هبِحُيَو ۡمُہهبِحُي ً۬ م ۡوَِۡب ُ َّلَّٱ ىِتۡأَي َف ۡوَسَف ۦَِِنيِد نَع ۡمُكنِم َّدَت ۡرَي نَم ْاوُنَماَء َنيِذَّلٱ اَہهيَأٰٓـَي ِليِبَس ىِف ََوُدِهٰـَجُي َنيِرِفٰـَكۡلٱ ىَلَع ةَّزِعَأ َنيِنِم ۡؤُمۡلٱ ىَلَع ةَّلِذَأ ۤۥ ََُنو َلََو ِ َّلَّٱ ً۬ مِ ٮٓ َلَ َةَم ۡوَل ََوُفاَخَي ُءٓاَشَي نَم َِيِت ۡؤُي ِ َّلَّٱ ُل ۡضَف َكِلٲَذ ٌميِلَع ٌَِسٲَو ُ َّلَّٱَو Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. (Al-Maidah: 54)
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw telah bersabda, "Barangsiapa yang senang bertemu dengan Allah, maka Allah akan senang bertemu dengannya. Dan barangsiapa yang tidak senang bertemu dengan Allah, maka AIIah pun tidak akan senang bertemu dengannya."
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik, Rasulullah saw menuturkan bahawa Jibril as memberitahu bahawa Tuhannya SWT telah berfirman, "Barangsiapa yang menyakiti salah seorang wali-Ku, bererti telah memaklumkan perang kepada-Ku. Dan tidaklah Aku merasa ragu-ragu dalam melakukan sesuatu pun sebagaimana keraguan-Ku untuk mencabut nyawa hamba-Ku yang beriman, kerana dia membenci kematian dan Aku tidak suka menyakitinya, namun tidak ada jalan lari darinya. Cara yang paling baik bagi seorang hamba untuk mendekati-Ku adalah dengan melaksanakan kewajipan-kewajipan yang telah Ku-perintahkan kepadanya. Dan sentiasa dia mendekat kepada-Ku dengan melakukan ibadah-ibadah sunnah sampai Aku menyintainya. Dan bagi barangsiapa yang Ku-cintai, maka Aku menjadi telinganya, matanya, tangannya dan aku mewakilinya."
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi saw telah mengatakan, “ Apabila Allah menyintai salah seorang hamba-Nya, maka Dia berfirman kepada Jibril, “Wahai Jibril, Aku menyintai orang ini, maka cintailah dia juga.” Jibril pun lalu menyintai orang itu, dan dia berseru kepada para malaikat lainnya, “Allah SWT menyintai orang ini, maka hendaklah kamu juga menyintainya.” Para malaikat pun lalu menyintai orang itu, dan dia pun diterima oleh manusia di muka bumi.”
Malik menyatakan, "Aku percaya bahawa beliau mengatakan sesuatu yang sama mengenai kebencian Allah kepada seorang hamba."
Cinta adalah keadaan yang mulia yang telal dikukuhkan Allah sebagai sifat yang menjadi milik si hamba, dan Dia telah memaklumkan cinta-Nya kepada si hamba. Jadi Allah SWT disifatkan sebagai mencinta si hamba, dan si hamba disifatkan sebagai mencinta Allah.
Para ulama berpendapat bahawa cinta bererti kehendak atau hasrat. Tetapi kaum sufi memaksudkannya sebagai sesuatu yang lain dari kehendak yang sederhana manakala mereka berbicara tentang cinta. Hasrat tidak dapat dinisbahkan kepada Yang Abadi kecuali jika dengan menggunakan perkataan itu si hamba memaksudkan hasrat untuk membawa manusia mendekati Tuhan dan untuk memuliakan-Nya. Kamj akan membahas masalah ini secara singkat untuk mendukung pendapat para Sufi ini, Insya Allah.
Cinta Allah kepada si hamba adalah kehendak-Nya untuk melimpahkan rahmat secara khusus kepada seorang hamba tertentu, sebagaimana kasih sayang-Nya kepadanya adalah kehendak-Nya yang lebih umum untuk melimpahkan rahmat. Jadi rahmat mengandungi makna yang lebih khusus daripada kehendak, dan cinta mengandungi makna yang lebih khusus daripada rahmat. Kehendak Allah untuk memperluaskan pahala dan anugerah kepada si hamba disebut "rahmat," dan kehendak-Nya untuk menganugerahkan berdekatan dan keadaan yang luhur kepadanya disebut "cinta." Kehendak Allah adalah suatu sifat yang mengambil nama-nama yang berbeza menurut berbagai tindakan yang kepadanya sifat itu dikaitkan. Jika ia dikaitkan dengan hukuman, maka ia disebut “kemurkaan”. Jika ia dikaitkan secara khusus dengan anugerah-anugerah yang dilimpahkan secara universal, ia disebut "kasih rayang." Jika ia dikaitkan dengan anugerah-anugerah yang dilimpahkan secara khusus, ia disebut "cinta."
Sebahagian orang mengatakan, "Cinta Allah kepada seorang hamba terdiri dari pujian Allah kepadanya, dan ia menuju Allah terus-menerus.” Maksud cinta Allah kepada hamba menurut pandangan ini, iaitu kembali kepada ucapan-ucapan-Nya, dan ucapan-ucapan-Nya adalah abadi.
Sebahagian orang mengatakan, "Cinta Allah kepada si hamba terdiri dari sifat-sifat tindakan-Nya, sebagai manifestasi khusus kebaikan yang dengannya si hamba berjumpa dengan Tuhan dan keadaan khusus yang kepadanya Dia menaikkan si hamba."
Sebagaimana telah dijelaskan oleh salah seorang Sufi, "Rahmat Allah kepada si hamba berupa tindakan-Nya melimpahkan anugerah kepadanya."
Sekelompok kaum salaf menyatakan, "Kasih sayang Tuhan merupakan sifat yang disebut-sebut di dalam hadith." Mereka menggunakan kata tersebut tetapi tidak bersedia menafsirkannya. Di samping kemungkinan-kemungkinan tersebut di atas mengenai makna cinta Tuhan kepada si hamba adalah jenis-jenis cinta yang dialami dikalangan manusia, seperti menyintai sesuatu, merasakan kesenangan yang akrab dengan sesuatu, atau merasakan apa yang dirasakan oleh seorang manusia pencinta kepada kekasihnya; tetapi Allah Yang Baqa SWT melampaui semua jenis cinta ini. Mengenai cinta si hamba kepada Tuhan, itu adalah keadaan yang dialami dalam hatinya, yang terlalu pelik untuk dikatakan. Keadaan ini mendorong si hamba memahasucikan Tuhan dan berusaha memperoleh keredhaan-Nya.
Si hamba hanya memiliki sedikit saja kesabaran dalam berpisah dengan-Nya, merasakan kerinduan yang mendesak kepada-Nya, tidak menemukan kenyamanan dalam sesuatu pun selain-Nya, dan mengalami keakraban dalam hatinya dengan melakukan dzikir yang terus menerus kepada-Nya. Cinta si hamba kepada Tuhannya tidak menyiratkan kasih sayang atau kenikmatan dalam pengertian manusiawi. Bagaimana hal ini dapat terjadi jika esensi kemandirian Tuhan yang abadi melampaui semua hujung, pandangan dan pemahaman?
Menggambarkan si pencinta sebagai musnah dalam Sang Kekasih adalah lebih sesuai daripada menggambarkannya sebagai memperoleh kenikmatan pada-Nya. Tidak ada gambaran yang lebih jelas atau lebih mudah difahami tentang cinta daripada cinta itu sendiri. Orang terlibat dalam pembicaraan yang panjang lebar tentang masalah tersebut hanya jika timbul kesulitan-kesulitan, tetapi sekali kesamaran dan kekeliruan menghilang, maka tidak ada lagi keperluan untuk melibatkan diri dalam penafsiran kata-kata.
Dikatakan, "Cinta (hubb) adalah nama bagi jenis cinta yang paling murni, dan rasa sayang sebab orang Arab mengatakan tentang gigi yang paling putih 'habab al-asnan’. Dikatakan "Hubab adalah gelembung-gelembung yang terbentuk di atas permukaan air ketika hujan besar, jadi 'cinta (mahabbah) adalah menggelembungnya hati ketika ia haus dan berputus-asa untuk bertemu dengan kekasihnya."
Dikatakan juga, "Habab alma' adalah permukaan air yang paling tinggi. Cinta dinamakan mahabbah kerana ia adalah perhatian yang paling tinggi dari hati."Dikatakan, "Cinta disebut 'cinta kerana orang mengatakan ahabba untuk menggambarkan seekor unta yang berlutut dan menolak untuk bangkit lagi. Maka demikian pula, sang pencinta (mukibb) tidak akan menggerakkan hatinya menjauh dari mengingat kekasihnya (mahbub). "
Dikatakan, "Cinta (hubb) berasal dari kata 'hibb' yang bererti 'anting-anting.' Mengenai ini seorang penyair mengatakan,
Rambutnya yang seperti ular menjulur-julurkan lidahnya. Menghabiskan malam di samping anting-anting,
mendengarkan rahsia - rahsia.
Dalam syair di atas, digunakan kata 'hibb' untuk anting-anting dikeranakan posisinya yang tetap ditelinga, atau kerana caranya bergoyang-goyang. Kedua maksud ini berlaku juga pada 'cinta’.
Dinyatakan, "'Cinta' diambil dari kata 'habb' (biji-bijian, mufradnya habbah), dan habbat al-qalb adalah apa yang seumpamanya. Dengan demikian'cinta [hubb] dinamakan hubb dikeranakan ia tersimpan dalam habbat al-qalb." Dikatakan, "Kata-kata untuk 'biji-bijian' dan 'cinta' [habb dan hubb] hanyalah pelbagai pembacaan dari satu [erti yang sama], seperti halnya kata-kata untuk 'masa hidup' (‘amr dan'umr)." Dikatakan juga, "Kata 'cinta' berasal dari kata ‘hibbah’ yang bererti biji-bijian dari padang belantara. Cinta dinamakan 'habb' kerana ia adalah benih kehidupan, sebagaiman ‘habb' adalah benih tanaman." Dikatakan, 'Hubb' adalah keempat sisi di mana wadah air ditempatkan. Cinta dinamakan 'hubb' kerana ia memikul beban kejayaan mahupun kehinaan yang muncul dalam kesanggupan mencari sang kekasih.'Dikatakan juga, "Cinta berasal dari kata 'hibb' (kendi air) kerana ia berisi air, dan manakala ia penuh, tidak ada lagi tempat untuk sesuatu yang lain. Demikian pula, bilamana hati telah penuh dengan cinta, tidak ada lagi tempat di dalamnya untuk apa pun selain dari kekasih."
Ucapan-ucapan para syeikh tentang cinta banyak sekali. Salah seorang Sufi mengatakan, "Cinta adalah sentiasa berpaling kepada sang Kekasih dengan hati yang merasa kerana cinta."
Dikatakan, "Cinta bererti mengutamakan sang Kekasih di atas semua yang dikasihi." Dikatakan, "Cinta bererti bahawa si pencinta menyesuaikan diri dengan keinginan sang Kekasih, baik dia hadir di sisi-Nya ataupun berada jauh dari-Nya.”
Dikatakan, "Cinta adalah penghapusan oleh si pencinta atas sifat-sifatnya dan peneguhan Sang Kekasih dalam dzat-Nya."
Dikatakan, "Cinta adalah kesesuaian hati dengan keinginan Rabb.” Dikatakan juga, "Cinta bererti seseorang merasa takut kalau-kalau dia kurang hormat manakala melaksanakan sebuah pengabdian."
Abu Yazid Al-Bistami berpendapat, "Cinta adalah mengabaikan hal-hal yang sebesar apa pun yang datang dari dirimu, dan memandang besar hal-hal sekecil mana pun yang datang dari Kekasihmu." Sahl menyatakan "Cinta bererti memeluk kepatuhan [kepada sang Kekasih] dan berpisah dari ketidak patuhan [terhadap-Nya]." Ketika A]-Junaid ditanya tentang cinta dia mengatakan, "Cinta bererti sang kekasih mengambil sifat-sifat Kekasihnya dan membuang sifat-sifatnya sendiri." Di sini Al-Junaid menunjukkan betapa hati si pencinta disentap oleh ingatan kepada sang Kekasih hingga tidak satu pun yang tertinggal selain ingatan akan sifat-sifat sang Kekasih, hingga si pencinta lalai dan tidak sedar akan sifat-sifatnya sendiri.
Abu Ali Ar-Rudzbari menyatakan, "Cinta adalah kesesuaian dengan [keinginan sang Kekasih].” Abu Abdullah Al-Qurasyi menyatakan, "Hakekat cinta bererti bahawa engkau memberikan segenap dirimu kepada Dia yang kau cintai hingga tidak sesuatu pun yang tinggal dari dirimu untuk dirimu sendiri." Asy-Syibli menjelaskan, "Cinta disebut 'rnahabbah' kerana ia melenyapkan segala sesuatu dari hati, selain sang Kekasih." Ibn 'Atha' mengatakan, "Cinta bererti mengundang celaan yang tidak henti-hentinya."
Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq menegaskan, "Cinta adalah kemanisan, tetapi hakekatnya adalah kebingungan."
Beliau juga mengatakan, "Cinta yang berkobar-kobar ('isyq) melampaui semua batas dalam mahabbah. Allah SWT tidak dapat digambarkan sebagai melampaui batas, jadi Dia tidak dapat disifatkan sebagai memiliki 'isyq terhadap sesuatu. Jika cinta seluruh ummat manusia digabung menjadi satu dalam diri seorang manusia, maka cinta itu akan masih sangat jauh dari ukuran cinta yang seharusnya di persembahkan kepada-Nya. Janganlah hendaknya dikatakan, “Orang ini telah melampaui semua batas dalam mencintai Allah.” Allah tidak dapat dikatakan memiliki sifat cinta yang berkobar-kobar, tidak pula si hamba dapat digambarkan sebagai memilikinya dalam hubungannya dengan Tuhan. Cinta yang berkobar-kobar tidak dapat digunakan dalam menggambarkan hubungan antara manusia dengan Tuhan, sebab tidak ada dasar untuk mengaitkan hal itu dengan Tuhan, baik dari Dia kepada si hamba ataupun dari hamba kepada Tuhan."
Asy-Syibli menyatakan, "Cinta bererti engkau cemburu demi Sang Kekasih jangan-jangan seorang manusia sepertimu juga mencintai-Nya.” Ketika ditanya tentang cinta, Ibn'Atha' menjawab, "Cinta adalah bibit kecil yang ditanamkan dalam hati, yang berbuah sesuai dengan kemampuan akal." An-Nasrabadhi berpendapat, "Satu macam cinta mencegah pertumpahan darah sedang macam yang lain menyebabkan pertumpahan darah."
Samnun menyatakan, "Para pecinta Tuhan telah membawa kemuliaan di dunia dan di akhirat, sebab Nabi saw telah berkata, “Seseorang akan bersama dengan yang dicintainya, dan mereka bersama Allah SWT." Yahya bin Muadz menyatakan, "Hakekat cinta adalah bahawa ia tidak akan berkurang manakala seseorang mengalami kesulitan, tidak pula bertambah jika dia disuguhi kebaikan." Dia juga mengatakan, "Orang yang mendakwakan diri mencintai Tuhan adalah pendusta jika dia mengabaikan batas-batas yang ditetapkan-Nya." Al-Junaid menegaskan, "Jika cinta seseorang itu sahih, maka-ketentuan mengenai adab menjadi tidak berlaku." Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq mengarang syair berikut tentang ucapan Al-Junaid,
Jika kasih sayang di kalangan manusia itu murni,
Al-Junaid juga mengatakan, "Engkau tidak akar menjumpai seorang ayah yang baik memanggil anaknya dengan panggilan yang penuh penghormatan, sementara orang lain menggunakan sebutan yang penuh kesopanan untuk memanggil anaknya itu. Si ayah biasanya akan memanggil, “Hai fulan!"
Al-Kattani berkata, "Cinta adalah mengutamakan sang Kekasih [atas diri sendiri]." Bundar binAl-Husain menuturkan, "Seseorang bermimpi melihat Majnun dari Banu Amir dan bertanya kepadanya, “Apa yang telah dilakukan Tuhan terhadapmu?' Majnun menjawab, “Dia telah mengampuniku dan menjadikanku sebagai ada keupayaan terhadap para pecinta."
Abu Yaaqub As-Susi menyatakan, "Hakekat cinta adalah bahawa si hamba melupakan bahagian yang telah ditakdirkan baginya dari Tuhan dan juga keperluannya akan Dia di dunia ini." Al-Husain bin Mansur menyatakan, "Hakekat cinta adalah bahawa engkau selalu tinggal bersama Kekasihmu dan membuang sifat-sifatmu sendiri."
Seseorang mengatakan kepada An-Nasrabadhi, "[Mereka mengatakan] bahawa engkau belum pernah mengalami cinta." Dia menjawab,“Mereka benar. Tetapi aku memiliki kesedihan mereka, dan dalam hal itu aku terbakar.”
Dia juga mengatakan, "Cinta adalah menghindari kelalaian dalam semua keadaan." Kemudian dia bersyair: Orang yang hasratnya memanjang merasakan semacam kelupaan,
Tapi aku tidak merasakan kelupaan kepada Laila. Semakin dekat aku bersatu dengannya. Terbentuk dari keinginan yang tidak terwujud,
berlalu bagaikan kilat.
Muhammad bin Al-Fadhl mengatakan, "Cinta bererti semua cinta, selain cinta sang Pencinta, lenyap dari hati." Al-Junaid menyatakan, “Cinta adalah perjuangan berterusan [demi Kekasih] tanpa hujung.” Dikatakan, “Cinta adalah gangguan yang ditempatkan oleh sang Kekasih dalam hati.” Dikatakan juga, "Cinta adalah goncangan besar yang ditempatkan dalam hati oleh Dia yang mereka hasratkan."
Ibn 'Atha' membacakan syair,
Kutanam satu cabang nafsu bagi orang-orang yang bercinta. Dan tidak seorang pun tahu, sebelum aku, apa nafsu itu. Ia menumbuhkan cabang-cabang, dan kerinduan sensual mematang. Dan meninggalkan aku dengan rasa pahit dari buah-buahan yang manis.
Hasrat dari semua pencinta yang berkobar; Jika mereka menelusurinya, datang dari sumber itu.
Dikatakan, “Awal mula cinta adalah penipuan, dan akhirnya pembunuhan.” Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq memberikan pandangan tentang hadith Nabi saw "Ia membutakan seseorang terhadap orang lain kerana cemburu, dan terhadap sang Kekasih kerana gentar." Kemudian beliau membacakan syair:
Jika kebesaran-Nya yang melimpah tidak nampak olehmu,
Nescaya aku akan diusir kembali dalam keadaan yang sama dengan orang yang belum pernah sampai - Al-Harits Al-Muhasibi menjelaskan, "Cinta cenderung kepada sesuatu dengan segenap wujudmu, kemudian mengutamakannya atas dirimu sendiri, jiwamu sendiri, atau harta bendamu, kemudian berada dalam keserasian dengannya, baik secara lahir mahupun batin, kemudian mengetahui bahawa engkau masih berkekurangan dalam cintamu kepadanya"
As-Sari menyatakan, "Cinta antara dua pihak tidaklah sempurna sampai salah satunya dapat mengatakan kepada yang lain, “Wahai Diriku.” Asy-Syibli mengatakan, "Sang pecinta akan binasa jika berdiam diri, tetapi sang arif akan binasa jika tidak berdiam diri." Dikatakan, "Cinta adalah api dalam hati yang membakar segala sesuatu selain kehendak sang Kekasih'" Dikatakan juga, "Cinta adalah upaya besar sementara sang Pencinta melaksanakan kehendak sang Kekasih." An-Nuri mengatakan, "Cintabererti merobek tabir dan menyingkap rahsia-rahsia."
Abu Yaaqub As-Susi berkata, "Cinta hanya dapat dianggap benar jika orang telah meninggalkan kesedaran akan sang Kekasih dengan melupakan ilmu tentang cinta." Al-Junaid menuturkan, "As-Sari memberikan sepotong kertas kepadaku dan berkata,'Ini lebih baik bagimu daripada tujuh ratus kisah saleh atau hadith yang mengangkat [semangat].'
Pada kertas itu tertulis syair:
Ketika aku mengaku cinta kepadanya, dia berkata, 'Engkau berdusta kepadaku,'
Sebab apa yang harus kulakukan jika aku melihat anggota badanmu yang bulat penuh dan indah? Tidak akan ada cinta sampai hati melekat pada organ-organ dalam.
Dan engkau mengering layu sampai tidak ada yang tinggal untuk menjawab sang penyeru, Dan engkau tersia-sia sampai tidak ada lagi hasrat yang tinggal,
Selain mata yang menangis dan membisikkan hepadaku rahsiamu."
Ibn Masruq berpendapat, "Aku hadir ketika Samnun sedang berbicara tentang cinta, dan semua lampu di masjid lalu berguguran." Ibrahim bin Fatik menuturkan, "Suatu ketika aku sedang mendengarkan Samnun berbicara tentang cinta ketika seekor burung kecil datang dan bergerak ke arahnya. Ia terus mendekat hingga akhirnya duduk di tangannya. Kemudian ia mematuk-matukkan paruhnya ke lantai sampai darah mengalir dari mulutnya dan ia mati."
Al-Junaid menjelaskan, "Semua cinta adalah untuk satu tujuan. Jika tujuan itu tidak ada lagi, maka cinta pun akan berhenti." Diceritakan bahawa sekelompok orang datang mengunjungi Asy-Syibli ketika dia sedang dikurung di rumah sakit jiwa. Dia bertanya, "Siapa kamu ini?" Mereka menjawab, “Kami adalah orang-orang yang mencintaimu, wahai Abu Bakr!” Kemudian dia mulai melempari mereka dengan batu, dan mereka pun lari. Dia lalu berkata, “Jika kamu benar-benar mencintaiku, tentu kamu akan bersabar menghadap ujianku."
Wahai Tuan yang mulia, cinta kepadamu tersimpan dalam hatiku. Wahai engkau yang menghilangkan tidur dari kelopak mataku,
engkau tahu semua yang menimpaku.
Yahya bin Muadz menulis kepada Abu Yazid, "Aku mabuk kerana minuman yang kuteguk dari cangkir cinta-Nya." Abu Yazid membalas, "Orang lain telah meminum lautan langit dan bumi namun rasa hausnya belum terpuaskan. Lidahnya menjulur dan dia me mohon, 'Apakah masih ada lagi?"
Para Sufi membacakan syair berikut,
Aku takjub terhadap orang yang berkata, "Aku mengingat-ingat kekasihku. " Bagaimana aku dapat melupakan dan masih punya sesuatu untuk diingat?
Aku mati, tapi bila aku mengingat-Mu, aku hidup kembali.
Kalaulah bukan kerana harapanku akan Engkau, nescaya ahu tidak akan hidup. Aku hidup dengan hasratku, dan aku mati kerana rindu.
Berapa kali aku telah hidup melalui harapan akan Engkau, dan berapa kali pula aku telah mati! Aku meminum, cinta cangkir demi cangkir,
Namun si cangkir tetap saja penuh dan penuh lagi dan hausku pun tidak pernah reda.
Dikatakan bahawa Allah SWT mewahyukan kepada'Isa as, "Jika Aku melihat kepada hati seseorang dan Aku tidak menemukan cinta di dalamnya terhadap dunia ini ataupun akhirat, maka Aku akan memenuhinya dengan cinta-Ku.”
Saya melihat kisah berikut ini ditulis oleh Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq, "Salah satu kitab wahyu mengatakan, “ Wahai hamba-Ku, engkau mempunyai hak atas cinta-Ku, maka adalah hak-Ku bahawa engkau menyintai-Ku!”
Abdullah bin Mubarak menyatakan, "Barangsiapa dianugerahi satu bahagian cinta tapi tidak dianugerahi sejumlah rasa takut yang sama, bererti telah tertipu." Dikatakan, "Cinta menghapus semua bekas dirimu dari dirimu."
Dikatakan pula, "Cinta adalah keadaan mabuk; kesedaran hanya datang dengan melihat sang Kekasih. Tetapi kemabukan yang muncul kerana melihat Kekasih justru tidak dapat dilukiskan." Para Sufi membacakan syair berikut:
Cangkir diedarkan, dan mereka pun mabuk, Tapi mabukku datang dari si pembawa cangkir itu sendiri Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq sering membacakan syair berikut:
Aku menikmati dua keadaan mabuk sedangkan teman-teman minumku hanya satu. Hanya akulah di antara mereka yang mendapat anugerah itu.
Ibn 'Atha' mengatakan, " Cinta bererti mengundang celaan yang terus- menerus". Syeikh Abu Ali mempunyai seorang budak perempuan bernama Fairuz yang beliau cintai. Beliau mengatakan kepadaku, "Pada suatu hari Fairuz menghinaku, dengan mengucapkan kata-kata yang kasar dan kesat. Abul Hasan Al-Qari' bertanya kepadanya, “Mengapa engkau membuat Syeikh marah?” Dia menjawab, "Kerana saya mencintainya."
Yahya bin Muadz menyatakan- "Aku lebih suka memiliki cinta sebesar debu daripada ibadah selama tujuh puluh tahun tanpa cinta."
Diceritakan bahawa seorang pemuda memandang kepada orang-orang yang berkumpul pada hari raya dan bersyair,
Hendaklah orang yang ingin mati seperti pecinta mati seperti ini - Cinta tanpa kematian tidaklah ada gunanya.
Kemudian dia melemparkan dirinya dari atas loteng rumah dan mati. Diceritakan bahawa seorang laki-laki dari India menaruh cinta yang berkobar-kobar kepada seorang budak perempuannya. Pada suatu hari si budak meninggalkannya, dia ke luar untuk mengucapkar selamat berpisah kepadanya. Air mata mengalir dari salah satu matanya, tapi matanya yang satu lagi tidak mengeluarkan air mata. Selama lapan puluh