• Tidak ada hasil yang ditemukan

MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN MAJLIS DAERAH PEKAN

TRANSFORMASI LUAR BANDAR

4.4.2. Prestasi Program RTC

4.4.2.1. Sasaran prestasi program RTC

a. Kemudahan yang disediakan di RTC adalah untuk penduduk tempatan dapat menjual produk pertanian berbentuk nilai tambah secara terus, membeli bekalan dan perkhidmatan pada harga yang rendah, mendapat kemahiran, menjalani latihan dan program pembangunan keusahawanan dan mendapat kemudahan bantuan kewangan dan beberapa perkhidmatan kerajaan. Dengan pelaksanaan program ini, adalah menjadi hasrat kerajaan agar masyarakat luar bandar lebih berdaya maju dan berdaya saing serta berupaya meningkatkan kualiti dan kuantiti produk mereka. Ini akan membolehkan produk tersebut dapat dipasarkan di seluruh negara dan akhirnya dapat menembusi pasaran eksport. Secara tidak langsung, pendapatan penduduk dapat ditingkatkan dan seterusnya menghapuskan kemiskinan tegar dan mengurangkan kadar kemiskinan secara keseluruhannya.

4.4.2.2. Prestasi Program RTC Kurang Memuaskan

a. Lawatan Audit ke RTC Pahang mendapati perkhidmatan yang disediakan adalah seperti Jadual 4.2, Gambar 4.9 dan Gambar 4.10.

Jadual 4.2

Perkhidmatan Yang Disediakan Di RTC Pahang

Perkhidmatan Yang Disediakan No. Lot

Tingkat Bawah

Kios Informasi 1 Malaysia 1A

Jabatan Imigresen

Jabatan Pendaftaran Negara

2A Pejabat Penghulu Dan Kaunter Pelbagai 3A

Anita Cake House 4A

Evergreen Cafe 5A

De Kuala Cafe 6A

Kedai Kain 1Malaysia 7A

Klinik Kesihatan 8A

Tingkat Atas

Pusat Latihan/Bilik Mesyuarat 1B

Pejabat Pengurusan RTC 4B

Akademi Solekan Dan Gaya Rambut 5B 6B

Bengkel Jahitan T-Shirt 7B

Klinik Kesihatan ( Pergigian ) 8B Sumber: Majlis Daerah Pekan

Gambar 4.9 Gambar 4.10

Bangunan RTC Pahang Antara Perniagaan Yang Beroperasi

Di RTC Pahang

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: RTC Pahang

Tarikh: 5 Oktober 2015

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: RTC Pahang

Tarikh: 5 Oktober 2015

b. Terdapat 6 buah kampung di dalam Mukim Kuala Pahang iaitu Kampung Kuala Pahang, Kampung Beruas, Kampung Marhum, Kampung Tanjung Selangor, Kampung Bentan dan Kampung Serandu. Penduduk Mukim Kuala Pahang adalah dianggarkan lebih kurang 12 ribu orang. Melalui statistik pengunjung di RTC Pahang yang disediakan oleh KKLW menunjukkan jumlah pengunjung adalah masih rendah iaitu seramai 16,472 pada tahun 2014 dan 10,455 sehingga Ogos 2015. Manakala data bagi tahun 2013 tidak direkodkan.

c. Semakan Audit terhadap rekod statistik pengunjung serta lawatan Audit mendapati perkhidmatan agensi kerajaan terutama Jabatan Pendaftaran Negara, Klinik Kesihatan 1 Malaysia dan Kaunter Pelbagai adalah menjadi tarikan utama dan banyak membantu penduduk di sini selain GIAT MARA yang menawarkan kursus kepada peserta seperti di Gambar 4.11 dan Gambar 4.12.

Gambar 4.11 Gambar 4.12

Akademi Jahitan GIAT MARA Perkhidmatan Kesihatan 1 Malaysia

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: RTC Pahang

Tarikh: 5 Oktober 2015

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: RTC Pahang

Tarikh: 5 Oktober 2015

d. Bagaimanapun inisiatif seperti pemprosesan produk agro makanan, pengurusan rantaian bekalan hasil pertanian, kemudahan pembiayaan kewangan dan agro

pelancongan masih belum beroperasi di sini. Selain itu, kemudahan kewangan yang disediakan hanya mesin ATM Bank Simpanan Nasional. Pihak Audit telah mengedarkan borang soal selidik kepada 4 unit perniagaan yang beroperasi di sini dan telah menerima maklum balas seperti di Jadual 4.3.

Jadual 4.3

Maklum Balas Soal Selidik Audit Kepada Peniaga Di RTC Pahang

Bil. Jenis

Perniagaan

Maklum Balas Soal Selidik Sambutan Pelanggan Keuntungan Tahunan Kelangsungan Perniagaan Bayaran Sewaan Cadangan/ Aduan 1. Kedai Kain 1 Malaysia Kurang Memuaskan Pulang Modal

Tidak Pasti Tertunggak Keselamatan di kawasan kedai Mohon menangani masalah haiwan ternakan yang berkeliaran di kawasan kedai. 2. Kafe Tidak memuaskan Rugi Dalam pertimbangan Sukar untuk membayar sewa kerana gaji pekerja pun sukar untuk dibayar Sistem saluran paip di singki dan tangki kumbahan bermasalah masih belum ada tindakan 3. Kedai Kek Tidak

memuaskan Rugi Ya Tertunggak kerana perniagaan mengalami kerugian Tiada

4. Kafe Tiada Maklum Balas

Sumber: Borang Soal Selidik Jabatan Audit Negara Negeri Pahang

e. Temu bual dengan penduduk sekitar mendapati hanya perkhidmatan agensi kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran, Klinik Kesihatan 1 Malaysia, Pejabat Penghulu dan kemudahan mesin ATM Bank Simpanan Nasional yang mereka sering kunjungi. Manakala perniagaan yang dijalankan di sini seperti kedai kain 1 Malaysia, kafe dan kedai kek adalah tidak menjadi pilihan penduduk kerana mereka lebih selesa mendapatkannya di bandar Pekan atau Kuantan kerana lokasi yang tidak terlalu jauh serta pilihan yang banyak. Antara jenis perniagaan yang mereka perlukan di sini adalah seperti Kedai Barangan 1 Malaysia, kedai harga murah dan produk hasil laut dan pertanian yang menjadi barangan keperluan harian mereka.

f. Pihak Audit juga mendapati RTC kurang dikunjungi oleh mereka daripada luar kawasan Kuala Pahang kerana lokasinya yang agak jauh iaitu lebih kurang 10 km daripada laluan utama Kuantan - Pekan serta kurangnya tarikan pengunjung ke RTC. Selain itu, cadangan daripada peniaga di sini juga agar MDP mengkaji balik kadar bayaran sewa dengan membuat penilaian menyeluruh tentang kehadiran pengunjung ke RTC kerana ada antara peniaga yang tidak mampu bagi meneruskan perniagaan

g. Maklum balas yang diterima daripada pengurusan RTC Pahang bertarikh 18 Februari 2016, menjelaskan inisiatif pertanian bernilai tinggi yang sedang dilaksanakan oleh RTC Pahang adalah tanaman pisang lemak manis seluas 3 ekar di Kampung Ubai, Pekan Pahang yang melibatkan 3 orang usahawan dengan 1,200 pokok pisang. Projek ini juga telah disertai seramai 30 orang penduduk kampung sekitar dengan 20 anak pokok pisang bagi setiap penduduk. Selain itu RTC Pahang juga telah mengenal pasti beberapa produk lain yang boleh diketengahkan dan telah membantu 5 usahawan ikan patin meningkatkan pendapatan mereka dalam kawasan Temerloh di bawah program Jaringan Strategik UTC-RTC-Mini RTC.

h. Manakala bagi inisiatif pemprosesan produk agro makanan dan pusat

pengurusan rantaian bekalan makanan, pihak RTC telah bekerjasama dengan

East Coast Economic Region Development Council (ECERDC) dan Universiti

Malaysia Pahang dengan membangun satu pusat pemprosesan hasil laut dan medan ikan bakar di Kuala Pahang. Pusat ini berfungsi sebagai pusat jualan hasil tangkapan penduduk tempatan dan masih dalam pembinaan seperti di Gambar 4.13 dan Gambar 4.14.

Gambar 4.13 Gambar 4.14

Pusat Pemprosesan Hasil Laut Dan Medan Ikan Bakar Di Kuala Pahang Yang

Masih Dalam Pembinaan

Pusat Pemprosesan Hasil Laut Dan Medan Ikan Bakar Di Kuala Pahang Yang

Masih Dalam Pembinaan

Sumber: Universiti Malaysia Pahang Lokasi: Kuala Pahang

Tarikh: 25 Disember 2015

Sumber: Universiti Malaysia Pahang Lokasi: Kuala Pahang

Tarikh: 25 Disember 2015

i. Maklum balas yang diterima daripada MDP bertarikh 19 Februari 2016,

menjelaskan jambatan yang dibina berhampiran Kampung Tanjung Selangor telah siap dan ini juga akan dapat menarik lebih ramai pengunjung ke Kuala Pahang.

Pada Pendapat Audit, prestasi program RTC kurang memuaskan kerana beberapa inisiatif yang ditetapkan masih belum dilaksanakan serta kurang mendapat sambutan pengunjung disebabkan lokasinya yang agak jauh daripada laluan utama.