UNTUK
BANGKIT
K
ali ini saya ingin bercerita mengenai satu formula yang saya gunakan untuk kajian tesis Doktor Falsafah (PhD) saya iaitu mengenai Business Coaching atau bimbingan usahawan. Bagaimana ia memberikan impak positif terhadap industri Perniagaan Kecil dan Sederhana (SME) atau bagaimana bimbingan perniagaan ini membantu kejayaan usahawan SME.Seperti yang anda tahu dalam RichWorks ada ramai usahawan SME yang membina kejayaan dengan cukup besar. Jumlahnya bukan 20 peratus tetapi sehingga 60-80 peratus setahun.
Untuk makluman, dalam RichWorks ada dua kumpulan ahli Titanium iaitu Titanium Circle dan Titanium Premier. Untuk Titanium Premier, ia sangat istimewa kerana tiada sesiapa yang boleh menyertai kumpulan ini melainkan di atas cadangan peserta di dalam circle ini.
Apa yang istimewa selepas menyertai Titanium Premier? Ia sangat istimewa kerana saya dan peserta saling boleh berhubung di antara satu sama lain. Kadang-kadang saya telefon peserta bertanya khabar mengenai bisnes dan adakala mereka menghubungi saya pada bila-bila masa sahaja.
Antara usahawan yang sudah berada dalam Titanium Premier termasuklah Najib Asaddok, Eskayvie, Noir, Nurraysa dan Sabella. Jumlahnya tidak ramai, hanya 20 lebih bisnes terpilih sahaja.
Jadi disebabkan mereka istimewa saya sediakan formula ini untuk mereka.
Saya rasa formula ini sangat bagus dan jarang-jarang disampaikan kerana ia masih baru. Tetapi semua peserta boleh menggunakannya sebagai garis panduan dalam membuat keputusan bisnes.
FAHAMI RAHSIA – GROW
Formula ini saya namakan sebagai G-R-O-W. Ia hanya ditujukan untuk mereka yang ingin meningkatkan pencapaian dalam bisnes. Untuk usahawan yang ingin membina legasi bisnes mereka sendiri dengan cara yang cepat dan mudah. Ia bermula dengan:
G- GOALS
Di dalam formula GROW ini menyatakan apa sahaja yang anda impikan atau apa sahaja yang anda akan lakukan harus bermula dengan G. Apakah G anda? Apa itu
G? Apakah Goals anda? Apa yang anda ingin capai sebenarnya? Menentukan Goals atau menetapkan apa yang ingin dicapai adalah sangat penting.
Dalam konteks sebagai usahawan, pasti anda ingin berjaya dalam bisnes. Jadi sebelum memulakan sesuatu bisnes, anda harus tahu apakah Goals atau target anda. Goals juga perlu ada tempoh masa atau time frame.
Misalnya, dalam tempoh masa empat bulan September hingga Disember apa yang anda ingin capai? Kalau sekarang anda buat RM10 ribu, mungkin paling kurang pun anda mahu capai di sini RM50 ribu sebulan pada Disember. Kalau sekarang anda buat RM50 ribu, anda mungkin nak capai RM100 ribu sebulan pada Disember dalam masa empat bulan.
Bayangkan, dalam masa empat bulan, apa yang anda mahu. Anda kena tahu goals anda. Sasaran dan target anda. Bayangkan masa semakin singkat.
Kalau yang buat RM100 ribu sebulan, mungkin anda mahu, menjelang empat bulan selepas itu target menjadi RM200 ribu sebulan.
Peningkatan hanya dalam masa empat bulan sahaja! Anda kena tahu goals diri.
Goals itu apa? Apa target anda?
Maksud target ni pula begini. Saya target esok tengah hari mahu makan nasi ayam Hainan. Wah, ayamnya garing, Crispy Chicken. Itu namanya apa? Target. Itu namanya target. Niat dengan target ini. Dua benda yang macam sama namun lain.
Niat ini di dalam hati. Target pula bertulis. Kalau seseorang niat, tapi tak bertulis, dia masih lagi niat. Kalau begini bukan target. Sama seperti saya ada niat mahu jadi jutawan. Itu niat. Itu baru niat sahaja. Itu belum target.
Niat ini dalam hati. Ada tak orang berniat bertahun-tahun, dah beratus tahun niat nak kahwin tapi tak kahwin kahwin. Ada tak? Ada tak? Ada!
Sampai bawa ke mati tapi niat tak tercapai. Pun ada!
Niat kita boleh pakai. Boleh guna tak ada salahnya, tapi niat biasa guna dengan Tuhan saat solat. Atau tatkala beribadah, seperti puasa. Itu pun kadang-kadang perlu disertakan dengan lafaz. Niat dan lafaz. Tidak salah niat begitu namun niat mesti ada target. Maka target inilah yang wajib dizahirkan.
Anda mahu apa? Apa yang anda mahu capai? Anda target mahu hit apa? Ini semua target. Tak kisah sama ada anda buat dropship, jalankan perniagaan sendiri, perniagaan orang, yang penting anda ada target. Berapa nak capai? Anda WAJIB ada target secara bertulis.
Formula ini namanya G-R-O-W. GROW. G-R-O-W.
1. Target perlu spesifik
Jika betul anda ingin dibimbing dalam tempoh empat bulan ini, berapa yang anda ingin capai? Target perlu dibuat secara spesifik. Jangan hanya menyatakan, “Saya nak jadi kaya”. Memang tidak akan berjayalah jawabnya.
Target membabitkan jumlah jualan. Sehingga Disember ini berapa jualan anda ingin capai sebulan? Berapa jumlah yang anda inginkan?
Macam saya cakap tadi, jika sekarang anda buat jualan RM10 ribu sebulan mungkin paling kurang empat bulan lagi anda mesti capai RM50 ribu sebulan. Jika sekarang jualan anda RM50 ribu sebulan, target anda mungkin RM100 ribu sebulan (Disember), semuanya dalam tempoh empat bulan. Anda perlu beri tempoh masa bila nak capai.
Anda harus ikut betul-betul apa yang saya sampaikan ini kerana ia sangat penting.
Ingat target harus meningkat.
Jika ada yang berkata, “Eh, susahnya nak capai.”
Persoalan penting di sini adalah berapa target anda atau goals? Isunya di sini bukannya pasal ia susah atau senang.
2. Ada time frame atau tempoh masa
Goals atau target yang baik perlu ada tempoh masa. Misalnya jika selama ini anda buat jualan RM10 ribu sebulan, dalam masa empat bulan pada 2021 anda nak capai pula RM100 ribu sebulan. Kemudian masuk tahun 2022, Januari sehingga April berapa pula target jualan anda? April bermakna sudah masuk Ramadan dan Mei sambutan Aidilfitri. Bermakna inilah tempoh masa yang sangat penting. Waktu untuk buat duit dan perlu ada banyak duit. Anda perlu buat target, target dan target untuk tempoh ini.
3. Tulis
Sekali lagi target bukan sekadar anda bercakap. Bukan sekadar beritahu pada orang lain tetapi ia perlu ditulis. Contohnya anda nak capai RM100 ribu sebulan dan mengekalkan jualan sehingga RM1.2 juta. Tulis berapa yang anda ingin capai.
Berapa jumlah sebulan RM150 ribu atau RM200 ribu? Sama ada jumlahnya anda boleh atau tidak boleh capai, kuncinya adalah ia perlu ditulis dahulu.
Ok sekarang anda sudah tulis semua target anda dan pada Disember nanti pastikan anda akan capai goals anda itu. Jika sudah RM10 ribu, September akan naik menjadi RM15 ribu pada Oktober RM30 ribu dan November RM50 ribu. Jika anda rasa target anda terlalu tinggi, kecilkan sedikit angka itu. Apa yang penting di sini sebenarnya ialah anda perlu tetapkan target dahulu, tidak kira ia boleh atau tidak boleh dicapai.
Setelah itu baru lihat semula target anda dengan strategi yang disusun.