang diterjemahkan dalam amalannya155

Efikasi yang teguh dalam diri akan melahirkan guru yang lebih bertenaga dalam tugasan yang diberikan, tabah, menetapkan matlamat yang lebih mencabar dan tetap

153 NoorNajihan Jaafar dan Ab Halim Tamuri, Hubungan Antara Efikasi Kendiri Dengan Kualiti Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan Malaysia, Journal of Islamic and Arabic Education 5(1), 2013, 43-44.

154 Ashton. P, Teacher Efficacy: A Motivational Paradigm for Effective Teacher Education, Journal of Teacher Education 35 (5), 1984, 28-32.

155 S.S Husain & S.A Ashraf, Krisis dalam Pendidikan Islam terj. Maso’od Abdul Rashid,( Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989), 134.

48 terus menghadapi halangan dan kegagalan. Semakin tinggi efikasi seorang guru maka semakin fleksibel lagi guru itu untuk melibatkan diri dengan tugasan yang kritikal dan kreatif156 . Ini selari dengan lima peranan utama guru Pendidikan Islam iaitu guru sebagai mudarris, muaddib, murabbi, mursyid dan mua’llim157. Ciri-ciri efikasi guru itu

secara tidak langsung dapat dilihat dalam lima peranan utama tersebut antaranya guru membimbing murid dalam membuat sesuatu keputusan, meransang pemikiran murid dan mengajar dengan bertenaga dan aktif di dalam dan luar kelas158. Menerusi kajian tentang kepentingan efikasi diri dalam guru Pendidikan Islam sebagai Murabbi menunjukkan tugas guru Pendidikan Islam sangat berat dalam mendidik murid untuk berjaya dunia dan akhirat dengan keperibadian yang baik. Guru memerlukan persiapan mental dan fizikal dan ia akan berjaya jika guru Pendidikan Islam mempunyai efikasi diri yang tinggi159. Seorang guru Pendidikan Islam yang baik dapat membina personaliti dirinya sebagai guru Pendidikan Islam yang professional. Sifat yang penting dalam diri guru Pendidikan Islam adalah ghairah terhadap tugasnya160. Kesungguhan dan kerajinan guru akan mendorong minat murid dengan pengajarannya. Salah satu ciri profesional guru adalah mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam sesuatu bidang atau kemahiran yang khusus. Dalam konteks pengajaran KBAT dalam Pendidikan Islam, Imam al-Ghazali menekankan penguasaan ilmu yang mantap sebagai asas dalam mencapai akhlak yang mulia. Selain itu, guru juga perlu mempunyai kefahaman, kemahiran dan kebolehan yang baik untuk mengajar dan mengembangkan pemikiran dan idea murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

156 Arthur L. Costa and Robert J. Garmston, Five Human Passions: The Origins of effective Thinking, 18.

157 Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri, Pendidikan Islam, 82.

158 Ibid., 84-101

159 Noornajihan Jaafara ; Ab. Halim Tamuri et.al, The Importance of Self-Efficacy : A Need For Islamic Teachers as Murabbi, , International Conference on Education and Educational Psychology (ICEEPSY 2012).

160 Ab. Halim Tamuri dan Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010, 30.

49

2.4.3 Sokongan Kurikulum dan Sekolah

Jalinan permuafakatan yang strategik yang saling melengkapi di antara sekolah, ibubapa dan kurikulum dapat menjayakan pengajaran KBAT di sekolah. Pengajaran KBAT yang telah dimasukkan ke dalam sistem pendidikan negara tidak akan berjaya tanpa sokongan luaran iaitu dari sumber kurikulum dan pihak sekolah. Kerjasama dari organisasi baik dari pihak pentadbiran ataupun pihak yang bertangunggjawab berperanan ke arah melahirkan ahli organisasi yang pro aktif. Seperti mana kajian yang dijalankan oleh Mohamad Zakaria mendapati kerjasama berkumpulan dan sokongan dari pihak pentadbir sangat memberi kesan dalam penghasilan kerja guru161. Sokongan luaran seperti silibus, buku panduan berkaitan KBAT, penggunaan buku teks, sokongan dari Guru Besar serta kursus-kursus yang berkaitan berperanan penting dalam mewujudkan budaya pengajaran KBAT sama ada di kelas mahupun sekolah. Guru besar sebagai pemimpin di dalam komuniti sekolah bertanggungjawab memastikan dan menyediakan keperluan kepada wujudnya budaya pengajaran KBAT di kalangan guru dan murid. Berkongsi visi bersama guru dan murid dalam merealisasikan pengajaran KBAT adalah salah satu elemen penting dalam mewujudkan budaya berfikir aras tinggi di sekolah162. Sepertimana garis panduan yang telah diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu mekanisme pelaksanaan jangka pendek bagi menyokong KBAT di sekolah iaitu dengan sarana ibu bapa. Antara inisiatif aktiviti KBAT yang disarankan melalui sarana ibu bapa ialah menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif di sekolah, mengamalkan komunikasi serta bersosial dengan anak dan

161 Mohamad Zakaria Mat Khazani & Norhani Bebe Binti Alta Miah, “ Peranan Sokongan dan Kerjasama ke atas Penglibatan Peserta Kursus Pemantapan Pedagogi Pendidikan Agama Islam Sekolah Rendah Zon Tengah Dalam Penghasilan Projek Inovasi” (Kertas Kerja, Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan ( SPPK), Institut Pendidikan Guru Malaysia, IPG Kampus Ilmu Khas, 5-7 Julai 2015), 588.

162 William C. Martin, Building , 123-126.

50 sokongan akademik163. Secara tidak langsung ibu bapa juga digalakkan untuk mengaktifkan diri dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).