• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bab dua memberi penjelasan mengenai latar belakang kajian yang menjelaskan mengenai perkaitan bidang pengkomputeran linguistik dan NLP. Perkaitan ini adalah berdasarkan bidang pengkomputeran lingusitik sebagai sub-bidang dalam bidang linguistik umum. Perkaitan tersebut telah merungkai kajian berkenaan pohon sintaksis iaitu kajian yang melibatkan pemahaman mengenai ilmu bahasa dan pengkomputeran. Perkaitan ini juga dikaitkan dengan penggunaan teori terlibat iaitu teori X-bar, teori graf, teori gestalt dan teori beban kognitif.

Kaedah penjelasan bab ini juga adalah berlandaskan kepada persoalan kajian. Bagi menjawab persoalan kajian pertama berkenaan rumus binaan ayat BM, maka kajian berkaitan rumus ini diketengahkan. Penjelasan tersebut telah menemukan bahawa rumus X-bar adalah rumus yang ditambah baik bagi kegunaan dalam pembentukan ayat BM.

Persoalan kajian kedua pula dijelaskan dengan membuat sorotan kritikal terhadap kajian berkaitan model, algoritma dan prototaip dalam bidang penghurai ayat. Penjelasan ini termasuklah kajian mengenai penentusahan model dan pembuktian konsep bagi menjawab persoalan ketiga. Setiap kajian terlibat difahami dan dijelaskan ruang yang

80

boleh ditambah baik dalam bahagian Jurang Kajian yang menonjolkan sumbangan kajian ini. Bahagian tersebut memberi penekanan kepada model dan algoritma, rumus binaan ayat, VPS, semakan dengan cadangan ayat, dan atribut perkataan.

Hasil analisis yang dilakukan ke atas sorotan karya terlibat, dapat disenaraikan komponen sesebuah penghurai ayat. Komponen ini mengandungi perkataan/frasa/ayat, leksikon, penghurai, dan rumus. Manakala kaedah yang boleh diikuti pula seperti membahagikan ayat kepada perkataan, padanan dengan rumus, dan output.

Setelah analisis kritikal dilakukan, sumbangan yang dicadangkan adalah seperti 1) model VPS berserta dengan output tambahan 2) algoritma VPS dengan semakan serta cadangan pembetulan ayat, 3) rumus X-bar bagi kegunaan VPS ayat penyata BM, dan 4) pengecaman atribut perkataan. Oleh yang demikian, sumbangan tersebut digunakan untuk menentukan kaedah terlibat dalam Bab Tiga seterusnya.

81

BAB TIGA

METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan

Metodologi kajian yang digunakan adalah penyelidikan reka bentuk (PR). Sebarang kajian yang menggunakan PR bermatlamat untuk menghasilkan reka bentuk model, algoritma atau prototaip (Prat, Comyn-Wattiau & Akoka, 2014; Hevner, March & Park, 2004; Norshuhada & Shahizan, 2010; Vaishnavi & Kuechler, 2008). Fasa yang terlibat dalam PR melibatkan kaedah 1) pengetahuan pernyataan masalah, 2) cadangan, 3) pembangunan, 4) penilaian dan 5) rumusan (Muhamad Shahbani, 2012; Vaishnavi dan Kuechler, 2008). Oleh itu, untuk kajian ini, Fasa 1 menggunakan kaedah pengetahuan pernyataan masalah, Fasa 2 mencadangkan kaedah mengkategorikan dan menganalisis struktur ayat untuk mendapatkan rumus serta mencadangkan reka bentuk model dan algoritma, Fasa 3 menggunakan kaedah pembangunan, Fasa 4 menjalankan kaedah penilaian dan Fasa 5 memberi rumusan.

Berdasarkan kepada sumbangan yang dicadangkan hasil analisis kritikal dalam Bab Dua, maka kaedah kajian ini hendaklah berasaskan kepada reka bentuk model dan algoritma. Hal ini kerana, analisis ke atas sorotan karya mendapati model dan algoritma pohon sintaksis dengan output tambahan masih tidak diperkenalkan (rujuk bahagian 2.6). Oleh itu, kajian ini telah memilih metodologi kajian PR kerana 1) matlamat PR adalah untuk reka bentuk model, algoritma atau prototaip dan 2) lima fasa dalam PR adalah sepadan dengan sumbangan dan objektif kajian seperti yang dijelaskan melalui Rajah 3.1.

82

Fasa pertama adalah untuk mengetahui jurang yang terdapat dalam kajian penghurai ayat. Dalam fasa ini, komponen penghuraian ayat disenaraikan bagi mendapatkan komponen dan kaedah terlibat untuk tujuan penambahbaikan output pohon sintaksis. Kajian penghuraian ayat terlibat dianalisis untuk pengukuhan pernyataan masalah dan skop kajian. Penjelasan telah dibuat dalam Bab Satu dan Bab Dua.

Fasa kedua mengkategorikan dan menganalisis struktur ayat BM bagi mendapatkan rumus binaan ayat. Fasa ini juga untuk mereka bentuk model dan algoritma VPS dengan output tambahan. Model atribut perkataan direka bentuk terlebih dahulu untuk mendapatkan model VPS. Model ini ditentusahkan oleh pakar BM dan pakar bidang pengkomputeran linguistik. Setelah model VPS dipersetujui, reka bentuk algoritma semakan dengan cadangan pembetulan ayat dihasilkan. Algoritma ini diteruskan untuk menghasilkan algoritma VPS dengan output tambahan.

83

84

Fasa ketiga adalah bertujuan untuk membina prototaip berdasarkan algoritma VPS dengan output tambahan. Antara muka prototaip terlebih dahulu dilakar. Lakaran ini dihubungkan dengan pangkalan data. Setiap proses dikodkan mengikut turutan algoritma. Seterusnya, fasa terakhir untuk menjalankan penilaian prototaip dilakukan. Penilaian ini dibahagikan mengikut dua kaedah. Kaedah penilaian Parseval dan kaedah penilaian pengguna. Penilaian ini melibatkan pengguna akhir untuk mendapatkan skor min bagi kepuasan subjektif dan kognitif pengguna.

Secara berstruktur, metodologi kajian ini dijelaskan melalui Rajah 3.2. Penjelasan dibuat mengikut pembahagian fasa, aktiviti, kaedah dan hasil yang dicapai. Setiap aktiviti yang dilakukan merujuk kepada kaedah kajian terdahulu seperti yang dijelaskan dalam Bab Dua. Berdasarkan kaedah tersebut, kaedah kajian ini dicadangkan mengikut skop kajian. Rajah 3.2 berikut menyenaraikan setiap aktiviti yang terlibat.

85 Rajah 3.2. Metodologi kajian PR.

 Penentusahan model oleh pakar bidang

Peters (2008); Murugesan dan Cassimatis (2006); Al-Adhaileh dan Kong (1998)

1 Model atribut perkataan 2 Model VPS dengan output tambahan 3 Model ditentusahkan 4 Algoritma VPS dengan output tambahan METODOLOGI FASA MULA AKTIVITI DAN RUJUKAN KAEDAH CADANGAN HASIL Model Algoritma

 Reka bentuk algoritma penyemak dengan

cadangan pembetulan ayat  Reka bentuk algoritma

VPS

 Algoritma VPS dengan output tambahan

Penentusah-an model

Lakar antara muka, dapatkan komponen model, reka bentuk model atribut perkataan

dan model VPS dengan output

tambahan, penentusahan model, reka bentuk

algoritma.  Reka bentuk model

atribut perkataan  Reka bentuk model VPS

dengan output tambahan

Fasa 1:

Pengetahuan pernyataan

masalah

 Kajian awalan tentang VPS dan rumus BM  Kajian karya terdahulu

dan analisis kandungan  Kajian perbandingan

karya terdahulu Syamsul Bahrin (2011);

Noor Hafhizah (2011); Ahmad Izuddin et al. (2007);

Suzaimah (2002); Rosmah (1995); Pernyataan masalah dan skop Fasa 2: Mengkategori dan menganalisis ayat untuk mendapatkan rumus, reka bentuk model dan algoritma  Kumpul ayat  Kumpul rumus  Reka bentuk pangkalan

data

Noor Hafhizah (2011); Nik Safiah et al. (2009)

Ayat pilihan, rumus binaan ayat, atribut

perkataan dan pangkalan data. Pengumpulan, pemilihan, pengasingan ayat, lakaran pohon sintaksis, pengesahan rumus, penyediaan pangkalan data.

86 Sambungan Rajah 3.2

Dokumen terkait