3.2 LATAR BELAKANG KITAB
3.2.1 Sejarah Percetakan
Kitab Sabīl al-Muhtadīn setelah ditaṣḥīḥ oleh Syeikh Ahmad al-Fatani lalu
diusahakan penerbitan pertama kalinya oleh Maṭba‘ah al-Mīriah di Mekah pada awal
bulan Sya‘ban 1300H/1883M16 sebagaimana kenyataan beliau yang tercatat dalam naskhah Sabīl al-Muhtadīn cetakan tahun 1319H seperti berikut:
13Abdullah Zaidi, “ Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari: ‘Allamah Unggul Rantau Melayu,” (Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV Ulama Pemacu Transformasi Negara, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2011), 36; Karel A. Steenbrink, Beberapa Aspek
Tentang Islam di Indonesia Abad ke-19 (Jakarta: Bulan Bintang, 1984), 99.
14 Ibunya bernama Baiduri dan mempunyai tiga beradik seibu. Menurut Yusuf Halidi dalam bukunya Ulama Besar Kalimantan beliau pernah menjadi Mufti dan qāḍī. Lihat Wan Mohd. Shaghir Abdullah,
“Sheikh Syihabuddin dimuliakan kerajaan Riau-Lingga,” Utusan Malaysia, 15 Januari 2007, 18.
15Wan Mohd Shaghir Abdullah, “Bahasa Melayu Bahasa Ilmu: Meninjau Kitab Sabil al-Muhtadin oleh Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari,” Jurnal Dewan Bahasa (Ogos 1990), 633.
16
Abu Daudi, Maulana Syekh Muhammad Arsyad al Banjari (Tuan Haji Besar) (Martapura: Madrasah
“Dan adalah selesai dicapkan dia atas ini rupa yang jamīl pada
negeri Makkah pada Maṭba’ Mīrī yang tiada ada baginya mātīl.17
Pada awal bulan Sya’ban al-mu‘aẓẓam iaitu sanah 1300 daripada hijrah Nabi kita ‘alaih al-ṣalāh wa al-salām wa ‘alā Ālihi wa Ṣaḥbih…”.
Ini bererti Sabīl al-Muhtadīn mulai dicetak 105 tahun (Hijrah) selepas selesai
penulisannya. Kemudian dicetak di Mesir pada Zul Qa‘dah tahun 1300H dan di Istanbul
pada bulan Syawal 1302H atas biaya Sultan ‘Uthmaniyyah, Sultan ‘Abd al-Ḥāmid II.18 Seterusnya diulang cetak oleh pelbagai penerbitan di serata tempat hingga sekarang.19
Sebenarnya Sabīl al-Muhtadīn cetakan Mekah pada tahun 1300H tersebut juga
merupakan kitab Melayu paling awal dicetak di percetakan moden.20 Sejak itu penggunaan alat cetak menggalakkan lagi penyebaran karya terbesar Syeikh
Muhammad Arsyad al-Banjari.
Selain daripada pentaṣḥīḥ kepada cetakan-cetakan di atas, peranan Syeikh
Ahmad ternyata sangat besar dalam penyebaran Sabīl al-Muhtadīn melalui murid-murid
beliau yang menjadi guru pondok dan pedagang kitab. Penyebarannya dengan lebih
cepat lagi melalui jemaah haji yang datang setiap tahun ke Mekah; dan kitab itu pula
diajar oleh guru yang berasal dari Banjar dan Fatani di Masjidil Haram.21
Wajar dinyatakan bahawa cetakan-cetakan fasa awal di atas adalah berlainan
daripada Sabīl al-Muhtadīn yang terdapat di pasaran sekarang. Sehingga cetakan Mesir
1307H yang masih dalam urusan Syeikh Ahmad tidak diletak di bahagian tepinya kitab
(Pontianak: Percetakan Sabar, 1983), 51; M Rusydi, The Influence of Muhammad al-Banjari, 10; Ismail
Daud, “Syeikh Muhammad Arsyad Banjar,” 27. 17لﯾﺗﺎﻣ .
18W. Mohd. Shaghir, Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari Pengarang Sabilal Muhtadin (Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah, 1990), 131. Lihat juga Ismail Daud, “Syeikh Muhammad Arsyad Banjar,” 27.
19Abdullah Zaidi, “ Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari,” 36; Ismail Daud, “Syeikh Muhammad Arsyad Banjar,” 27 dan 28.
20
Ibid.
al-Ṣirāṭ al-Mustaqīm tetapi diletak ayat al-Qur’ān dan hadith. Begitu juga di beberapa tempat dijelaskan perkataan sukar22oleh Syeikh Ahmad al-Fatani.
Menjelang tahun 1313H Sabīl al-Muhtadīn diterbitkan oleh Maṭba‘ah
Maymūnah, Mesir yang ditasḥīḥ oleh Syeikh Muhammad Tahir bin Muhammad
Jalaluddin al-Minangkabawi, kemudian menerbitkannya lagi pada tahun 1331H yang
ditaṣḥīḥ pula oleh Muhammad Abah Payakumbuh dan Ahmad Tahir al-Jawi.23
Dengan kedua-dua penerbitan Maimūnah tersebut bermulalah Sabīl al-Muhtadīn
dicetak atau ditulis ditepinya kitab Ṣirāṭ Mustaqīm karangan Syeikh Nūr Dīn
al-Rānīrī.24 Kedua-duanya dicetak dalam satu kitab berkemungkinan disebabkan kedua-duanya bermazhab Syafi‘i dan Sabīl al-Muhtadīn ditulis berdasarkan atau mengambil
contoh kitab al-Ṣirāṭ al-Mustaqīm tersebut.25 Apatah lagi Syeikh Muhammad Arsyad sendiri mengakui bahawa tujuannya adalah untuk memperbaiki kesalahan-kesalahan
yang dilakukan oleh para penyalin kitab al-Ṣirāṭ al-Mustaqīm.
Selanjutnya Sabīl al-Muhtadīn dicetak pula oleh ‘Īsā al-Bābī al-Ḥalabī, Kāherah
tanpa tarikh26 yang sama format cetakan dan halamannya dengan Maṭba‘ah Maimūnah 1331H tetapi dengan pentaṣḥīḥ (
ﺢ ّﺤــﺼﻣ
) yang lain, iaitu Ilyas Ya‘qub al-Azhari.Berdasarkan cetakan‘ Īsā al-Bābī al-Ḥalabī dan Maṭba‘ah Maymūnah 1331H berkenaan,
Sabīl al-Muhtadīn dicetak dalam dua juzuk setebal 524 halaman. Juzuk satu setebal 252 halaman sementara juzuk dua setebal 272 halaman termasuk halaman fihrisāt
(kandungan).
22
Contohnya pada halaman 11, [ada baginya bau seperti bau lazan]. Lazan menurut Syeikh Ahmad
al-Fatani, “erti lazan itu iaitu getah yang dibuat oleh Badwi seperti bangkai, ditaruhnya di atas tutup kepalanya …kerana ada padanya ubat”.
23Wan Shaghir, Syeikh Muhd. Arsyad al-Banjari Matahari Islam, 90 dan 91.
24
Mahyuddin Yahaya, Karya Klasik Melayu Islam (Kuala Lumpur: DBP, 2000), 344.
25 K.H. Siradjuddin Abbas, Tabaqat al-Syafi‘iyyah: Ulama Syafi‘i dan Kitab-Kitabnya dari Abad ke
Abad (Jakarta: Pustaka Tarbiyah, 1975), 242; Auni, Tradisi Pemerintahaan Islam dan Kolonialisme dalam Sejarah Alam Melayu (Kuala Lumpur: Darul Fikir, 2005), 34; Wan Muhd. Shaghir Abdullah, Perkembangan Ilmu Fiqh dan Tokoh-Tokohnya di Asia Tenggara (Solo: Ramadhani, 1985), 76.
Sebenarnya terdapat sedikit perbezaan halaman di antara kedua-dua cetakan
Maṭba‘ah Maymūnah tersebut serta cetakan-cetakan sebelumnya. Dalam cetakan Sabīl
al-Muhtadīn yang pertama oleh percetakan Mīrī,27 Mekah (1300H) nama pentaṣḥīḥnya ialah Syeikh Ahmad al-Fatani bin Muhammad Zain dan kata-katanya berada di halaman
akhir jilid dua muka surat 276. Manakala bagi cetakan Istanbul 1302H kata-kata
pentaṣḥīḥ berada di halaman 278 – 279 jilid dua.28 Ini bermakna cetakan Istanbul lebih banyak halaman dari cetakan Mekah.
Manakala bagi cetakan Maimūnah pula, cetakan tahun 1313H nama pentaṣḥīḥ
dinyatakan di halaman 253, jilid dua. Manakala edisi tahun 1331H nama pentaṣḥīḥnya
dinyatakan di halaman 269, jilid dua. Ini bererti cetakan pertamanya kurang 17
halaman.
Semakan penulis terhadap kitab Sabīl al-Muhtadīn dari pelbagai naskhah
cetakan mendapati hampir semuanya mengguna pakai format cetakan yang sama
dengan format cetakan ‘Īsā al-Bābī al-Ḥalabī dan mengekalkan Ilyas Ya‘qub al-Azhari
sebagai pentaṣḥīḥ di samping kata-kata Syeikh Ahmad al-Fatani sebagai pentaṣḥīḥ
pertamanya.
Antara penerbitan yang telah mencetak Kitab Sabīl al-Muhtadīn ialah Pustaka
Nasional Singapura pada pertengahan 1980-an,29 Dār al-Ṭibā‘ah al-Miṣriyyah tanpa tarikh, Sulayman Mar‘ī, Singapura tanpa tarikh, Muḥammad al-Nahdī wa Awlāduh,
Bangkok tanpa tarikh, percetakan Muṣṭafā al-Bābī al-Ḥalabī, Kāherah tanpa tarikh,
Maṭba‘ah Dār Iḥyā’ al-Kutub al-‘Arabiyyah pada 1376H, Dār al-Fikr dan lain-lain.
Walau pun secara umumnya kitab Sabīl al-Muhtadīn yang tersebar luas sejak
dahulu kelihatan sama dari semua aspek tanpa membabitkan sebarang perbezaan kecuali
27Berdasarkan catatan pada cetakan tahun 1319H. Lihat Wan Mohd. Shaghir, Syeikh Muhammad Arsyad
al-Banjari Pengarang, 132.
28
Ibid., 128 dan 129.
nama penerbit sahaja, namun penelitian penulis mendapati cetakan Dār al-Ma‘ārif,
Pulau Pinang tanpa tarikh menggunakan format cetakan serta halaman yang sama
dengan format cetakan Maṭba‘ah Maymūnah yang pertama (1313H). Oleh itu juzuk
keduanya hanya mengandungi 256 halaman sahaja.
3.2.2 Manuskrip
Menurut Abu Daudi kitab ini dalam bentuk tulisan tangan yang yang masih
terdapat di kampung Dalampagar terdiri dari empat jilid. Menurutnya lagi manuskrip
tersebut disalin oleh keturunan Syeikh Muhammad Arsyad sendiri dan dipelihara
sehingga sekarang.
Walau bagaimana pun manuskrip-manuskrip yang terdapat di Perpustakaan
Negara Malaysia terdiri dua jilid sahaja. Kebanyakannya tidak lengkap kecuali empat
naskhah sahaja. Tiga naskhah adalah juzuk pertama, iaitu (MSS2104, MSS2105 dan
MSS2266) dan senaskhah juzuk kedua (MSS2252). Selain itu terdapat lagi 14
manuskrip yang tidak lengkap iaitu MSS2938, MSS2648, MSS2540, MSS2450,
MSS2325, MSS1910, MSS1404, MSS1135, MSS9211, MSS727, MSS719, MSS668,
MSS555, MSS554.
Selain dari Perpustakaan Negara Malaysia manuskrip Sabīl al-Muhtadīn juga
disimpan oleh pelbagai institusi seperti Arkib Negara Malaysia Cawangan Utara dan