Rajah 6.0 Kerangka Tajuk Reka Bentuk dan
6. Skema pemarkahan yang objektif harus disediakan dan skema yang sama digunakan untuk semua calon
6.1.1 Prosedur menganggar kebolehpercayaan skor ujian
Terdapat dua prosedur yang sering digunakan dalam menganggarkan kebolehpercayaan skor ujian.
1. Pentadbiran dua ujian.
(a) Kaedah uji dan uji sekali lagi (Test Retest Method)
(b) Kaedah ujian bentuk setara (Parallel Form Method) atau kaedah bentuk selang-seli (Alternate Form Method)
Merupakan kaedah terbaik dalam membuat anggaran kebolehpercayaan pengukuran akademik.
Kebolehpercayaan bentuk setara juga disebut sebagai teknik selang seli atau bentuk selari
Kaedah ini digunakan untuk mengelakkan calon dari mengingat item yang diuji
Skor kedua-dua ujian yang ditadbirkan kepada calon yang sama Sekiranya kedua-dua ujian itu ditadbirkan secara bergilir, maka pekali
kebolehpercayaan dipanggil sebagai pekali penyetaraan
Pekali ini menggambarkan variasi prestasi calon antara ujian pertama dengan ujian kedua. Sekiranya calon diuji dengan bentuk 1 pada satu ketika dan bentuk 2 pada ketika yang lain, kedua-dua bentuk ini adalah setara
Skornya dikorelasikan, maka kita akan dapat pekali kestabilan dan penyetaraaan
Ujian bentuk setara ini dibina secara berasingan dan mestilah memenuhi spesifikasi berikut:
sama bilangan sama bentuk sama arahan
41
sama format sama kandungan sama julat
sama aras kesukaran soalan berbeza
2. Pentadbiran satu ujian.
Kaedah belah dua (Split half method)
(a) Kaedah Belah Dua.
Pembina memberikan satu bentuk ujian kepada satu kumpulan calon.
Untuk menskorkan ujian, pembina membahagikan item kepada dua sub-ujian.
Setiap ujian mengandungi ½ daripada bilangan item yang asal. Tujuan membahagikan kepada dua sub-ujian ialah untuk
mendapatkan dua ujian yang selari mungkin.
6.2.1 Kesahan Item Ujian
Kesahan ujian merujuk kepada kualiti ujian yang betul-betul dapat mengukur dan menilai dengan tepat. Secara ringkasnya sesuatu ujian itu dikatakan sah jika maklumat yang diperoleh adalah benar. Kesahan ujian bergantung kepada masa, situasi dan kumpulan sasaran yang diukur dan dinilai. Setiap ujian yang dibina oleh guru haruslah disemak bagi menentukan penggunaannya adalah sah setiap kali ia ditadbirkan. Kesahan ujian adalah berkaitan dengan pengertian sejauh mana markah yang diperoleh daripada sesuatu ujian itu dapat
42
diinterpretasikan sebagai ukuran ciri, sifat atau konstruk yang telah dirancang diukur itu.
Dalam peperiksaan, isu mengenai kesahan ujian itu difokuskan kepada soal sama ada keperluan kesahan isi kandungan sukatan pelajaran telah dipenuhi atau tidak. Secara ringkas, kesahan isi kandungan adalah berkaitan dengan isu sama ada isi kandungan sesuatu ujian itu merupakan sampel yang “representatif” bidang pengetahuan atau kemahiran yang sepatutnya diukur. Ini diambil menjadi satu indikator atau penunjuk bagi menunjukkan mutu ujian tersebut.
Oleh itu sesuatu ujian itu dianggap sah selagi ujian itu dapat mengesan dan mengukur apa yang sepatutnya ia ukur. Ia juga merujuk kepada kesesuaian, keertian dan kebergunaan sesuatu inferens yang akan dibuat daripada interpretasi skor ujian itu.
Kesahan boleh dibahagikan kepada tiga kategori: 1. kesahan konstruk,
2. kesahan isi kandungan, dan 3. kesahan kaitan-kriteria.
Kesahan Konstruk
Ujian boleh digunakan dalam berbagai keadaan dan untuk berbagai tujuan. Adalah penting kita memahami apakah keertian yang boleh diberikan kepada markah ujian yang diperoleh itu dan bagaimana ianya
diinterpretasikan berkaitan seseorang individu yang mengambil ujian tersebut. Sesuatu ujian dibina untuk mengukur sesuatu konstruk.
43
Satu ujian mungkin dibina untuk mengukur kebolehan individu menyelesaikan masalah matematik. Kebolehan menyelesaikan masalah matematik pada sesuatu peringkat adalah satu konstruk. Ujian bakat muzik mengukur konstruk kebolehan dalam bidang muzik dan memberi petunjuk kepada kita sama ada seseorang individu itu mempunyai kebolehan dalam bidang muzik. Ujian Fizik SPM mengukur pencapaian pelajar pada peringkat tingkatan 4 dan 5 dalam kurikulum Fizik SPM.
Kesahan Kandungan
Kesahan Isi Kandungan adalah aspek yang terpenting di dalam proses pembinaan ujian. Ujian adalah pensampelan yang representatif tingkah laku pelajar dalam sesuatu kurikulum, supaya markah atau skor yang diperoleh nanti daripada ujian tersebut adalah gambaran yang representatif pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam kurikulum tersebut.
Untuk memperoleh kesahan ini satu Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dibina. Jadual ini akan mengandungi maklumat yang terperinci mengenai kurikulum yang diuji tentang isi kandungan kurikulum, kemahiran yang akan diuji, taraf kesukaran, bilangan item, dan juga wajaran atau pemberatan setiap tajuk dan subtajuk kurikulum itu. Berpegang teguh kepada JSU menjamin ujian menguji apa yang ia sepatutnya menguji.
Kesahan Kaitan-Kriteria
Kesahan Kaitan-Kriteria mengaitkan kesahan ujian kepada sesuatu kriteria yang ditentukan. Yang dikaitkan ialah skor ujian itu dengan kriteria. Kekuatan pertalian skor ujian dengan kriteria diukur melalui teknik korelasi.
Sehubungan dengan ini terdapat dua jenis kesahan iaitu: 1. kesahan ramalan, dan
44
Kesahan Ramalan
Kesahan Ramalan berkait rapat dengan tujuan ujian, iaitu meramal sesuatu. Ia sangat-sangat bergantung kepada kebolehan skor ujian itu membuat ramalan tentang prestasi masa hadapan pelajar.
Kesahan Serentak/Semasa
Kesahan Serentak/Semasa merujuk kepada kesahan sesuatu ujian yang seiras dengan sesuatu ujian yang lain yang sedia ada. Pertalian korelasi di antara ujian yang baru dengan ujian yang sedia ada itu mengukur kekuatan kesahan
serentak/semasa.
Kesahan ini juga digunakan apabila kita memerlukan mengujudkan satu kaedah baru (yang lebih baik) untuk menggantikan kaedah lama yang sedia ada. Pertalian korelasi markah ujian yang digunakan di dalam kedua kaedah itu menggambarkan kekuatan kesahan serentak/semasa.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan kaitan-kriteria
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan kaitan-kriteria adalah seperti berikut:
1. Tempoh masa di antara peramal dengan kriteria. Lebih lama jarak masa, membolehkan peramal menambah ilmu dan pengalaman. Ini akan mengurangkan kesahan ramalan.
2. Kebolehpercayaan ujian yang digunakan. Kebolehpercayaan yang
45
kejelasan soalan dalam ujian, panjang masa ujian, kesukaran ujian, semuanya mempengaruhi kebolehpercayaan ujian. Dengan itu sudah tentu akan mempengaruhi kesahan ujian.
Latihan
1. Bincangkan apakah perkaitan antara kebolehpercayaan ujian dan kesahan ujian
2. Bagaimanakah kebolehpercayaan ujian dapat mempengaruhi penilaian yang dilaksanakan di bilik darjah
3. Bagaimanakah seorang guru dapat membuktikan kesahan ujian yang dilaksanakan.
46