• Tidak ada hasil yang ditemukan

jika suatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah akta ini—

(a) mana-mana orang yang, pada masa kesalahan itu dilakukan merupakan pengarah, pengurus, setiausaha, atau pegawai yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan itu, boleh didakwa secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu; dan

(b) tiap-tiap pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan itu, yang

dalam apa-apa cara, melalui perbuatan atau peninggalan secara langsung atau tidak langsung terlibat dengan atau menjadi pihak dalam pelakuan kesalahan itu hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu,

melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau pembiarannya atau bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah atau bahawa dia telah mengambil segala usaha yang wajar bagi mengelakkan kesalahan itu daripada berlaku.

tanggungan pengarah syarikat, dll., bagi kesalahan yang dilakukan oleh institusi pendidikan tinggi swasta yang ditubuhkan oleh syarikat

85. (1) jika suatu kesalahan terhadap mana-mana peruntukan akta ini telah dilakukan oleh suatu institusi pendidikan tinggi swasta atau mana-mana orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan—

(a) ialah anggota lembaga pengarah;

(b) ialah pengurus;

(c) ialah setiausaha;

(d) memegang jawatan atau kedudukan yang serupa dengan pengurus atau setiausaha syarikat yang menubuhkan institusi pendidikan tinggi swasta itu;

(e) ialah ketua eksekutif;

(f) ialah kerani;

(g) ialah pekhidmat;

(h) ialah ejen,

institusi pendidikan tinggi swasta itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu.

(2) maka hendaklah menjadi suatu pembelaan bagi mana- mana orang yang didakwa menurut subseksyen (1) jika dia membuktikan—

(a) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau pembiarannya; atau

(b) bahawa dia telah—

(i) mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah; dan

(ii) menjalankan segala usaha yang wajar,

bagi mengelakkan kesalahan itu daripada berlaku, sebagaimana yang sepatutnya diambil dan dijalankan olehnya, dengan mengambil kira sifat fungsinya dalam kapasiti itu dan segala hal keadaan. (3) institusi pendidikan tinggi swasta yang boleh dikenakan hukuman atau penalti di bawah akta ini bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan hendaklah bertanggungan bagi hukuman atau penalti yang sama bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan sedemikian yang dilakukan oleh—

(a) ejen yang bertindak bagi pihaknya; atau

(b) kerani atau pekhidmat yang bertindak semasa dalam pengajian institusi pendidikan swasta itu.

(4) Seseorang pekongsi, ejen, kerani atau pekhidmat, atau kerani atau pekhidmat pekongsi atau ejen itu, tidak terlepas daripada pendakwaan di bawah seksyen ini.

kuasa untuk mengkompaun

86. (1) ketua Pendaftar boleh, dengan kebenaran bertulis Pendakwa raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh institusi pendidikan tinggi swasta atau seseorang di bawah akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah akta ini, yang ditetapkan sebagai kesalahan yang boleh dikompaun. (2) tawaran bertulis hendaklah dibuat kepada orang itu untuk mengkompaun kesalahan itu dengan membayar kepada ketua Pendaftar apa-apa jumlah wang yang dinyatakan, yang tidak melebihi lima puluh peratus denda maksimum yang boleh dikenakan kepada orang itu jika dia disabitkan atas kesalahan itu, dalam masa apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam tawaran itu.

(3) tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila- bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.

(4) jika suatu kesalahan telah dikompaun—

(a) tiada prosiding selanjutnya boleh diambil dan tiada pendakwaan boleh dimulakan terhadap orang yang kepadanya tawaran kompaun telah dibuat; dan

(b) apa-apa barang, buku, buku minit, daftar, dokumen, bahan atau barang lain yang disita berkaitan dengan kesalahan itu, boleh dilepaskan tertakluk kepada syarat yang boleh dikenakan selaras dengan syarat kompaun.

(5) apa-apa wang yang diterima oleh ketua Pendaftar di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada kumpulan wang Disatukan Persekutuan.

(6) jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran kompaun tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh ketua Pendaftar, maka pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

Memulakan dan menjalankan pendakwaan

87. (1) tertakluk kepada subseksyen (3), ketua Pendaftar, timbalan ketua Pendaftar, Pendaftar, timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar atau seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada inspektor, hendaklah diberi kuasa untuk hadir di dalam mahkamah—

(a) bagi menjalankan apa-apa pendakwaan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah akta ini; atau

(b) bagi maksud apa-apa prosiding undang-undang yang lain di bawah akta ini.

(2) Dalam hal timbalan ketua Pendaftar, Pendaftar, timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar, pemberikuasaan itu adalah tertakluk kepada kelulusan ketua Pendaftar.

(3) Pendakwaan berkenaan dengan kesalahan di bawah akta ini tidak boleh dimulakan atau dijalankan tanpa kebenaran bertulis Pendakwa raya.

Bahagian XV

Peraturan-Peraturan

kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan

88. (1) tanpa menjejaskan kuasanya untuk membuat peraturan- peraturan di bawah mana-mana peruntukan lain dalam akta ini, menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud melaksanakan peruntukan akta ini.

(2) tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan dalam subseksyen (1), menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi atau berkenaan dengan kesemua atau mana-mana perkara yang berikut:

(a) borang yang hendak digunakan dan maklumat yang hendaklah diberikan dalam apa-apa permohonan atau bagi apa-apa maksud lain di bawah akta ini;

(b) tatacara yang hendaklah diikuti dan fi yang difikirkan patut ditetapkan berkenaan dengan apa-apa permohonan di bawah akta ini atau berkenaan dengan apa-apa perakuan, permit atau dokumen lain yang dikeluarkan di bawah akta ini;

(c) bentuk yang dalamnya suatu daftar atau rekod lain hendaklah disimpan atau disenggarakan di bawah akta ini, catatan yang hendaklah dibuat dalamnya, peruntukan bagi pemeriksaan dan pengambilan cabutan daripadanya dan pemberian salinannya dan fi yang hendaklah dibayar bagi pemeriksaan, cabutan dan salinan itu masing- masingnya;

(d) pengendalian kursus pengajian;

(e) tatacara yang hendaklah diikuti bagi pengendorsan, pengubahan atau pindaan perakuan pendaftaran, permit mengajar atau apa-apa dokumen lain yang dikeluarkan di bawah akta ini dan penggantian perakuan, permit atau dokumen lain yang hilang atau rosak;

(f) kemudahan pendidikan yang hendaklah disediakan oleh institusi pendidikan tinggi swasta;

(g) pengadaan pendidikan jarak jauh;

(h) piawai kesihatan dan keselamatan, dan kegunaan yang hendaklah dipatuhi bagi premis institusi pendidikan tinggi swasta, dan menetapkan piawai dan kegunaan yang berlainan, bagi apa-apa perihalan institusi pendidikan tinggi swasta, sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan;

(i) mata pelajaran wajib lain yang hendaklah diajarkan selain daripada yang dinyatakan dalam seksyen 42 dan 43;

(j) tatacara yang hendaklah diikuti berkenaan dengan rayuan kepada menteri daripada keputusan ketua Pendaftar;

(k) rekod yang hendaklah disimpan oleh institusi pendidikan tinggi swasta dan penyata yang hendaklah dibuat termasuklah rekod dan penyata kewangan;

(l) menentukan fi yang hendaklah dikenakan ke atas pelajar institusi pendidikan tinggi swasta;

(m) fi yang dikehendaki ditetapkan di bawah akta ini selain fi yang disebut dalam perenggan (b) dan (c);

(n) cara bagaimana gabungan, persekutuan atau kerjasama antara institusi pendidikan tinggi swasta boleh dijalankan;

(o) menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun;

(p) apa-apa perkara lain yang dikehendaki ditetapkan di bawah akta ini; dan

(q) apa-apa perkara lain yang menteri fikirkan adalah suai manfaat atau perlu bagi maksud akta ini.

(3) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh memperuntukkan bahawa pelanggaran mana-mana peruntukan dalam peraturan-peraturan itu adalah suatu kesalahan dan bahawa kesalahan sedemikian boleh dihukum, apabila disabitkan, dengan hukuman denda atau pemenjaraan atau kedua-duanya tetapi tidak boleh membuat peruntukan supaya denda itu melebihi sepuluh ribu ringgit atau tempoh pemenjaraan itu melebihi satu bulan.

Bahagian XVi

am

Membezakan antara ras dan kepercayaan dilarang

89. (1) tertakluk kepada peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, keanggotaan institusi pendidikan tinggi swasta, sama ada sebagai pegawai, guru atau pelajar, hendaklah dibuka kepada semua orang tanpa mengira jantina, ras, agama, bangsa atau kelas.

(2) tiada ujian mengenai agama yang dianuti atau kepercayaan boleh diadakan atau dipaksakan untuk membolehkan seseorang berhak diterima sebagai anggota sedemikian atau untuk dianugerahkan apa- apa ijazah, diploma atau sijil atau fellowship, biasiswa, bantuan, dermasiswa, pingat, hadiah, atau kepujian atau penganugerahan lain boleh dihadkan bagi orang daripada mana-mana ras, agama, bangsa atau kelas tertentu.

Perlindungan daripada tindakan guaman dan prosiding undang-undang

90. tiada tindakan boleh diambil atau pendakwaan boleh dibawa,