• Tidak ada hasil yang ditemukan

Reka letak

Dalam dokumen MODUL 1 TEKNOLOGI PENGAJARAN. Sinopsis (Halaman 51-65)

PRINSIP REKABENTUK

ELEMEN REKA BENTUK VISUAL

8. Reka letak

Prinsip CASPER merupakan panduan menyusun media seperti teks, grafik, animasi dan video pada sesuatu persembahan yang dapat merangsang perhatian dan minat penonton. Skrin yang diletakan dengan media tanpa di rancangan menyebabkan persembahan yang kurang menarik.

(i) Contrast (Perbezaan yang Ketara)

Bagi menunjukkan perbezaan antara dua objek, pembangun perisian perlulah memilih warna yang kontra (warna gelap dengan warna terang).Kontra juga digunakan untuk membezakan antara unsur dengan latar belakang paparan. Selain daripada

membezakan dua item yang berlainan,kontra adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk menambahkan tarikan atau perhatian terhadap sesuatu reka bentuk.Selain daripada perbezaan warna, kontra juga boleh ditonjolkan dengan perbezaan font, objek besar dan kecil, garis halus dengan kasar, tekstur licin dengan

kasar, unsur mendatar dengan menegak, garis berjauhan dengan berdekatan dan grafik kecil dengan besar.

(ii) Alignment (Susunan Seimbang)

Dalam prinsip alignment, setiap item yang hendak diletakkan dalam muka perisian perlulah seimbang dengan muka perisian agar kelihatan menarik.

Pembangun perisian seharusnya pandai menyusun item-item yang ingin

dipersembahkan supaya ia kelihatan seimbang. Dengan kata lain, dalam prinsip Alignment, item perlu disusun supaya tidak janggal. Item juga perlu mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain di setiap paparan perisian.

(iii) Simplicity (Mudah)

Grafik dan animasi perlu ringkas dan dapat merangsangkan pengguna memahami maksud yang hendak disampaikan. Dengan kata lain sesuatu bahan grafik dan bahan yang diletakkan di atas muka perisian seharusnya dapat memudahkan penerokaan dan merangsangkan pemikiran. Visual yang dipilih perlulah ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah difahami. Dengan kata lain, penggunaan grafik dan elemen media dalam perisian yang dibina perlulah membantu pengguna melayari perisian dengan mudah. Sekeping gambar yang ringkas contohnya, lebih bermakna dari teks yang panjang lebar.

(iv) Proximity (Berhampiran)

Dalam prinsip proximity item yang digunakan dalam muka perisian perlulah

dikumpulkan pada satu kawasan, supaya pengguna dapat melihat kesinambungan yang wujud antara item. Pengumpulan item membuatkan pengguna merasa selesa kerana item-item yang berkaitan dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak terpisah-pisah. Oleh yang demikian, elemen ini akan menjadi satu unit visual daripada beberapa unit terpisah.

(v) Emphasis (Penekanan)

Pembangun perisian perlu menggunakan cara tertentu bagi memberi penekanan terhadap perkara yang dirasakan penting. Pelbagai cara digunakan oleh pembangun perisian untuk menarik perhatian pengguna. Namun begitu adalah dinasihati supaya pembangun perisian tidak menggunakan terlalu banyak elemen sampingan untuk menarik perhatian pengguna, yang mana akan menyebabkan tumpuan pengguna lebih kepada elemen sampingan.

(vi) Repetition (Pengulangan)

Dalam prinsip repetition terdapat satu piawai antara muka perisian supaya pengguna akan dapat mentafsir dan memahami dengan mudah arahan yang diberikan oleh perisian. Pengulangan menggunakan persembahan media yang berlainan akan

membantu pemahaman pengguna. Ini adalah kerana pengguna perisian terdiri daripada mereka yang mempunyai kecenderungan yang terhadap media.Pembangun perisian

boleh menggunakan perulangan media teks, audio, grafik dan video untuk menyampaikan mesej yang sama.

Prinsip Reka Bentuk Visual terbahagi kepada enam:

Simplisiti

Simplisiti bermaksud sesuatu rekaan yang mudah, cepat dan jelas untuk difahami. Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan satu perkara pada satu masa. Idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan.

Visual yang mengandungi sedikit elemen adalah lebih baik , kerana mudah dilihat. Hadkan perkataan-perkataan yang ditayangkan kepada 15 atau 20 patah perkataan sahaja dalam satu visual tayangan.

Lukisan hendaklah jelas dan terang. Garisan luar ( outline ) hendaklah dibuat dengan garisan tebal. Garisan-garisan kecil harus ditinggalkan kerana garisan-garisan kecil yang terlalu banyak akan mengelirukan.

Dominan

Ia bermaksud pusat penumpuan atau minat. Dalam rekabentuk visual, item utama mestilah ditonjolkan agar dapat dilihat dan dibaca dan difahami dengan mudah oleh pelajar. Item ini mestilah menguasai item-item lain yang menyokongnya. Contoh, jika guru ingin mengajar tentang negeri Kedah, guru boleh mempersembahkan gambar sawah padi bagi mengambarkan cirri negeri Kedah.

Salah satu cara untuk mencapai dominan ialah menggunakan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Third). Dari kajian, didapati perhatian tertumpu lebih pada sudut atas kiri daripada tempat-tempat lain.

Rajah di bawah: menunjukkan “vertically symmetrical” bagi tajuk yang diletak di “ the upper third”, logo diletakkan di bahagian tengah, teks kecil diletakkan di bahagian ke-3 bawah.

Rajah di bawah: Bahagian asymmetrical layout menun jukkan konsep satu pertiga yang tertumpu di sebelah atas kiri.

Pola

Ia berkaitan dengan susunan item-item dalam sesuatu visual rekaan bagi menarik dan mengekalkan perhatian pembaca serta melihat maksud yang terkandung dalam visual. Contoh, guru menggunakan gambar anak panah bagi menunjukkan proses dalam Model ASSURE. Model ASSURE Pilih media Guna media Gerak balas Penilaian Analisis Nyata objektif

Seimbang

Sesuatu yang tidak seimbang akan tumbang. Begitu juga dalam rekaan sesuatu visual ia juga perlu seimbang, di mana elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk. Dengan cara ini, mata rasa selesa memandang. Terdapat 2 jenis seimbang iaitu seimbang formal dan seimbang tidak formal.

Seimbang formal bermakna pembahagian yang sama antara dua bahagian visual samada kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Cth: jongkang-jongkit yang mempunyai bebanan yang sama jenis di kedua-dua belah.

Seimbang Formal

Seimbang tidak formal bermakna pembahagian yang tidak sama rata antara item kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Contohnya, jongkang-jongkit yang masih seimbang tetapi ianya bukan beban atau bahan yang sama jenis, cuma beratnya sahaja yang sama.

Seimbang Tak formal

Dalam rekaan visual penggunaan penglihatan mata adalah cara untuk menentukan keseimbangan.

Variasi

Elemen-elemen yang digunakan mestilah dipelbagaikan supaya memberi kesegaran, menimbulkan perasaan seolah-olah visual itu hidup dan menimbulkan minat. Ia boleh dilakukan dengan mengubah elemen visual menjadi sesuatu yang berbeza.

Elemen asal yang harmoni dimasukkan elemen lain agar ada variasi

Harmoni

Ia bermaksud semua bahagian visual bergabung antara satu sama lain dan menyesuai di antara mereka. Ia mewujudkan suasana yang mententeramkan hati dan perasaan. Ia memberikan rasa yakin dan pasti kepada pembaca kerana dapat melihat hubungan antara elemen, arah aliran persembahan, perspektif dan kesatuan imej.

Yellow Warblers, by Holly Ward Bimba. Harmony, Principles of Design Harmoni menggabungkan beberapa visual bersama-sama

Peralatan Penghasilan Grafik

Penjelmaan imej grafik daripada abstrak perlu peralatan yang tertentu. Kecekapan mengendalikan peralatan akan menghasilkan imej yang tepat dan jelas. Peralatan yang biasa digunakan ialah;

 Kamera Digital

Kamera Digital

Kamera digital biasanya memiliki cip pemprosesan imej digital khusus untuk mengubah data mentah dari penderia imej kepada imej warna-dibetulkan dalam satu format fail imej piawai. Imej dari kamera digital ini biasanya akan diproses menggunakan computer untuk meningkatkan kualitinya, satu kelebihan jelas kamera digital ke atas kamera

filem. Pemprosesan imej digital ini lazimnya dilakukan oleh program perisian khas yang boleh memanipulasi imej tersebut dengan banyak cara.

Kamera Digital

Pengimbas (Scanner)

Ia merupakan satu peralatan yang membolehkan kita memasukkan gambar ke dalam komputer. Alat pengimbas berfungsi seperti mesin fotostat. Alat pengimbas ini membuat salinan dalam bentuk digital yang boleh digunakan dan dilihat di skrin komputer.

kemudiannya gambar tersebut boleh digunakan untuk ditambah kepada dokumen, diubah untuk dijadikan gambar latar dan sebagainya.

Pengimbas Aktiviti

Berikut merupakan contoh visual. Huraikan prinsip reka bentuk visual yang terkandung dalam poster di bawah.

Rumusan

Bahagian ini telah membincangkan aspek-aspek penting dalam reka bentuk visual. Visual yang berkualiti akan dapat memberi kesan yang mendalam kepada pelajar.

Rujukan

Chin Yoon Poh. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kumpulan Budiman SDN. BHD: Selangor.

Halimah Badioze Zainan,1993 Teknologi Pendidikan 2 Media Unjuran dan Media Elektronik ,Kumpulan Budiman Sdn Bhd

Jerrord E.Kemp dan Don C. Smellie, 1997, Perancangan, Penerbitan, Dan Penggunaan M.E.D.I.A Pengajaran. Universiti Teknologi Pendidikan.

Jamaiah bt Hj Osman, Yusop Khan b Loth Khan, 1995 Panduan Pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah, Danalis Distributors Sdn Bhd

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Wan Kamaruddin Wan Hassan. (2009). Siri Pendidikan Guru Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Oxford Fajar SDN. BHD: Selangor.

Norihan Abu Hasan,1997 Perancangan Penerbitan dan Penggunaan Media Pengajaran Edisi Keenam, Universiti Teknologi Malaysia

Pusat Sumber Pendidikan Negeri Selangor, 1997 Pengajaran dan Pembelajaran Pusat Sumber Sekolah

Razali Nor, 1995 Teknologi Pendidikan 1, Kumpulan Budiman Sdn Bhd Razali Nor, 1995 Teknologi Pendidikan 2, Kumpulan Budiman Sdn Bhd

Rujukan dari internet: 1. http://www.docstoc.com/docs/10941855/Assignment-TEKNOLOGI-MAKLUMAT 2. http://library.perdana.org.my/Digital_Content/PLF/000006/A4/1004909.pdf 3. http://www.scribd.com/doc/14164275/prinsip-asas-grafik 4. http://rolda73-panitiapsv.blogspot.com/2010/07/warna.html 5. http://senivisual1.blogspot.com/2010/02/warna-unsur-unsur-seni-reka.html 6. http://psvptgsmkkm.blogspot.com/2009/08/bab-6-warna.html 7. http://www.aizek.net/modules.php?name=News&file=article&sid=397 8. http://www.webstyleguide.com/index.html

Dalam dokumen MODUL 1 TEKNOLOGI PENGAJARAN. Sinopsis (Halaman 51-65)

Dokumen terkait