Pasaran domestik cili boleh dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu institusi, isi rumah dan kilang. Penggunaan cili pula boleh dibahagikan kepada 4 kategori iaitu cili hijau, cili kering, cili merah dan cili padi. Jangkaan penggunaan cili adalah untuk penggunaan cili tahun 2008, 2009 dan sehingga tahun 2010. Jangkaan bagi 6 tahun akan datang, penggunaan cili akan terus meningkat berikut pertambahan bilangan penduduk di Malaysia, dan ini akan menambahkan peningkatan permintaan terhadap cili segar dan juga yang telah diproses cili sos atau cili giling.
Manakala penggunaan kilang juga akan terus bertambah dengan wujudnya perhubungan di antara permintaan cili dengan penggunaan isi rumah.
8.ë ANALISA PESAING
8.ë.1 Analisis Dayasaing Tanaman Cili
Analisis dayasaing dilaksanakan bagi menentukan kedudukan Malaysia dalam perusahaan tanaman cili berbanding negara-negara
pesaing utama iaitu Thailand, Indonesia, China dan India yang merupakan sumber import negara.
Dayasaing tanaman cili di Malaysia dapat dinilai menggunakan kaedah ¶Peta Dayasaing¶ yang memperlihatkan dayasaing tanaman ini dari segi perniagaan, teknologi dan strategi yang perlu diambil bagi
meningkatkan atau mengekalkan daya saing di pasaran terbuka ( rujuk Peta 1).
Dayasaing dan teknolgi, masing-masing dibahagikan kepada 3 tahap : i) Dominan
ii) Berdaya Maju iii) Lemah
Pengkelasan ini berasaskan kepada perbandingan relatif bagi
angkubah kos pengeluaran (atau lain-lain angkubah yang sesuai) dan penghasilan (atau lain-lain angkubah yang sesuai) di antara negaranegara pesaing.
Angkubah-angkubah kos pengeluaran (RM/tan), harga cili apabila tiba di pasar borong Selayang (RM/tan) , harga import (RM/tan) dan kos pemasaran (RM/tan) diguna bagi menilai dayasaing perniagaan dan angkubah hasil (tan/ha) diguna bagi menilai dayasaing teknologi. Berikut dibincangkan tahap dayasaing perniagaan dan dayasaing teknologi bagi tanaman cili berasaskan harga import cili segar dan disejukkan.
8.ë.ë Dayasaing Tanaman Cili @ Angkubah Harga Import Dan Hasil Persaingan di pasaran tempatan boleh dinilai dengan membandingkan harga cili yang di import (harga borong bagi cili bagi Malaysia) dan penghasilan cili se hektar bagi negara-negara pesaing (rujuk Peta 2). Malaysia berada pada kedudukan dominan daripada aspek dayasaing teknologi memandangkan penghasilan se hektar tertinggi (19.0 tan/ha) berbanding negara-negara pesaing. Indonesia pula berada pada kedudukan terkebelakang dalam dayasaing teknologi dengan
penghasilan terendah iaitu 2.97 tan/ha. Pesaing terhampir pula ialah China dengan kadar penghasilan 18.5 tan/ha dan Thailand dengan kadar hasil 14.44 tan/ha.
Bagi dayasaing perniagaan pula, Malaysia berada dalam kedudukan lemah kerana harga borong yang tinggi berbanding harga import dari negara-negara pesaing.
Harga import cili segar dan disejuk beku dari Thailand adalah paling rendah, diiukuti oleh China, Indonesia dan India. Dengan mengambil kira dayasaing teknologi dan dayasaing perniagaan, Malaysia berada pada kedudukan dominan dalam dayasaing teknologi dan lemah.
meningkatkan produktiviti dan kecekapan pengeluaran di ladang dan pemasaran hasil.
Kos pengeluaran di Malaysia dianggarkan kira-kira RM 0.95 / kg. Harga cili di peringkat ladang dianggarkan pada RM 3.00 / kg dan harga borong pula adalah RM 4.15 / kg. Wujud ketidakcekapan dalam pemasaran cili dengan margin yang tinggi bagi peringkat ladang, borong dan runcit.
Cili dikategorikan di antara produk pertanian yang mendapat beberapa insentif kerajaan di dalam pelaburannya.
1) Insentif Bukan Cukai 2) Insentif Potongan Cukai
3) Insentif Mengikut Projek Naungan 8.r.1 Insentif Bukan Cukai
i) Export Credit Refinancing (ECR) Scheme
Diuruskan oleh Export-Import Bank Berhad bermula 01/01/1998. Pelaburan cili mendapat kemudahan secara langsung atau tidak langsung daripada pinjaman jangka pendek untuk tujuan eksport seperti berikut :
a) Kemudahan Pasca Penghantaran
Boleh memohon pinjaman semula maksimum RM50 juta ataupun 100% daripada jumlah pinjaman dan minimum hanya RM10 juta.
b) Kemudahan Sebelum Penghantaran
Maksimum pinjaman semula sebanyak RM50,000 ataupun 80% daripada pinjaman asal.
ii) Export Credit Insurance And Guarantee Schemes
Skim ini ditubuhkan pada tahun 1977 dan equitinya dipegang oleh Bank Industri Malaysia. Objektifnya adalah untuk menolong mempromosikan eksport dan pelaburan.
iii) Industrial Technical Assistance Fund (ITAF)
Dana ini ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia dengan pembiayaan permulaan RM50 juta untuk memberi geran kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Sebanyak RM70 juta lagi telah ditambah untuk skim berikut :
a) Business Planning And Development Scheme
b) Process Improvement And Product Development Scheme c) Productivity And Quality Certification Scheme
d) Market Development Scheme iv) Fund For Food
Dana ini telah ditubuhkan pada Januari 1993. Bank Negara
Malaysia telah memperuntukkan sebanyak RM1,000 juta dan Bank Pertanian Malaysia pula memperuntukkan sebanyak RM300 juta. 8.r.ë Insentif Potongan Cukai
Pelaburan di dalam pengeluaran cili telah digariskan sebagai produk
dibuat secara sepenuhnya ataupun sebahagian sahaja. Tambahan kepada potongan cukai tersebut, insentif secara potongan cukai jualan
i) Promotion Of Investment Act, 1986
Adalah dibawah kawalan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI). Permohonan untuk perkara ini boleh dipohon daripada Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan perkara-perkara yang boleh dipohon adalah :
a) Pioneer Status
c) Infrastructure Allowance
d) Double Deduction On Expenses For Promotion Of Exports ii) Income Tax Act, 1967
Adalah dibawah kawalan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan permohonan boleh dipohon daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Insentif-insentif yang boleh dipohon di bawah akta ini adalah seperti berikut :
a) Agriculture Allowance b) Reinvestment Allowance
c) Double Deduction On Research And Development d) Double Deduction For Training
e) Double Deduction For Insurance Premiums
f) Double Deduction For Promotion Of Local Brand Name g) Single Deduction On Pre-Operating Expenses
h) Industrial Building Allowance
i) Deduction For Capital Expenditure On Approved Agriculture Projects
j) Special Tax Treatment For Gift k) Tax Exemption Of Increased Exports l) Special Capital Allowances
iii) Customs Act, 1967, Sales Tax Act, 1972 dan Excise Duty Act, 1976
Adalah dibawah kawalan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Pengecualian cukai boleh dipohoon kepada perkara-perkara berikut :
a) Sektor Pertanian b) Aktiviti Penyelidikan c) Aktiviti Latihan
d) Kawalan Alam Sekitar
8.r.r Insentif Mengikut Projek Naungan
Beberapa insentif di bawah Pekeling Kementerian Pertanian adalah seperti berikut :
i) Taman Kekal Pengeluaran Tanaman (TKPM) ii) Kualiti Dan Standard
iii) Skim Akreditasi Tanaman Ladang iv) Projek Perdana
v) Khidmat Nasihat Dan Bimbingan
Taman Kekal Pengeluaran Tanaman Makanan (TKPM)
Satu kemudahan yang disediakan khas dengan kemudahan asas untuk pengeluaran jangka pendek secara berterusan di mana pihak MOA Inc. (agensi di bawah Kementeri Pertanian) telah diarahkan untuk menyediakan prasarana kawasan ini. Kerja-kerja secara intergrasi oleh agensi pertanian (Kementerian Pertanian) seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Parit Dan Saliran dan lain-lain, adalah termasuk kerja-kerja pembersihan kawasan dan pembekalan sistem pengairan yang bernilai RM10,000 / hektar, telah dijalankan.
Kualiti Dan Standard
FAMA menerusi SIRIM telah melaksanakan satu sistem berasaskan CODEX , menyediakan satu program kawalan gred dan standard untuk pasaran domestik dan antarabangsa. Enakment Dan Peraturan-
Peraturan Pemasaran Sayur-Sayuran, 1975 adalah berkaitan. Skim Akreditasi Tanaman Ladang
Skim di bawah Kementerian Pertanian ini menggalakkan golongan pengeluar untuk menyertainya. Beberapa kriteria dan pemeriksaan perlu dilalui untuk mendapatkan sijil ini.
Projek Perdana
Projek di bawah satu agensi Kementerian Pertanian membuat secara intergrasi di mana urusan berkaitan pemasaran dan tanaman disokong oleh badan tersebut. Projek digalakkan dikalangan ahli-ahlinya dengan bantuan.
Khidmat Nasihat Dan Bimbingan
Semua agensi di bawah Kementerian Pertanian mempunyai tugas memberi nasihat di dalam bidang masing-masing seperti khidmat pemasaran dan motivasi oleh FAMA, khidmat tanaman dan subsidi oleh Jabatan Pertanian dan MARDI.