• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jawatan Jumlah

Profesor Universiti Pensyarah Universiti Pengarah IKIM

Pengetua Sekolah Antarabangsa Pengetua Cemerlang Jusa C Pengetua DG52 Timbalan Pengetua DG 52 Timbalan Pengetua DG48 Guru Kanan Guru 2 1 1 1 1 1 1 1 3 3 Jumlah 15

Jadual 3.2 di atas menunjukkan jawatan yang di sandang oleh panel pakar yang terlibat dalam kajian ini. Terdapat dua orang Profesor yang terlibat di dalam kajian ini. Di mana ke dua-dua Profesor ini merupakan pakar dalam Kepimpinan Islamik dan menjadi pakar rujuk sama ada di dalam negara mahu pun di luar negara. Kedua-dua Profesor ini sedang berkhidmat di universiti awam di Malaysia. Seorang pensyarah universiti awam telah bersetuju menjadi panel pakar di dalam kajian ini. Beliau adalah pakar dalam Kepimpinan Islamik dan beliau telah membuat kajian phd beliau dalam kualiti guru pendidikan Islam di Sekolah Menengah kebangsaan. Seorang lagi panel pakar yang terlibat ialah Pengarah di Institut Kefahaman Islam Malaysia dan merupakan penyelidik yang sangat aktif terutamanya yang melibatkan hal-hal yang berkaitan guru dan pendidik.

University

107

Seorang Pengetua Cemerlang Jusa C (Jawatan Utama Sektor Awam) telah di pilih. Beliau merupakan seorang pengetua cemerlang dan telah membuka tiga buah Maktab Rendah Sains Mara dan seorang yang mempunyai pengalaman yang luas dalam pendidikan. Seorang pengetua, Timbalan Pengetua DG52 dan Timbalan Pengetua DG48 telah bersetuju menjadi panel pakar. Beliau merupakan pemimpin pendidikan di sekolah yang mempunyai pengalaman yang luas dalam kepimpinan. Ketiga-tiga orang pakar ini pernah menyandang jawatan guru kanan, guru cemerlang dan sebagai Timbalan Pengetua. Mereka pernah beberapa kali menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sepanjang perkhidmatan mereka. Tiga orang guru kanan telah di pilih sebagai panel pakar. Dua orang guru kanan tersebut merupakan Guru Kanan Pendidikan Islam dan seorang Guru Kanan Sejarah. Mereka mempunyai pengalaman yang luas sebagai pendidik, berkhidmat sekurang-kurangnya 18 tahun dan pernah menyandang jawatan Ketua Jabatan. Pengkaji juga telah mendapatkan panel pakar di kalangan tiga orang guru. Guru yang terlibat mempunyai latar belakang yang berbeza di mana mereka mengajar subjek Pendidikan Islam, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pemilihan panel pakar ini penting untuk melihat pandangan mereka berkaitan Kepimpinan Murabbi dari perspektif guru. Mereka juga mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya lima tahun dan terlatih. Disamping itu juga, mereka telah mempunyai pendidikan di peringkat Sarjana dan sekurang-kurangnya peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Saiz sampel yang di pilih adalah berdasarkan kepada kajian terdahulu yang menggunakan teknik Delphi. Dalam kajian Muhammad Faizal A. Ghani (2008), beliau menggunkan seramai lima belas orang pakar dan empat pusingan teknik Delphi. Manakala Rosnah Ishak (2013) juga menggunakan seramai 15 orang pakar dan tiga pusingan teknik Delphi di dalam kajian beliau. Rusilawati Othman (2007) dalam kajian beliau menggunakan Delphi tiga pusingan dan melibatkan seramai empat belas orang pakar. Manakala Zaharah

University

108

Hussin (2008) pula menggunakan teknik Delphi dua pusingan dengan penyertaan lapan orang pakar. Seramai sepuluh orang pakar Bahasa Melayu telah di gunakan dan teknik Delphi dua pusingan telah digunakan oleh Chin (2009) di dalam kajian beliau. Seramai dua puluh satu orang pakar telah digunakan dan teknik Delphi Ubah Suaian dua pusingan telah di jalankan oleh Norlidah Alias (2010) dalam kajian beliau.

Sejumlah lapan hingga dua puluh satu orang pakar boleh digunakan di dalam teknik Delphi ini. Ini di sokong oleh pendapat Smulkoski et al. (2007) yang menyatakan jumlah pakar yang memadai digunakan di dalam teknik Delphi ini adalah seramai sepuluh hingga lima belas orang. Sejumlah sepuluh hingga tiga puluh orang pakar di cadangkan oleh Daniel dan White (2005) bagi menjalankan kajian dengan menggunakan teknik Delphi. Berikut adalah jadual panel pakar yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian yang telah dikenal pasti kepakaran mereka mengikut bidang dan persoalan kajian.

3.6.3 Peserta Kajian Fasa Penilaian

Pada fasa ini, model murabbi dinilai semula berdasarkan kepada fasa terdahulu. Sampel yang besar digunakan dalam fasa ini bagi menguji dan menilai model murabbi yang dibentuk. Kaedah yang digunakan bagi menilai model murabbi ini terhadap sampel kajian adalah dengan menggunakan kaedah kuantitatif.

3.7 Kriteria Pemilihan Sampel

Bagi menentukan kaedah pemilihan sampel, pendapat Krejcie dan Morgan (1970), dan pendapat Sekaran (2003) telah diguna pakai sebagai panduan. Berdasarkan kepada jadual penentuan saiz sampel (Chua Yan Piaw, 2006) yang mengambil penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970) sekiranya jumlah populasi mencecah angka 3,500 orang,

University

109

sampel kajian hendaklah tidak kurang dari 346 orang. Jika populasi adalah sebanyak 60 orang, sampel kajian adalah sebanyak 52 orang. Manakala jika populasi sebanyak 55 orang, sampel kajian hendaklah sekurang-kurangnya 48 orang. Jika diambil kira responden simpanan bagi mengelakkan kes-kes di mana responden dalam sampel hilang (tidak memberikan kerjasama atau sudah pindah). Menurut Chua Yan Piaw (2006), responden-responden simpanan akan menggantikan responden yang hilang. Beliau juga turut menyatakan satu sampel yang baik hendaklah yang paling hampir mewakili keseluruhan populasi berkenaan. Ini turut dinyatakan oleh Van Dalen (1993) iaitu prosedur yang selamat bagi mendapatkan sampel yang mencukupi ialah dengan menggunakan sampel yang sebesar mungkin.

Pemilihan sampel kajian tinjauan (sampel guru) yang berbentuk persampelan bertujuan adalah untuk memastikan maklumat yang diperolehi akan menjawab soalan kajian. Peserta kajian hendaklah mempunyai kriteria yang ditetapkan supaya mereka dapat memberikan maklumat yang diperlukan dengan seberapa baik (Mason. 2002, Ritchie & Lewis. 2003). Menurut Chua (2006), pemilihan saiz sampel melibatkan pertimbangan antara ketepatan, kos, ujian statistik, ciri-ciri variabel dan saiz populasi. Pemilihan juga mengambil kira pengalaman mengajar di sekolah tersebut di bawah pimpinan pengetua sedia ada. Pemilihan sampel kajian juga dibuat berdasarkan jarak lokasi kajian yang tidak menyukarkan ketersampaian pengkaji bagi memudahkan kajian dilaksanakan. Semua sampel kajian adalah bertaraf tetap dan memiliki sekurang-kurangnya Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan setaraf dengannya, dan telah disahkan dalam jawatan. Manakala faktor yang terpenting ialah sampel kajian bersedia melibatkan diri dalam kajian ini secara sukarela. Sampel kajian mestilah beragama Islam dan pernah mendapat pendidikan Islam secara formal. Sampel kajian ini telah diberikan taklimat terlebih dahulu berkaitan maksud istilah Murabbi dan juga matlamat kajian dijalankan.

University

110

Penetapan sampel kajian ini dibuat adalah dengan anggapan guru-guru yang telah disahkan dalam jawatan mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya setahun dan telah benar-benar terlatih. Sampel kajian juga hendaklah dengan sukarela melibatkan diri dalam kajian ini bagi memperolehi maklumat yang bersesuaian dan bertepatan dengan keadaan sebenar bagi menjawab persoalan kajian.

3.8 Kriteria Pemilihan Lokasi

Kriteria pemilihan lokasi di buat berdasarkan kepada sebelas buah negeri yang terlibat. Di mana soalan kaji selidik dihantar secara kepada sekolah-sekolah yang terlibat iaitu Maktab Rendah Sains Mara dan sekolah menengah kebangsaan yang terpilih. Ini di tunjukkan dalam jadual 3.3 di bawah.