BIL KENDALIAN SEBELUM KENDALIAN SEMASA KENDALIAN SELEPAS KENDALIAN
1. Peralatan Sinaran (Keselamatan Umum)
1. Peralatan sinaran hendaklah dipastikan dalam keadaan baik dan ditempatkan dilokasi yang diluluskan oleh AELB.
2. Peralatan pemonitoran peribadi atau dosimeter saku akan disediakan kepada pekerja sinaran mengikut pengkelasan kawasan kerja atau sebagaimana ditetapkan oleh UKKP/JPSU.
3. Alat pengesan sinaran (meter tinjau) perlu sentiasa berfungsi dengan baik, iaitu sekurang-kurangnya 1 unit untuk setiap kawasan kerja (work unit) yang mempunyai peralatan sinaran atau sebagaimana yang ditentukan oleh UKKP/JPSU.
4. Peralatan sinaran hendaklah dikendalikan oleh pekerja sinaran yang berkelayakan.
5. Rekod keluar masuk peralatan sinaran hendaklah di rekodkan di dalam buku log dan perlu disahkan oleh staf yang dipertanggungjawab oleh Ketua PTJ.
6. Kemudahan penstoran hendaklah dikunci semula setelah peralatan sinaran dikeluarkan.
7. Sekiranya kemudahan penstoran telah dikosongkan, lambang amaran sinaran perlu ditanggalkan.
1. Tahap sinaran luar akan sentiasa diukur bagi memastikan tiada kebocoran.
2. Pekerja atau individu yang tidak terlibat dengan pengendalian sinaran tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan kawalan atau seliaan
1. Semua peralatan pemeriksaan sinaran seperti lencana filem, TLD atau dosimeter saku dan juga alat pengukur/pengesan sinaran diletakkan kembali ke tempat asal setelah digunakan.
2. Semua pengendali/pekerja akan merekodkan di dalam buku log setelah kerja melibatkan dedahan sinaran selesai dilakukan. Segala insiden atau masalah yang berlaku akan juga dilaporkan kepada Penyelia, PPS PTJ dan UKKP.
3. Dos dedahan peribadi (dari bacaan serta merta dosimeter saku atau seumpamanya) yang diterima setiap kali kerja sinaran selesai akan direkodkan oleh pekerja di dalam buku log yang disediakan oleh PTJ.
4. PPS PTJ akan mengurus/
menghantar lencana filem/meter tinjau kepada UKKP untuk dianalisa/ditentukur oleh ANM atau Agensi yang diiktiraf AELB.
2. Operasi Biasa 2.1 Punca/Bahan
Radioaktif Terkedap
1. Sebarang kerja-kerja hendaklah dirancang terlebih dahulu dan teknik-teknik pengawalan seperti penggunaan perisai, jarak dan masa hendaklah diambil kira didalam perancangan tersebut bagi mengelakkan dedahan yang tidak diperlukan.
2. Eksperimen-eksperimen yang memerlukan penggunaan punca terkedap yang berkeaktifan tinggi hendaklah dijalankan dengan menggunakan bahan-bahan bukan radioaktif atau 'dummy' bagi melatih-melatih pekerja-pekerja terlebih dahulu sebelum menggunakan bahan-bahan radioaktif yang sebenar.
1. Jangan memegang punca terkedap dengan tangan, gunakan alat-alat keselamatan yang disediakan mengikut keperluan seperti 'tongs', sarung tangan dan seumpamanya.
2. Bahan-bahan radioaktif hendaklah mempunyai maklumat-maklumat berikut;
(i) Nombor siri atau tanda pengenalan lain bagi punca
(ii) Jenis punca, tarikh diterima serta keaktifannya semasa diterima
(iii) Segala pergerakkan punca
(iv) Segala ujian yang telah dilakukan keatas punca.
(v) Simbol/lambang sinaran yang ditetapkan
3. Punca-punca radioaktif yang tidak digunakan lagi hendaklah disimpan di dalam tempat/stor yang khas untuknya
1. Setiap punca radioaktif hendaklah sentiasa diketahui tentang kedudukan dan keadaannya selepas digunakan.
2. Rekod-rekod mengenainya hendaklah sentiasa dikemaskini dan diaudit.
2.2 Punca/Bahan Radioaktif Tak Terkedap
1. Sebelum menjalankan sebarang eksperimen yang melibatkan bahan radioaktif, prosedur kerja hendaklah difahami terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan kesilapan.
2. Semua kerja yang melibatkan punca-punca tak terkedap hendaklah dijalankan di dalam kawasan yang terkawal dan dilengkapi dengan sistem pemeriksaan bagi mengesan kewujudan cemaran yang mungkin terhasil terhadap penguna-pengguna, peralatan dan kawasan.
1. Gunakan dengan sepenuhnya segala kemudahan dan peralatan keselamatan yang disediakan seperti kebuk wasap, sinki radioaktif, sarung tangan, bekas-bekas sisa dan seumpamanya.
2. Jangan samasekali menggunakan mulut untuk kerja-kerja yang melibatkan bahan radioaktif. Makan, minum dan merokok adalah dilarang samasekali semasa berada di dalam kawasan radioaktif.
1. Setelah selesai menjalankan eksperimen, tangan hendaklah dibasuh, dikeringkan dan diperiksa dengan alat pengesan.
Seluruh anggota badan, terutamanya bahagian kaki hendaklah diperiksa dan dipastikan bebas daripada sebarang cemaran bahan radioaktif.
2. Seluruh kawasan kerja dan peralatan-peralatan yang
3. Gunakan pakaian/alat perlindungan diri (ALD) yang sesuai bagi melindungi diri daripada dicemari bahan-bahan radioaktif seperti kot makmal, sarung tangan, kasut bertutup dan seumpamanya. Teknik-teknik dan cara-cara memakai dan membuka pakaian ini juga perlu dipelajari dan difahami bagi mengelakkan cemaran.
4. Jangan mengeluarkan bahan radioaktif melebihi daripada yang dikehendaki.
5. Cara-cara yang sesuai dan selamat hendaklah digunakan untuk memindahkan bahan-bahan radioaktif daripada satu bekas ke bekas yang lain.
6. Setiap bekas yang digunakan untuk bahan-bahan radioaktif hendaklah dilabelkan dengan tanda-tanda amaran bahan radioaktif yang memberikan maklumat-maklumat berikut;
(i) jenis dan ciri kandungan (ii) keadaan fizikalnya (iii) aktivitinya
(iv) kadar dos pada bahagian permukaan luar bekas
(v) kadar dos pada jarak yang tertentu
(vi) Simbol/lambang sinaran yang ditetapkan
tercemar hendaklah sentiasa diperiksa dengan alat pengesan bagi memastikan kawasan tersebut sentiasa bebas daripada cemaran bahan-bahan radioaktif yang tidak diingini.
3. Keputusan pemonitoran/
pemeriksaan Perkara 1 dan 2 di atas hendaklah direkod di dalam buku log.
2.3
Mesin Sinar-X 1. Hanya pekerja atau mereka yang telah diberi latihan dan mempunyai pengetahuan tentang cara-cara kendalian yang betul dan tahu tentang bahaya-bahaya yang terlibat dibenar mengendalikan mesin sinar X.
1. Pengendalian mesin sinar X hendaklah dilakukan di dalam bilik khas yang mempunyai perisai yang mencukupi.
Seboleh yang mungkin, kawalan terhadap mesin tersebut dijalankan dari luar dan sistem 'interlock' berfungsi bagi mengelak kendalian berterusan semasa pintu bilik
1. Pastikan mesin di ‘off’ dan ianya berada dalam keadaan yang selamat apabila tidak digunakan.
2. Pastikan buku log penggunaan direkod.
2. Pastikan mesin sinar X berada dalam keadaan sempurna sebelum dikendalikan, termasuk ianya telah diselenggara oleh syarikat berlesen dengan AELB.
dibuka atau semasa mesin salah laku.
Sistem tanda amaran automatik yang boleh dilihat dan didengar bagi menunjukkan mesin sedang beroperasi juga hendaklah diadakan dan dipastikan berfungsi semasa mesin dikendalikan.
2. Gunakan penapis (filter) yang bersesuaian untuk menghilangkan sinaran bertenaga rendah yang tidak dikehendki.
3. Saiz pancaran (beam) hendaklah dihadkan kepada saiz minima yang diperlukan dengan menggunakan pengkolimat (collimator) dan perisai (shielding)
3. Penstoran Punca/
Bahan Radioaktif
1. Bahan-bahan radioaktif hendaklah disimpan di dalam stor atau di tempat penstoran yang selamat apabila tidak digunakan.
2. Tempat penstoran bahan-bahan radioaktif tersebut hendaklah dipastikan;
(i) sentiasa dikunci dan kuncinya disimpan oleh staf yang dipertanggungjawabkan oleh ketua PTJ.
(ii) Dapat mengurangkan risiko kebakaran dan banjir
(iii) simbol-simbol sinaran dan tanda amaran yang sesuai dipasangkan pada tempat-tempat yang strategik, terutamanya pada pintu.
(iv) mempunyai pintu kecemasan yang boleh dikunci dan dibuka dari dalam.
3. Hanya pekerja sinaran yang dipertanggungjawab oleh Ketua PTJ sahaja dibenarkan memasuki atau mengeluarkan punca-punca bahan radioaktif dari tempat penstorannya.
1. Bahan radioaktif dan penempatan penjana sinaran hendaklah dilindungi dan dilengkapi dengan perisai yang mencukupi 2. Tidak dibenarkan mengubah/meminda
sebarang alat keselamatan dalam penjanaan atau radas sinaran tanpa kebenaran UKKP/AELB.
3. Butir-butir mengenai jenis punca, aktiviti, pergerakan dan nama pekerja yang bertanggungjawab hendaklah direkodkan apabila punca-punca radioaktif tersebut dikeluarkan dari tempat penstoran. Begitu juga apabila punca-punca tersebut dikembalikan ke dalam tempat penstoran.
1. Tempat penstoran hendaklah selalu diperiksa dan diawasi untuk mengesan sebarang pencemaran dan kebocoran yang mungkin berlaku.
2. Punca-punca radioaktif yang dibawa keluar dari tempat penstoran hendaklah diperiksa dan ditentukan berada di dalam keadaan yang selamat.
3. Inventori hendak disemak sekurang-kurangnya sekali dalam masa empat bulan.
4. Pengangkutan bahan radioaktif di luar kampus USM
1. PTJ hendaklah mendapatkan khidmat syarikat yang berlesen dengan AELB bagi mengangkut bungkusan radioaktif di luar kampus/premis USM.
2. PTJ hendaklah memastikan syarikat yang akan dilantik untuk menjalankan aktiviti pengangkutan telah diselidiki latarbelakangnya serta boleh dipercayai dan mempunyai lesen yang sah dengan AELB.
1. PTJ hendaklah memastikan syarikat mematuhi syarat lesen pengangkutan yang ditetapkan oleh AELB mengikut Peraturan-Peraturan Perlindungan Sinaran (Pengangkutan) 1989
1. Distor di tempat penstoran yang telah diluluskan oleh AELB.
2. Semua bungkusan hendaklah diperiksa dengan alat pengesan sinaran (meter tinjau) bagi mempastikan tiada kebocoran, kerosakan atau kehilangan bahan radioaktif.
Penerimaan Bungkusan
1. Bungkusan hendaklah diperiksa dan diukur dengan alat pengesan sinaran meter tinjau) secepat yang boleh untuk memastikan tiada kerosakan atau kebocoran.
4.1 Pengangkutan bahan radioaktif di dalam
kampus/permis USM
1. Hanya mereka yang dipertanggungjawabkan oleh Ketua PTJ secara bertulis sahaja yang dibenarkan untuk menjalankan kerja-kerja pengangkutan.
2. Bahan-bahan radioaktif yang akan diangkut hendaklah menggunakan bekas-bekas yang sesuai seperti menggunakan bekas-bekas logam, kayu dan seumpamanya yang mempunyai perisai yang mencukupi.
1. Semasa memindahkan bahan-bahan radioaktif kedalam bekas pengangkut, pakaian/alat perlindungan diri dan peralatan-peralatan keselamatan yang mencukupi hendaklah digunakan oleh pekerja-pekerja sinaran
2. Paras sinaran dan cemaran pada bahagian luar bekas pengangkut hendaklah diperiksa dan paras tersebut hendaklah lebih rendah daripada had yang dibenarkan; iaitu 0.02mSv/j.
3. Pengangkutan bahan-bahan radioaktif hendaklah melalui jalan-jalan/ laluan-laluan yang paling mudah, cepat dan tiada ramai pengguna.
4. Dilarang sama sekali untuk mengangkut bahan radioaktif dengan kenderaan sendiri/awam.
1. Inventori pergerakan bahan radioaktif yang dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain hendaklah dikemaskinikan.
5. Paras sinaran pada mana-mana kedudukan pekerjaan biasa tidak melebihi 0.02 mSv/j. Paras sinaran di sebelah luar dinding kenderaan Universiti/PTJ yang digunakan untuk mengangkut bahan radioaktif hendaklah tidak melebihi 2 mSv/j dan pada jarak 2 meter dari dinding luar kenderaan tidak melebihi 0.1 mSv/j.
6. Pintu kenderaan tempat dimana bungkusan ditempatkan perlu dipastikan berkunci.
7. Semua pekerja yang terlibat semasa pengangkutan perlu memakai lencana filem/TLD atau dosimeter saku.
8. Hanya pemandu dan penolong pemandu sahaja yang dibenarkan di dalam kenderaan semasa bahan radioaktif diangkut.
9. Paras sinaran pada ruang pemandu hendaklah tidak melebihi 0.02 mSv/hr.
10. Bahan-bahan radioaktif, terutamanya di dalam bentuk yang mudah dihamburkan atau di dalam bekas yang mudah pecah atau bocor hendaklah dibawa dengan menggunakan bekas berlapis yang mempunyi dinding luaran yang tidak mudah pecah. Punca-punca cecair hendaklah dilapisi dengan bahan penyerap yang tidak mudah terbakar untuk menyerap sekiranya berlaku tumpahan atau kebocoran.
11. Bekas-bekas pengangkut hendaklah dilabelkan dengan jelas bagi menunjukkan isi kandungan dan keupayaan bahaya yang wujud.
12. Label-label tersebut hendaklah mempunyai maklumat-maklumat berikut;
(i) jenis (ii) bentuk (iii) aktiviti
(iv) paras sinaran dipermukaan bekas (v) nama pegawai bertanggungjawab (vi) lambang sinaran
13. Bekas-bekas bahan radioaktif hendaklah diikat pada alat pengangkut, troli atau kenderaan supaya bekas-bekas tersebut tidak bergerak atau bergolek semasa dibawa.
14. Semua punca radioaktif hendaklah dilabelkan dengan jelas dan memberi maklumat mengenai aktiviti dan ciri-cirinya.
Nama pegawai yang bertanggungjawab untuk punca tersebut juga hendaklah dicatatkan.
4.2 Import dan eksport peralatan sinaran
1. PTJ perlu mendapatkan khidmat syarikat yang berlesen dengan AELB bagi mengimport dan mengeksport peralatan sinaran
2. PTJ akan memastikan syarikat yang menjalankan aktiviti import dan eksport peralatan sinaran telah diselidiki latarbelakangnya serta boleh dipercayai.
1. PTJ perlu memastikan syarikat yang dilantiknya mematuhi syarat lesen import dan eksport peralatan sinaran sebagaimana yang ditetapkan oleh AELB.
1. Mana-mana bahan radioaktif /radas sinaran yang diterima oleh PTJ hendaklah dilaporkan kepada UKKP dengan menggunakan borang Penyata Pemilikan PTJ (Lampiran ) bagi tujuan pengemaskinian daftar pemilikan dengan AELB. Borang tersebut perlu dikemukakan bersama-sama dengan semua maklumat/ dokumen berkaitan aktiviti import/eksport yang diperolehi.
2. Mengesahkan penerimaan peralatan sinaran mengikut model dan kuantiti yang diperlukan.
5. Penyelenggaraan Peralatan Sinaran
1. Setiap kerja penyelenggaraan sama ada yang akan dijalankan oleh syarikat luar atau staf PTJ hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada AELB terlebih dahulu.
2. Latarbelakang individu dan syarikat yang menjalankan aktiviti penyelenggaraan
hendaklah diselidiki
kebolehpercayaannya terlebih dahulu oleh PTJ.
3. PTJ perlu memastikan peralatan keselamatan terutamanya alat pengesan sinaran luar berfungsi dengan baik.
4. Peralatan pemonitoran peribadi atau dosimeter saku perlu disediakan kepada semua pekerja sinaran yang terlibat dengan penyelenggaraan.
1. Paras sinaran luar akan sentiasa diukur bagi memastikan tiada kebocoran.
1. Semua peralatan pemeriksaan sinaran kawasan dan peralatan permonitoran diletakkan kembali ke tempat asalnya selepas digunakan.
2. Pastikan laporan dibuat kepada UKKP setelah selesai kerja penyelenggaraan dilakukan.
Segala insiden atau masalah yang berlaku juga dilaporkan.
3. Dos dedahan (dari bacaan serta merta seperti dosimeter saku) yang diterima setiap kali selepas kerja-kerja penyelenggaraan akan direkodkan.
4. Laporan penyelenggaraan akan disediakan. Ianya akan mengandungi maklumat penyelenggaraan ‘performance test’ yang memenuhi keperluan standard, senarai komponen yang telah dan perlu diganti dan
cadangan tempoh penyelenggaraan seterusnya.
6. Pelupusan Sisa Radioaktif
(Nota: Rujuk Bahagian 6, Bil. 11)
1. Sisa radioaktif hendaklah dikelaskan, diasingkan dan diuruskan sebagaimana yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Pengurusan Sisa Radioaktif) 2011.
2. Sisa radioaktif hendaklah tidak dilupuskan terus ke alam sekitar kecuali setelah mendapat kebenaran AELB dan mematuhi Peraturan-Peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Pengurusan Sisa Radioaktif) 2011.
Pengumpulan/Penyimpanan Sisa Radioaktif 1. Setiap sisa radioaktif selepas pengasingan hendaklah disimpan secara berasingan di dalam bekas yang berlainan.
2. Setiap bekas hendaklah:-
a) Ditandakan dengan jelas dan unik dengan butir-butir seperti keaktifan, jenis radionuklid, separuh hayat, bentuk fizikal dan kimia dan bahaya bukan radiologi
Pelupusan peralatan sinaran yang telah dilupuskan hendaklah direkodkan dan dimaklumkan kepada UKKP dengan borang penyata Seperti LAMPIRAN 2 dan 3.
3. Sisa radioaktif yang tidak dapat dilupuskan terus ke alam sekitar atau dipulangkan kepada syarikat pembekal asal hendak dilupuskan dengan menggunakan khidmat Agensi Nuklear Malaysia atau Agensi yang diiktiraf oleh AELB.
b) Mempunyai simbol sinaran c) Kuat
d) Sesuai dengan sisa radioaktif tersebut;
dan
e) Boleh diisi dan dikosongkan dengan selamat sepanjang tempoh yang dijangka dalam penyimpanan termasuklah penyediaan pemerisaian yang mencukupi sebagaimana yang sesuai.
3. Sisa radioaktif disimpan dengan mengikut apa-apa cara untuk melindungi kesihatan manusia dan persekitaran dan terutamanya tidak boleh disimpan di sekitar bahan mengakis, mudah meletup atau mudah terbakar dan juga di kawasan yang mudah berlaku bencana alam.
4. Kemudahan khas atau kemudahan lain yang disediakan bagi penyimpanan sisa radioaktif hendaklah;-
a) Ditandakan dengan jelas b) Mempunyai simbol sinaran c) Mempunyai akses terkawal; dan
d) Membolehkan pemisahan sisa radioaktif yang belum dirawat dan yang telah dirawat.
5. Penyimpanan sisa radioaktif hendaklah selamat dengan memastikan bahawa;-
a) Bahan dan binaan bekas penyimpanan sisa radioaktif hendaklah menjamin keutuhan bungkusan sisa radioaktif dikekalkan sepanjang tempoh simpanan yang dijangkakan
b) Benda-benda tajam (seperti radas kaca, jarum picagari) dll yang tercemar dengan bahan radioaktif (sisa radioaktif) disimpan dalam bekas luaran yang mempunyai pelapik dalaman kalis tusukan
c) Jika sisa radioaktif boleh mengakis atau sepai di dalam bekas atau jika penyimpanan berkemungkinan berpanjangan, satu pelapik yang sesuai digunakan bagi mengekalkan keutuhan kandungan sepanjang tempoh simpanan yang dijangkakan d) Sumber terkedap terpakai disimpan
dalam pemerisaian terdekat (immediate shielding) di dalam bekas untuk mengurangkan dedahan dan membantu pengendalian pada masa hadapan;dan
e) Permukaan dalaman dan luaran semua bekas telah diperiksa pencemarannya setiap kali sebelum bekas digunakan atau digunakan semula.
6. Sisa pepejal atau bahan-bahan pepejal seperti bahan penyerap/pengelap dan seumpamanya yang tercemar dengan bahan radioaktif hendaklah dimasukkan ke dalam bekas yang boleh dibuka dengan gerakan kaki. Bekas tersebut hendaklah diliputi dengan karung plastik yang boleh dikeluarkan tanpa sebarang pencemaran.
Karung plastik yang telah dikeluarkan hendaklah diikat dan ditandakan "Sisa Radioaktif Pepejal" (beserta maklumat Perkara 2 dan 4 di atas) dengan jelas.
Ianya hendaklah diletakkan ditempat yang selamat untuk urusan pelupusan selanjutnya.
7. Sisa cecair yang aktif hendaklah disimpan di dalam bekas khas. Bekas-bekas tersebut hendaklah ditandakan "Sisa Radioaktif Cecair" (beserta maklumat Perkara 2 dan 4 di atas) dengan jelas.
Ianya hendaklah diletakkan di tempat yang selamat untuk urusan pelupusan selanjutnya
8. Bekas-bekas pengumpulan sisa (seperti carboy) boleh juga digunakan untuk menyimpan sisa cecair. Bekas tersebut hendaklah diletakkan di dalam timba atau talam untuk membendung tumpahannya.
Bahan-bahan penyerap yang sesuai boleh digunakaan untuk menyerap tumpahan dan dikendalikan sebagai "Sisa Radioaktif Pepejal".
9. Pengumpulan sisa radioaktif hendaklah diasingkan mengikut bentuk, jenis dan sifat sisa yang dihasilkan. Bekas-bekas yang berasingan hendaklah disediakan untuk tujuan ini.
10. Anggaran kuantiti sisa radioaktif yang dimasukkan ke dalam semua bekas hendaklah direkodkan, terutamanya bagi radioisotop yang mempunyai aktiviti yang tinggi.
11. Semua pengendalian dan pembungkusan sisa sinaran hendaklah dijalankan/
diuruskan oleh PTJ masing-masing.
BAHAGIAN 8