• Tidak ada hasil yang ditemukan

3.2. Pengenalan Bank Syariah Mandiri

3.2.4 Produk dan Perkhidmatan Bank Syariah Mandiri

Produk dan perkhidmatan yang telah dipasarkan oleh Bank Syariah Mandiri meliputi produk-produk deposit, pembiayaan dan lain-lain perkhidmatan, iaitu:

1. Simpanan

Jumlah simpanan yang terdiri dari pada tiga akaun secara umum iaitu akaun semasa mengunakan akad wadi‟ah, akaun tabungan menggunakan akad wadi‟ah dan akad mudharabah, dan akuan tabungan berjangka menggunakan akad mudharabah.

a. Skim Giro 86 Syariah Mandiri

Giro Syariah Mandiri adalah akaun giro yang dikelola berdasarkan prinsip al-wadhi‟ah yad al-amanah. Simpanan ini digunakan sebagai alat pembayaran dan penarikan dapat dilakukan setiap saat dengan menggunakan cek, sarana perintah pembayaran lainnya atau dengan cara pemindahan buku simpanan.87

Keranen A. Perwaaatmaja mengatakan Giro wadi‟ah merupakan dana pelabur yang dititipkan pada bank, di mana pelabur berhak mengambilnya setiap saat dan berhak mendapatkan bonus dari keuntungan pemanfaatan dana giro oleh bank, akan tetapi besar bonus tidak ditetapkan dimuka, hanya betul-betul kebijaksaan bank.88

b. Skim Tabungan Syariah Mandiri

86 Giro adalah Istilah yang paling popular digunakan dalam system perbankan di Indonesia sedangkan di Malaysia akaun ini lebih dikenal dengan akaun semasa.

87 Redaksi Sinar Grafika, Undang-undang Perbankan (Jakarta: Sinar Grafika, 2002), 68.

50 Tabungan Syariah Mandiri adalah tabungan yang dikelola berdasarkan prinsip al-mudharabah al-mutlaqah. Dengan prinsip ini, dana tabungan pelabur dapat digunakan sebagai modal pelaburan yang selanjutnya bank akan menyalurkannya untuk aktiviti pembiayaan. Pada tabungan ini bank bertekad untuk memberikan keuntungan daripada pembiyaan dengan prisnsip bagi hasil yang disepakati.

c. Skim Deposito 89 Syariah Mandiri

Deposito Syariah Mandiri adalah pelaburan yang dikelola oleh bank berdasarkan kepada prinsip al-mudharabah al-mutlaqah. Berdasarkan prinsip ini dana dilaburkan oleh bank sebagai pelaburan yang selanjutnya disalurkan untuk aktiviti pembiayaan. Bank bertekad untuk memberikan keuntungan dari pembiayaan ini dengan prinsip perkongsian untung yang telah disepakati antara pendeposit dan bank semasa akad dibuat.

d. Tabungan “MABRUR”

Tabungan MABRUR adalah tabungan pelaburan untuk membantu masyarakat muslim dalam merancang ibadah haji dan umrah, berdasarkan kepada prinsip mudharabah al-mutlaqah. Dana yang dilaburkan oleh pelabur tidak dikeluarkan kecuali membayar Biaya Perjalan Ibadah Haji (BPIH) atau dalam keadaan kecemasan yang mesti dibuktikan oleh pelabur calon haji yang berkenaan.90

89 Istilah deposit ini paling popular digunakan di Malaysia, sedangkan di Indonesia istilah ini lebih dikenal dengan istliah deposito yang pemahamannya kepada deposito berjangka.

90 Lailatul Maghfiroh, Pelaksanaan Talangan Haji Pada Pt. Bank Syariah Mandiri (Persero), Tbk

51

2. Pembiayaan

Pengagihan pembiayaan mengikut sektor ekonomi meliputi pertanian, industri, pertambangan, perdagangan, pernigaan perkhidmatan, hartanah dan lain-lain.

Produk pembiayaan di Bank Mandiri atas dasar prinsip murabahah, mudharabah dan musyarakah. Produk pembiayaan pembinnaan dan pembuatan menggunakan prinsip Bay al-tisna‟, Kafalah, Rahn dan Hiwalah.91

a. Murabahah

Pembiayaan atas dasar jual beli dengan harga jual berdasarkan atas modal yang diketahui bersama dan ditambah dengan margin keuntungan bagi bank yang telah didepakati. Margin keuntungan adalah selisih harga jual dandengan harga modal yang disepakati.92

Jenis pembiayaan yang dapat diberikan dengan skim ini adalah Pembiayaan Pembelian Rumah (PPR), Pembiayaaan Pembelian Kenderaan Bermotor (PPKR) pembiayaan dalam rangka export/import atau SKBDN, pembiayaan barangan modal dan lain-lain.

b. Mudharabah

Pembiayaan secara total daripada keperluan pelabur yang diberikan oleh bank. Keuntungan dari pada usaha ini dibahagikan bersama sesuai dengan nisbah yang

91“Bank Syariah Mandiri” dicapai 10 Februaray 2013, http://www.Syariahmandiri.co.id/.

92Muhammad Ibn Ahmad Ibn Muhammad Ibn Rusyd, Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid (Beirut: Dar al-Qalam, 1998), 2:216.

52 disepakati. Nisbah adalah bahagian keuntungan usaha bagi setiap pihak yang kadarnya ditetapkan berdasarkan kesepakatan.93

Jenis usaha yang dapat dibiayai ialah perdagangan, industri pembuatan, usaha atas dasar kontrak dan lain-lain.

Risiko usaha/kerugian titanggung penuh oleh bank, kecuali kerugian akibat kelalaian seperti penyelewengan, kecurangan dan penyalahgunaan.

c. Musyarakah

Skim ini menerapkan konsep pembiayaan bersama (kongsi), dimana pihak bank dan pelabur masing-masing berdasarkan kesepakatan memberikan sumbangan dan sesuai dengan keperluan moda kerja. Selanjutnya keuntungan perniagaan dibahagi bersama sesuai dengan nisbah yang disepakati.94

Jenis usaha yang dapat dibiayai antara lain perdagangan, industri, usaha atas dasar kontrak dan lain-lain dengan risiko usaha ditanggung bersama antara pihak bank dan pelabur sesuai dengan saiz sumbungan setiap pihak.

d. Pembiayaan pembinaan dan pembuatan dengan prinsip bay‟ al-istisna‟

Produk ini merupakan derivatif Murabahah. Di dalam perjanjian pelabur selaku pembeli/pemesan membuat pesanan barangan dan wang muka kepada bank selaku penjual dengan janji akan mengirimkan barangan pada waktu dan tempat yang ditentukan pada masa yang akan datang. Kemudian bank akan melanjutkan pesanan (re-order) kepada pihak lain iaitu kontraktor atau pengeluar (untuk membuat barangan pesanannya). Bank

93 Muhammad al-Khatib al-Syarbini (1959), Mughni al-Muhtaj (Kaherah: Syarikah Maktabah wa Matba’ah Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladih, 1959), 2:303.

53 akan mengambil keuntungan daripada perbezaan antara harga bank dan harga penjual tulen.95

e. Hiwalah

Produk Hiwalah merupakan produk perbankan yang bersifat sama seperti memindahkan kepada akaun penerima atau kepada pemberi hutang dimana komisyen atau upah dikenakan untuk perkhidmatan.96

f. Gadai Emas Syariah Mandiri (Rahn)97

Produk ini dirancang untuk turut membantu pembiayaan dengan pola gadai emas sesuai prinsip Syariah. “Gadai Emas” Syariah Mandiri memberikan layanan istimewa kepada masyarakat seperti mana keistimewaan kepada pelanggan bank. Proses yang cepat, sistem automatik dan on-line.

Dokumen terkait