¸
18,000 9,000 0 18,000Meters
PETA PARLIMEN PRU 14 SELANGOR
2
3
4
5 6 7
8 9 10
11 12
13 14
15 16 18 17
19
20
21
22 1
41 Hasil Kajian dan Perbincangan
Bias
Pengiraan bias adalah berdasarkan kepada perbezaan nilai peratus undi bagi kedua-dua parti BN dan PH dengan menggunakan kaedah jangkaan Pembalikan Sekata (PS) atau uniform swing.
Berikut adalah pengiraan secara ringkas dan hasil nilai bias bagi keputusan PRU ke-13 dan PRU ke-14 di Parlimen dan DUN negeri Selangor.
P RU ke-13 Parlimen
Peratus Undi: PH = 88.6%
BN = 11.4%
Maka, PS = 38.6%
Oleh sebab itu, sebanyak 38.6% pembalikan sekata berlaku daripada parti PH kepada parti BN.
Peratus undi parti PH perlu dikurangkan sebanyak 38.6% manakala peratus undi bagi parti BN perlu ditambah sebanyak 38.6%.
P RU ke-14 Parlimen
Peratus Undi: PH = 97.7%
BN = 2.3%
Maka, PS = 47.7%
Oleh sebab itu, sebanyak 47.7% pembalikan sekata berlaku daripada parti PH kepada parti BN.
Peratus undi parti PH perlu dikurangkan sebanyak 47.7% manakala peratus undi bagi parti BN perlu ditambah sebanyak 47.7%.
42 P RU ke-13 DUN
Peratus Undi: PH = 85.5%
BN = 14.5%
Maka, PS = 35.5%
Oleh sebab itu, sebanyak 35.5% pembalikan sekata berlaku daripada parti PH kepada parti BN.
Peratus undi parti PH perlu dikurangkan sebanyak 35.5% manakala peratus undi bagi parti BN perlu ditambah sebanyak 35.5%.
P RU ke-14 DUN
Peratus Undi: PH = 97.5%
BN = 2.5%
Maka, PS = 47.5%
Oleh sebab itu, sebanyak 47.5% pembalikan sekata berlaku daripada parti PH kepada parti BN.
Peratus undi parti PH perlu dikurangkan sebanyak 47.5% manakala peratus undi bagi parti BN perlu ditambah sebanyak 47.5%.
‘Disproportionality’
Nilai ‘disproportionality’ diperoleh berdasarkan peratus keseimbangan antara bilangan kerusi dengan bilangan undi pada keputusan pilihan raya sesebuah parti. Paparan di bawah
43 menunjukkan hasil pengiraan ‘Disproportionality’ (D) bagi parti BN dan PH dalam PRU ke-13 dan PRU ke-14 mengikut bahagian pilihan raya Parlimen dan DUN di negeri Selangor.
P RU ke-13 Parlimen
(D) pada parti BN: Peratus Kerusi BN = 22.7%
Peratus Undi BN = 11.4% Maka, D = 1.9%
Oleh sebab itu, berlaku lebihan perwakilan pada parti BN kerana bilangan kerusi yang dimenangi tinggi tetapi bilangan undi yang diperoleh rendah.
(D) pada parti PH: Peratus Kerusi PH = 77.3%
Peratus Undi PH = 88.6% Maka, D = 0.8%
Oleh sebab itu, berlaku kekurangan perwakilan pada parti PH kerana bilangan kerusi yang dimenangi rendah tetapi bilangan undi yang diperoleh tinggi.
P RU ke-14 Parlimen
(D) pada parti BN: Peratus Kerusi BN = 9.1%
Peratus Undi BN = 2.3% Maka, D = 4.0%
Oleh sebab itu, berlaku lebihan perwakilan pada parti BN kerana bilangan kerusi yang dimenangi tinggi tetapi bilangan undi yang diperoleh rendah.
(D) pada parti PH: Peratus Kerusi PH = 90.9%
Peratus Undi PH = 97.7% Maka, D = 0.9%
Oleh sebab itu, berlaku kekurangan perwakilan pada parti PH kerana bilangan kerusi yang dimenangi rendah tetapi bilangan undi yang diperoleh tinggi.
44 P RU ke-13 DUN
Peratus Undi: PH = 85.5%
BN = 14.5%
Maka, PS = 35.5%
Oleh sebab itu, sebanyak 35.5% pembalikan sekata berlaku daripada parti PH kepada parti BN.
Peratus undi parti PH perlu dikurangkan sebanyak 35.5% manakala peratus undi bagi parti BN perlu ditambah sebanyak 35.5%.
P RU ke-14 DUN
Peratus Undi: PH = 97.5%
BN = 2.5%
Maka, PS = 47.5%
Oleh sebab itu, sebanyak 47.5% pembalikan sekata berlaku daripada parti PH kepada parti BN.
Peratus undi parti PH perlu dikurangkan sebanyak 47.5% manakala peratus undi bagi parti BN perlu ditambah sebanyak 47.5%.
‘Disproportionality’
Nilai ‘disproportionality’ diperoleh berdasarkan peratus keseimbangan antara bilangan kerusi dengan bilangan undi pada keputusan pilihan raya sesebuah parti. Paparan di bawah
45 menunjukkan hasil pengiraan ‘Disproportionality’ (D) bagi parti BN dan PH dalam PRU ke-13 dan PRU ke-14 mengikut bahagian pilihan raya Parlimen dan DUN di negeri Selangor.
P RU ke-13 Parlimen
(D) pada parti BN: Peratus Kerusi BN = 22.7%
Peratus Undi BN = 11.4% Maka, D = 1.9%
Oleh sebab itu, berlaku lebihan perwakilan pada parti BN kerana bilangan kerusi yang dimenangi tinggi tetapi bilangan undi yang diperoleh rendah.
(D) pada parti PH: Peratus Kerusi PH = 77.3%
Peratus Undi PH = 88.6% Maka, D = 0.8%
Oleh sebab itu, berlaku kekurangan perwakilan pada parti PH kerana bilangan kerusi yang dimenangi rendah tetapi bilangan undi yang diperoleh tinggi.
P RU ke-14 Parlimen
(D) pada parti BN: Peratus Kerusi BN = 9.1%
Peratus Undi BN = 2.3% Maka, D = 4.0%
Oleh sebab itu, berlaku lebihan perwakilan pada parti BN kerana bilangan kerusi yang dimenangi tinggi tetapi bilangan undi yang diperoleh rendah.
(D) pada parti PH: Peratus Kerusi PH = 90.9%
Peratus Undi PH = 97.7% Maka, D = 0.9%
Oleh sebab itu, berlaku kekurangan perwakilan pada parti PH kerana bilangan kerusi yang dimenangi rendah tetapi bilangan undi yang diperoleh tinggi.
46 PRU ke-13 DUN
(D) pada parti BN: Peratus Kerusi BN = 21.4%
Peratus Undi BN = 14.5% Maka, D = 1.5%
Oleh sebab itu, berlaku lebihan perwakilan pada parti BN kerana bilangan kerusi yang dimenangi tinggi tetapi bilangan undi yang diperoleh rendah.
(D) pada parti PH: Peratus Kerusi PH = 78.6%
Peratus Undi PH = 85.5% Maka, D = 0.9%
Oleh sebab itu, berlaku kekurangan perwakilan pada parti PH kerana bilangan kerusi yang dimenangi rendah tetapi bilangan undi yang diperoleh tinggi.
P RU ke-14 DUN
(D) pada parti BN: Peratus Kerusi BN = 7.1%
Peratus Undi BN = 2.5% Maka, D = 2.8%
Oleh sebab itu, berlaku lebihan perwakilan pada parti BN kerana bilangan kerusi yang dimenangi tinggi tetapi bilangan undi yang diperoleh rendah.
(D) pada parti PH: Peratus Kerusi PH = 92.9%
Peratus Undi PH = 97.5% Maka, D = 1.0%
Oleh sebab itu, keseimbangan tercapai pada parti PH kerana bilangan kerusi dan bilangan undi adalah seimbang.
47 Perbincangan
Berdasarkan kepada hasil analisis bias menunjukkan berlaku pengurangan peratus undi bagi parti BN dalam PRU ke-13 dan PRU ke-14 di peringkat Parlimen. Perkara yang sama juga turut berlaku di peringkat DUN yang mana peratus undi berkurangan dari PRU ke-13 ke PRU ke-14.
Bagi parti PH pula, kedua-dua peringkat pilihan raya Parlimen dan DUN menunjukkan berlaku peningkatan peratus undi. Penguasaan parti PH dapat dilihat semakin kuat khususnya di negeri Selangor dan dalam PRU ke-14 ia menjadi sejarah dalam politik negara apabila parti ini berjaya menewaskan kerajaan BN yang telah mentadbir negara selama 63 tahun. Pelbagai faktor telah dikaji dan dikenal pasti atas kekalahan teruk parti BN dalam PRU ke-14 tersebut. Antaranya ialah masalah kepimpinan tunggak utama parti berkaitan isu tempatan dan nasional. Ini secara tidak langsung menyebabkan pengundi atau rakyat amnya mengambil keputusan untuk menukar pemerintah dalam pilihan raya yang diadakan.
Selain itu, rakyat juga tertawan dengan manifesto-manifesto yang dijanjikan oleh parti PH sekiranya parti itu diberi mandat dalam memimpin negara. Ini menyebabkan rakyat bertukar angin dalam memilih pemimpin dengan harapan supaya kerajaan baru dapat memperbaiki dan meningkatkan taraf hidup mereka. Faktor pengundi muda turut dikatakan mempengaruhi kemenangan parti PH dalam PRU ke-14 kerana golongan ini biasanya terdiri daripada pelajar dan mereka terdedah dengan isu politik melalui media sosial. Di sini dapat dilihat bahawa teknologi komunikasi dan multimedia pada masa kini juga memberi sumbangan dalam perkembangan politik negara dengan memberi kesedaran politik dalam diri rakyat.
Sistem FPTP yang diamalkan dalam sistem politik di Malaysia secara tidak langsung memberi kelebihan kepada parti BN dalam analisis ‘disproportionality’. Ini disebabkan walaupun parti BN mendapat jumlah undi yang rendah dalam pilihan raya, namun ia masih berlaku lebihan perwakilan pada parti. Tidak seperti parti PH, walaupun parti ini mendapat jumlah undi yang tinggi daripada pengundi, tetapi berlaku kekurangan perwakilan pada parti.
Nilai ‘disproportionality’ atau ketidakseimbangan meningkat bagi kedua-dua parti dalam PRU ke-13 dan PRU ke-14 tetapi peningkatan ketara berlaku pada parti BN. Jadual 5 di bawah menunjukkan hasil analisis bagi nilai ‘disproportionality’ yang melibatkan parti BN dan PH dalam kedua-dua pilihan raya yang dikaji.
48 Jadual 5. Nilai ‘disproportionality’ bagi parti BN dan PH dalam PRU ke-13 dan PRU ke-14
Parti/ Bahagian Pilihan Raya
PRU ke-13 PRU ke-14
Parlimen DUN Parlimen DUN
BN 1.9% 1.5% 4.0% 2.8%
PH 0.8% 0.9% 0.9% 1.0%
Kesimpulan
Keseimbangan dalam pilihan raya yang melibatkan bias dan ‘disproportionality’ merupakan fenomena yang berlaku secara langsung dalam sistem politik FPTP. Ini disebabkan oleh bias pemenang iaitu biasanya kemenangan parti dalam sesebuah pilihan raya melibatkan dua buah parti besar yang bertanding sesama sendiri. Seperti yang berlaku dalam pilihan raya di negeri Selangor, hanya parti BN dan PH (terutamanya parti PKR) yang mendominasi keputusan pilihan raya di negeri tersebut. Fenomena ini juga memberi kesan negatif dan tidak adil kepada parti- parti bebas yang bertanding secara individu kerana parti ini tidak berpeluang untuk memenangi mana-mana kerusi pilihan raya yang dipertandingkan. Sebagai kesimpulan, keseimbangan peratus undi dan kerusi penting dalam sesuatu keputusan pilihan raya kerana perbezaan ini akan mewujudkan fenomena bias. Keseimbangan ini juga diperlukan untuk memenuhi sokongan yang diberikan oleh pengundi dalam memilih calon dan parti tertentu. Maka, prinsip demokrasi yang mana mengatakan bahawa pemerintah adalah dipilih oleh rakyat akan terlaksana seratus peratus.
Rujukan
Amer Saifude Ghazali. (2014). Geografi Pilihanraya Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Johnston, R., Pattie, C., Dorling, D. & Rossiter, D. (2001). From votes to seats–the operation of the UK electoral system since 1945. Manchester: Manchester University Press.
Bernard Tamas. (2019). American disproportionality: A historical analysis of partisan bias in elections to the U.S House of Representatives. Election Law Journal, Volume 18, Number 1, 2019.
49 Carolina Plescia, Andrea Blais and John Hogstrom. (2020). Do people want a ‘fairer’
electoral system? An experimental study in four country. European Journal of Political Research 59: 733-751,2020.
Daniel Bochsler. (2020). Measures of vote-seat disproportionality for incomplete data.
Party Politics Journal. Penerbit SAGE Publications.
Hairol Anuar Hj. Mak Din, Ahmad Munawar Ismail dan Amira Muhd Yusuf. Signifikan nilai dalam geografi politik: Tinjauan awal demografi kelas menengah Melayu. Journal of Social Sciences and Humanities, Special Issue 3 (November 2019) 111-112, ISSN:
1823- 884x.
Konstantinos Matakos, Orestis Troumpounis dan Dimitrios Xefteris. (2016). Electoral rule disproportionality and platform polarization. American Journal of Political Science, Vol.60, No.4, (October 2016), pp. 1026-1043.
Ron Johston and James Forrest. Electoral disproportionality and bias under the alternative vote: Elections to Australia’s House of Representatives. Australian Journal of Political Science- September 2009.
Ron Johnston, David Rossiter dan Charlie Pattie. (2016). Disproportionality and bias in US Presidential Elections: How geography helped Bush defeat Gore but couldn't help Kerry beat Bush. Political Geography Volume 24, Issue 8, November 2005, Pages 952-968.
Suruhanjaya Pilihan Raya. (2013). Keputusan Pilihan Raya Parlimen dan DUN Selangor.
Dipetik daripada http://www.spr.gov.my/keputusanpilihanraya.
Suruhanjaya Pilihan Raya. (2018). Dashboard PRU14. Dipetik daripada h
ttp://www.pru14.spr.gov.my.
Suruhanjaya Pilihan Raya. (2021). Perjalanan Pilihan Raya. Dipetik daripada h
ttp://www.spr.gov.my/perjalananpilihanraya.
Wan Mazlina Wan Jama, Rosmadi Fauzi dan Amer Saifude Ghazali, 2017, ‘Pengukuran elemen ruangan dalam mempengaruhi persempadanan semula pilihan raya di Parlimen Selangor’, Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar, 26-27 September 2017, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
50 GEOGRAFI PILIHAN RAYA PARLIMEN BAGAN SERAI: ISU DAN APLIKASI
Junaidi Awang Besar1&3 Rosmadi Fauzi2&3 Mohd Muslim Said3
1&3Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran (PKPSP), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi,
Selangor, Malaysia
2Jabatan Geografi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia
3 University Malaya for Centre of Democracy and Election (UMCEDEL), Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia
Abstrak
Geografi pilihan raya adalah satu kajian mengenai proses pilihan raya atau perwakilan yang berdasarkan faktor geografi iaitu perwakilan yang berdasarkan taburan pengundi serta merupakan kajian aspek ruangan organisasi manusia dan keputusan pilihan raya. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis aspek geografi pilihan raya dengan menjadikan kawasan Parlimen Bagan Serai sebagai kawasan kajian kes. Berdasarkan kepada keputusan PRU 1959-2018 dan juga helaian mata keputusan PRU bagi kawasan Parlimen Bagan Serai serta analisis kajian sekunder, serta pemerhatian di lapangan mendapati kawasan Parlimen Bagan Serai merupakan kawasan luar bandar yang dihuni majoriti Melayu terutamanya berketurunan Banjar yang berasal daripada Indonesia mempunyai sokongan kepada BN dan PAS/PKR yang seimbang, namun kedua-dua parti politik tersebut mempunyai penyokong atau kubu kuat di kawasan Daerah Mengundi tertentu iaitu BN di Alor Pongsu, Matang Gerdu, Changkat Lobak, Parit Simpang Lima, Kedai Dua, Pandak Puteh, Kubu Gajah, Kota Bandung, Telok Medan, Jalan Gula, Kampong Dew, Matang Jelutong dan Pondok Tanjong Barat manakala PAS di Mesjid Tinggi, Parit Gabis, Parit Haji Amin, Gunong Semanggol dan Parit Haji Taib. PH/PKR pula menguasai kawasan campuran dan majoriti pengundi etnik Cina serta India di Jalan Baharu, Ladang Chersonese, Ladang Gula, Sungai Dungun, Ladang Lian Seng, Bagan Serai, Main Road Bagan Serai, Jalan Siakap and Kuala Gula. Faktor identifikasi parti, ideologi keagamaan Islam, politik pembangunan, isu semasa dan faktor calon mempengaruhi sokongan pengundi kepada parti politik yang bertanding mengikut kawasan-kawasan daerah mengundi tertentu. Justeru, kawasan ini menarik untuk dianalisis mengenai perubahan persempadanan bahagian pilihan raya, keputusan pilihan raya, faktor kemenangan atau kekalahan dan pola pengundian untuk kegunaan dan rujukan parti politik mahupun ahli akademik dan pihak berkuasa/kerajaan kelak.
Kata Kunci: Geografi pilihan raya, pengundi, keputusan pilihan raya, pola pengundian
51 Abstract
Electoral geography is a study on the electoral process or the representative of the unit or geographical factors, namely representation based on the voters distribution and is the study of human and research of human spatial organizational aspects and the election results. Thus, it was the purpose of this article is to analyze the geographic aspects of the election by making Bagan Serai parliamentary seat constituency as a case study. Based on the analysis of General Election (GE)1959-2018 and also the score sheet data of the GE for Bagan Serai parliamentary seat constituency and analysis of secondary studies, and field observations found that the Bagan Serai was a rural area inhabited by the majority Malays, especially the descent Banjar originating from Indonesia, which has support for BN and PAS was balanced, but the two political parties that have a supporter or strongholds in Polling District as BN in Alor Pongsu, Matang Gerdu, Changkat Lobak, Parit Simpang Lima, Kedai Dua, Pandak Puteh, Kubu Gajah, Kota Bandung, Telok Medan, Jalan Gula, Kampong Dew, Matang Jelutong and Pondok Tanjong Barat while PAS in the Mesjid Tinggi, Parit Gabis, Parit Haji Amin, Gunong Semanggol and Parit Haji Taib. PH leading in the area of mix ethnics and majority of Chinese and Indian voters in Jalan Baharu, Ladang Chersonese, Ladang Gula, Sungai Dungun, Ladang Lian Seng, Bagan Serai, Main Road Bagan Serai, Jalan Siakap and Kuala Gula. The party identification, ideology of Islamic religious, political development, current issues and the factor of candidates affecting voters support to political parties by areas of particular voting district. Thus, this area is interesting for analysis about the changes in the delimitation of constituencies, the election results, the victory or defeat and the voting pattern for reference and use for political parties and academicians and the authorities/government later.
Keywords: Electoral geography, voters, the results of the elections, the voting pattern
52 PENGENALAN