• Tidak ada hasil yang ditemukan

PROSES LATIHAN

Dalam dokumen 21540435 BUKU PANDUAN KRS DAN TKRS (Halaman 67-72)

Jika pengajaran atau ilmu kawad hendak disampaikan, pelatih-pelatih hendaklah berdiri dan dapat melihat pergerakan jurulatih dengan jelas. Bahasa hukuman yang digunakan hendaklah jelas dan tepat. Jika perlu bolehlah diberi penerangan tentang sesuatu pergerakan kawad yang dilakukan.

Untuk memudahkan pelatih-pelatih, lakukan demonstrasi sesuatu kawad itu secara lengkap dan sempurna dengan mengikut masa serta hukumannya.

Demonstrasi hendaklah dilakukan secara latihan kawat dengan nombor. Ulasan hendaklah diberi secara terperinci. Tumpukan kepada satu-satu pergerakan, setelah pelatih mahir barulah diajar pelajaran lain. Jurulatih hendaklah menunjukkan kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan semasa berkawat.

Kesilapan hendaklah diperbetulkan dan dilatih secara berulang-ulang. Perkara ini penting dalam proses latihan.

Rehat mestilah diberi mengikut kesesuaian antara satu pelajaran dengan satu pelajaran, terutama dalam proses kawat peringkat awal.

Apabila skuad dalam kedudukan rehatkan diri, jurulatih bolehlah menyoal skuadnya. Pertanyaan itu bukan hanya berkenaan kawad tetapi apa saja sama ada berkaitan dengan ilmu pengetahuan, pelajaran, nasihat, tujuan kehidupan, wawasan dan sebagainya.

BAHAGIAN V

BAHASA HUKUMAN

Bahasa hukuman yang jelas lagi tepat akan menghasilkan kawad yang baik. Semua jurulatih hendaklah mahir dengan bahasa hukuman.

Dalam buku panduan ini, semua bahasa hukuman sama ada "bahasa amaran" atau "bahasa perbuatan" dicetak dengan huruf tebal. Tanda titik- titik digunakan bagi memisahkan kedua-dua perkataan ini.

Setiap bahasa hukuman, hendaklah ada berhenti seketika (”pause”) antara " bahasa amaran " dan "bahasa perbuatan" pada setiap kali hukuman diberi. Kadar masa berhenti seketika (“pause” ) tidak dapat ditentukan kerana perkataan hukuman antara satu sama lain berbeza; ada yang " masa cepat " dan ada pula yang " masa perlahan ".

Jika perlu kembali semula kepada kedudukan asal, maka hukumannya ialah "Semula".

Biasakan memberi hukuman dengan suara yang kuat dan lantang. Seorang jurulatih hendaklah tegas. Suara yang kuat dan lantang serta tegas akan memberi dua kesan; pertama setiap bahasa hukuman yang diberi merupakan latihan. Kedua bahasa hukuman jika dibuat seperti berbual sahaja akan hilang ketegasannya dan akan menyebabkan kawad itu rosak .

BAHAGIAN VI

MASA BAGI BAHASA HUKUMAN

Jadual di bawah ini menunjukkan pada kaki manakah patut diberi "bahasa perbuatan". Sebagai panduan, jarak masa ”bahasa amaran” diberi dengan kadar empat langkah semasa cepat jalan atau tiga langkah semasa perlahan jalan. Setiap ”bahasa perbuatan” diberi apabila kaki kiri menjejak ke bumi kecuali diterangkan cara lain dalam jadual ini.

MASA MEMBERI BAHASA HUKUMAN BAHASA HUKUMAN HUKUMAN DIBERI

SEMASA CEPAT JALAN

HUKUMAN DIBERI SEMASA PERLAHAN JALAN

HENTI

DALAM MASA BERJALAN SEMASA KAKI KIRI JEJAK KE TANAH SEMASA KAKI KANAN MELALUI KAKI KIRI

CEPAT JALAN CEPAT ATAS KAKI KANAN DAN JALAN ATAS KAKI KIRI TUKAR LANGKAH

CEPAT...CEPAT JALAN

CEPAT ATAS KAKI KANAN JEJAK KE TANAH DAN JALAN ATAS KAKI KIRI JEJAK KE TANAH

KEKANAN PUSING SEMASA KAKI KIRIJEJAK KE TANAH SEMASA KAKI KANAN MELALUI KAKI KIRI KE KIRI PUSING SEMASA KAKI KANANJEJAK KE TANAH SEMASA KAKI KIRI MELALUI KAKI KANAN HENTI

(Semasa hentak kaki)

SEMASA KAKI KANAN JEJAK KE TANAH

SEBELUM KAKI KANAN JEJAK KE TANAH

MAJU

(Semasa hentak kaki)

SEMASA KAKI KIRI JEJAK KE TANAH

SEBELUM KAKI KIRI JEJAK KE TANAH

TUKAR LANGKAH MASA BERJALAN TUKAR

LANGKAH

TUKAR ATAS KAKI KANAN DAN LANGKAH ATAS KAKI KIRI

TUKAR ATAS KAKI KANAN DAN LANGKAH ATAS KAKI KIRI MELALUI KAKI KANAN

TUKAR LANGKAH PERLAHAN-PERLAHAN JALAN

SEMASA KAKI KANAN JEJAK KE TANAH

BUKA/TUTUP BARISAN

SEMASA BERJALAN

SEMASA KAKI KIRI JEJAK KE TANAH

SEMASA KAKI KANAN MELALUI KAKI KIRI

HORMAT SEMASA KAKI KIRI JEJAK KE TANAH

SEMASA KAKI KANAN MELALUI KAKI KIRI

BAHAGIAN VII

SIFAT-SIFAT SESEORANG JURULATIH KAWAD

Seseorang jurulatih kawat hendaklah mempunyai sifat-sifat pemimpin dan pendidik seperti berikut :

i. Kesabaran menghadapi sesuatu.

ii. Ketabahan hati dan semangat yang bersungguh-sungguh. iii. Mempunyai kemahuan untuk maju.

iv. Bertanggungjawab. v. Berperikemanusiaan.

vi. Taat setia yang tidak berbelah bahagi.

vii. Tahu semua pergerakan dan pandai membetulkan kesalahan. ix. Memuji dan menegur kesalahan.

x. Bijak menyelesaikan sesuatu masalah.

xi. Berpakaian kemas dan bersih yang boleh dicontohi dan diteladani. xii. Mempunyai mutu disiplin yang tinggi.

BAB KEDUA KAWAD STATIK BAHAGIAN SATU SEDIA Hukumannya : "Skuad ...Sedia" Perbuatan :

Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak padat di sebelah kaki kiri supaya terdengar satu bunyi sahaja. Kedudukannya ialah kedua-dua tumit rapat dan sebaris; hujung kaki terbuka 30 darjah; kedua- dua lutut bertahan lurus; badan tegak; timbang keberatan badan antara tapak kaki dengan tumit; kedua-dua bahu tarik ke bawah dan ke belakang (supaya dada terbuka tanpa perlu dikeraskan) sama rata; kedua-dua tangan lurus ke bawah; kedua-dua siku rapat ke badan ; pergelangan tangan lurus; jari-jari genggam; belakang jari rapat ke paha, ibu jari lurus menghala ke bawah dan rapat kepada telunjuk serta di belakang sedikit

Kesalahan Biasa

1. Kedudukan yang terlalu kaku dan menyukarkan pernafasan. 2. Berdiri tidak tetap serta mata bergerak.

3. Kaki dan badan tidak lurus ke hadapan serta tumit tidak rapat. 4. Tangan bengkok dan terjulur ke hadapan.

5. Belakang tangan menghala ke hadapan atau pergelangan tangan mengerekot.

6. Badan senget ke kiri atau ke kanan dan bahu tidak sama rata. 7. Tidak memandang (200 meter) ke hadapan

8. Tunduk atau mendongak.

9. Semasa tumit atau hujung kaki dijatuhkan terdapat dua bunyi. Ingatan:

BAHAGIAN II

Dalam dokumen 21540435 BUKU PANDUAN KRS DAN TKRS (Halaman 67-72)

Dokumen terkait