• Tidak ada hasil yang ditemukan

GELISAH DAN GEJALA-GEJALA YANG BERKAITAN

PERSONALITI REMAJA ISLAM

3.2 DEFINISI PERSONALITI

3.2.1 Personaliti Menurut Perspektif Barat

Apabila memperkatakan tentang personaliti, definisi awal telah

dikemukakan oleh Karl Menninger (1964) di mana personaliti adalah

313 Tafsiran “topeng muka” ialah manusia cuba mengemukakan dan menonjolkan perkara-perkara yang baik dan menyembunyikan perkara-perkara-perkara-perkara yang buruk mengenai dirinya. Bagaimanapun, maksud topeng yang difahami oleh orang ramai pada masa dahulu telah diubahsuai sekarang kepada sifat-sifat yang ada pada seseorang seperti cara berfikir, perilaku dan juga mental-emosi yang ditonjolkan. Sifat-sifat tersebut biasanya bergantung kepada penilaian seseorang kepada orang yang tertentu. Disebabkan oleh perubahan masa dan pemikira manusia, maka definisi topeng muka ini turut berubah dan mempunyai makna yang pelbagai mengikut situasi. Jaafar Muhammad (2000), Kelakuan Organisasi, cet.4, Kuala Lumpur: Leeds Publication, h. 60; Haque, Amber (2009), “Psychology of Personality: Islamic Perspectives” in Haque, Amber & Yasien Mohamed (eds.), Psychology of Personality: Islamic Perspective, Singapore: Cengage Learning Asia Pte Ltd, h. xx.

314 Haque, Amber (2009), “Psychology of Personality: Islamic Perspectives” in Haque, Amber & Yasien Mohamed (eds.), Psychology of Personality: Islamic Perspective, Singapore: Cengage Learning Asia Pte Ltd, h. xx.

315

Allport, Gordon W. (1961), Pattern and Growth in Personality, New York: Holt, Rinehort and Winston, h. 25; Wikipedia, The Free Encyclopedia, “Personality Psychology”, http://en.wikipedia.org/wiki/Personality_Psychology, 8 September 2008.

316

Hajah Noresah Baharom (2002), Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 1025-1026.

317 Trumble, Bill, eds. (2008), Reader‟s Digest Wordpower Dictionary, New York: Reader‟s Digest Association Limited, h. 722.

185 apa” yang sebenarnya yang menghuraikan tentang seseorang.318

Ia juga

merupakan intipati kepada diri seseorang.319 Personaliti juga merupakan

konsep dinamik yang menggambarkan pertumbuhan dan pembangunan

seluruh sistem psikologi seseorang individu320 yang diperolehi melalui

pengalaman sendiri atau pengalaman umum321 dan sentiasa konsisten antara

satu dengan yang lain.322 Personaliti juga adalah pengorganisasian seluruh

mental manusia pada setiap peringkat perkembangannya. Ia meliputi setiap

fasa keperibadian manusia seperti akal fikiran, perangai, kemahiran,

nilai-nilai moral dan setiap tingkah laku yang telah dibina dalam kehidupan

seseorang menurut pelbagai situasi.323 Maksudnya, pembentukan personaliti

individu berbeza-beza daripada seorang kanak-kanak sehinggalah individu

itu dewasa kelak.

Terdapat beberapa pandangan lain mengenai definisi personaliti ini

antaranya, Hans Eysenck dan Raymond Cattell (2000) mengatakan:

“Personality is determined to a large extent by a person genes…while environment can do something to redress the balance…its influence is severely limited…[For] personality [and] intelligence…genetic influence is overwhelmingly

318 Menninger, Karl Augustus (1964), The Human Mind, cet.3, New York: A.A. Knoff, h. 15.

319

Hall, C.S. & Lindsey, G. (1957), Theories of Personality, New York: John Wiley and Sons, h. 9.

320 Linton, R. (1945), The Cultural Background of Personality, New York: Appleton-Century-Crofts, h. 84.

321

Robbins, Stephen P. (2001), Organizational Behavior, cet.9, New Jersey: Prentice Hall, h. 38; Robbins, Stephen P. (2000), Gelagat Organisasi, Ainin Sulaiman (terj.), Petaling Jaya: Prentice Hall, h. 38.

322

Lecky, P. (1945), Self Consistency: A Theory of Personality, New York: Island, h. 90.

323 Ryckman, Richard M. (2008), Theories of Personality, cet.9, Belmont, Calif.: Thomson/Wadsworth, h. 25; Warren, H.L. & Carmichael, L. (1930), Elements of Human Psychology, Boston: Houghton Mifflin, h. 333.

186 strong, and the role of environement…is reduced to effecting

slight changes…”324

J.D. Mayer (2005) pula mengatakan:

“An individual‟s pattern of psychological, processes arising from motives, feelings, thoughts and other major areas of psychological function. Personality is expressed through its influences on the body, in conscious mental life and through the individual‟s social behavior”.325

Tidak dapat dinafikan, banyak definisi yang telah dikemukakan oleh

sarjana barat mengenai personaliti ini. Namun, secara umumnya, terdapat dua

kumpulan definisi terhadap personaliti. Setiap kumpulan mentakrifkan

personaliti terhadap aspek yang berbeza. Kumpulan pertama menumpukan

kepada aspek kandungan personaliti iaitu aspek dalam yang terdapat dalam

diri manusia seperti pemikiran, sikap, emosi, motif dan lain-lain lagi,

manakala kumpulan kedua mentakrifkan konsep personaliti terhadap reaksi

luaran seseorang individu yang memfokuskan kepada ciri-ciri tingkah laku

seseorang manusia seperti agresif, proaktif, spontan, tegas, pemalu dan

lain-lain lagi.326

Namun, secara keseluruhannya, personaliti menurut perspektif barat

dapatlah didefinisikan sebagai, “suatu bentuk sifat dan mekanisme psikologi

324 Eysenck, Hans & Cattell, Raymond (2000), “The Trait Approach to Personality” in Allen, Bem P., Personality Theories: Development, Growth and Diversity, Boston: Allyn and Bacon, h. 394.

325 Mayer, J.D. (2005), “A Classification of DSM-IV-TR Mental Disorders According to their Relation to the Personality System” in Thomas, J.C. & Segal, D.L. (eds.), Comprehensive Handbook of Personality and Psychopathology: Personality and Everyday Functioning, Vol. 1, New York: John Wiley and Sons, h. 74.

326 Lindgren, Henry C. (1969), Psychology of Personal Development, San Francisco: San Francisco State College, h 22.

187 yang dinamik di dalam diri seseorang yang mengatur dan mencipta

keperibadian seseorang di mana sifat-sifat itu kebiasaannya kekal dan

mempengaruhi tingkah laku, pemikiran, perasaan dan interaksi seseorang

dengan persekitaran sosial di sekelilingnya”327

. Definisi di atas membentuk

beberapa ciri utama tentang personaliti iaitu328:

 Personaliti bukan suatu cebisan dan kepingan yang dikumpulkan; ia mempunyai organisasi (susunan) dan mekanisme yang tersendiri.

 Personaliti tidak terletak terus dalam diri seseorang; ia mempunyai proses-proses yang tertentu.

 Personaliti merupakan konsep psikologi, tetapi ia terikat dengan tubuh fizikal manusia.

Personaliti adalah daya penyebab (causal force) yang membantu menentukan bagaimana seseorang berhubung dengan dunia di

sekelilingnya.

 Personaliti hadir dalam bentuk yang tersendiri – berulang dan konsisten.

 Personaliti ditonjolkan bukan dalam satu cara tetapi pelbagai cara – dalam tingkah laku, pemikiran dan perasaan manusia.

327

Carver, Charles A. & Scheier, Michael F. (2008), Perspective on Personality, cet.6, Boston: Pearson Education, Inc., h. 5; Larsen, Randy J. & Buss, David M. (2008), Personality Psychology, cet.3, New York: McGraw-Hill International Edition, h. 4.

188