• Tidak ada hasil yang ditemukan

SAMBAL UDANG BERPETAI

Dalam dokumen resepi turun temurun (Halaman 31-38)

Bahan2:

400 gm udang petai ~ dibuang kulit 2 sudu besar cili mesin

1 labu bawang besar ~ dikisar 2 ulas bawang putih ~ dikisar 1/2 in halia ~ dikisar

1 batang serai ~ diketuk 2 sudu besar kicap

air asam jawa secukupnya air

garam dan gula minyak

Cara:

Panaskan minyak,masukkan cili mesin dan tumis hingga garing. Masukkan bahan yg dikisar dan serai.

Bila bahan tumisan hampir kering, masukkan 1/4 cawan air. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak.

Masukkan kicap, garam, dan gula.

Biarkan garing sedikit dan masukkan air asam jawa dan 1/2 cawan air. Biarkan merenih dan kuah hampir pekat.

Masukkan udang dan petai.

Kacau dan biarkan udang masak (bertukar warna kemerahan) dan kuah sedikit pekat/kering.

ASAM PEDAS MELAKA KICK Bahan2nya :

4 ketul ikan pari / parang / tenggiri (dibasuh bersih)

3 biji bawang merah 1 biji bawang putih 2 cm halia

1 mangkuk cili kering kisar 3 cm belacan

2 cm kunyit hidup

1 sudu besar lada hitam (optional)

(bawang merah, putih, halia, cili, belacan, kunyit n lada blend skali) 3 batang serai - dititik

1 sudu teh halba (optional) daun kesum + bungan kantan

bendi / terung (potong la ikut patern korang suke..) air asam jawa

garam + gula minyak

Caranya :

Panaskan minyak....

Then masukkan halba... nampak mcm kuning2 tu then terus masukkan bahan2 yang diblend tadi... masukkan serai jugak...

Masak sampai benda blend tu garing n masak... (if my MIL, dia masak sampai merecik2 sambal tu kat dapur2 dia... nk bagi masak n garing punya pasal..)

Dah garing, masukkan gula.. agak2 ye jgn la manis sgt... masukkan daun kesum n bunga kantan..

masukkan ikan... kacau2 sket then masukkan air asam jawa.... (boleh masuk asam jawa lu b4 ikn)

banyaknye asam jawa tu bergantung kesukaan u all nk buat kuah tu pekat ke cair... kalau cair sgt tak sedap pulak... masam tu u all boleh agak2 jugak.. jgn sampai masam gilerrr...

then last, masukkan bendi or terung... then perasakan dengan garam... biar dia mendidih then boleh tutup api....

petua ala2 Diana

1. asam pedas melaka ni kalau letak belacan lagi kick.. kalau sape2 yg gatal hidung tu, jangan la letak... kang aku tak tanggung...

2. kalau nak rasa kesedapan lagi.. biar masak awal 3 @ 4 jam b4 nak makan... lagi lama lagi sedap coz baru sebati rasa dia tu...

3. lagi pekat, lagi sedap...

4. menggunakan ikan fresh, lagi terasa kesedapannya.. sampai boleh hirup itu kuah...

5. Asam pedas asli melaka ni, lepas korang dah basuh tangan walau sabun pon, bau dia masih melekat kat tangan... for sure menjadi la tuh.. hehehehe

Daging Black Pepper

Bahan-bahan ( 4 - 5 org makan ) 500gm daging batang pinang

1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas 1 biji lada benggala hijau

1 biji lada merah 3 sb kicap manis 2 sb sos tiram 1 cawan air

1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air 1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula

minyak utk menggoreng Cara-cara

Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.

Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.

Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram

Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih

berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.

Singgang sotong

Bahan-bahan ( 4 - 5 orang makan ) 500gm sotong

3 biji cili merah (kalau nak pedas boleh tambah cili api) 1 biji bawang besar

1 in kunyit hidup 1/2 in lengkuas 2 btg serai - diketuk 3 kpg asam gelugur daun kesum secubit belacan garam dan gula

500 ml air - terpulang, jika nak lebih kuah boleh tambah Cara-cara

Bersihkan sotong, potong ikut citarasa anda dan toskan airnya.

Bahan2 yg digunakan

Blend cili, bawang dan kunyit hingga halus.

Masukkan air dan bahan2 yg telah diblend kedalam periuk (kalau guna periuk tanah lg umph..) dan masukkan juga lengkuas, serai, asam gelugur dan belacan.

Masaklah hingga mendidih dan biarkan lebih kurang 5 minit barulah masukkan

sotong, daun kesum serta garam dan gula secukup rasa. (Masakan sy memang letak gula sbb sy tak gunakan pak aji ya..)

Biarkan mendidih seketika dan padamkan api. Sotong tak sedap dimasak lama2 sbb nanti isinya liat dan keras.

Bolehlah dihidangkan dan lauk ni sedap dimakan dgn ikan goreng dan sambal belacan..

Resepi Meatballs Ala IKEA

1- meatball jenama MARINA secukupnya digoreng tanpa minyak dan api sederhana. pastikan selalu balik-balikkan. jangan sampai hangus.Emm..kalau takde jenama Marina,belasah jela meatball jenama apapun.. 2 - kentang goreng secukupnya.Pilihan WMR ialah fries kerinting..haha

3 - 1 sudu jem strawberry/blueberry/mixed fruit

Bahan-bahan untuk kuah Meatball@gravy :

-2 sudu butter

-1 1/2 sudu tepung gandum

-Sebiji bawang besar kuning/hijau dipotong dadu dan digoreng sehingga layu tetapi jgn sampai hangit (diblend pon boleh)

-sebiji tomato yang gemuk yang dipotong dadu -1 1/2 cawan air sejuk, *

-100ml susu segar/susu cair * -3 sudu sos tomato *

-3 sudu sos tiram * -2 sudu kicap manis * 2 sudu lada hitam * -1 kiub ayam/ daging*

-sesudu gula * - tak letak pun sebab dah cukup rasa

Cara-caranya:

1.Goreng bawang besar terlebih dahulu sehingga layu.

2. Cairkan butter lepas tu masukkan tepung gandum, goreng sampai bertukar menjadi warna coklat. 3. Masukkan bawang yang dah digoreng awal tadi bersama tomato

4. Bila dah layu2, masukkan semua bahan yang bertanda (*) dan masak sehingga mendidih.

5. Sejukkan kuah seketika dan blend kuah tersebut supaya lebih hancur. (mungkin ada bawang besar dan tomato yang tidak hancur ketika dimasak tadi)

6. tuang semula dalam periuk dan didihkan sebentar. kacau sentiasa. apabila sudah mendidih, tutup api dan tuang atas meatball.

YUMMY...!!

Bahan-bahan

1 ulas bawang besar kuning (diced) 1 biji tomato (diced)

1/2 cawan susu segar

3 sudu mentega (ganti dengan minyak jagung, lebih sihat) 2 sudu tepung gandum

1 cawan air 2 sudu sos tiram 3 sudu kicap manis

1/2 sudu serbuk lada hitam gula dan garam secukup rasa

nota 1: saya tak guna kiub ayam, gabungan semua di atas dan berikan rasa yang sedap sangat

nota 2: kacau sekerap mungkin, mengelakkan sos dari berketul-ketul

Cara-caranya

Tumiskan sebentar bawang besar kuning dengan sedikit minyak jagung. Tumiskan sekali tomato bersama-sama bawang besar tadi.

Dan layu, angkat dan letak dalam pinggan.

Dalam kuali yang sama, tuangkan sedikit minyak jangung, masukkan tepung gandum dan goreng hingga warna bertukar coklat (api sederhana).

Masukkan air dan susu segar, biar mendidih sebentar.

Masukkan pula sos tiram, kicap, gula, garam dan lada hitam. Biar mendidih lagi.

Akhir sekali, masukkan bawang dan tomato yang telah ditumis tadi.

nota: sebab nak betul-betul macam meatball ikea, saya blend sos yang dah siap tadi hingga halus. rasa semua bahan bersatu dengan sedapnya.

Dalam dokumen resepi turun temurun (Halaman 31-38)

Dokumen terkait