• Tidak ada hasil yang ditemukan

(2) Peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi hospital persendirian, rumah bersalin persendirian dan

persendirian berlesen, rumah bersalin persendirian dan rumah rawatan persendirian yang sedia ada.

120. (1) Semua hospital persendirian, rumah bersalin

persendirian dan rumah jagaan kejururawatan persendirian

yang dilesenkan atau disifatkan telah dilesenkan di bawah

Akta Hospital Persendirian 1971 hendaklah, pada tarikh

mula Akta ini mula berkuatkuasa, disifatkan telah

mempunyai lesen di bawah Akta ini.

(2) Peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi

hospital persendirian, rumah bersalin persendirian dan

rumah rawatan persendirian itu seolah-olah hospital

persendirian, rumah bersalin persendirian dan rumah

rawatan persendirian itu telah dilesenkan di bawah Akta

ini.

(3) Ketua Pengarah boleh mengubah atau membatalkan apa-apa syarat yang dikenakan ke atas mana-mana hospital, rumah bersalin dan rumah rawatan persendirian.

121. (1) Menteri boleh menetapkan peruntukan

tambahan sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suaimanfaat bagi maksud menghapuskan apa-apa kesukaran yang disebabkan oleh pemakaian Akta ini ke atas hospital, rumah bersalin dan rumah rawatan persendirian yang telah diluluskan, ditubuhkan atau dilesenkan di bawah Akta Hospital Persendirian 1971.

Kuasa Menteri untuk membuat peruntukan peralihan. Akta 43. (2) Kuasa Menteri di bawah subseksyen (1) hendaklah

termasuk kuasa untuk membuat apa-apa ubahsuaian bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

122. Seseorang yang sebelum sahaja Akta ini mula berkuat kuasa telah menyenggarakan atau mengendalikan suatu klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta boleh terus menyenggarakan, menyediakan atau mengendalikan klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta tanpa pendaftaran di bawah Akta ini jika dalam masa enam bulan pertama dari tarikh Akta ini mula berkuat kuasa suatu permohonan bagi pendaftaran dibuat di bawah Akta ini.

Peruntukan kecualian dan peralihan berhubungan dengan klinik perubatan swasta dan klinik pergigian swasta yang sedia ada.

BAHAGIAN II

3. Bahagian II bertujuan mengadakan peruntukan bagi mengawal kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta.

4. Fasal 3 menyatakan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang memerlukan suatu kelulusan diperoleh sebelum ia ditubuhkan atau disenggarakan dan suatu lesen untuk mengendalikan atau menyediakan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta.

BAHAGIAN III

5. Bahagian III memperkatakan perkara-perkara yang berhubungan dengan permohonan kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta selain klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta.

BAHAGIAN IV

6. Bahagian IV memperkatakan perkara-perkara yang berhubungan dengan permohonan bagi mendapatkan lesen untuk mengendalikan atau menyediakan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta selain klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta.

BAHAGIAN V

7. Bahagian V memperkatakan perkara-perkara yang berhubungan dengan pendaftaran klinik perubatan swasta dan klinik pergigigan swasta.

BAHAGIAN VI

8. Bahagian VI menyatakan tanggungjawab pemegang lesen, pemegang perakuan pendaftaran dan orang yang bertanggungjawab. 9. Fasal 32 menghendaki kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta melantik orang yang bertanggungjawab yang hendaklah memegang apa-apa kewajipan dan tanggungjawab sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh Menteri.

10. Fasal 34 menghendaki kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta memastikan bahawa orang yang menyediakan bantuan jagaan peribadi disuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta adalah orang yang berkelayakan dan memiliki apa-apa pengalaman sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Ketua Pengarah. 11. Fasal 35 memperkatakan pernyataan dasar suatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang hendaklah meliputi apa-apa perkara sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh Menteri.

12. Perkhidmatan-perkhidmatan lain yang hendaklah disediakan oleh kcmudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta ialah mekanisme ketidakpuasan hati pesakit sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh Menteri di bawah fasal 36, pelaporan kejadian-kejadian yang tidak dapat diramalkan atau yang tidak dijangkakan kepada Ketua Pengarah sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh Meiiteri di bawah fasal 37dan rawatan dan perkhidmatan kecemasan di bawah fasal 38.

BAHAGIAN VII

13. Bahagtan VII mengandungi peruntukan-peruntukan am berhubungan dengan kelulusan, lesen dan pendaftaran. Bahagian ini memperkatakan sekatan penggunaan premis jagaan kesihatan swasta dalam fasal 39, larangan ke atas atau pengubahan peluasan struktur atau fungsian premis jagaan kesihatan swasta dalam fasal 40, pemindahan lesen untuk menyediakan atau mengendalikan dan perakuan pendaftaran dalam fasal 41.

BAHAGIAN VIII

14. Bahagian VIII bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi penggantian dan pembatalan lesen, keengganan untuk membaharui lesen, dan penggantungan dan pembatalan pendaftaran.

BAHAGIAN IX

15. Bahagian IX memperkatakan penutupan, penjualan dan pelupusan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta oleh pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran. 16. Fasal 52 memberi Ketua Pengarah kuasa untuk mengeluarkan perintah bagi penutupan sementara sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang pada pendapat Ketua Pengarah akan menimbulkan bahaya yang serius kepada orang ramai.

BAHAGIAN IX

17. Bahagian X memperkatakan bank darah. Fasal 57 menghendaki suatu perakuan untuk mengimport dan mengeksport hasil darah dan darah asli manusia bagi maksud transfusi.

BAHAGIAN XI

BAHAGIAN XII

19. Bahagian XII mengadakan peruntukan bagi jaminan kualiti bagi kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta. 20. Fasal 65 hingga 72 memperkatakan penubuhan Jawatankuasa Penilaian Kematian di peringkat kebangsaan dan di peringkat kemudahan jagaan kesihatan swasta, fungsi mereka, dan tatacara penyiasatan kes-kes kematian boleh nilai

BAHAGIAN XIII

21. Bahagian XIII memperkatakan kualiti kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta.

BAHAGIAN XIV

22. Bahagian XIV memperkatakan peruntukan-peruntukan yang berhubungan dengan Lembaga Pengurusan dan Jawatankuasa Penasihat.

BAHAGIAN XV

23. Bahagian XV memperkatakan organisasi jagaan yang diuruskan.

BAHAGIAN XVI

24. Bahagian XVI memperkatakan kuasa penguatkuasaan. 25. Kuasa seseorang Inspektor termasuklah kuasa untuk masuk dan memeriksa, kuasa untuk menggeledah dan menyita dengan atau tanpa waran, serta juga kuasa untuk mengelak kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta sebagaimana yang dinyatakan dalam fasal 88, 89, 90 dan 91.

BAHAGIAN XVII

26. Bahagian XVII adalah berhubungan dengan kuasa Menteri untuk memutuskan rayuan, mengeluarkan arahan am, memberikan pengecualian, melantik Lembaga Pelawat, menetapkan jenis sumbangan sosial atau kebajikan, menetapkan jadual fi dan membuat peraturan- peraturan.

BAHAGIAN XVIII

27. Bahagian XVIII memperkatakan perkara-perkara pelbagai seperti daftar, iklan, penyampaian notis dan penalti am.

BAHAGIAN XIX

28. Peruntukan kecualian dan peralihan terdapat dalam Bahagian XIX Rang Undang-Undang yang memansuhkan Akta Hospital Persendirian 1971 dan membenarkan Menteri membuat peruntukan peralihan u n t u k memastikan pelaksanaan lancar Akta yang dicadangkan.

IMPLIKASI KEWANGAN

Rang Undang-Undang ini akan melibatkan Kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya belum dapat ditentukan