• Tidak ada hasil yang ditemukan

Problem Statement

Dalam dokumen BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN (Halaman 23-39)

3.3 KONSEP KERJA PRIME

3.3.1 Problem Statement

Penyata masalah mesin pengiris ubi kayu manual ialah banyak menggunakan tenaga. Mesin pengisar ubi kayu manual menggunakan banyak tenaga untuk menyiapkan kerja-kerja menghiris ubi kayu. Selain itu, tapak mesin yang tidak statik. Mesin penghiris ubi kayu yang manual mudah bergerak apabila melakukan kerja-kerja

menghiris ubi kayu. Disamping itu, tidak mempunyai ciri ciri keselamatan. Mata pemotong yang terdedah boleh mendatangkan kecederaan kepada jari pengguna.

Akhir sekali, memerlukan pengguna yang ramai. Pengguna perlu menggerakkan mesin dengan tangan di samping perlu memegang mesin kerana mudah bergerak. Selain itu, pengguna juga perlu memasukkan ubi kayu kedalam mesin dalam satu

masa yang sama.

3.3.1 Penyelidikan (Research)

Menjalankan penyelidikan bermaksud mencari maklumat lebih lanjut mengenai sesuatu perkara, menyelami lebih lanjut, menjalankan kajian menyeluruh atau menyiasat dengan lebih mendalam. Penyelidikan di definasikan sebagai penyiasatan yang penuh berhati-hati, mendalam, secara bijak dan meluas mengenai sesuatu perkara atau subjek spesifik bagi reka bentuk ini penyelidikan telah dilaksanakan secara meluas sebagaimana yang telah di nyatakn dalam bab 2.

3.3.2 Invention

i. Percambahan Idea

a. Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ialah pelan tindakan yang memperlihatkan secara terperinci bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan. Ia juga berfungsi sebagai panduan dalam membantu penyelidik dalam proses

memungut, menganalisis dan membuat pentafsiran hasil daripada penyelidikan yang dijalankan. Reka bentuk penyelidikan juga menjadi model bagi membolehkan penyelidik membuat inferens berkenaan pemboleh ubah yang dikaji. Penyelidikan yang dijalankan ini merupakan kajian deskriptif yang bermatlamat untuk meninjau dan meneroka sumber ralat dalam pengukuran. Tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik dan dua ujian selari (parallel-test) dilaksanakan bagi memperolehi maklumat daripada responden.

Reka bentuk kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan mesin pengiris ubi kayu terhadap pengguna. Selain itu, penyelidik dapat mengetahui masalah yang dihadapi oleh pengguna.

b. Pemilihan Reka Bentuk Mesin Penghiris Ubi Kayu Automatik

Pemilihan reka bentuk perlu dilakukan dengan teliti. Reka bentuk yang menarik dan sesuai mampu menjadikan produk berkenaan boleh bersaing di pasaran. Reka bentuk yang dipilih adalah berdasarkan lakaran-lakaran yang telah dibuat

c. Jenis Konsep

i. Konsep 1

Kelebihan

a. Cekap dalam operasi

b. Tidak menggunakan tenaga yang banyak untuk membina projek

Keburukan

a. Kos yang tinggi

b. Rekabentuk yang ketinggalan zaman c. Sukar untuk dialih ke tempat lain

ii. Konsep 2

Kelebihan

a. Reka bentuk mesin yang cekap untuk menggendalikan b. Komponen mesin yang ringan

c. Senang dialih

Keburukan

a. Tidak dapat memenuhi rekabentuk pelanggan b. Moto jenis lama

iii. Konsep 3

Kelebihan

a. Reka bentuk yang kukuh

b. Menggunakan moto yang terkini

Keburukan

a. Menggunakan tenaga yang banyak untuk membina b. Menggunakan kos yang tinggi

ii. Pemilihan Idea

a. Menilai dan Memilih Konsep Reka Bentuk

Untuk menghasilkan projek, penyelidik perlu memilih lakaran yang paling sesuai berpandukan kriteria bentuk yang dilakarkan. Penilaian harus diberi bagi setiap reka bentuk yang dihasilkan dengan berpandukan beberapa faktor utama, iaitu:

(i) Fungsi- Projek yang dihasilkan akan berfungsi dengan berkesan. (ii) Rupa bentuk- Projek yang dihasilkan perlu mempunyai rupa bentuk. (iii) Kesesuaian bahan- Menggunakan bahan yang sesuai dan mudah diperoleh.

(iv) Kaedah binaan- Menggunakan kaedah yang sesuai dan mudah.

(v) Ketahanan- Projek yang hendak dihasilkan mempunyai ketahanan

penggunaannya.

(vi) Kos- Kos pembinaan projek tidaklah terlalu tinggi.

(vii) Kemasan- Projek yang dibina perlu mempunyai kemasan yang sesuai dan menarik.

(viii) Keselamatan- Projek mestilah selamat digunakan. (ix) Nilai komersial- Projek berpotensi untuk dipasarkan.

b. Membuat Lukisan Kerja Berdasarkan Lukisan Unjuran Ortografik

Setelah memilih lakaran yang paling sesuai, langkah seterusnya ialah membuat lukisan kerja. Lukisan kerja ini perlu dibuat dalam bentuk lukisan ortografik. Lukisan ortografik dilukis dengan mengasingkan pandangan yang berlainan,iaitu

(i) Pelan

(ii) Pandangan hadapan

Rajah 3.7 : Lakaran bahagian sisi

c. Konsep Penilaian dan Pemilihan

Penilaian dan pemilihan dianalisis dengan membandingkan konsep dengan konsep rujukan (datum). Ini dilakukan dengan memberikan mata kepada nilai setiap konsep untuk menentukan konsep terbaik. Kaedah ini dipanggil Kaedah Penilaian Matrix (jalil, M.K.A, 2000) seperti yang ditunjukkan dalam jadual. Hasilnya ditentukan dalam bentuk kebaikan dan keburukan. Oleh itu, mana-mana kelemahan ditentukan dalam konsep reka bentuk yang di pilih boleh diperbaiki.

Jadual 3.1 : Perbandingan antara konsep 1, 2, dan 3 dengan konsep rujukan NO CRITERIA INTEREST CRITERIA CONCEPT 1 CONCEPT 2 CONCEPT 3 CONCEPT REFERENCE 1 Effeiciency 5 + + - D A T U M 2 Motor 3 S + S 3 Cost 5 S - + 4 Heat Mechanism 5 - - - 5 Heat Chamber Shape 4 - + - 6 Combustion flow 4 - - - 7 Mobility 4 - S S 8 Total+ 1 3 1 0 9 Total- 4 3 4 0 10 Total overall -4 -3 -1 0 11 Total actual -6 -7 -3 0

d. Gambaran Mesin

Rajah 3.8 : Lukisan Berkomputer

e. Gambar Ortografik

iii. Pemilihan Bahan

a. Anggaran Kos

Jadual 3.2 : Anggaran kos

BIL Bahan Kuantiti Penerangan Kos

1 Pisau plate 1 Menghiris ubi kayu RM50

2 Rangka 1 Body projek RM45

3 Shaft 1 Batang RM20

4 Moto 1 Memutarkan Pisau plate RM100

5 Jaring 1 Tempat mengisi ubi kayu RM15

6 Cat 1 Mengecat body RM10

7 Lain-lain 1 RM40

Jumlah keseluruhan

RM280

iv. Pembuatan

a. Proses Pengukuran dan Pemotongan

Apabila sampai pada tahap proses pengukuran dan pemotongan ini, semua saiz ukuran atau dimensi projek harus dikaji dengan teliti. Hal ini penting dalam

dengan tepat. Mesin dihidupkan dan besi dipotong mengikut garisan yang telah dilukis pada besi sehingga semua dipotong.

Rajah 3.10 : Proses pemotongan besi menggunakan metal cutting band saw

Rajah 3.12: Proses pemotongan bahan dengan gergaji tangan

b. Proses Mengimpal Metal Inert Gases(MIG)

MIG atau dikenali sebagai kimpalan logam lengai dalam proses ini elektrod akan melebur dan bercampur dengan leburan logam induk untuk membentuk kotak kimpal. Oleh demikian, elektrod haruslah dibekalkan dengan arus yang berterusan sepanjang proses kimpalan itu dijalankan. Untuk bekalan elektrod yang berterusan, elektrod diperbuat dalam bentuk dawai yang boleh dihulurkan dari muncung pengimpal secara aotumatik pada kelajuan yang ditentukan. Gas pelindung dibekalkan melalui muncung kimpal seperti yang dilakukan secara automatik atau separa automatik.

c. Prosedur-prosedur melakukan MIG

i. Bersihkan benda kerja yang hendak dikimpal dengan menggunakan berus dawai .

ii. Letakkan plat besi di atas benda kerja dan laras arus serta tekanan mengikut kesesuai plat tersebut serta laraskan hujung mata tungsten.

iii. Lepat plat masing-masing untuk ditemukan dihujung-hujung serta lakukan kimpalan paku pada sambungan temu tersebut.

iv. Lakukan kerja MIG sehingga selesai memenuhi ruang kimpalan dengan menggunakan rod.

v. Matikan suis kimpalan MIG dan tutup tekanan gas apabila selesai kerja mengimpal sambungan silinder dan sejukkan bahan kerja

vi. Bersihkan jermang pada bahan kerja dengan menggunakan alat pembersih untuk mendapatkan hasil yang kemas.

d. Proses Merivet

Ribetting adalah satu daripada kaedah penyambungan yang serdahana.Penggunaan kaedah penyambunggan dengan ribetting ini sangat baik digunakan untuk penyambungan plat aliminium sebab plat-plat aluminium ini sangat sukar dan solder untuk dikimpal. Dari kaedah lain yang digunakkan untuk proses penyambungan kaedah ribetting inilah yang sangat sesuai digunakan dan mempunyai proses pengerjaan yang mudah dilakukan.Jenis-jenis ribet dibahagikan mengikut saiz kepalanya .

e. Prosedur-prosedur merivet

i. Pilih mata alat ribet yang sesuai.

ii. Tebuk plat dengan menggunakan mata alat yang sesuai. iii. Masukkan ribet pada plat yang telah ditebuk.

iv. Gunakkan ribeter untuk mengemaskan ribet. v. Buang besi yang telah ditanggal dari ribet.

3.3.3 Evaluation

i. Prosedur Uji Lari

Tujuan : adalah untuk menguji masa yang diambil untuk menghiris jenis ukuran ubi kayu.

Radas/ Bahan-bahan : Jam randik

Prosedur : a. Pasang suis pada mesin.

b. Sediakan jam randik untuk menguji masa. c. Ambil ubi kayu untuk menguji.

d. Masukkan ubi kayu pada corong pemasukan. e. Tekan jam randik untuk mulakan pengujian.

f. Selepas ubi kayu habis di potong, tekan stop pada jam randik untuk mengetahui masa yang diambil.

Langkah-langkah keselamatan :

a. Pastikan keadaan sekeliling selamat dan bersih.

b. Pastikan memakai jaket keselamatan dan menyediakan peralatan keselamatan.

ii. Pengrekodan Data

Jadual 3.3 : Pengrekodan data Jenis ukuran ubi

kayu

Masa yang diambil

3.4 KESIMPULAN

Kesimpulan daripada meteodologi yang kami perolehi ialah proses merekabentuk produk adalah bukan mudah kerana banyak perkara yang perlu dititik beratkan bagi memperolehi rekabentuk yang mempunyai pelbagai ciri-ciri yang unit disamping dapat memudahkan pengguna. Anggaran kos juga amat penting kerana sesuatu produk yang telah diinovasikan mestilah mempunyai keunikan disamping kos yang berpatutan bagi memperolehi barang-barang yang berkualiti.

Dalam dokumen BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN (Halaman 23-39)

Dokumen terkait