• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kerja-kerja Penyelenggaraan

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.2 Rumusan Hasil Kajian

Objektif pertama kajian ini ialah untuk mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kontraktor semasa menghargakan tender bagi kerja-kerja M&E. Berikut merupakan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kontraktor mengikut turutan paling kerap dihadapi :

1) Penerangan Butiran Kerja Tidak Lengkap

2) Kontraktor harus menyemak semula semua item bagi memastikan tiada item yang tertinggal

3) Format senarai kuantiti bagi kerja-kerja M&E tidak seragam

4) Kuantiti tidak dinyatakan di dalam senarai kuantiti

5) Tiada kos data yang realistik

6) Tiada penerangan tentang jenis dan kualiti kerja

7) Kerja-kerja M&E tidak dikelaskan mengikut SMM2

Selain itu, kontraktor juga menyenaraikan cabaran-cabaran lain yang dihadapi selain daripada yang disenaraikan iaitu :

1) Tempoh tender terlalu suntuk

2) Harga daripada pembekal lewat diterima

3) Kesukaran untuk mencari sub-kontraktor yang berkebolehan

4) Harga pasaran bagi kerja-kerja M&E tidak menentu

5) Kesukaran untuk mendapatkan harga dari pembekal luar Malaysia bagi item-item istimewa

6) Lukisan tidak seragam dengan spesifikasi

7) Kesukaran untuk mendapatkan harga daripada pembekal bagi bahan binaan yang tidak dikeluarkan lagi oleh pengeluar

8) Lukisan lewat diterima

Seterusnya, objektif kedua kajian ini adalah mengenal pasti kaedah kontraktor menghargakan tender bagi kerja-kerja M&E. Terdapat tiga kaedah yang digunakan oleh kontraktor iaitu kaedah unit, kaedah data kos dan kaedah sub-kontraktor. Hasil kajian mendapati kaedah utama yang sering digunakan oleh kontraktor ialah kaedah anggaran sub-kontraktor diikuti dengan kaedah unit dan yang paling kurang digunakan adalah kaedah data kos.

Majoriti kontraktor yang berdaftar dengan kelas M&E di bawah CIDB tidak mempunyai kepakaran dalam kerja-kerja M&E dan tidak mempunyai jurutera M&E di dalam syarikat tersebut. Walaupun berdaftar di bawah kelas M&E, mereka akan melantik sub-kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja M&E kerana sub-kontraktor mempunyai kepakaran dalam bidang M&E.

5.3 Masalah yang Dihadapi

Sepanjang proses penyelidikan, terdapat beberapa cabaran dan masalah yang dihadapi semasa pengumpulan data dan analisis data untuk mencapai matlamat penyelidikan. Penyelidikan ini menjalankan dua kaedah iaitu borang soal selidik dan temu bual. Borang soal selidik dihantar melalui e-mel dan secara terus kepada syarikat kontraktor manakala bagi sesi temu bual, temu janji perlu dilakukan terlebih dahulu.

Diantara masalah yang dihadapi semasa menjalankan penyelidikan adalah kebanyakkan senarai kontraktor yang berdaftar dengan CIDB sudah tidak beroperasi lagi. Sukar untuk mendapatkan senarai syarikat kontraktor yang masih beroperasi dan ia mengambil masa yang lama untuk mengenalpasti syarikat yang masih beroperasi.

Selain itu, borang soal selidik yang telah diedarkan mengambil masa yang lama untuk diisi dan dipulangkan semula. Terdapat banyak syarikat yang tidak memberikan respon dan tidak memulangkan semula borang soal selidik. Diantara sebab yang diberikan oleh syarikat kontraktor adalah mereka tidak mempunyai individu yang menguruskan kerja-kerja M&E untuk menjawab borang soal selidik tersebut.

Bagi kaedah temu bual, syarikat kontraktor tidak mahu memberikan kerjasama untuk menjalankan sesi temu bual. Diantara sebab yang diberikan adalah syarikat tersebut sedang sibuk dan tiada masa untuk sesi temu bual.Oleh itu, ini juga memberi kesan kepada pengambilan masa dalam menyelesaikan penyelidikan ini.

5.4 Cadangan dan Penyelidikan Lanjutan

Setelah melakukan kajian ini, satu kajian lanjutan mengenai tajuk ini boleh dijalankan dalam skop yang berbeza yang memfokuskan kepada pihak sub-kontraktor dengan objektif kajiannya iaitu cabaran yang dihadapi sub-sub-kontraktor semasa menghargakan tender bagi kerja-kerja M&E dan langkah-langkah yang dilakukan oleh sub-kontraktor bagi mengatasi cabaran yang dihadapi semasa proses menghargakan tender.

Rujukan

AIQS (Australian Institute of Quantity Surveyors). (2001). Guaranteed Bills of Quantities.

Bentley, J. I. W. (1990). construction tendering and estimating. E. & F. N Spon Ltd.

Brook, M. (2008). Estimating and Tendering for Construction Work (4th ed.). Oxford: Elsevier Butterworth-Heinemann.

Bryman, A., & Bell, E. (2003). Business Research Methods. Oxford University Press.

Buchan, R. D., Fleming, F. W. E., & E.K. Grant, F. (1993). Estimating for builders and quantity surveyors (SECOND edi). Butterworth-Heinemann.

Cartlidge, D. (2013). estimator’s pocket book. routledge.

Chadderton, D. V. (2013). Building Services Engineering (sixth edit). New York: routledge.

Chua, Y. P. (2013). Mastering research statistics. McGraw-Hill Education.

Collier, K. (1974). fundamentals of construction estimating and cost accounting. prentice-hall.

Davis, P. R., Love, P. E. D., & Baccarini, D. (2009). Bills of quantities : nemesis or nirvana. Structural Survey, (27(2)), 99–108.

Davis, P. R., Love, P. E. D., & Baccarini, D. (2009). Bills of Quantities: nemesis or

nirvana? Structural Survey, 27(2), 99–108.

Department of Statistic, M. (2016). Special Release 2 (For Building and Structural Works) January 2016. Retrieved June 1, 2018, from https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=142&bu l_id=TmpEaWdJdVNZZU0ra0x3ejc5dGxBdz09&menu_id=bThzTHQxN1ZqM VF6a2I4RkZoNDFkQT09

Ganiyu Amuda, Y., & Sarajul Fikri, M. (2012). I Dentification of the P Otentials and B Arriers of Adopting Standrad Method of Measurement for Mechanical and Electrical Services in Malaysia. OIDA International Journal of Sustainable Development, 3(1), 47–56.

Ganiyu Amuda, Y., & Sarajul Fikri, M. (2014). Perceived benefits of adopting standard - based pricing mechanism for mechanical and electrical services installations. Australasian Journal of Construction Economics and Building, 14(2), 104–119. https://doi.org/10.5130/ajceb.v14i2.3864

Ganiyu Amuda, Y., & Sarajul Fikri, M. (2015). Essential features of a building services standard method of measurement in Malaysia. Engineering, Construction and Architectural Management, 22(6), 749–770. https://doi.org/10.1108/ECAM-06-2013-0060

Ganiyu Amuda, Y., Sarajul Fikri, M., & Suhaila, R. (2013). Factors inhibiting the adoption of a uniform pricing mechanism for building services. International Journal of Engineering Business Management, 5(1), 1–10. https://doi.org/10.5772/55660

Ganiyu Amuda, Y., Sarajul Fikri, M., Zakaria, M. Y., & Saidin, M. M. (2012). Framework for Enhancing Cost Management of Building Services. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 65(ICIBSoS), 697–703. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2012.11.186

Gilman, S. F. (1981). Large building air conditioning system. In Handbook of Mechanical and Electrical Systems for Building (pp. 5–1). McGraw-Hill Inc.

Hall, F., & Greeno, R. (2011). building services handbook (sixth). Butterworth-Heinemann.

Hall, F., & Ramli, Y. (1999). Kerja paip : pembekalan air sejuk, saliran dan pembersihan (second edi). Johor Bahru: Universiti Teknnologi Malaysia.

Holm, L., Schaufelberger, J. E., Griffin, D., & Cole, T. (2005). Construction Cost Estimating. Washington: Pearson Prentice Hall.

Hore, V., Kehoe, J., Macmullan, R., & Penton, M. (1997). Constuction 1: Management, Finance, Measurement for Construction and Built Environment Programmes. Hong Kong: Macmillan.

j. ferry, D., & Brandon, P. S. (1984). cost of planning of buildings (FIFTH EDIT). GRANADA PUBLISHING.

Khairani, haji ahmad. (2011). Construction economics (2nd edi). Selangor: Pearson Malaysia.

Kodikara, G. W., Thorpe, A., & McCaffer, R. (1993). The Use of Bill of Quantities in Building Contractor Organisations. In Construction Management and Economic (pp. 261–269).

Langdon, D. (2010). Building Services - Company Profile. Retrieved October 25, 2017, from http://www.davislangdon.com/upload/DLA Broc hures/Building Services ‐ Company Profile 2010.pdf.

Malaysia, K. K. (2013). Kaedah Perolehan Kerajaan. Perbendaharaan Malaysia, 785.

Mash. (2003). Building Services Procurement. London: Spon Press. Retrieved from http://www.davislangdon.com/upload/DLA Broc hures/Building Services ‐ Company Profile 2010.pdf.

McCaffrey, J. (2011). What is and M&E QS. Royal Institution of Chartered Surveyor Students Construction Journal, 22–23.

Michie, A. (1981). Integration and Co-ordination of Building Services and its Relationship with Project Management. In Building Services Engineering Research and Technology (vol. 2, pp. 15–26).

Miliken, J. (1996). Bills of Quantities and Tendering Process. Building Economist, 14–17.

Murray, G. P. (1997). Measurement of Building Services. London: Macmillan Press Ltd.

O‟leary, Z. (2010). the essential guide to doing your research project. sage publications.

Park, W. R. (1979). construction bidding for profit. john wiley & sons.

Ramus, J., & Birchall, S. (1999). Contract Practice for Quantity Surveyors (3rd ed.). Oxford: Laxtons.

Ramus, J., Birchall, S., & Griffiths, P. (2006). contract practice for surveyors. Butterworth-Heinemann.

Rawlinson, S., & Dedman, A. (2010). Specialist Costs : M&E Services. Retrieved November 11, 2017, from http://www.davislangdon.com/

Rosli, A. R., Muzani, M., & Siti Nurhuda, A. W. (2006). Bills Of Quantities - Are They usefull and Relevant Today? International Conference on Construction Industry, (June), 1–10.

Ruddock, L. R. (2008). Advanced Research Methods in the Built Environment. Singapore: Fabulous Printers Pte Ltd.

Sabaria, D. H. (2009). Roles of Standard Method of Measurement (SMM) in Construction. In Seminar on in Standard Method of Measurement (SMM) in Construction Procurement, Kuala Lumpur.

Schmidt, W. A. (1981). Fire and safety life. In Handbook of Mechanical and Electrical Systems for Building (pp. 19–1). McGraw-Hill Inc.

Seeley, I. H. (1989). Advanced Building Measurement (2nd ed.). London: Macmillan Published Ltd.

Seeley, I. H. (1997). Quantity Surveying Practice (3rd ed.). London: Macmillan Published Ltd.

Steele, A. (1981). Plumbing System. In Handbook of Mechanical and Electrical Systems for Building (pp. 17–1). McGraw-Hill Inc.

Stein, B., Reynolds, john S., Grondzik, walter T., & Kwok, A. G. (2006). Mechanical and Electrical Equipment for Buildings (Tenth Edit). New Jersey: john wiley & sons.

Swaffield, L., & Pasquire, C. (1996). A Crtique of Mechanica and Electrical Services Cost Planning: Existing Methods and Published Information.

Talib, O. (2013). Asas penulisan tesis, penyelidikan & statistik. Universiti Putra Malaysia.

The Institution of Surveyor, M. (2000). Malaysian Standard Methos of Measurement of Building Works Second Edition (2nd edi).

Dokumen terkait