• Tidak ada hasil yang ditemukan

REFLEKSI DIRI

Dalam dokumen Kerja Kursus Ikan Hiasan (Halaman 48-55)

NAMA : NOOR IZZATI BINTI ABDUL HANID

NO. I/C : 920124-14-5888

Antara cabaran terpaksa ialah dihadapi ialah dari segi kewangan. Hal ini kerana terdapat beberapa bahan yang terpaksa dibeli sendiri memandangkan kekangan bahan yang tidak mencukupi dan tidak dapat disediakan untuk kami. Namun begitu, sebagai seorang pelajar, saya sedar inilah pengorbanan yang perlu dilakukan untuk memperoleh ilmu. Tambahan pula, saya menginginkan hasil terbaik dalam setiap tugasan yang dilakukan. Saya percaya jika kita lokek mengeluarkan duit untuk ilmu, maka sedikit sahaja ilmu yang akan diperolehi. Meskipun berpegang kepada prinsip ini, namun ia bukan bermaksud saya sesuka hati boros membeli pelbagai bahan kerana sebenarnya sebahagian besar bahan yang digunakan adalah daripada bahan sedia ada. Misalnya, rumah mini yang menjadi elemen utama tema lanskap adalah asalnya merupakan tabung duit saya di bililk. Begitu juga dengan jambatan, tumbuhan hiasan, pasir dan batu kerikil adalah bahan sedia ada yang terdapat di stor Jabatan Teknikal.

Selain itu, tugasan ini juga menguji aspek pengurusan masa kerana kami menjalani praktikal selama dua bulan. Justeru, masa yang tinggal adalah sangat singkat, tambahan pula kelas yang ada perlu dibahagikan pula untuk pembelajaran jahitan serta tanaman hiasan. Mujurlah kami sekumpulan bekerjasama merancang gerak kerja dan pembahagian tugas. Ini memudahkan saya untuk merancang masa untuk melakukan aktiviti yang lain. Sekiranya perancangan tidak dilakukan terlebih dahulu, maka masalah akan timbul. Menurut Charles dan Senter (2002), pengurusan amat penting dalam pengajaran, malahan tanpa pengurusan yang cekap, pengajaran bilik darjah amat sukar berlaku. Ini bertepatan dengan tugas sebagai seorang guru yang perlu merancang perancangan pengajarannya terlebih dahulu sebelum mengajar murid-muridnya.

Dalam proses menyelesaikan tugasan ini juga saya dan rakan-rakan telah membahagikan tugas masing-masing untuk memudahkan kami memberi tumpuan kepada perkara tertentu. Sebagai contoh, perkara yang tidak berkaitan dengan tajuk berkenaan diberikan kepada orang lain untuk menguruskannya, supaya tidak mengelirukan. Tarikh dan masa juga perlu ditetapkan, seseorang telah ditetapkan untuk mengingati supaya tugasan yang dilakukan tetap berjalan dalam tempoh masa yang telah dirancang. Menurut Fayol (1988), proses pengurusan meliputi perancangan, pengendalian, pengarahan dan pengawalan.

Di samping itu, penyediaan akuarium ini menuntut kesabaran yang tinggi kerana memerlukan pengorbanan tenaga, masa dan kewangan. Dari segi tenaga, memandangkan kumpulan kami terdiri daripada wanita sahaja, kami mengalami kesukaran semasa mengangkat akuarium tersebut untuk dicuci. Mujurlah, ada rakan-rakan lelaki yang sudi membantu. Dari segi masa dan kewangan adalah seperti yang sudah dijelaskan di atas.

Dalam pada itu, sejujurnya saya sangat bersyukur kerana berpeluang memperolehi banyak ilmu tentang ikan hiasan. Sebelum ini, secara jujurnya saya langsung tidak mengetahui apa-apa berkaitan dengan ikan hiasan apatah lagi ilmu lanskap akuarium. Antara ilmu yang diperolehi ialah jenis dan tabiat ikan hiasan. Saya baru mengetahui bahawa bukan semua ikan dapat dipelihara bersama-sama. Ikan pemangsa perlulah dipelihara di akuarium yang sejenis sahaja kerana ia akan memakan anak ikan kecil. Saya juga mengetahui cara membentuk lanskap akuarium. Terlalu banyak hiasan akan menampakkan suasana yang serabut di samping menghalang ikan bergerak bebas. Ini menyedarkan saya bahawa amali sangat penting dalam pembelajaran kerana ilmu tersebut menjadi lebih bermakna dan tersimpan lebih lama dalam ingatan murid.

Selain itu, dalam pembikinan tugasan ini juga saya serba sedikit dapat menyusun atur kerja yang saya bersama rakan-rakan lakukan. Ini bermaksud saya dapat mendokumentasikan hasil kerja yang telah kami lakukan. Selama ini hasil kerja tidak pernah direkodkan, sekarang baru saya tahu bahawa bahan-bahan bukti merupakan perkara penting yang perlu ada bagi kerja-kerja seperti praktikal ini. Ini kerana selain sebagai rujukan pembaca untuk mengetahui prosedur untuk menyediakan akuarium. Menurut Mohd Razi (2002), tahap penggunaan BBM di kalangan guru - guru Kemahiran Hidup adalah masih pada tahap sederhana. Bagi Bahan - bahan bukti yang direkodkan dan didokumentasikan ini boleh juga dijadikan sebagai bahan bantu mengajar bagi guru untuk mengajar kepada murid-murid di sekolah. Dengan adanya panduan ini mudah bagi guru untuk mendapat idea mengajar bagi topik ini.

Kesimpulannya, segala cabaran yang dihadapi akan saya hargai dan ingati kerana ia merupakan asam garam dalam kehidupan. Tanpa cabaran, saya akan sentiasa kekal di zon selesa dan tidak akan keluar daripada kepompong keselesaan tersebut. Selain itu, saya juga berharap agar folio kami ini dapat dijadikan panduan untuk proses pembelajaran pada masa akan datang. Segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi akan saya gunakan sepanjang proses pembelajaran di ipg dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Insyallah.

REFLEKSI DIRI

NAMA : SITI AISYAH BINTI ROSLAN

NO. I/C : 920520-11-5306

Alhamdulillah, dengan izin-Nya saya dapat melaksanakan projek pemeliharaan ikan hiasan dengan jayanya. Semua yang dirancang telah dapat dijalankan dengan baik. Pada semester ini kami telah ditugaskan untuk menyediakan satu folio mengenai ikan hiasan. Banyak pengetahuan dan pengalaman telah saya perolehi sepanjang melakukan tugasan ini yang mana dapat memantapkan lagi kemahiran untuk menjadi seorang guru yang fleksibel

suatu hari nanti. Saya memulakan projek dengan pengumpulan maklumat mengenai pemeliharaan ikan hiasan. Dari sini, saya dapat menimba ilmu baru yang boleh saya aplikasikan semasa memelihara ikan dan menghias akuarium dengan peelbagai perkara penting yang dititiberatkan.

Antara cabaran-cabaran yang saya hadapi dalam melakukan aktiviti penyediaan akuarium ini ialah dari segi kewangan. Sebagai seorang pelajar, saya akur bahawa kewangan untuk melaksanakan projek ini amat tinggi. Peralatan dan keperluan dalam menyediakan akuarium ini memakai kos yang amat tinggi. Di sini, saya dapat pelajari bahawa guru pelatih perlu menggunakan akal fikiran untuk mencari alternatif lain dalam menggantikan aksesori akuarium yang diperlukan menggunakan bahan terbuang agar dapat menjimatkan kos. Hal ini kerana, rata-rata guru pelatih lebih suka membeli peralatan yang dijual di kedai tanpa memikirkan kosnyadan kami juga telah menggunakan bahan sedia ada yang telah disediakan. Jadi, sikap kreatif dan inovatif amat penting dalam melaksanakan projek ini.

Selain itu, semasa penyediaan akuarium ini ia memerlukan kesabaran yang amat tinggi agar penyediaan akuarium yang dibuat menampakkan hasil yang baik. Hal ini kerana dalam penyediaan akuarium, ia akan mengambil masa yang lama, menggunakan tenaga yang banyak dan sebagainya. Dalam kumpulan kami yang hanya terdiri daripada wanita, kami mengalami kesukaran semasa mengangkat akuarium tersebut untuk dicuci. Tambahan pula, kadang-kadang ia juga boleh mengakibat kecederaan. Namun yang demikian, saya mencadangkan penambahbaikan agar setiap kumpulan itu disarankan untuk mempunyai ahli kumpulan lelaki untuk membantu guru-guru wanita apabila diperlukan. Penyediaan akuarium juga telah memberi pengalaman kepada saya cara memasukkan air ke dalam akuarium, anti klorin, anti cloudiness dan sebagainya.

Saya juga telah mempelajari cara meletakkan ikan ke dalam akuarium. Kumpulan kami juga telah memelihara ikan yang amat sensitif iaitu ikan guppy. Alhamdulillah, ikan tersebut dapat hidup dengan baik dalam akuarium yang kami sediakan dan mempunyai penjagaan harian. Ilmu mengenai jenis ikan juga telah saya pelajari dengan kesungguhan dan minat. Terdapat ikan makan atas seperti guppy, ikan makan tengah seperti angel dan tiger berb dan ikan makan bawah seperti ikan tikus dan ikan bandaran. Semua ikan mempunyai cirri-ciri yang unik dan terdapat fungsi masing-masing. Di samping itu, dalam projek ini saya telah mempelajari banyak tentang ikan hiasan. Sebelum ini, secara jujurnya saya langsung tidak mengetahui apa-apa berkaitan dengan ikan hiasan.

Dari segi nilai pula, nilai yang dapat saya terapkan sepanjang melaksanakan tugasan ini ialah nilai kerjasama, nilai menghargai masa dan nilai kerajinan. Melalui kerjasama daripada rakan sekelas serta pensyarah pembimbing, saya dan ahli kumpulan dapat menyiapkan tugasan dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada mereka. Semasa melaksanakan projek ini juga, kami dapat belajar bagaimana membahagikan masa untuk membuat kerja-kerja yang diberikan mahupun subjek yang lain. Pembaziran masa mulai berkurang. Tambahan pula, melalui dorongan daripada rakan-rakan yang lain, sikap rajin dapat kami terapkan antara satu sama lain.

Namun demikian, terdapat kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti sepanjang menjalankan tugasan ini. Kelemahan yang sering terjadi adalah suka melengah-lengahkan masa dalam proses penyediaan akuarium. Selain itu, kekuatan yang diperolehi ialah walau apapun masalah kita hadapi, belajar untuk berusaha dan minta pertolongan dan nasihat daripada rakan-rakan. Oleh yang demikian, penambahbaikan haruslah dilakukan dari semasa ke semasa agar tugasan yang dilaksanakan bertambah baik lagi.

Kesimpulannya, tugasan ini memberi manfaat kepada diri saya sendiri di mana memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan lain yang melaksanakan tugasan ini. Pengalaman serta ilmu berkaitan teknologi pemeliharaan ikan hiasan banyak mengajar saya selain memperoleh nilai-nilai murni sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Oleh itu, saya bersetuju tugasan seperti ini diberikan kepada guru-guru pelatih sebagai persediaan menjadi seorang guru kelak. Banyak ilmu dan pengetahuan baru yang saya peroleh hasil tugasan ini. Alhamdulillah, saya dan ahli kumpulan dapat menyiapkan tugsan ini dalam masa yang diperuntukkan dengan baik dan jayanya.

REFLEKSI DIRI

NAMA : SITI INTAN BADARIAH BINTI ABDUL LATIF

NO. I/C : 920809-02-5934

Syukur ke hadrat Ilahi kerana atas pimpinannya, saya dapat menjalani ujian amali ikan hiasan dengan jayanya. Semua yang dirancang telah dapat dijalankan dengan baik.

Pada semester ini kami telah ditugaskan untuk menyediakan satu folio mengenai ikan hiasan dan melakukan satu program penjagaan terhadap ikan hiasan disamping menjalani satu ujian amali penyediaan akuarium.

Dalam proses penyediaan akuarium, kami terlebih dahulu merancang dan mengatur langkah kerja supaya semasa ujian amali kesemua proses yang dirancang dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Banyak pengetahuan dan pengalaman telah saya perolehi sepanjang melakukan tugasan ini yang mana dapat memantapkan lagi kemahiran jester membantu sya untuk menjadi seorang guru yang fleksible suatu hari nanti.

Antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kami dalam melakukan aktiviti penyediaan akuarium ini ialah dari segi kewangan. Sebagai seorang pelajar, kami akur bahawa kewangan untuk melaksanakan projek ini amat tinggi. Peralatan dan keperluan dalam menyediakan akuarium ini memerlukan kos yang amat tinggi. Di sini, saya dapat pelajari bahawa guru pelatih perlu menggunakan akal fikiran untuk mencari alternatif lain dalam menggantikan aksesori akuarium yang diperlukan menggunakan bahan terbuang agar dapat menjimatkan kos. Hal ini kerana, rata-rata guru pelatih lebih suka membeli peralatan yang dijual di kedai tanpa memikirkan kosnya.

Selain itu, semasa penyediaan akuarium ini ia memerlukan kesabaran yang amat tinggi agar penyediaan akuarium yang dibuat menampakkan hasil yang baik. Hal ini kerana dalam penyediaan akuarium ia cukup mengambil masa yang lama, menggunakan tenaga yang banyak dan sebagainya. Dalam kumpulan kami yang hanya terdiri daripada wanita, kami mengalami kesukaran semasa mengangkat akuarium tersebut untuk dicuci. Tambahan pula, kadang-kadang ia juga boleh mengakibat kecederaan. Namun yang demikian, kami masih mendapat bantuan dari rakan seperjuangan yang lain.

Di samping itu, dalam projek ini saya telah mempelajari banyak tentang ikan hiasan. Sebelum ini, secara jujurnya saya langsung tidak mengetahui apa-apa berkaitan dengan ikan hiasan. Melalui lawatan ke pelbagai pusat akuarium yang dijalankan, saya telah mengetahui serba sedikit mengenai ikan hiasan. Bermula dari ilmu tentang jenis ikan hiasan, cara penjagaan ikan dan sebagainya telah banyak memberi saya pelbagai maklumat tentang

pemeliharaan ikan hiasan ini. Tambahan pula, dalam penjagaan ikan hiasan bukan semua ikan dapat dipelihara bersama-sama. Ikan pemangsa perlulah dipelihara di akuarium yang sejenis sahaja kerana ia akan memakan anak ikan kecil.

lain.

Namun demikian, terdapat kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti sepanjang menjalankan tugasan ini. Kelemahan yang sering terjadi adalah suka melengah-lengahkan masa dalam prose penyediaan akuarium. Selain itu, kekuatan yang diperolehi ialah walau apapun masalah kita hadapi, belajar untuk berusaha dan minta pertolongan dan nasihat daripada rakan-rakan. Oleh yang demikian, penambahbaikan haruslah dilakukan dari semasa ke semasa agar tugasan yang dilaksanakan bertambah baik lagi.

Kesimpulannya, tugasan ini memberi manfaat kepada diri saya sendiri di mana memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan lain yang melaksanakan tugasan ini. Pengalaman serta ilmu berkaitan teknologi ikan hiasan banyak mengajar saya. Selain memperoleh nilai-nilai murni sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Oleh itu, saya bersetuju tugasan seperti ini diberikan kepada guru-guru pelatih sebagai persediaan menjadi seorang guru kelak.

Dalam dokumen Kerja Kursus Ikan Hiasan (Halaman 48-55)

Dokumen terkait