• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sejak kecil lagi Imam al-ShÉfi’Ê telah menghafal al-QurÉn dan mencatat banyak hadis. Imam al-ShÉfi’Ê telah berangkat menuju sebuah desa untuk mempelajari kaedah bahasa Arab dan beliau hidup bersama suku Hudhail selama 10 tahun untuk belajar bahasa Arab. Ini kerana suku Hudzail dianggap sebagai suku yang menuturkan bahasa Arab lebih fasih daripada suku-suku yang lain.33 Ketika umur beliau 10 tahun, beliau telah menghafal kitab al-MuwaÏÏa’ karya Imam Malik. Manakala pada umur 15 tahun melalui keizinan gurunya, Muslim Ibn KhÉlid al-ZakhbÊ untuk beliau mengeluarkan fatwa terhadap permasalahan yang timbul. Kemudian, beliau pergi ke Madinah untuk belajar fiqh dengan Imam Malik bin Anas sehingga Imam Malik wafat pada tahun 179 H dan selepas itu beliau pergi berguru dengan SufyÉn Ibn 'Iyanah.34

Pada mulanya Imam al-ShÉfi’Ê hanya belajar syair, sejarah, bahasa Arab dan kesusteraan sahaja. Selepas itu, beliau mula mempelajari ilmu fikah. Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa sebab Imam al-ShÉfi’Ê belajar ilmu fiqh adalah

31 MuÍammad AbË Zahrah (t.t.) TÉrikh MadhÉhib al-IslÉmÊ, QÉhirah: DÉr al-Fikr al-'ArabÊ, J. 2, h. 227.

32 MuÍammad AbË Zahrah (1987) op. cit., h. 15.

33

MuÍammad al- ShurbÉsÊ (2008) op. cit., h. 131.

34

Nurul Nukhlishin (2007) Ringkasan Aqidah dan Manhaj Imam Syafi’i, Jakarta: Maktabah Abu Salma al-Atsari, h. 3.

34 berdasarkan kepada cerita yang disebutkan oleh DhubairÊ. Menurut DhubairÊ, pada suatu hari Imam al-ShÉfi’Ê menaiki tunggangan dan di belakangnya bersama dengan juru tulis ayahnya. Lalu beliau telah meniru satu bait syair yang sedang ditulis oleh juru tulis tersebut. Lantas juru tulis itu mengetuknya dan kemudian berkata bahawa orang seperti engkau lebih pantas untuk mempelajari ilmu agama disebabkan oleh kepintaran beliau dalam menulis syair.35

Pada usia mencecah empat belas tahun, Imam al-ShÉfi’Ê berniat untuk berhijrah ke Madinah bagi tujuan menuntut ilmu. Kemudian, beliau meminta keizinan dari ibunya. Namun, ibunya berat hati untuk melepaskan pemergiaan Imam al-ShÉfi’Ê itu. Ini kerana Imam al-ShÉfi’Ê adalah satu-satunya anak yang dimilikinya. Walaupun begitu, demi mencari keredaan Allah, ibunya melepaskan kepergiannya ke sana tanpa membekalkan sebarang bekalan disebabkan oleh keluarga beliau yang miskin. Ibu beliau hanya membekalkan beliau dengan doa untuk anaknya.36 Setiba beliau di Madinah, beliau terus belajar kepada Imam al-MÉlik r.a. Imam al-MÉlik memuliakan beliau kerana ketinggian ilmu dan akhlaknya beliau. Bahkan, Imam al-ShÉfi’Ê sendiri telah menghafal kitab al-MuwaÏÏa’ karya Imam al-MÉlik tersebut sehingga beliau benar-benar dikagumi oleh Imam al-MÉlik.37 Oleh kerana beliau memiliki ilmu yang tinggi, beliau telah dapat menarik perhatian orang ramai ketika berada di Iraq. Beliau telah berdebat dengan ulama-ulama ahl ra’y dalam menangkal salah faham golongan tersebut. Imam al-ShÉfi’Ê telah mengeluarkan fiqh baru yang mengarah kajian kepada pendapat para fuqaha dan perbezaan pendapat Para sahabat. Beliau telah membuat penyelidikan terhadap usul fiqh yang bukan lagi kepada perkara furu’.38 Setelah gurunya Imam al-Malik r.a. meninggal dunia, maka Imam al-ShÉfi’Ê berhijrah ke Yaman. Penghijrahan

35

Imam BaihaqÊ (1991) AÍkÉm al-QurÉn, Baihaqi Saifuddin (tr.), Singapore: Pustaka Nasional Pte Ltd h. 7.

36 Lukman Hakim (1990) Kisah Seorang Pelajar Teladan, Kuala Lumpur: al-Masyhur, h. 3.

37

Imam BaihaqÊ (1991) op. cit., h. 7.

38

MuÍamamd AbË Zahrah (1997) Pengasasan dan Pengembangan Mazhab Syafi’i, Kasim Mat Salleh (tr.), Yayasan Islam Terengganu, h. 25.

35 beliau ke Yaman adalah disebabkan oleh jemputan daripada Gabenor Yaman sendiri yang datang ke Madinah untuk menziarahi makam Rasulullah s.a.w. Gebenor tersebut telah mendengar tentang kehebatan dan kecekapan Imam al-ShÉfi’Ê dari pada penduduk Madinah sehingga menyebabkan beliau tertarik untuk bertemu dengan Imam al-ShÉfi’Ê. Diringkaskan cerita, Imam al-ShÉfi’Ê kemudiannya dibawa oleh gabenor tersebut ke Yaman dan dilantik sebagai setiausaha negara yang merangkap mufti negara.39

2.3 Guru-guru Imam al-ShÉfi’Ê

Imam al-ShÉfi’i belajar di merata tempat seperti di Makkah, Madinah, Yaman dan Iraq. Guru-guru beliau keseluruhanya berjumlah sebanyak sembilan belas orang. Kesemua guru-guru tersebut merupakan guru-guru yang terkenal dalam bidang fiqh dan fatwa. Lima orang berada di Makkah, antaranya adalah SufyÉn Ibn 'Êyanah, Muslim Ibn KhÉlid al-ZakhbÊ, Sa’Êd Ibn SÉlam al-QadÉÍ, DÉwËd Ibn Abd al-RaÍman al-'AÏÉr, dan ‘Abd al-×amÊd Ibn ‘Abd al-'AzÊz Ibn AbÊ ZawÉd. Guru-guru beliau di Madinah adalah seperti Imam al-MÉlik Ibn Anas, IbrÉhim Ibn Sa’Êd al-AnÎÉri, ‘Abd al-'AzÊz Ibn MuÍammad al-DÉrËradÊ, IbrÉÊm Ibn Abi YahyÉ al-AsÉmÊ, MuÍammad Ibn AbÊ Sa'Êd Ibn AbÊ FadÊk dan ‘Abd al-AllÉh Ibn NÉfÊ’ al-ØÉigh, SÉÍib Ibnu Abi DhËib. Manakala guru-guru beliau yang berasal dari Yaman adalah seperti MuÏraf Ibn MÉzan, HishÉm Ibn YËsuf yang merupakan QaÌi di kota Øan’Én, 'Umar Ibn AbÊ Salamah SÉÍib AuzÉ’Ê dan YahyÉ Ibn ×assÉn ØÉhib Lais Ibnu Sa’Êd. Sedangkan, guru-guru Imam al-ShÉfi’i yang berasal dari Iraq adalah WakÊ’ Ibn al-JirÉÍ, AbË AsÉmah ×amÉd Ibn AsÉmah al-KËfÊn, IsmÉ’Êl Ibn 'Aliyyah dan ‘Abd al-WahhÉb Ibn ‘Abd MuÍÊd.40

Imam al-ShÉfi’Ê telah berguru kepada pelbagai aliran pemikiran terutama daripada Imam al-MÉlik yang diberi gelaran sebagai ahl al-hadÊth dan berguru kepada

39

Sirajuddin Abbas (1979) Sejarah Keagungan Mazhab Syafi’i, Kota Bharu: Pustaka Aman Press, h. 23.

36 murid Imam AbË HanÊfah yang merupakan ahl al-ra’y. Disebabkan latar belakang pendidikan beliau yang telah berguru dengan ramai orang guru, keadaan ini telah menjadikan beliau seorang yang mempunyai pandangan yang luas dari aspek ilmu pengetahuan agama khususnya dalam bidang fiqh. Imam al-ShÉfi’Ê sangat menghormati guru-guru beliau sehingga beliau tidak pernah meninggalkan majlis pengajian yang dilakukan oleh gurunya. Beliau menghormati majlis gurunya itu lebih dari pada majlis raja-raja.41