• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERUBAHAN-PERUBAHAN YANG MELIBATKAN KURSUS KHAS/EKSPRES

KAWALAN YANG LEBIH KE ATAS GCE PERINGKAT ‘O’

Perubahan-perubahan penting

> Dari tahun 2006, MOE mula memikul lebih tanggungjawab dalam pembinaan sukatan pelajaran dan format peperiksaan, penetapan mutu, dan pemberian gred.

> Walaupun kita mengambilalih sepenuhnya tugas pembinaan sukatan pelajaran, MOE dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) akan terus bekerjasama dengan Sindiket Peperiksaan Setempat Universiti Cambridge (UCLES) dalam

merekabentuk sukatan pelajaran dan menyerahkan kepada UCLES untuk menyiapkan dan memeriksa skrip peperiksaan.

Memupuk Setiap Kanak-kanak { Sekolah Menengah :25

26: Sekolah Menengah } Memupuk Setiap Kanak-kanak

Mengapa kami lakukan ini?

> Supaya peperiksaan selaras dengan kurikulum. Langkah ini memastikan bahawa kita dapat memenuhi keperluan pendidikan dan mengekalkan mutu tinggi yang dikenali di Singapura.

SUBJEK-SUBJEK BARU GCE PERINGKAT ‘O’

Perubahan-perubahan penting

> Beberapa sekolah menengah telah dibenarkan menawarkan subjek-subjek baru Peringkat GCE ‘O’ sebagai tambahan atau untuk menggantikan subjek elektif. Mereka boleh memilih daripada senarai subjek-subjek yang ditawarkan oleh kumpulan sukatan pelajaran Peperiksaan Antarabangsa Cambridge untuk Peringkat ‘O’ (Cambridge International Examination group of ‘O’ Level syllabuses). Beberapa subjek yang kemungkinan disertakan ialah Ekonomi, Pengajian Komputer dan Drama.

> Lama-kelamaan, sekolah-sekolah dapat membina subjek-subjek baru dalam bidang-bidang tukikan kurikulum mereka sendiri atau bergabung dengan institusi pos-menengah yang telah diakui bagi membina subjek-subjek GCE Peringkat ‘O’ yang baru.

Mengapa kami lakukan ini?

> Untuk memberi para pelajar kita lebih banyak pilihan dalam apa yang mereka boleh pelajari.

> Untuk membolehkan sekolah-sekolah mewujudkan tukikan kurikulum mereka sendiri.

PENGHALUSAN PADA BAHASA IBUNDA (MTL)

Kriteria kelayakan bagi Bahasa Ibunda Lanjutan (HMTL) Perubahan-perubahan penting

> Kriteria kelayakan formal bagi Bahasa Ibunda Lanjutan telah dilonggarkan seperti berikut:

• Golongan 10% terbaik kohort PTSR;

atau

• Golongan 11-30% terbaik kohort PTSR yang mendapat A* bagi Bahasa Ibunda di peringkat PTSR atau Merit bagi Bahasa Ibunda

Latar belakang

Pendekatan mengikut kebolehan kumpulan sasar diambil dalam pengajaran Bahasa Ibunda supaya kita dapat memenuhi keperluan berbagai kumpulan pelajar. Pendekatan ini membolehkan Bahasa Ibunda diajar pada tahap dan kadar yang sesuai bagi para pelajar yang mempunyai latarbelakang bahasa dan kebolehan berbahasa yang berbeza. Lima sukatan pelajaran Bahasa Ibunda – Bahasa Ibunda Asas, Bahasa Ibunda ‘B’, Bahasa Ibunda bagi kursus N(A), Bahasa Ibunda dan Bahasa Ibunda Lanjutan – disediakan untuk menggalakkan setiap rakyat Singapura

mempelajari Bahasa Ibundanya hingga ke peringkat setinggi mana yang mungkin.

SEKOLAHMENENGAH

> Walaupun para pelajar tidak memenuhi kriteria kelayakan formal, pihak sekolah

mempunyai fleksibiliti untuk membenarkan mereka mengambil Bahasa Ibunda Lanjutan jika mereka dinilai mempunyai kebolehan Bahasa Ibunda yang kukuh dan dapat mengambil Bahasa Ibunda Lanjutan tanpa menjejas perkembangan akademik luas mereka.

Mengapa kami lakukan ini?

> Untuk membolehkan para pelajar mengambil Bahasa Ibunda Lanjutan jika mereka mampu dan berminat. Ini akan menambah bilangan rakyat Singapura yang memahami dengan lebih mendalam bahasa dan budaya kaum mereka.

Kriteria kelayakan bagi Bahasa Ibunda ‘B’

Perubahan-perubahan penting

> Bahasa Ibunda ’B’ boleh ditawarkan dari Menengah 1.

Para pelajar yang memperolehi Gred C atau lebih rendah dalam Bahasa Ibunda pada PTSR akan dibenarkan mengambil Bahasa Ibunda ‘B’.

> Mereka yang mempunyai kurang keupayaan belajar, seperti disleksia, ADHD, autisme dan cacat

pendengaran, akan dipertimbangkan juga. Para pelajar yang mempunyai kecacatan yang teruk akan dikecualikan sama sekali daripada keperluan Bahasa Ibunda.

> Sekolah-sekolah menengah mempunyai fleksibiliti untuk membenarkan para pelajar lain mengambil Bahasa Ibunda ‘B’ setelah mempertimbangkan kelakonan dan keupayaan berbahasa pelajar serta

tahap yang dapat dicapainya dengan usaha yang setimpal.

> Para pelajar yang memasuki semula sistem pendidikan kita (seperti para pelajar yang kembali dari seberang laut) dan tidak mampu mengikuti sukatan pelajaran Bahasa Ibunda juga akan dipertimbangkan untuk mengikuti sukatan pelajaran Bahasa Ibunda ‘B’.

Mengapa kami lakukan ini?

> Untuk membantu para pelajar yang terlalu lemah dalam Bahasa Ibunda supaya pembangunan akademik mereka tidak akan terjejas kerana masa yang mereka peruntukkan untuk mempelajari Bahasa Ibunda.

Latar belakang

Sukatan pelajaran Bahasa Ibunda ‘B’ diperkenalkan untuk membantu para pelajar yang menghadapi kesukaran dalam mempelajari Bahasa Ibunda.

Dengan penekanan ke atas kemahiran perhubungan yang praktikal, sukatan ini bertujuan untuk menggalak para pelajar supaya mempelajari Bahasa Ibunda mereka ke tahap yang realistik, dan mengekalkan minat mereka dalam bahasa dan budaya kaum mereka.

Memupuk Setiap Kanak-kanak { Sekolah Menengah :27

Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Cina (CL) Perubahan-perubahan penting

> 10% ruang dalam kurikulum bagi pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah.

> Perubahan pada format peperiksaan Bahasa Cina GCE Peringkat ‘O’ bermula dari 2006 untuk mengurangkan penekanan pada penghafalan, meningkatkan ujian dalam konteks dan menambah pertimbangan bagi komponen bertutur/mendengar.

> Penggunaan kamus elektronik bimbit bahasa Cina yang diluluskan semasa peperiksaan karangan akan dibenarkan dalam penilaian peringkat sekolah bermula dari tahun 2006 dan dalam peperiksaan peringkat ‘O’ bermula dari 2007.

> Para pelajar Bahasa Cina dan Bahasa Cina Lanjutan boleh mengambil Sastera dalam Bahasa Cina sebagai sebahagian daripada elektif Ilmu Kemanusiaan Gabungan bagi GCE Peringkat ‘O’ bermula dari 2006.

Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu (ML) Perubahan-perubahan penting

> Hasil pembelajaran yang nyata menunjukkan tahap pencapaian yang berbeza.

> Bahan-bahan pengajaran dan bacaan yang akan menarik minat para pelajar.

> Perubahan pada format peperiksaan Bahasa Melayu GCE Peringkat ‘O’ bermula dari 2006 untuk mengurangkan penekanan pada penghafalan, meningkatkan ujian dalam konteks dan menambah pertimbangan bagi komponen bertutur/mendengar.

Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Tamil (TL) Perubahan-perubahan penting

> Bahasa pertuturan Tamil akan digunakan dalam semua perbualan antara guru dengan pelajar dalam semua kelas Bahasa Tamil.

> Bahan-bahan pengajaran dan bacaan yang akan menarik minat para pelajar.

> Perubahan pada format peperiksaan Bahasa Tamil GCE Peringkat ‘O’ bermula dari 2006 untuk mengurangkan penekanan pada penghafalan, meningkatkan ujian dalam konteks dan menambah pertimbangan bagi komponen bertutur/mendengar.

Mengapa kami lakukan ini?

> Untuk menjadikan Bahasa-bahasa Ibunda sebagai bahasa-bahasa “hidup” yang akan digunakan oleh para pelajar dalam situasi harian dan menanam minat para pelajar dalam Bahasa Ibunda dan budaya kaum mereka agar berkekalan sepanjang hayat.

28: Sekolah Menengah } Memupuk Setiap Kanak-kanak

SEKOLAHMENENGAH

Dokumen terkait