Status Ekonomi Dan Inflasi Memuaskan
6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN
Kajian bertujuan mengenalpasti persepsi peniaga terhadap perniagaan pasar pagi di Taman Johor Jaya. Saya juga bersyukur kerana dengan MPJBT telah mewujudkan pasar pagi ini dengan tempat dan masa yang sesuai yang telah memudahkan penduduk setempat mendapatkan barangan keperluan harian. Justeru itu, pihak yang berwajib harus memainkan peranan yang penting dalam membangunkan perniagaan pasar pagi. Pihak berwajib perlu berganding bahu bersama peniaga dan masyarakat untuk membangunkan perniagaan pasar pagi supaya dapat meningkatkan taraf hidup penduduk Taman Johor Jaya.
Dapatan hasil kajian mendapati bahawa persepsi peniaga mengenai kemudahan dan infrastuktur yang disediakan dalam keadaan yang memuaskan, tetapi masih belum mencapai tahap yang mereka inginkan. Kemudahan infrastruktur mempengaruhi perniagaan pasar pagi ini. Oleh sebab itu, pihak berkuasa haruslah berusaha untuk menyediakan kemudahan tapak perniagaan yang selesa dan strategik supaya dapat menarik banyak pelanggan. Bagi memudahkan para pelanggan, tempat meletakkan kenderaan yang luas sangat perlu dibekalkan dan tempat pembuangan sampah yang sistematik.
Melalui pemerhatian yang telah saya lakukan, saya dapati cuaca, hujan dan musim tengkujuh merupakan faktor utama yang menyebabkan ketidakstabilan pendapatan. Hal ini disebabkan apabila berlaku cuaca hujan, pelanggan akan berkurang banyak kerana tidak ada orang mahu pergi pasar pagi membeli barang dalam hujan. Malahan peniaga juga akan bersedia menutup gerai awal pada cuaca hujan. Keadaan ini akan menyebabkan ketidakstabilan pendapatan peniaga pasar pagi jikalau musim hujan berlaku kerap dalam sebulan. Dalam konteks ini, pihak MPJBT boleh menyediakan system pesanan ringkas untuk memberitahu awal kepada peniaga tentang cuaca pada hari tersebut supaya mereka dapat membuat persiapan awal.
Mengenai masalah kebersihan, kebanyakkan responden agar memuaskan keadaan kebersihan pasar pagi. Melalui pemerhatian saya juga, saya dapati kebiasaannya selepas habis berniaga iaitu kira-kira pukul 11.00 pagi, persekitaran kawasan pasar pagi ini akan dipenuhi dengan sampah sarap. Sementara peniaga yang menjual barangan yang berkuah
atau dalam bentuk cecair pula akan membuang sisa jualan mereka ke dalam longkang. Ini akan menyebabkan air longkang akan kotor dan mendapan akan berlaku. Situasi ini akan menyebabkan kesesakan air longkang dan berbau busuk. Dalam keadaan ini, pihak MPJBT telah mewujudkan pekerja pembersih untuk membantu membersihkan sampah-sarap yang merata kawasan perniagaan.
Selain itu, kewujudan pasar malam ini sebenarnya telah memberikan persaingan kepada kedai runcit dan kedai makan yang berhampiran. Dibahagian hadapan pasar pagi ini sahaja mempunyai banyak kedai runcit, kedai makan, dan kedai-kedai lain. Keadaan ini boleh menyebabkan rasa tidak puas hati kerana pelanggan kedai runcit tempatan akan kehilangan pelanggan dan akibatnya mereka akan mengalami kerugian. Hal ini menambahburukkan apabila peniaga pasar awam juga membuat aduan bahawa barang-barang yang dijual oleh mereka sama dengan peniaga pasar pagi. Fenomena ini telah menjadi kekurangan pasaran dan mengakibatkan pendapatan mereka. Oleh sebab itu, pihak MPJBT perlulah merancang, merangka dan menilai peniaga yang menjual barangan tersebut supaya dapat mencapai seimbang yang berpuas hati.
Di samping itu, darjah ketersampaian yang tinggi ke kawasan pasar malam ini juga telah menggalakkan kewujudan pasar malam ini. Melalui pemerhatian saya, saya dapati lokasi pasar pagi ini sangat strategik kerana terletak di tengah-tengah taman perumahan dan kedai-kedai ini serta terletak di tepi jalan utama. Terdapat tempat perhentian bas di kiri dan kanan jalan ini. Selain itu, terdapat juga pusat kompleks membeli-belah iaitu JJ square telah berjaya menarik pertambahan pelanggan kerana mempunyai bas terminal. Lokasi tentang pasar pagi terdapat tiga bahagian yang utama iaitu hadapan pasar awam, bangunan JJ Square dan kawasan lapang tapak letak kereta.
Kebiasaannya pasar pagi Taman Johor Jaya menjadi tumpuan penduduk untuk membeli belah. Ini disebabkan oleh bilangan penduduk di kawasan ini yang semakin bertambah. Jumlah penduduk yang ramai ini sudah pastinya dapat meluaskan pasaran barangan yang dijual di pasar malam ini. Keadaan ini akan menambahkan pendapatan peniaga. Melalui pemerhatian saya, saya dapati bukan sahaja penduduk disekitarnya sahaja yang membeli di sini namun terdapat juga pembeli dari taman yang berhampiran seperti Taman Mount Austin, Taman Ehsan Jaya, Taman Pelangi dan Taman Desa Jaya. Namun, Taman Johor Jaya merupakan Taman yang paling banyak pertambahan penduduk dibandingkan oleh taman lain.
Kesimpulannya, kerjasama antara pihak berkepentingan iaitu kerajaan, peniaga dan rnasyarakat harus ada jika mahu pernbangunan tersebut terus mampan dan maju. Pembangunan pasar pagi adalah perlu kerana pasar pagi adalah tempat menyediakan peluang pekerjaan, meningkatkan taraf hidup penduduk, meningkatkan pendapatan penduduk, memudahkan penduduk tempatan membeli barangan, membolehkan penduduk tempatan memasarkan barangan, menyediakan barangan segar dan menjimatkan kos pengguna jualan, justeru itu ianya penting dan perlu dikekalkan bagi ganerasi akan datang juga. Oleh yang yang demikian, kerajaan, peniaga dan pembeli perlulah bekerjasama dan bermuafakat dengan penuh azam agar dapat mengatasi semua masalah yang dihadapai di pasar malam ini.
941006-01-6535
RUJUKAN
Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
R. Kuberan, Foo Kok Man, S. Malar Arasi, Y. Ponnusany, Zainul Alifah Mohamed (2013). STPM Pengajian Am (Penggal 2) 900/2, Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd.
Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Johor. 2013 http://www.johordt.gov.my/( 31 March 2013)
Laman Web Portal Rasmi Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah. Peta Taman Johor Jaya http://www.mpjbt.gov.my/ (27 Mac 2013)
Laman Web Google. 2013 http://maps.google.com
Jaafar Muhammad (1993). Asas Pengurusan Perniagaan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Azahan Awang, Abdul Samad Hadi, Jamaluddin Md. Jahi, Asmah Ahmad & Abdul Hadi Harman Shah. 2006 . Mendefinisi Semula Makna Kualiti Hidup Masyarakat Bandar dalam Konteks Ilmu Sosial. Malaysian Journal of
Environmental Management 7 :19-23
Bailey, K. D. 1984. Methods of Social Research. New York: The Free Press.
Marson, J.1998. Quantitative Methods. In: Taylor, J.Steven and Bogdan, Red. Quantirative Research Methods: A Guide Book And Resource. London: John Wiley & Sons, inc. 85-88
Abd Rahim Md Noor, Azlan Abdullah , Katiman Rostam , Mastura Mahmud, Ekhwan Toriman, Mohd Fuad Md Jali, Mokhtar Jaafar , Nor Azian Ali, Shahruddin Ahmad & Sharifah Mastura Syed Abdullah. 1999.
941006-01-6535
Lampiran
Lampiran 1 : Borang Soal Selidik
Bahagian A: Latar Belakang Responden
1. Jantina: Lelaki Perempuan
2. Umur: 21-30 31-40 41-50
51-60 60 ke atas
3. Bangsa: Melayu Cina India
4. Jenis Perniagaan: Makanan Minuman
Sayur-sayuran Buah-buahan
Barang Runcit Pakaian
Lain-lain________
5. Tempoh Perniagaan: Tahun
6. Pendapatan Pendapatan RM0-2000 RM2000-4000
Kasar: RM4000-6000 RM6000 ke atas
7. Golongan pelanggan: 0-12 Tahun 13-18 Tahun
19-30 Tahun 30-50 Tahun
941006-01-6535