• Tidak ada hasil yang ditemukan

PROSES MEMBENTUK UJIAN/ ALAT KAJIAN

Dalam dokumen FULL NOTA UPP (Halaman 33-38)

Proses membentuk ujian boleh dibahagikan kepada tiga(3) peringkat :

1. Pembentukan Alat Kajian/ Ujian

 Termasuk: menulis item, pembentukan skala, set respons dan memilih format ujian.

2. Membentuk Norma dan Mempiawai Ujian

 Mempiawaikan ujian bagi populasi sasaran, membentuk norma dan menjalankan penyelidikan untuk menilai reliabiliti dan validiti ujian.

3. Penerbitan dan Meneliti Semula Ujian

 Mengemaskini ujian setelah satu jangka masa. MEMBENTUK UJIAN

Memilih Jenis Item

 Memastikan jenis item mana sesuai digunakan. 1. Item pelbagai pilihan.

 soalan esei, soalan struktur, soalan demonstrasi kemahiran tertentu dll.

 Item jenis respon berbentuk/berstuktur boleh mengukur dengan lebih mendalam berkenaan kebolehan dan kemahiran individu daripada item pelbagai pilihan.

 Ujian pelbagai pilihan biasanya digunakan untuk  mengukur aspek kebolehan individu yang lebih berfokus.

 Namun, item pelbagai pilihan lebih diminati kerana:

  Adalah sukar untuk membentuk metod permarkatan yang reliable bagi item jenis respon berstruktur.

 Metod permarkatan bagi item jenis respon berstruktur mengambil masa yang lama dan mahal.

  Adalah lebih senang membentuk metod permarkatan bagi ujian pelbagai pilihan.

Menulis Item

 Langkah pertama membentuk ujian adalah proses membentuk item pool (1.5 - 3 kali ganda item).

 Isu-isu yang perlu dipertimbang dalam menulis item:

 Kepanjangan ayat, perbendaharaan kata, tahap akademik/ tahap membaca subjek sasaran, bahasa offensive , sexist atau racist .

Kandungan Item

 Sesetengah ujian dibentuk dengan berdasarkan teori tertentu. Menterjemahkan idea-idea teori kepada item-item ujian.

 Contoh, Edwards Personal Preference Schedule (EPPS) dibentuk berdasarkan teori personaliti yang dikemukankan oleh Murray (1938).

 Definisi keperluan autonomi dalam teori itu  – orang yang sentiasa mempengaruhi orang untuk  melakukan sesuatu untuk diri sendiri atau orang yang inginkan gaya hidup yang bebas dan tidak  terikat dengan tradisi (Murray, 1938).

 Contoh item dalam EPPS

  “I like to avoid situations where I am expected to do things in a conventional way” and “I like to avoid responsibilities and obligations” 

 Kelemahan item yang dibentuk dengan berdasarkan teori ialah item ini biasanya adalah agak transparent.

 Senang diteka atau nampak apa yang ingin diukur item-item berkenaan.

 Subjek biasanya akan memberi respon mengikut kehendak mereka atau apa yang sepatut dan bukan daripada persepsi sebenar mereka.

 Satu cara lain yang diguna untuk menulis item ialah tidak  berpandukan teori atau atheoretical.

 Membentuk item pool yang besar.

 Masih tidak terdapat tema bagi mengkelompokan item-item yang dibentuk.

 Membentuk item yang boleh membezakan sesuatu kumpulan daripada kumpulan lain. Contoh, The Minnesota Multiphasic Personality Inventory (MMPI).

 Alternatif-Alternatif Respons Item

  Alternatif respons item yang digunakan dalam ujian psikologikal adalah pelbagai.

1. Format respon betul-salah (cth., Personality  Research Form ), Format respon Setuju-Tidak  Setuju cth., Chid Abuse Inventory “Saya tidak  pernah rasa kasihan terhadap orang lain” 

1. Setuju 2. Tidak Setuju 2. Format jawapan pelbagai pilihan (cth., Tennessess 

Self-Concept Scale – skala Likert 5

3. Format Respons bebas  – dalam ujian projectif  subjek diminta memberi respons bebas dan tidak  berstruktur ke atas pelbagai stimuli dalam ujian (cth., The Rorschach  dan The Rotter Incomplete  Sentence Blank) 

4. Format penyelesaian malasah, subjek diminta menghasilkan produk tertentu yang mana merupakan sebahagian daripada proses ujian (cth., ujian pencapaian dan ujian bakat)

5.

Format yang paling popular ialah item pelbagai pilihan. Item ini mempunyai beberapa kelebihan:

1. Cara permarkatan item ini adalah mudah dan cepat, 2. Ralat pengukuran yang berkaitan dengan meneka

 jawapan bagi sesuatu item boleh dikurangkan dengan meningkatkan jumlah pilihan item berkenaan.

3. Cara permarkatan item ini tidak melibatkan putusan daripada penilai.

 Item pelbagai pilihan juga mempunyai kelemahan: 1.  Adalah sukar menulis penyata alternatif bagi item

ini atau adalah sukar untuk membentuk  distractor  yang baik.

 Kekuatan dan kelemahan item format respons bebas: 1. Kekuatan item ini ialah ia dapat memperoleh

maklumat yang banyak dan mendalam. 2. Kelemahan item ini ialah dari segi permarkatan.

 Item pelbagai pilihan juga mempunyai kelemahan: 1.  Adalah sukar menulis penyata alternatif bagi item

ini atau adalah sukar untuk membentuk  distractor  yang baik.

 Kekuatan dan kelemahan item format respons bebas: 1. Kekuatan item ini ialah ia dapat memperoleh

maklumat yang banyak dan mendalam. 2. Kelemahan item ini ialah dari segi permarkatan. Pembentukan Skala

 Setiap item dalam ujian psikologi mewakili satu permerhatian bagi tingkah laku atau tret tertentu.

 Jika item-item yang sama dikumpulkan, permerhatian pelbagai bagi tingkah laku atau tertentu boleh dibentuk.

 Terdapat tidak metod membentuk skala bagi ujian psikologi:

1. Skala Rasional

 Metod membentuk skala yang paling lama.

 Ia menggunakan pemikiran/pendapat, kepercayaan atau rational sebagai asas dalam memilih dan mengumpulkan item-item ke dalam skala tertentu.

 Kekuatan menggunakan metod skala rasional:

1. Pencipta ujian boleh berpandukan teori tertentu untuk  meramal tingkah laku yang diukur, kerana skala dibentuk untuk mengukur konsep-konsep teori.

 Kelemahan menggunakan metod skala rasional:

1.  Validiti skala bergantung kepada kekukuhan sesuatu teori. Jika teori itu tidak kukuh, skala yang dibentuk berasaskan teori itu akan mempunyai validiti yang rendah.

2. Skala Empirikal

 Pembentukan skala berdasarkan kajian empirikal.

 Satu set item ditadbirkan kepada subjek kumpulan sasaran dan subjek kumpulan biasa (bukan subjek  sasaran). Item yang secara statistiknya boleh membezakan dua kumpulan itu dipilih.

 Kenalpasti kumpulan sasaran. Contohnya, kumpulan subjek yang mengalami schizophrenia dan kumpulan subjek normal. Satu set item yang sama ditadbirkan kepada dua kumpulan itu. Item-item yang boleh membezakan dua kumpulan itu akan dipilih untuk  membentuk skala.

 Pembentukan skala dengan metod empirikal ini melibatkan penggunaan analisis faktor untuk memilih item-item yang mengukur tret atau tingkah laku yang sama.

 Hasil daripada analisis faktor - Item-item yang terkumpul dalam sesuatu komponen menunjukkan item-item itu mengukur sesuatu gagasan yang sama. Gagasan yang diukur dikenalpasti melalui kandungan item-item itu.

 Kekuatan metod ini adalah dari segi ciri-ciri psikometriknya.

 Kelemahan metod ini:

 Sukar untuk mengenalpasti gagasan yang diukur oleh item-item yang dipilih daripada hasil analisis statistik  berbandingkan yang berdasarkan teori.

 Metod analisis faktor yang berlainan digunakan akan menghasilkan kelompok  item yang berbeza.

3. Skala Rasional-Empirikal

 Skala dibentukkan dengan menggunakan kedua-dua atau kombinasi keadah skala rational dan kaedah skala empirikal

Set-Set Respons

 Untuk mengukur tret psikologi, inventori self-report  (subjek diminta memberi maklumat tentang diri mereka) biasa digunakan.

1. Sesetengah item dalam ujian self-report  adalah sangat personal dan segan dilaporkan. Maka, sesetengah subjek tidak memberi maklumat yang tepat atau sengaja tidak menjawab sesetengah item.

2. sesetengah subjek tidak tahu bagaimana beri respons yang tepat pada sesetengah item yang kabur soalannya.

3. sesetengah subjek cuai dalam menjawab soalan dan memberi jawapan yang tidak tepat.

4. Perkara-perkara ini boleh meningkatkan ralat varians skor sesuatu ujian dan mempengaruhi proses tafsiran skor ujian.

5. Ujian psikologi yang baik mengandungi metod bagi mengesan sumber-sumber varians ini. 1. Kehendak Sosial (Social Desirability) 

6. Subjek menjawab sesuatu item mengikut kehendak sosial atau apa yang diiktiraf oleh umum dan bukan dengan pendapat atau persepsi mereka sediri.

7.  Allen L. Edwards (1957, 1970) - menganalisis pelbagai ujian personaliti telah menyimpulkan bahawa banyak di antara ujian itu tidak mengukur tret yang hendak diukur kerana individu yang menjawab ujian itu memberi respons berdasarkan apa yang diiktiraf oleh sosial/ masyarakat.

 Untuk mengatasi masalah ini Strategi untuk mengawal atau menghapuskan kesan daripada respon kehendak  sosial pada ujian personaliti:

1. Guna format ipsative - buat pasangan bagi item yang boleh menimbulkan kehendak sosial.

2. bentuk item yang tidak terlalu positif atau negatif  bagi dimensi kehendak sosial (item neutral).

3. Menyesuaikan skor-skor ujian untuk  menghapuskan kesan kehendak sosial

2. Respons Random 

 Set respons random adalah hasil daripada subjek  tidak faham kandungan item dan memberi respons secara random.

 Subjek juga akan beri respons random jika mereka tidak mahu dinilai atau mereka tidak boleh menjawab ujian berkenaan (misalnya, tidak boleh membaca soalan atau terganggu semasa mengambil ujian).

 Strategi mengawal masalah ini ialah membentuk  ujian yang boleh mengenalpasti pola respons random iaitu masukkan item yang mana secara universal betul atau salah bagi semua orang .

3. Dissimulation 

 Set response dissimulation merujuk kepada menjawab sesuatu inventori dengan sengaja menunjukkan kelakuan baik ( faking good ) atau kelakuan buruk (faking bad ).

 Set respons ini banyak berlaku dalam situasi di mana ujian ditadbir untuk membantu dalam proses pemilihan kerja, kenaikan pangkat, membei anugerah atau membuat keputusan. Pola Respons

 Pola respons merujuk kepada satu kecenderungan sama ada setuju atau tidak setuju terhadap kenyataan-kenyataan/item-item tanpa membaca/memahami item itu.

 Terdapat pola tertentu dalam jawapan yang diberikan oleh subjek. MEMPIAWAIKAN UJIAN DAN MEMBENTUK NORMA

Membentuk Norma Bagi Ujian Psikologi

 Kumpulan normatif haruslah terdiri daripada sampel yang boleh mewakili populasi.

 biasanya, beberapa kumpulan normatif dibentukkan bagi sesuatu ujian supaya pengguna ujian boleh memilih kumpulan perbandingan yang lebih sesuai dengan tujuan mereka.

Langkah-langkah membentuk norma:

1. Mendefinisikan Populasi Sasaran 

 Kumpulan normatif diwujudkan adalah berdasarkan tujuan kegunaan ujian.

 Contohnya kebanyak ujian kemampuan mental direkabentuk untuk mengukur kemampuan seseorang individu berbanding populasi umum.

Maka:

 kumpulan normatif yang sesuai adalah terdiri daripada satu sampel yang boleh mewakili dan daripada semua tahap pendidikan yang dipilih secara random.

 Jika kumpulan normatif terdiri daripada sampel yang lebih berfokus (misalnya, sampel daripada pelajar kolej/universiti), ia akan mengubah atau mempengaruhi tafsiran hasil ujian.

 Langkah pertama dalam membentuk dan mentafsir norma adalah untuk mengenalpasti kumpulan sasaran dengan berdasarkan kerelevanan dan kesesuaiannya.

2. Memilih Sampel 

 Perkara penting dalam memilih sampel adalah mendapatkan sampel yang boleh mewakili populasi sasaran.

 Contoh: populasi sasaran bagi membentuk norma bagi ujian

Sampel Item From The Infrequency Scale of The

Dalam dokumen FULL NOTA UPP (Halaman 33-38)

Dokumen terkait