• Tidak ada hasil yang ditemukan

Proses motivasi

Dalam dokumen Nota Murid dan Alam Belajar (Halaman 127-132)

4. 4 Model Personal

A. Sumbang saran

4. Proses motivasi

• menerima ganjaran supaya mereka akan melakukan tingkah laku yang dipelajari

• Pelajar diberi peluang untuk memerhati dan memodelkan tingkah laku akan membawa peneguhan positif

• Guru harus menggalakkan pembelajaran kolaboratif kerana pembelajaran berlaku dalam konteks persekitaran dan sosial

Pengajaran Kontekstual

• Membantu pelajar menghubungkaitkan pembelajaran kandungan dengan situasi sebenar dan memotivasi pelajar untuk membuat kaitan antara ilmu yang dipelajari dengan kehidupan sebenar

• Guru digalakkan untuk memilih dan mereka cipta persekitaran pembelajran yang menyepadukan pelbagai bentuk pengalaman, iaitu sosial, fizikal dan psikologi dalam proses pencapaian hasil pembelajaran yang diingini

• Pelajar akan menemukan perkaitan bermakna antara idea-idea abstrak dengan aplikasi dalam dunia sebenar

• Dalam pembelajaran secara konteksual, pelajar digalakkan mengalami 5 teknik pembelajaran : Strategi REACT

128 Strategi REACT

• (R-relate) menghubung kait: di mana pelajar belajar dalam konteks menghubung kait pengetahuan baru dengan pengalaman hidup

• (E-experiencing) mengalami: pembelajaran melalui penerokaan, penemuan dan mereka cipta idea.

• (A-apply mengaplikasi): pengetahuan dalam situasi lain

• C-cooperate) bekerjasama: dalam memberikan maklum balas dan berkomunikasi dengan ahli kumpulan serta guru

• (T-transfering) memindahkan: pengetahuan sedia ada dengan menggunakan daripada apa-apa yang tahu

• contoh aktiviti: pembelajaran eksperiental, sesi hand-on dan minds-on, seminar, bengkel

Pengajaran Metakognitif

• Pengajaran tentang proses pemikiran terhadap ‘apa yang kita tahu ‘ & ‘ apa yang kita tidak tahu

• Flavell (1976): pengajaran metakognitif sebagai pengetahuan terhadap proses-proses kognitif seperti ciri-ciri relevan maklumat

• Metakognisi menerangkan sebab kanak-kanak yang berbeza umur menangani tugasan pembelajaran dalam pelbagai cara

• Metakognisi melibatkan pemantauan aktif dan pengawalan proses-proses kognitif. Pengajaran metakognitif meransang kesedaran pelajar tentang perkara yang diketahui oleh mereka & yang tidak diketahui mereka untuk menyelesaikan masalah

• Menurut Dirkes (1985), strategi Asas Metakognitif:

o Menghubungkaitkan maklumat baharu dengan maklumat lama o Memilih strategi-strategi berfikir

129

Cara membina tingkah laku metakognitif pelajar:

• Penggunaan jurnal, di mana pelajar membuat refleksi terhadap pemikiran mereka, sedar tentang keraguan, ketidaksejajaran dan komen tentang bagaimana mengatasi kesukaran

• Pelajar diajar untuk membuat rancangan untuk pelbagai aktiviti pembelajaran

• Selepas aktiviti, guru boleh membimbing pelajar membuat semakan aktiviti , mengumpulkan data tentang proses berfikir dan perasaan

• Kemudian, kumpulan mengklasifikasikan idea-idea berkait, mengenal pasti strategi berfikir yang digunakan

• Akhirnya, menilai kejayaan, mengenal pasti strategi yang sesuai untuk kegunaan masa depan serta mencari pendekatan yang lebih baik

Kajian Masa Depan

• Strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan pelajar dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan (PPK,2001).

• Kauffman: memberi pelajar pemahaman tentang isu-isu penting , masalah-masalah dan peluang-peluang yang akan dihadapi serta mengajar kemahiran-kemahiran yang perlu untuk sentiasa pandang ke hadapan.

• Terdapat 4 prinsip dalam kajian masa hadapan: o Prinsip perubahan,

o prinsip pandangan jauh, o prinsip perancangan strategik, o prinsip pengupayaan

• Pelajar kini perlu berpandangan jauh supaya dapat membuat keputusan dengan bijak dalam menangani perubahan dan kesan krisis.

• Mereka perlu dibekal dengan kemahiran tersebut agar tidak dilanda kebimbangan apabila menghadapi sesuatu yang tidak dijangka.

130

1. Merangsang pemikiran pelajar secara krisis dan kreatif.

2. Pelajar dapat menangani cabaran serta berupaya untuk menyelesaikannya.

3. Menyemai keyakinan diri pada pelajar utk menghadapi apa-apa jua cabaran.

4. Memberikan peluang kepada pelajar merancang dan membuat keputusan semasa menyelesaikan masalah.

5. Pelajar dapat melibatkan diri dan peluang untuk mengemukakan idea mereka semasa menyelesaikan masalah.

6. Guru berperanan sebagai fasilitator dalam membimbing pelajar ke arah pencapaian hasil pembelajaran.

7. Suasana bilik darjah menarik dan menyeronokkan kerana murid libat diri dalam proses pembelajaran.

8. Pelbagai gaya pembelajaran dapat digunakan berdasarkan kepada kumpulan murid.

9. Tiga kemahiran dipelajari = membuat ramalan menjangka akibat

mengendalikan perubahan

Tiga cara pengajaran melalui kajian masa depan • Guna matriks pengajaran,

• Menyisipkan kajian masa depan

• Menggunakan unsur kajian masa depan sebagai induksi/susulan pengajaran.

Integrasi Kemahiran Generik dalam Pengajaran dan & Pembelajaran • Kita harus melahirkan pelajar sebagai pemikir berkesan.

• Pelajar perlu bertindak efektif, dilengkapi dengan kemahiran berfikir dan belajar seumur hidup agar dapat menguasai dan memproses maklumat dalam masyarakat dan dunia yang berteknologi tinggi ini.

131

• Dalam P&P sekolah bestari, kemahiran generik seperti kemahiran komunikasi, kemahiran belajar, memudah cara, berfikir dan strategi lain membantu pencapaian membaca dan pemikiran secara krisis dalam kalangan pelajar.

• Kemahiran generik murid terpancar dalam kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah melalui pengajaran dan amalan.

• Kemahiran generik berunsurkan kemahiran, kecekapan, dan keterampilan. Elemen-elemen dalam kemahiran generik merupakan kemahiran hidup tertentu dan diperlukan untuk kejayaan karier dan peribadi; kemahiran utama berfokuskan kepada keupayaan, menyepadukan kemahiran dan pengetahuan di alam pekerjaan; kemahiran yang boleh dipindahkan ke tempat kerja.

• Dalam konteks pendidikan, kemahiran generik perlu ada pada pelajar untuk melaksanakan tugas dengan sempurna.

• Kemahiran berkomunikasi– kebolehan menyata,menghurai, menjawab soalan, berucap dan menulis.

• Kemahiran guna teknologi – melibat penggunaan alat-alat, memahami dan menggunakan kaedah saintifik serta prinsip-prinsip teknologi dalam pengendalian alat-alat.

• Kemahiran merancang dan mengelola aktiviti– merangkumi penggunaan masa dan sumber serta berupaya untuk menentukan keutamaan dan mengawasi pencapaian diri.

• Kemahiran menyelesaikan masalah– mengenalpasti masalah, menganalisasi masalah, memperoleh maklumat, berfikir secara lateral dan kreatif serta membuat pilihan.

• Kemahiran generik yang disepadukan dalam kurikulum pedagogi bestari akan meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses P&P.

Antara strateginya:

• Memberikan tugasan bercorak tinjauan perpustakaan, dan aktiviti berpengalaman eksperiential.

132

• Pelajar dilibatkan secara langsung dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti agar mereka dapat libat diri dalam pemikiran kreatif dan kritis untuk membina keyakinan dan harga diri pelajar.

Dalam dokumen Nota Murid dan Alam Belajar (Halaman 127-132)

Dokumen terkait