• Tidak ada hasil yang ditemukan

PROSA TRADISIONAL – KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

Dalam dokumen MODUL MONOTOS BAHASA MELAYU SPM 2021 (Halaman 37-40)

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti.Kemudian,tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka sembah Laksamana, “Daulat tuanku, mohonkan ampun dan kurnia; ada penjurit ini bukan penjurit negeri ini, penjurit negeri lain.”

Maka titah baginda, “Apatah sebabnya maka dapat dicurinya oleh penjurit itu?”

Maka sembah Bendahara, Daulat tuanku Syah Alam, ada pun pekerjaan berkawal itu pekerjaan Temenggung; apabila Temenggung tiada bercakap, Laksamana pula mengerjakan dia.”

Maka titah raja, “ pada malam ini Temenggung sendiri keluar berkawal.”

Maka sembah Temenggung, “Daulat tuanku, patik sendiri masuk berkawal.” Maka Temenggung pun mohon kembali ke rumahnya berkerah segala hambanya lima ratus orang dengan alat senjatanya.

Setelah hari malam maka Kartala sari pun masuklah ke dalam kota . Maka didengarnya bunyi orang berkawal dan bunyi lembing perisai gemeretak. Maka kartala Sari pun membaca pustakanya lalu ia berjalan pada tengah orang banyak itu lalu masuk ke rumah Bendahara. Maka dicurinya harta yang kemas-kemas lalu dibawanya kembali.

Setelah hari siang maka Bendahara pun gemparlah menyatakan kecurian.

Maka Bendahara pun berdatang sembah “ Ya tuanku, patik mohon ampun, pada malam ini patik habis kecurian, habislah harta dan kemas-kemas.”

Maka titah raja , “Hai Temenggung, tidakkah kita titahkan Temenggung sendiri pada malam berkawal ? Mengapakah pada malam ini mamak Bendahara kecurian ini?”

Bahasa Melayu Standard

Laksamana bersembah kepada raja “Daulat tuanku mohon ampun dan kurnia, memaklumkan bahawa penjurit itu bukannya orang tempatan, tetapi orang yang datang dari luar.

Raja bertitah,” Bagaimana penjurit itu dapat melakukan pencurian?”. Bendahara bersembah memaklumkan kepada sultan bahawa tugas berkawal itu adalah tanggungjawab Temenggung. Tetapi disebabkan tiada arahan daripada Temenggung tugas tersebut diambil alih oleh Laksamana.”

Raja bertitah, “pada malam ini Temenggung sendiri berkawal”. Temenggung bersembah,” Baik tuanku, patik sendiri akan berkawal.” Temenggong memohon pulang ke rumahnya. Temenggung telah mengerah orang bawahanya seramai lima ratus orang yang lengkap dengan segala senjata.

Apabila malam menjelang Kertala Sari pun masuk ke dalam kota dan didapati orang sedang berkawal dengan senjata dan perisai serta mengeluarkan bunyi yang kuat. Kertala Sari membaca jampi sambil melalui di tengah orang yang berkawal dan masuk ke rumah Bendahara mencuri harta dan barang kemas.

Keesokan harinya Bendahara gempar kerana mendapati harta dan barang kemasnya dicuri. Bendahara datang bersembah“ Ya tuanku, patik mohon ampun, pada malam ini habis harta dan barang kemas patik dicuri.”

Raja bertitah kepada Temenggung, “Hai Temenggong, bukankah beta titahkan Temenggung sendiri yang berkawal?. Mengapakah pada malam ini Bendahara kecurian?”

KEPIMPINAN MELALUI TELADAN (muka surat 33)

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti.Kemudian,tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka sembah Temenggung, “Ya tuanku, patik mohonkan ampun dan kurnia; adapun pada malam ini patik sendirinyalah berkawal. Pada segenap pintu dan rumah saudagar dan orang kaya-kaya patik sudah tunggui; maka seorang pun tiada bertemu dengan patik-patik itu. Maka titah duli yang maha mulia patik junjung.” Maka Laksamana pun berdatang sembah, “Ya tuanku, adapun penjurit yang datang ini bukan barang-barang penjurit, lebih tahunya daripada patik. Jika ada derma kurnia, patik hendak memohon ke bawah duli hendak cuba bermain dengan penjurit itu.” Maka titah raja, “Adapun Laksamana itu tiadalah dapat jauh daripada kita, jikalau Laksamana pergi berkawal, siapa teman kita di istana ini? Yang kita harapkan hanyalah Laksamana.” Maka Laksamana pun berdiam dirinya mendengar titah raja demikian itu. Hatta beberapa hari maka segala orang kaya-kaya dan saudagar itu pun habis kecurian; syahadan semuanya datang menghadap raja. Maka raja pun tiada terkata-kata lagi.

JAWAPAN:

Lalu/ Kemudian sembah Temenggung, “Ya tuanku, patik memohon ampun dan kurnia;

adapun/ sebenarnya/ sesungguhnya/ sememangnya pada malam semalam patik sendirilah yang berkawal. Pada semua/setiap pintu dan rumah saudagar dan orang kaya-kaya itu telah patik jagai/kawal; maka/namun/tetapi tidak ada seorang pun ditemui oleh orang-orang patik.

Kemudian/ Lalu titah duli yang maha mulia patik junjung.” Kemudian/ Lalu/ Seterusnya Laksamana pun berdatang sembah, “Ya tuanku, adapun sebenarnya/ sesungguhpun penjurit/

pencuri yang datang ini bukanlah sebarang penjurit/ pencuri, lebih banyak tahunya/ bijaknya/

cerdiknya/ liciknya daripada patik. Jika/ Jikalau/ Sekiranya/ Andai kata ada derma kurnia, patik hendak memohon ke bawah duli untuk cuba mencabar/ menguji penjurit/pencuri itu.” Lalu/

Kemudian titah raja/ raja bertitah, “ Adapun/ Sememangnya/ Sesungguhnya Laksamana ini tidaklah dapat berjauhan daripada kita/beta, jikalau/jika/ sekiranya/andai kata Laksamana pergi berkawal, siapakah yang akan menemani kita/beta di istana ini? Yang kita/beta harapkan hanyalah Laksamana.” Lalu /Kemudian Laksamana pun berdiam diri/mendiamkan diri semasa mendengar titah raja demikian/sedemikian itu. Selepas/Setelah beberapa hari maka/lalu/

kemudian semua orang kaya-kaya dan saudagar itu pun habis kecurian; seterusnya/ selanjutnya semua orang datang menghadap raja. Kemudian/ Lalu raja pun tidak terkata-kata lagi/ terdiam.

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti.Kemudian,tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka sembah Laksamana, “Pada firasat patik, pada malam itu datang pula penjurit itu ke istana kita ini.”

Maka titah raja, “Apa bicara kita supaya penjurit itu tiada beroleh masuk ke istana ini?”

Maka sembah Laksamana, “Daulat tuanku, ada suatu perbuatan; hikmat itu daripada penjurit yang tahu patik peroleh.”

Maka titah baginda, “Segeralah perbuat, kekasihku Laksamana, hikmat itu.”

Maka sembah Laksamana, “Ya tuanku, pada malam ini lepaskanlah patik pergi berkawal, tiada jauh.”

Maka baginda bertitah, “Baiklah.”

Maka Laksamana pun menyuruh membawa segala senjata yang banyak- banyak itu, lembing dan tombak dan kayu. Maka diatur oleh Laksamana berkeliling istana itu. Maka dibubuhnya suatu hikmat, radak- meradak dan tetak- menetak sama sendirinya dan kayu itu pun palu- memalu, terlalu gemuruh bunyinya.

---

Skema

Sembah Laksamana, “Pada pendapat patik, pada malam nanti, pencuri itu akan datang pula ke istana kita ini.”

Raja bertitah, “Apa pandangan kita supaya pencuri itu tidak dapat masuk ke istana ini?”

Sembah Laksamana, “Daulat tuanku, ada suatu perbuatan hikmat daripada pencuri yang patik juga tahu.”

Baginda bertitah, “Laksanakanlah segera hikmat itu, kekasihku Laksamana.”

Sembah Laksamana, “ Ya Tuanku, pada malam ini, perkenankanlah patik untuk pergi berkawal tidak jauh dari istana.”

Baginda bertitah, “Baiklah.”

Laksamana menyuruh agar dibawanya pelbagai jenis senjata yang banyak seperti lembing, tombak dan kayu. Dibubuhnya suatu sihir menyebabkannya tikam-menikam dan tetak-menetak sesama sendiri dan kayu pula palu-memalu sehingga mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat.

Dalam dokumen MODUL MONOTOS BAHASA MELAYU SPM 2021 (Halaman 37-40)

Dokumen terkait