• Tidak ada hasil yang ditemukan

Carta 2.4: Carta Organisasi MPKj;Sumber:MPKj (2014)

2.10 Pihak-pihak yang terlibat dalam Pertikaian

Pihak-pihak yang terlibat dalam sesuatu pertikaian ialah pembayar cukai yang mempunyai tunggakkan cukai taksiran, penyewa hartanah yang gagal membayar sewa, kontraktor yang tidak mematuhi kontrak, pembekal, syarikat atau pemaju dan juga orang perseorangan atau orang awam. Contoh kes yang melibatkan individu adalah kes orang jatuh longkang, pokok tumbang atau individu yang dikenakan notis oleh

pihak MPKj. Apa-apa sahaja yang menimbulkan ketidakpuasan hati dan mereka dibolehkan untuk mempertikaina tindakan MPKj itu.

Pada peringkat awal Jabatan Undang-undang sendiri terlibat dalam menyelesaikan sesuatu pertikaian. Sekiranya pertikaian yang melibatkan tuntutan liabiliti awam ia akan melibatkan pihak insuran dan pihak insurans sendiri akan melantik penilai mereka. Penilai ini bertanggungjawab untuk melihat nilai kerugian yang dialami oleh pihak yang menuntut.

2.10.1 Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) adalah mewakili anggota kakitangan awam yang terdiri daripada Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Jabatan Undang-undang, Pegawai Undang-Undang-undang, Jabatan Pengutkuasa, Pengawai Penguratkuasa dan semua Kakitangan MPKj Perbandaran Kajang.

2.10.2 Pekhidmat Awam

Seksyen 6 Akta Lembaga Pembanguan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520) Semua anggota, pegawai dan pekhidmat Lembaga, semsa menunaikan kewajipan mereka sebagai anggota, pegawai dan pekhidmat lembaga, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan (Akta 574)

2.10.3 Orang Awam atau Orang Kena Saman

Orang awam atau orang kena saman boleh sebagai individu atau syarikat atau kumpulan yang membuat tuntutan kepada MPKj atau individu atau syarikat atau kumpulan yang dituntut oleh MPKj.

2.10.4 Pemaju atau Perunding

Akta 133 mentafsirkan pemaju ialah seorang, sesuatu kumpulan orang, syarikat, firma atau pertubuhan yang mengambil bahagian dalam atau menjalankan atau mengusahakan perniagaan memajukan atau mengadakan wang bagi kemajuan atau membeli atau memajukan secara sebahagian dan mengadakan wang bagi memebeli bangunan. Pihak perunding pula merupakan orang yang di ajak berbincang bertujuan untuk mendapatkan atau memberikan khidmat nasihat pakar dalam sesuatu perkara.

Pertikaian yang boleh mengakibatkan pemaju atau perunding ialah pemaju atau perunding merupakan antara pihak yang terlibat dalam permohonan kerja tanah, permohonan pelan bangunan dan permohonan kelulusan pelan infrastruktur Pertikaian yang melibatkan pemaju atau perunding dapat dilihat dalam perundangan di bawah Akta Perncang Bandar Dan Desa (Akta 172).

2.10.5 Pemilik Pegangan

Pemilik ialah sesiapa sahaja yang mempunyai nama didalam senarai pembayar cukai dan didalam rekod cukai taksiran.

Pegangan ialah harta alih seperti kereta, motosikal, gerai alih (Stall), atau ape-apa harta yang boleh dialihkan dan harta tidak alih seperti rumah, premis perniagaan atau kilang atau apa-apa harta yang tidak boleh dialihkan.

Pemilik pegangan ini juga adalah pembayar cukai. Dimana, pembayar ialah orang yang membayar. Cukai pula ialah kadar bayaran yang dikenakan pada perkhidmatan yang disediakan seperti cukai pintu, hotel, kelab malam, pusat kesihatan dan lain-lain. Oleh itu, pembayar cukai ialah orang yang dikehendaki untuk membayar cukai perkhidmatan yang dikenakan ke atas mereka.

2.10.6 Peniaga atau pemegang lesen

Peniaga atau pemegang lesen ialah mana-mana orang yang kepadanya lesen di berikan di bawah Undang-undang Kecil Penjaja ( MPKj Perbandaran Kajang) 2007.

2.10.7 Kontraktor atau Pembekal

Kamus Pelajar Edisi Kedua (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=

kontraktor/diakses pada 2/5/2017) menjelaskan kontraktor ialah orang atau syarikat yang mengurus sesuatu seperti mendirikan bangunan, membekalkan makanan dengan ikatan perjanjian. Hanya kontraktor yg berdaftar saja yang dibenarkan membuat tawaran.

Seksyen 2 Akta Lembaga Pembanguan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520) mentafsirkan kontraktor sebagai seseorang yang menjalankan atau menyiapkan atau mengaku janji untuk menjalankan atau menyiapkan apa-apa kerja pembinaan.

2.10.8 Pihak Insurans

Pihak insurans adalah syarikat insurans yang memberikan perlindungan kepada orang awam yang membeli insurans yang telah membuat bayaran premium perlindungan yang jelas untuk mendapatkan perlindungan. Pihak insurans juga bertanggungjawab untuk membayar pampasan berupa gantirugi jika berlaku risiko kemalangan Nilai gantirugi akan di kira oleh penilai yang dilantik.

2.10.9 Pembayar cukai

Pembayar cukai adalah pihak yang bertanggungjawab untuk menjelaskan kadar bayaran cukai pintu yang telah ditetapkan oleh MPKj bagi setiap pegangan.

Sekiranya pembayar cukai gagal untuk membayar cukai pintu, tindakan susulan

undang-undang boleh di ambil dengan menyita premis bagi mendapatkan cukai yang tertunggak.

Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) menjelaskan, pembayar cukai perlu menjelaskan kadar cukai yang di kenakan keatas sesuatu pegangan perlu di bayar oleh pemengang pegangan terbabit.

2.10.10 Penyewa Hartanah

MPKj turut memberikan perkhidmatan sewaan keatas pegangan hartanah MPKj. Hartanah milik MPKj adalah seperti gerai-gerai milik MPKj dan kiosk MPKj.

Sesiapa sahaja yang berminat untuk menyewa hartanah MPKj, boleh membuat permohonan sewaan hartanah tersebut. Setiap sewaan dikenakan kadar sewaan tertentu yang telah ditetapkan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MPKJ.

Bagi tujuan kajian ini, penyewa hartanah ialah orang secara individu atau berkumpulan yang menyewa hartanah MPKj dan mengikat perjanjian dengan MPKj.

penyewa hartanah perlu membayar sewa dengan kadar sewa tertentu pada tempoh masa yang telah ditetapkan dalam perjanjian berkaitan. Sekiranya penyewa hartanah ini gagal membayar sewa, maka pihak MPKj boleh mendakwan atas kesalahan melanggar terma kontrak yang telah ditetapkan.

2.10.11 Mahkamah

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua

(http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=mahkamah/diakses pada 4/5/2017), menterjemahkan mahkamah ialah tempat untuk membicarakan sesuatu yang mempunyai hubungannya dengan undang-undang. Mahkamah terdiri daripada pelbagai jenis dan peringkat mahkamah.

Didalam Kamus Undang-undang, ILBS (2008) mentafsirkan mahkamah sebagai kediaman pemerintah, perhimpunan rasmi kaunselor-kaunselor pemerintah

berdaulat, tempat di mana keadilan ditadbirkan, dan orang-orang yang berhimpun di bawah kuasa undang-undang dengan tujuan mentadbir keadilan, iaitu hakim atau hakim-hakim.

Bagi kajian ini, mahkamah yang terlibat terdiri daripada : i) Mahkamah Majistrit

ii) Mahkamah Seksyen iii) Mahkamah Rayuan iv) Mahkamah Persekutuan

2.10.12 Timbalan Pendakwa Raya

Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=

timbalan/diakses pada 4/5/2017), timbalan adalah sinonim dengan perkataan penolong. Dimana maksudnya adalah seseorang yang membantu orang lain. Manakala menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=

pendakwaraya/diakses pada 4/5/2017), menterjemahkan pendakwa raya sebagai pegawai yg mendakwa bagi pihak kerajaan di mahkamah. Oleh itu, Timbalan Pendakwa Raya adalah orang yang membantu pegawai yang bertanggungjawab dalam mendakwa bagi pihka kerajaan di mahkmah.

Pegawai yang dilantik diberikan kuasa untuk membenarkan atau tidak membenarkan sesuatu pendakwaan dilaksanakan bagi pihak kerajaan di mahkamah.

Di MPKj, Pegawai Undang-undang perlu mendapatkan keizinan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk membuat suatu tindakan pendakwaan yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan MPKj. Pegawai Undang-undang MPKj juga adalah antara pihak yang diberikan penurunan kuasa oleh pihak Timbalan Pendakwa Raya bagi memudahkan urusan mengikut had ketetapan yang telah ditetapkan dalam surat pelantikan penurunan kuasa tersebut.

Dokumen terkait